Ahad, 27 September 2009

SELAMATKAN KHIR TOYO ?

SELAMATKAN KHIR TOYO ?

Apa yang kita fikir, bila dikatakan seperti ini?

“Khir Toyo adalah orang melayu yang beragama Islam. Dia menjadi pimpinan parti melayu, UMNO. kalau berlaku penyelewengan beratus-ratus duit rakyat yang melibatkan beliau pun, dia tetap melayu beragama islam.

“Kalau dipertahankan selcat yang sedia ada, sudah pasti akan banyak penyelewengan Khir Toyo akan terbongkar. Sudah pasti, selepas ini UMNO akan luput.

“UMNO ini adalah parti Melayu. Dalam apa juga keadaan pun, UMNO perlu diselamatkan. Adapun DAP, walaupun tidak ada penyelewengan, tetapi dia tetap parti cina.

”justeru, Khir Toyo perlu dipertahankan. Kalau dia dah teruk kena ’hentak’ dalam siasatan Selcat menerusi pendedahan para pegawai-pegawai daerah, maka menyelamatkan dia adalah penting. Hidup melayu !!

”makanya, Selcat perlu diberikan tekanan. Tidak boleh lagi diberikan perjalanannya secara terbuka, nanti orang melayu akan tahu bahawa banyak duit mereka telah diselewengkan oleh UMNO. Akhibatnya, UMNO akan ditolak oleh rakyat, termasuk orang melayu di kampung-kampung. Adapun PAS, ia bukan parti melayu, tetapi parti islam. bila sebut parti islam, orang cina, india dan apa-apa bangsa pun boleh masuk PAS, sebab ia bukan parti berasaskan bangsa.

Apa yang korang fikir, kalau baca komentar seperti ini?

Petang tadi, aku dan Eddieputra di Shah Alam. Jumpa dua orang pegawai kerajaan dalam negeri Selangor. Mereka mendakwa, mereka seronok melihat pegawai daerah-pegawai daerah disiasat oleh selcat.

Rupa-rupanya, mereka sudah lama memgharapkan pegawai daerah-pegawai daerah itu disiasat sedemikian rupa, sebab mereka sudah meluat tengok penyelewengan yang berlaku.

Salah seorang mereka cakap, ”biar padan muka dorang”

Bila ditanya tentang hadiah penyapu oleh Khir Toyo. Mereka jawab, ”itu memang tak patut. Sebab itu penghinaan. Kami pun tak suka buat macam tu. Tapi bab selcat ini, kami setuju. Baru dorang tak boleh nak belagak dah lagi lepas ni”

Apabila tengok reaksi itu, aku merasakan, yang tidak puas hati dalam isu ini adalah orang-orang tertentu sahaja. Mungkin mereka yang terpalit dengan skandal penyelewengan sahaja.

Dalam hatiku berkata, ”ada harapan la hampa nak naik pangkat”

Sekian

Wallahu ’Alam

p/s : harap maaf, kalau ada hampa yang baca artikle ini. jangan bimbang, nama hampa, ana tak akan bagitau.... :-)

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com




- Sri indah (B), Sg Buloh
27 september 2009 * 9:05 malam


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kenapa ustaz tak siarkan pendapat pegawai kerajaan yang tak menyokong selcat. jangan tiru haya RTM sudahlah.

Al-Bakistani berkata...

apa yang ana cerita, mereka yang ana jumpa.. mereka yang ana tak jumpa, ana tak tulis la..

kalau ana tulis benda yang ana tak jumpa.. itu penipuan sahaja...

blog ana adalah cerita tentang perjalanan hidup dan pendapat ana, bukan seperti akhbar-akhbar propaganda parti-parti tertentu, sama ada PAS, PKR, DAP, BN, UMNO (laknatullah alaih) dan sebagainya.

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani