Selasa, 29 September 2009

CORETAN SEBELUM SUBUH : CETUSAN HATI

buku inilah yang menyebabkan mindaku terkujat, tersedar kejumadanku berfikir selama ini
CORETAN SEBELUM SUBUH : CETUSAN HATI

Aku secara peribadi, mengenali PAS semenjak belajar di Pondok Lubuk Tapah Pasir Mas, Kelantan. Guruku, Tuan Guru Haji Abdullah bin Abdur Rahman seorang kenalan rapat dengan Tuan Guru Menteri besar Kelantan, menyebabkan aku mula meminati PAS, seterusnya menjadi ahli PAS.

Tidak diingat, semenjak bila aku disahkan sebagai ahli PAS, tetapi aku sudah mula mengisi borang keahlian PAS semasa umurnya 14 tahun. Kini, aku memegang kad keahlian pemuda PAS.

Di pondok, aku didedahkan dengan satu istilah yang disebut sebagai ’Usrah’. Tetapi, usrah di pondok itu, lebih kepada seperti mendengar ceramah.

Semasa belajar di Pakistan, aku mula didedahkan dengan nama-nama beberapa tokoh hebat dalam gerakan islam, seperti Imam hasan Al-banna, Sayed Qutub, abu ‘Ala Al-Maududi dan banyak lagi. Pun begitu, semasa di pakistan, aku lebih mengkagumi perjuangan As-syahid Dr Abdullah Azzam.

Dikala berada di mesir pula, pendedahan tentang perjuangan berasaskan kepada politik kepartian berpilihanraya menjadi pendedahan, waimma semasa belajar di pakistan, aku beranggapan pilihanraya tidak syarie.

Aku mula menerima pemikiran politik kepartian berpilihanraya disebabkan di Mesir, kami diajar dengan ilmu Usul fiqh secara mendalam, disamping penekanan pengajian ilmu Fiqh Muqaranah.

Semasa di mesir, aku telah membeli sebuah kitab yang cukup aku minat. Kitab tersebut bertajuk “fi Ijtihad tanzili” karangan seorang ulama dari Jazair, tetapi mendapat kelulusan Phd di Universiti islam antarabangsa malaysia.

Buku tersebut benar-benar mengajarku tentang konsep fiqh yang boleh diterjemah sebagai keadabtasian; bagaimana hendak mengadaptasikan antara kandungan nas kepada tempat sesuatu tempat dan masa.

Disamping itu juga, aku amat respek dengan pemikiran Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Banyak pemikiran fiqh yang dikemukakan oleh beliau, menyebabkan aku mengkagumi beliau.

Ketika baru pulang dari Mesir, banyak buku-buku karangan Dr Yusuf Al-Qaradhawi menjadi buku kilik harianku. Boleh dikatakan, 80 % buku karangan Dr Yusuf Al-Qaradhawi akan ku baca sampai khatam; dari kulit ke kulit.

Apa yang penting bagiku adalah, memahami cara dan kaedah berfikir yang digunakan oleh dr Yusuf Al-Qaradhawi dalam merungkai sesuatu hukum. Ternyata, Al-Qaradhawi seorang tokoh yang hebat, malahan mengkagumkan. Disamping membaca buku-buku Dr Yusuf Al-Qaradhawi, aku juga cuba membaca kitab Al-Muwafaqat karangan Imam As-Syatibi, dan ternyata aku berjaya mengkhatamkannya, waimma mengambil masa selama hampir 5 bulan.

Kadang-kadang aku pelik dengan minatku. Setelah aku berminat dengan buku-buku Qaradhawi, datang satu ketika pula, aku terlalu minat pula dengan undang-undang. Ketika itu, banyak buku undang-undang yang aku baca, terutama jurnal.

Aku telah mengkhatamkan beberapa buah buku yang berkaitan dengan undang-undang, seperti buku “prinsip perlembagaan dan pemerintahan di malaysia” karangan Tun Saleh Abbas dan buku “Islam dalam perlembaagaan malaysia” karangan Dr Aziz Bari. Juga jurnal Al-Ahkam yang terkandung didalamnya banyak artikle-artikle undang-undang yang ditulis oleh Prof. Ahmad Ibrahim.

Sedang berminat membaca buku yang berkait dengan undang-undang, tidak semena-mena, minatku beralih angin kepada sejarah pula. Maka banyaklah buku sejarah yang telah aku beli dan membacanya. Sehingga kini, boleh dikatakan hampir 24 buah buku sejarah melayu dan sejarah Tamadun islam telah aku membacanya. Daripada 24 buah buku itu, 15 buah buku sejarah, aku berjaya mengkhatamkannya, dari kulit ke kulit.

Membaca buku-buku sejarah memang menarik, kerana keadaan yang berlaku dahulu itu memberikan kepada kita gambaran sebenar dengan apa yang sedang berlaku sekarang.

Sedang kelekaan minatku dengan buku-buku sejarah, aku dikenalkan dengan seorang yang kami berjiran sekampung, tetapi tidak pernah bersua, iaitu Eddieputra. Di awal persahabatan dengan beliau, dicadangkan kepadaku membaca buku yang bertajuk “pergolakan pemikiran Islam” karangan Ahmad Wahib, seorang filosofi Muda dari negara Indonesia, yang mati digilis sepeda (motosikal dalam bahasa Indonesia).

Buku tersebut ternyata memeranjatkan mindaku berfikir. Ekoran itu, aku mula minat dengan buku-buku filosofi. Aku mula membaca buku pemikir-pemikir, seperti Sayed Nuqib Al-Attas, Sayed Hussian Al-Attas, Karl Marx, Immanual Kant dan sebagainya.

Padaku, ternyata buku pergolakan pemikiran islam menyebabkan akalku terkujat. Cetusan dan provokasi idea yang dilakukan oleh Ahmad Wahib, menyebabkan aku mula menafsirkan diriku berada di alam kejumudan yang teramat sangat. Buku itu benar-benar memberikan satu bentuk berfikir, bahawa aku perlu berfikir di luar kotak.

Dari itu, aku mula mencari banyak buku-buku yang mengajar kita cara dan kaedah berfikir, seperti buku karangan Edward De Bono dan sebagainya.

Sedang membaca buku berbentuk kaedah berfikir, ketika itulah sebilangan kawan-kawan mencadangkan pula aku mendalami tentang sejarah negara China, kerana menurut dakwaan mereka, China sebuah negara yang mempunyai sejarah yang amat unik.

Aku mencuba membaca, ternyata menarik. Dalam bacaan terhadap buku-buku tentang sejarah china itu, aku ketemui satu sejarah yang menarik, iaitu berkenaan dengan seorang tokoh perang China yang dikenali sebagia Sun Zhu.

Aku mencari buku seni peperangan Sun Zhu, ternyata tidak terdapat di malaysia melainkan dalam bahasa Inggeris. Aku membelinya, tetapi memandangkan agak terlalu lemah dengan penguasaan bahasa inggeris, aku berasa hampa.

Aku diajak oleh kawan untuk ke Indonesia, untuk menghadiri pesta buku di sana. Dalam pemikiranku, inilah peluang untuk aku mencari buku-buku tentang Sun Zhu, disamping sejarah perang di negara-negara lain, terutama di Indonesia.

Selama 4 hari aku berada di Indonesia. di sana aku membeli banyak buku-buku yang berkaitan dengan sejarah perang dan kaedah peperangan. Aku membeli sejarah peperangan Hitler, Indonesia, China dan sebagainya.

Dan kini, aku sedang berusaha hendak mengkhatamkan buku-buku tentang sejarah perang di Jerman dan Indonesia, setelah aku telah berjaya mengkhatamkan buku Seni peperangan Sun Zhu yang benar-benar menuyebabkan mindaku terkujat ketika membacanya.

Subuh sudah berkumandang, cukup sekadar itu....

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
30 oktober 2009 * 5:50 pagi

9 ulasan:

pencari PDA(pahala di akhirat) berkata...

Ermm..ustaz, terima kasih kerana memperkenalkan buku itu kepada ana..Ana baca berulang2 kali tanpa jemu2..memang Islam itu luas konsepnya dan kita perlu perluaskan kerana hadis nabi SAW pun mengatakan permudahkan agar mereka tahu keluasan Islam..Semoga Ustaz dirahmati Allah

Tanpa Nama berkata...

Salam,

kalau ustaz baca buku sejarah, kena berhati-hati kerana terdapat buku sejarah yang bias dengan tidak menceritakan keseluruhan peristiwa. Pasal hitler, saya cadangkan ustaz mulakan membaca sejarah dunia keseluruhannya semenjak sebelum perang dunia pertama hinggalah german kalah perang. Bangsa German atau Aryan nie merupakan bangsa penjajah sejak dulu lagi dan banyak sumber mengaratakn diorang nie lah yang memperkenalkan sistem kasta dalam masyarakat hindu.

lutfi berkata...

salam.
cakap pasai syeikh yusuf qardawi, setengah2 buku dia boleh baca online.. http://www.witness-pioneer.org/vil/Books/#Contemporary%20Issues
ada 6 buah kat sini, all in english. walau english, kalau hantam baca pun faham jugak sikit2, insyaallah.
baru2 ni dalam islamonline ada siar buku baru syeikh bertajuk Fiqh Jihad. cuma tak dia tak tulih kat mana boleh dpt..
syokran.

Tanpa Nama berkata...

buku dah banyak dibace tapi otak bebal lagi ape kejadahnye..bace sambil mencari kesalahan orang lain tula jadinye kot..cume teka je..

Owner Aurora Sofiya berkata...

ASW Ustaz, kajian terhadap peradaban tamadun dunia dahulu dan sekarang perlu diteruskan, diketengah dan dipopularkan di kalangan masyarakat umat Islam umum di M'sia khususnya, yang mana rata-rata amat konservatif dan defensif di dalam isu-isu yang melibatkan perkara yang mereka tidak tahu. Satu perangai yang saya dapati sendiri dengan mat saleh contohnya, majoritinya amat senang dan berlapang dada di dalam perkara yang diluar norma atau kebiasaan mereka, dan tidak mudah melatah tak tentu pasal.

Tanpa Nama berkata...

Salam...baca sejarah..ok...cuba baca dengan kritis..

Syeikh YB berkata...

kalau malas membaca lagi le bebal

Anoinimuz berkata...

Saya cadangkan cuba baca buku tulisan Edward Gibbon " The decline & fall of the roman empire"...sejarah Rome dari zaman kaisar2nya hingga peperangan yarmouk....diceritakan agak rinci dalam buku tersebut...ada 6 jilid semuanya...kalau di barat buku ini buku rujukan sejarah utama...saya rasa ini buku yang agak baik....jilid 1-3 byk berkenaan politik rome sendiri...4-6 masuk ke fasa Khalid Al-Walid dan pertembungan dengan tentera Islam...

Al-Bakistani berkata...

terima kasih bagi maklumat ilmu dan sumber bacaan..

ana hargai, dan rasa tak sabar nak mencari bahan bacaan yang dicadangkan..

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani