BLOGGER PR MAHUKAN KEBENARAN DAN KEADILAN
Ada penulis blog tertentu marah kepada blogger-blogger yang hentam pimpinan PAS/PR. Mereka mendakwa, mengkritik dibenarkan, tetapi jangan menghentam kerana ia tidak beradab.
Persoalannya, apakah yang dimaksudkan tidak beradab dalam mengkritik?
Apakah ‘Sound tepat’ itu digambarkan sebagai tidak beradab? Jika ia digambarkan sebagai tidak beradab, bagaimana pula tindakan ubbadah bin As-Somit ’sound tepat’ kepada Muawiyyah yang menjadi gabenor Islam di Syam dihadapan khalayak ramai; iaitu dihadapan umat islam yang sedang menunaikan solat jumaat? (sila baca)
Bukankah sahabat Nabi SAW merupakan antara panduan yang diminta oleh nabi SAW agar dicontohi?
Apa yang kita dapat tengok, inilah kelebihan blogger PR berbanding blogger BN. Blogger PR menulis bukan kerana sentiment kepartian atau kepuakan, tetapi mereka menulis kerana mahukan kebenaran dan keadilan. Suara mereka, seakan-akan mewakili suara rakyat. Adapun blogger BN, mereka menulis, bukan kerana mahukan kebenaran, tetapi mahu menjaga periuk nasi mereka.
Justeru itulah, apabila seseorang pimpinan Negara atau negeri, sama ada dari BN atau PR melakukan satu tindakan yang silap, terutama boleh merugikan rakyat, pasti blogger-blogger PR ini akan bertindak mengkritik dengan mengemukakan hujjah masing-masing.
Tidak timbul isu, kritikan itu patut ataupun tidak. Yang sepatutnya perlu berfikir sekarang adalah para pemimpin-pemimpin dalam mengeluarkan sesuatu kenyataan ataupun melakukan sesuatu tindakan.
Dalam isu Selcat yang melibatkan Dato’ Hasan Ali sebagai contoh. Ramai blogger PR beranggapan, teguran yang dilakukan beliau menerusi kenyataan media itu adalah amat tidak bersesuaian, kerana beliau orang yang berjawatan dalam kerajaan. Ini ditambahi lagi bahawa beliau sudah banyak melakukan banyak masalah dalam Kerajaan pakatan Rakyat di negeri Selangor, seperti pertemuan balik tabir dengan Khir Toyo, isu arak dan berbagai-bagai lagi.
Sebaliknya, jika Dato’ Hasan Ali tidak pernah melakukan sebarang masalah dalam pakatan Rakyat, sudah pasti dalam isu selcat ini, beliau tidak akan dihentam sedemikian rupa. Jika dihentam pun, mungkin tidak sepanas seperti yang dilihat pada hari ini.
Kenyataan yang hendak dilakukan oleh sebarang pimpinan pun, hendaklah melambangkan kebijaksanaan mereka. pimpinan yang tidak bijak mengeluarkan kenyataan, terutama yang boleh melahirkan kerugian kepada rakyat, sudah pasti pimpinan tersebut akan dikritik juga oleh para blogger.
Justeru, tidak timbul soal adab atau tidak, tetapi yang perlu ditimbulkan adalah, apakah pimpinan itu bijak bermain isu yang berlaku; apakah isu yang dimainkan oleh mereka itu boleh menyebabkan para blogger menghentam mereka, atau memuji mereka.
Sekian
Wallahu ‘Alam
Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com

- Sri Indah (B), Sg Buloh
28 september 2009 * 4:34 pagi
1 ulasan:
Pemimpin haprak, mereka tak perlukan pandangan orang lain sebelum mengeluarkan kenyataan & tak pernah fikir pun kesannya pada parti, diri dan orang disekelilingnya.
Pemimpin jenis ni akan marah pula bila ditegur.
Baru dpt jawatan sikit dah tak boleh tegur
Catat Ulasan