Ahad, 27 September 2009

SELCAT : BENARKAH CARA SIASATANNYA BERCANGGAH DENGAN ISLAM?


SELCAT : BENARKAH CARA SIASATANNYA BERCANGGAH DENGAN ISLAM?

Seperti yang sudah dijangka dengan apa yang dikeluarkan kenyataan oleh Dato’ Hasan Ali sejurus mengadakan mesyuarat Khas PAS Selangor semalam. (sila klik).

Masakan tidak, mesyuarat itu diadakan pada waktu petang, sedangkan pada waktu paginya, ketua Penerangan PAS negeri Selangor sudah menyebut dalam akhbar bahawa beliau menjangkakan sokongan ramai akan diberikan kepada Dato’ hasan Ali. (sila klik)

Selepas membaca berita tersebut, aku terus menutup laptop, untuk menghadiri satu majlis rumah terbuka ”orang besar” di Shah Alam. Dalam perjalanan, salah seorang YDP PAS kawasan dalam negeri Selangor telefon, memaklumkan bahawa beliau ditelefon oleh salah seorang ahli dewan harian, meminta agar memberikan sokongan padu kepada Dato’ Hasan Ali. (sila klik)

Apabila dimaklumkan sedemikian, baru aku faham maksud berita yang menukilkan kenyataan Ketua Penerangan PAS negeri Selangor tersebut.

Justeru, tidak hairanlah, semalam aku dimaklumkan bahawa dalam mesyuarat Khas tersebut, ada beberapa YDP PAS kawasan yang memberi sokongan terhadap Dato’ Hasan Ali dengan membaca teks yang seperti sudah disiapkan sahaja.

Padaku, itulah kebiasaan dalam berpolitik dalaman PAS. Malah, ahli dewan harian tersebut, memang sudah dikenali sebagai orang yang terlalu mahir dalam melakukan ”lobi” seperti yang berlaku semalam. Secara peribadi, semasa berjawatan dahulu pun, orang tersebut pernah melakukan tindakan yang sama terhadapku.

Itu tidak penting bagiku, tetapi yang paling penting disini, Dato’ Hasan Ali sudah mengeluarkan kenyataan bahawa kononnya PAS selangor menyokong penuh tindakan Dato’ hasan Ali.

Secara peribadi aku beranggapan, kesan disebalik kenyataan ini memberi kesan buruk kepada PAS Selangor itu sendiri. Ini kerana, dengan kenyataan tersebut, pasti perompak-perompak dari UMNO akan kegembiraan, kerana sebahagian misi mereka untuk menutup penyelewengan mereka sudah berjaya. Apabila keadaan ini berlaku, sudah pasti rakyat yang sudah sedia marah kepada UMNO/BN akan marah kepada PAS.

SESUAI DENGAN ISLAM?

Pelik bin ajaib, apabila ada orang mengatakan siasatan selcat yang dilakukan secara terbuka ini adalah bercanggah dengan islam dengan alasan, Islam melarang dari mengaibkan orang lain.

Jika dipelajari dari kitab fiqh, kita akan jumpa dua penentuan hukum; Pertama disebut ”hukum lizatih”, kedua disebut ”hukum lighairih”.

Justeru, kita akan dapati disebalik hukum haram mengumpat, ada beberapa keadaan mengumpat itu dibenarkan. Disebalik wajibnya pergi ke majlis walimah al-urus apabila dijemput, terdapat juga beberapa keadaan, hukum pergi itu bertukar menjadi haram, seperti wujudnya unsur maksiat dalam majlis tersebut.

Begitujuga dalam mendedahkan aib. Tidak dinafikan, mendedahkan aib adalah perkara yang terlarang dalam islam. pun begitu, disebalik dilarang, ada beberapa keadaan, ia dibenarkan.

Sebab itu, jika kita melihat kepada Islam, kita akan dapati bahawa Islam menghalang dari melakukan sebarang perkara yang boleh memudharatkan kepada diri sendiri, juga terhadap orang lain. Pun begitu, dalam masa yang sama, apabila seseorang itu sabit kesalahan mencuri, hukuman potong tangan wajib dilaksanakan kepadanya, waimma potong tangan itu memberi mudharat kepada pencuri tersebut.

Begitujuga, islam mengharamkan mengaibkan orang lain. pun begitu, dalam masa yang sama, hukuman hudud diwajibkan dilaksanakan dikhalayak ramai, agar semua manusia dapat melihatnya, waimma tindakan tersebut sudah pasti mengaibkan, atau ditafsirkan sebagai menjatuhkan imej orang yang dijatuhkan hukuman.

Apa yang pasti, jika dibaca dari kitab-kitab maqasid syariah, sesuatu perlaksanaan hukuman dalam Islam mempunyai dua unsur penting, iaitu ’Radi’ah’ dan ’Zajirah’. Makna ’Radi’ah’ adalah mencegah pelaku jenayah daripada mengulangi jenayah yang telah dibuat. Adapun makna ’Zajirah’ adalah mencegah orang lain daripada melakukan jenayah.

Makanya, keadaan yang sama juga dalam siasatan selcat. Ia mestilah mempunyai unsur ’Radi’ah’ dan ’Zajirah’ ini; iaitu memastikan, pegawai kerajaan itu tidak akan mengulangi perbuatannya yang menyelewengkan duit rakyat, juga mencegah pegawai-pegawai lain supaya tidak melakukan tindakan yang sama.

Justeru, tidak timbul bahawa selcat ini bercanggah dengan islam ataupun tidak, tetapi yang dapat dilihat, ia bersesuaian dengan konsep maqasid syariah yang wujud dalam Islam itu sendiri.

Sekian

Wallahu ’Alam


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com




- Sri Indah (B), Sg Buloh
28 september 2009 * 2:38 petang

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

alangkah bertuah ada juga ustaz al bakistani ini yg boleh menjawap dgn hujah hujah yg mantap.

saya ahli pas selangor dan ramai lagi di cawangan begitu kecewa dgn pj dan juga exconya termasuk sesetengah ydp yg tukang angguk saja pada pj ni termasuk ydp di kawasan saya ini.

Tanpa Nama berkata...

Saya sedih ada juga ust macam ini...seolah2 dia sorang yang boleh beri hujah ugama.

Aku pun ahli PAS juga...tak aderlah aku minat sangat nak sokong Khalid Samad dan Saari Sungip tu. Terlalu libearal dan menyimpang dari asal hala pejuangan PAS.

Unknown berkata...

Kawasan Mana tu bagi tahu sikit

TBO berkata...

salam

entahlah teman ni tak pernah percaya kepada mereka yang so call "pakar motivasi" nih, baik dalam PAS atapatah lagi yang pro UMNO. Yang dalam PAS tu pun sejak terdedah ada pakatan nak jadi MB dengan anak toyo tu bak kate orang Perak keme udah getik.

pencari PDA(pahala di akhirat) berkata...

Emm..ana cukup sedih bila Ydp selangor tidak memahami kemahuan rakyat bawahan..ahli2 Pas tidak mahu hasan ali..bertindak membuta tuli...Tidak mengapalah, ader lah hikmahnyer..

alfakawi berkata...

ust,
ana uayyaiduka wa ma'aka fi mu'zomil qodhoyaa..

Al-Bakistani berkata...

pertama;

Islam adalah agama hujjah. firman Allah dalam surah Al-baqarah : 111;

"katakanlah, datangkan hujjah kamu, jika kamu dari orang-orang yang benar"

jika anda adalah orang yang benar, silakan berhujjah.. jika ada hujjah yang lebih kuat dari hujjah ana, ana bersedia mengakui hujjah tersebut.

kedua;

tentang YDP tersebut... kita boleh sembang...ana boleh sebut, sapa ahli dewan harian tersebut.

sekian

Wallahu 'Alam

Al-bakistani

pencari PDA(pahala di akhirat) berkata...

Waah...kalo boleh bg tau memang nak tau sgt sape dewan harian kaki melobi ni...nampaknya Ydp Pas selangor seolah2 ada yg mudah dibeli dgn rasuah wala..khalid terlalu liberal? Buktikan...setahu ana, beliau lah yang mempertahankan perjanjian pakatan rakyat dan tegurannya kepada hasan ali kerana statement hasan itu scra terbuka...Adakah liberal jika kita memandang Islam itu adil dan tidak akan menikam kawan?/ Sebaliknya, adakah Islam itu sempurna jika kita melihat Islam hya dari sudut melayu shja??Pemikiran sempit tak bererti Islam, pemikiran terbuka tak bererti liberal..kritikan tak bererti tak wala...spt kata khalid samad..

Tanpa Nama berkata...

ramai jugak penyokong wan ji dan khalid samad si kurang ajar patutla PAS selangor bermasalah dari dulu sampai sekarang..hina sangat ke hasan ali menyatakan pendapat dia kalau nak dibandingkan dengan perosak jemaah@pelapor rahsia jemaah si khalid samad and da gang(yang tidak mahu mengakui prinsip kerahsiaan dalam jamaah)..nafsu oh nafsu..bile kuasa dan dendam mengatasi segalanya maka berperananlah syaitan untuk menjadikan hujjah agama sebagai perisai untuk mempertahankan kebejatan..lalu yang salah menjadi benar dan benar menjadi salah...wallahualam..

Tanpa Nama berkata...

to tanpa nama yang benci wan ji dan khalid samad;

dah x ada modal ke?

matbaling