Ahad, 27 September 2009

DR ASRI LEBIH BIJAK BERPOLITIK ISLAM?

DR ASRI LEBIH BIJAK BERPOLITIK ISLAM?

Dahulu, Dr asri yang pernah ku kritik dalam banyak isu, terutama dalam isu yang berkait dengan khilafiyyah furu’iyyah. Aku pernah menghantar e-mail kepada beliau tentang beberapa perkara yang aku tidak bersetuju dengan beliau. Ternyata, e-mail itu dibalas beliau. Walaupun ringkas, tetapi ia boleh diterima, berbanding sebilangan ahli politik yang kini sudah menjadi YB, yang bukan sekadar untuk menunggu panggilan telefon, malah tidak lagi mengangkat telefon kalau dihubungi, waimma sebelum menjadi YB, sering berbalas-balas sms dan berhubung.

Pada hari ini, kenyataan beliau dari lamanweb peribadi beliau dinukil oleh Mstar dengan menekankan keperluan Fiqh interaksi dengan non Muslim dalam mendekatkan mereka kepada Islam.

Secara peribadi, kenyataan beliau itu disokong penuh. Lebih-lebih lagi, apabila beliau menyatakan bahawa unsur perkauman adalah penyebab utama non Muslim tidak mengenali islam.

Padaku, apa yang ditekankan oleh Dr Asri itu, wajib diambil perhatian oleh PAS; sebagai sebuah parti islam yang induk di malaysia. Ini kerana, kewujudan parti islam itu sendiri, bukan sekadar untuk mendapatkan undi, tetapi yang paling penting adalah, bagaimana hendak melaksanakan islam dalam sesebuah negara.

Perlaksanaan islam akan gagal terlaksana, jika rakyat tidak memahami Islam, waimma rakyat tersebut dari kalangan yang bukan beragama Islam.

Bermula dari sekarang, dicadangkan kepada PAS, agar merancang program-program dakwah terhadap non Muslim secara berkesan dan berstrategi, disamping mewajibkan kepada semua ahli-ahli PAS berusrah dengan buku “Fiqh Minoriti” karangan Dr Yusuf Al-Qaradhawi, agar mendapat persiapan lengkap dalam era Pakatan Rakyat yang menuju kepada pembentukan kerajaan islam di Malaysia.

Aku bercita-cita untuk melihat Malaysia menjadi sebuah negara Islam yang didalamnya terlaksana segala perundangan dan kandungan Islam sebelum aku mati. Perlaksanaan islam yang tidak wujudnya sebarang kemudharatan yang besar.

Sekian

Wallahu ‘Alam


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com




- Sri Indah (B), Sg Buloh
27 september 2009 * 7:39 malam

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam,
hebat cita-cita ustz utk melihat tertegaknya Islam di Malaysia sebelum ustz mati.

TAKBIR!!!

p/s- tapi kalau saya, kalau sempat pun ok tapi kalau tak sempat pun ok juga..janji keje Islam jalan :-)

Tanpa Nama berkata...

Bekum tentu Dr Asri boleh buat seperti apa yang tidak mampu dibuat oleh YB.
Cakap2 yang belum diuji tak perlu diberi pujian.
Sudah melalui peperiksaan, dapat markah baru boleh gredkan seseorang itu samada lulus, gagal atau mendapat kepujian.