Khamis, 24 September 2009

HIMPUN NIAT PUASA ENAM DENGAN QADA’ RAMADHAN

HIMPUN NIAT PUASA ENAM DENGAN QADA’ RAMADHAN

Dr Atiyah Saqar menyatakan dalam kitab Fatawa min Ahsan Al-Kalam;

يمكن لمن عليه القضاء من رمضان أن يصوم الأيام الستة من شوال بنيه القضاء، فتكفي عن القضاء ويحصل له ثواب الستة البيض في الوقت نفسه إذا قصد ذلك، فالأعمال بالنيات

Maksudnya;
“Mungkin (boleh) bagi mereka yang mampunyai kewajipan qada’ puasa ramadhan, bahawa dia berpuasa enam hari dalam bulan syawal dengan niat qada’. Puasa qada’nya sah, dan dia juga mendapat pahala puasa enam apabila dia melakukan niat sedemikian. Ini kerana, (keadah menyebut) sesuatu amalan itu berdasarkan kepada niat”

Pendapat Dr Atiah Saqar itu merujuk kepada apa yang dinaskan oleh As-Syaikh Zakaria Al-Ansari (seorang ulama dalam mazhab As-Syafie) menerusi Kitab As-Syarqawi.

Hujjah Dr Atiah Saqar adalah dengan mengumpamakan dengan hukum menghimpun niat bagi mereka yang naik di atas masjid; dibenarkan kepadanya menunaikan solat sunat tahyatul masjid, disamping diniatkan untuk menunaikan solat fardu, atau solat-solat sunat yang lain. ini kerana, maksud dengan solat dua rakaat sebelum duduk dalam masjid itu sudah termasuk maksudnya dengan menunaikan solat dua rakaat, tidak kira apa jenis solat sekalipun.

Olahan ringkas dari Sumber : Islamonline (versi arab)

Sekian

Wallahu ’Alam


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com




- Sri Indah Indah (B), Sg Buloh
25 september 2009 * 1:36 pagi

Tiada ulasan: