Tok Guru Nik Abdul Aziz merupakan antara tokoh ulama yang bijak mengulas Al-Quran sehingga dapat diterima ramai, waimma non Muslim
KASIHKAN ISLAM JANGAN SAMPAI RUGIKAN ISLAM
“seekor beruang sayangkan tuannya. Seekor nyamuk hinggap atas muka tuannya, terus ditepuk nyamuk itu. agak-agaklah, apa akan jadi dengan tuan beruang itu?” Lebih kurang begitulah bunyinya analogi Ustaz Harun Taib dalam satu perbualan antara kami di Taman melewar dalam dua tahun yang lalu.
Walaupun bunyinya seperti lawak, tetapi ia mengandungi seribu satu kebenaran disebalik analogi berunsur lawak tersebut.
Begitujuga dalam meletakkan kesayangan kita kepada Islam. Ia ada cara dan kaedah, agar Islam tidak dilihat buruk, malah melahirkan keindahan di mata-mata sesiapa sahaja, waimma terhadap non Muslim.
Jangan dilihat ada orang bukan islam menghina islam, maka terus diserang orang itu; kerana tindakan sebegitu dibimbangi mendapat kerugian pada Islam itu sendiri. tetapi, konsep penerangan Islam kepada mereka dengan cara yang betul dan menarik perlu diutamakan, agar Islam akan diterima dengan hati yang terbuka.
Factor cara bercerita juga penting. Tanpanya, Islam yang indah boleh dilihat seperti hodoh, seterusnya islam akan terus dibenci sebenci-bencinya.
“kita mesti laksanakan islam. Kalau orang cina dan india tidak mahu terima. Kita isytihar mereka sebagai harbi” ucapan sebegini, melambangkan kebodohan dalam menerapkan islam.
Tetapi, jika diucap, “dia hina Islam sebab dia tak faham. Mereka tidak pernah dengan tentang keadilan Islam. Nanti kita jumpa dengan mereka, kita bagi mereka faham. Kita akan cerita elok-elok kat mereka; Kita cerita konsep keadilan yang wujud dalam Islam, pasti mereka terima punyalah” sudah pasti, ucapan sebegini mengandungi seribu satu unsur dakwah yang akan menyebabkan non Muslim tidak merasa janggal untuk menjadikan kita sebagai kawan, seterusnya kita boleh menerangkan islam kepada mereka dalam bentuk yang cukup harmoni; tanpa wujudnya prejudis terhadap islam.
Jika kita membaca sejarah china lampau, kita akan ketemui satu kisah berkenaan dengan cara mengolah cerita boleh melahirkan penerimaan ataupun penolakan terhadap sesuatu statement. walau ia adalah kisah china lampau, tetapi ia amat berfaedah bagi mereka yang mahu menjadi pendakwah yang berkesan, dalam menyeru manusa kepada Islam.
Diceritakan seorang raja bermimpi bahawa semua giginya gugur. Mimpi tersebut tidak senang dengan mimpinya itu, menyebabkan dia memanggil semua ahli nujum-ahli nujum negara datang mengadap.
“semalam beta bermimpi bahawa semua gigi beta gugur. Apakah gerangan maksud mimpi beta itu?” raja mula bertitah.
Semua ahli nujum menundukkan kepala dihadapan raja, kerana memberi penghormatan kepada raja, disamping itu mereka tertafakkur berfikir maksud mimpi tersebut.
Agak lama juga untuk mendengar jawapan dari ahli nujum-ahli nujum itu. Raja melihat gelagat semua ahli nujum-ahli nujum itu.
”sesiapa dari kaliah yang dapat menafsirkan maksud mimpi beta, pasti beta akan memberikannya hadiah yang lumayan” Titah raja lagi.
Tidak lama kemudian, seorang dari ahli nujum itu berkata, ”wahai tuanku, berdasarkan kepada firasat hamba, semua ahli keluarga tuanku akan ditimpa celaka; mereka akan mati”
Jawapan dari Ahli nujum itu menyebabkan raja menjadi berang. Masakan hadiah, tetapi hukuman diberikan kepadanya. Tidak sempat arahan hukuman diberikan kepada Ahli nujum itu, seorang ahli nujum lain menyahut, ”wahai Tuanku, mimpi tuanku itu membawa maksud bahawa tuanku akan mempunyai umur yang panjang, sehingga semua ahli keluarga tuanku meninggal dunia, baru tuanku meninggal dunia”
Jawapan dari ahli nujum kedua itu, menyebabkan raja berpuas hati. Segala kemarahannya terhadap ahli nujum pertama berjaya dihakis. Ekoran kebijaksanaan ahli nujum kedua itu, menyebabkannya dikurniakan hadiah oleh raja.
Dari kisah ini, kita dapat melihat bagaimana kebijaksanaan dalam mengolah bahasa menjadi faktor penting dalam mengubah minda pendengar.
Kaedah olahan bahasa ini, bukan sekadar wujud dalam kisah maharaja china terdahulu sahaja, malah terdapat juga dalam Al-Quran itu sendiri. Ekoran itu, apabila kita membaca Al-Quran, kendengaran penggunaan kalimah ”rab” di satu ketika, dan diwaktu lain digunakan kalimah ”Allah”; padahal kalimah ”rab” itu sebenarnya merujuk kepada Allah juga.
Inilah kaedah penggunakaan bahasa yang diajar dalam Al-Quran, ketika berhadapan dengan sasaran dakwah, tetapi amat kurang direnung kebanyakkan manusia, waimma mereka yang mendalami pengajian ilmu agama sekalipun.
KONSEP MASALAHAH DAN MAFSADAH
Bagi mereka yang belajar dalam bidang Syariah Islamiyyah, pasti mereka akan berketemu antara kitab-kitab muktabar yang menjadi rujukan adalah Al-Muwafakat karangan Imam As-Syatibi. Dalam kitab tersebut, diulas dengan lumat dan mendalam tentang konsep Maslahah dan mafsadah yang wujud dalam Syariah Islamiyyah. Jika ingin mengetahui lebih luas lagi tentang perbahasan konsep maslahah, Dr Said Ramadhan Al-buti juga ada menulis tentang isu itu menerusi sebuah kitab yang bertajuk “Dowabit Al-Maslahah”
Dr Yusuf Al-Qaradhawi menulis kitab Fiqh Awlawiyyat, Fiqh Aqalliyyat, Siyasah Syariiyyah dan berbagai-bagai fiqh, boleh dikatakan diindukkan ulasannya dengan merujuk kepada pemikiran Imam As-Syatibi dalam konsep maslahah dan mafsadah.
Orang yang mempelajari syariah islamiyyah, pasti akan memahami konsep ini. Jika tidak memahaminya juga, berkemungkinan mereka lebih suka menjadi ustaz “ayat-ayat cinta” berbanding mendalami kefahaman tentang konsep yang amat penting ini.
Dalam berinteraksi dengan orang bukan islam yang tidak memahami Islam, ataupun dalam perlaksanaan Islam, konsep maslahah dan mafsadah ini amat penting difahami. Tanpa kefahaman ini, kejayaan dalam dakwah, ataupun dalam sesuatu perlaksanaan islam tidak akan berjaya.
Perlaksanaan hukum Islam, memang menjadi satu kewajipan yang wajib diperjuangkan. Pun begitu, cara perlaksanaan itu memerlukan cara dan kaedah yang tersendiri, agar perlaksanaan itu tidak melahirkan mafsadah.
Kita meyakini bahawa islam adalah agama yang adil; agama yang membawa kesejahteraan kepada manusia. Tetapi, perlaksanaan islam tanpa diberikan kefahaman kepada rakyat, ia bisa melahirkan perlaksanaan yang bersifat sementara. Malah, rakyat itu sendiri akan menolak islam disebabkan mereka tidak memahami Islam.
Kita juga berkeyakinan, gejala social hari ini tidak berjaya dibendung kerana tidak mengikut Al-Quran. Ia membarah, apabila Islam itu tidak dijadikan sandaran dan panduan. Pun begitu, Al-Quran yang mahu dijadikan sandaran perlu dilaksanakan dengan cara yang betul. Perlaksanaan Al-Quran yang tidak mengikut cara yang betul, memungkinkan rakyat tidak melihat kebaikkan Al-Quran, seterusnya menolak Al-Quran itu sendiri; iaitu melahirkan mafsadah.
Apabila mereka menolak Al-Quran, barah social tidak bisa diubat, malah barah semakin membarah, seterusnya merosakan rakyat dan masyarakat itu sendiri.
Inilah yang berlaku dalam Kerajaan Taliban di Afghanistan terdahulu. Tidak dinafikan, banyak perlaksanaan Islam telah berjaya di Afgahnistan di zaman pemerintahan Taliban, tetapi memandangkan rakyat tidak faham Islam, menyebabkan pemerintahan islam itu tidak didokong oleh rakyat mereka, melainkan sedikit sahaja.
Mengapa ini berlaku? Kerana, cara perlaksanaan islam di zaman pemerintahan Taliban tidak berasaskan kepada konsep siyasah syariyyah; tidak melihat ma’lat at-tatbiq dan tidak memerhatikan konsep Maqasid Syariah.
Keadaan ini tidak hairan berlaku, kerana kerajaan yang memerintah adalah kerajaan Taliban; yang mana dalam bahasa farsi dan hindi, Taliban bermaksud mahasiswa. Ia adalah kerajaan mahasiswa.
Nasib yang menimpa kerajaan Taliban, tidak seharusnya menimpa kepada mana-mana gerakan islam dalam usaha hendak melaksanakan syariah di Negara-negara yang mereka perjuangkan islam.
KESIMPULAN
Kepada para agamawan, waimma dari mana pun asas pendidikan mereka, program penerangan Islam kepada pihak non Muslim, juga kepada anak-anak muda dan anak-anak tua yang berpeleseran perlu diperkuatkan.
Jangan diseriuskan sangat program-program yang melibatkan kepada mereka yang sudah sedia mahukan islam. Bukan bermakna perlu ditolak apabila dijemput, tetapi meletakkan keutamaan kepada program dakwah non Muslim, dan orang yang tidak mahukan islam.
Ingatlah, gejala social tidak menimpa mereka yang sedia mahukan Islam, tetapi gejala social menimpa mereka yang tidak mahukan islam. Gejala Sosial akan membarah disebabkan Al-Quran tidak dihayati oleh orang yang tidak menerima Al-Quran, tetapi tidak membarah kepada mereka yang sudah menerima al-Quran sebagai panduan hidup.
Sekian
Wallahu ‘Alam
Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com

- Sri Indah (B), Sg Buloh
24 september 2009 * 4:20 petang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan