ISLAM DIJUARAI DENGAN ISU KEADILAN SEJAGAT, BUKAN BANGSA
Kadang-kadang meluat pun ada, apabila wujud dari sebilangan orang-orang PAS, malah ada juga pimpinan PAS yang berbicara tentang “menjuarai” isu orang melayu.
Padaku, isu melayu tidak penting diperjuangkan, malah melayu tidak akan luput dari dunia. Jika luput pun, aku tidak pernah merasakan ia satu dosa. Lihatlah mesir; merupakan sebuah negara yang asal rakyatnya berbangsa qibti, tetapi kini sudah dikenali sebagai republik arab mesir, waimma dilihat dalam peta bahawa mereka berada dibawah Afrika.
Mereka menerima Islam di zaman Omar bin Al-Khattab dengan kejayaan seorang pendakwah islam dari kalangan sahabat yang terkenal bernama Amru bin Al-Ash. Rakyat mesir ketika itu, bukan sekadar mereka memeluk islam, tetapi mereka telah berusaha bercakap dengan bahasa Islam; bahasa Al-Quran, bahasa arab. Kejayaan dakwah Amru bin Al-As itu, bukan sekadar kejayaan mengislamkan rakyat mesir, malah berjaya mengislamkan bahasa pertuturan mereka. inilah kejayaan yang amat unik dan mengkagumkan.
Tidak dinafikan, banyak factor yang menyebabkan islamnya rakyat mesir ketika itu. Ada sebilangan pengkaji mendakwa, ia adalah kebanggaan rakyat mesir yang pernah memperkahwinkan seorang perempuan rakyat mesir yang bernama Mariah Al-Qitbiyyah kepada Nabi SAW. Justeru, mereka merasakan mereka seperti ipar Nabi SAW. Makanya, mereka pun mengambil bahasa Nabi SAW sebagai bahasa pertuturan mereka.
Pun begitu, kita dapat melihat, konsep kebangsaan bukan menjadi perjuangan para sahabat, tetapi konsep keadilan islam yang berjaya dikemukakan menyebabkan rakyat mesir menerima Islam. kejayaan ini, bukan sekadar berlaku di Negara mesir, malah di seluruh dunia-dunia Islam yang lain.
Kita dapat melihat, bagaimana penerimaan islam hebat berlaku di zaman Omar bin Al-Khattab. Semuanya bersebab, konsep keadilan yang dikemukakan oleh Omar, tanpa mengira bangsa menjadi asas pemerintahan.
Pernah berlaku pada zaman Omar berkenaan dengan satu kelompok yang tidak beragama Islam dari Bani Tughlub (ada bacaan : Bani Taghlab). Keberadaan mereka dalam kerajaan Islam, sudah pasti dikenakan bayaran Jizyah. Pun begitu, bimbang dengan perasaan mereka sebagai kelompok ‘kelas kedua’, menyebabkan Omar bin Al-Khattab sanggup menukar kalimah ‘jizyah’ kepada ‘zakat’, walhal, orang bukan islam tidak dikenakan bayaran zakat.
Inilah kebijaksanaan Omar dalam melakukan pentadbiran kerajaan islam. Beliau tidak pernah melahirkan pertembungan berasaskan kepada kaum, tetapi sentiasa bertindak untuk mencari titik kesamaan dalam melaksanakan keadilan yang diperjuangkan oleh islam. Ekoran itu, tidak hairan zaman itu boleh dikatakan sebagai zaman kegemilangan Islam; yang mana Islam sudah sampai selain dari semenanjung arab.
Justeru, jika kita mahu Islam tersebar luas, istilah “menjuarai isu orang melayu” tidak seharusnya menjadi bahan ratib. Tetapi, bercakaplah konsep keadilan islam yang tidak mengira kaum dan bangsa. Ini kerana, konsep keadilan islam ini sudah terbukti kejayaannya dalam pemerintahan.
Ingatlah ucaptama Omar bin Al-Khattab ketika menyampaikan ucapan beliau di mimbar masjid Al-Aqsa;
إنا كنا أذل قوم فأعزنا الله بالإسلام فمهما نطلب العزة بغير ما أعزنا الله به أذلنا الله
Maksudnya;
“Dahulu kita (bangsa arab) adalah sehina-hina kaum. Lalu Allah muliakan kita dengan islam. sekiranya kita mencari kemuliaan selain cara Allah muliakan kita, pasti Allah akan menghinakan kita[1]”
Ingat!! Bangsa arab di zaman Nabi dan para salaf mulia disebabkan mereka berpegang dengan Islam; mereka bercakap soal Islam dan keadilannya. Tetapi kini, arab terhina disebabkan mereka meletakkan perkauman arab. Justeru, melayu boleh jadi mulia jika melayu bercakap tentang Islam – keadilan islam. keadilan islam itu, tidak dibataskan kepada melayu, malah menjangkaui sehingga kepada cina, india, arab, siam, dan seterusnya.
Makanya, jika ada pimpinan PAS atau mana-mana ahli PAS pun bercakap tentang ”menjuarai melayu” tunggulah kehinaan yang Allah akan timpakan kepada kita.
Aku secara pasti meyakini bahawa PAS mulia kerana Islam adalah perjuangannya, bukan kerana Melayu.
Sekian
Wallahu ’Alam
Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com

1 ulasan:
Melayu melayu melayu...ini memang zikir boneka2 Umno...Ana dgr pimpinan Pas tganu buat taklimat ttg isu semasa di Kudqi...bila ader yang tya isu kjaan perpaduan, Kuasa melayu jugak jawapannya...baca blog din tntawi, roslan, Iskandar beruk, melayu jugak...Ana taknak kata TG presiden tu boneka..tapi kytaan dia ttg 16 september anwar,...Nak majoriti melayu muslim dominan di parlimen...melayu jugak..hmm...wajar difikirkan..
Catat Ulasan