Ahad, 8 November 2009

TA’LIQ CERAI ISTERI BIMBANG KHIANAT PARTI?


TA’LIQ CERAI ISTERI BIMBANG KHIANAT PARTI?

Sumpah tidak akan berlaku, melainkan dengan menyebut salah satu dari nama-nama Allah, juga salah satu dari sifat-sifat Allah yang maha sempurna. Cumanya, dita’liqkan pula dengan menceraikan isteri. Bermakna, ia bermaksud bersumpah disamping diwujudkan kalimah ta’liq cerai isteri.

Ta’liq menceraikan isteri dianggap seperti memperdagangkan perempuan, merupakan satu tuduhan yang tidak berasaskan kepada ilmu. Ini kerana, dalam setiap pernikahan di seluruh Malaysia, ta’liq ini wujud dikala akad nikah berlaku. Seperti, selepas akad nikah, pengantin lelaki diminta oleh Juru Nikah agar membaca ta’liq yang kandungannya lebih kurang begini;

“sesudah minah binti mamat sah menjadi isteriku, lalu aku telah meninggalkannya selama 4 bulan berturut-turut, tanpa mendapat nafkah zahir dan batin, ketika itu, terfasakhlah nikah ini”.

Jika ta’liq isteri dianggap sebagai amalan jahiliyyah, mengapa ta’liq yang sudah sedia diamalkan di seluruh malaysia seperti ini, tidak dianggap sebagai amalan jahiliyyah??

Mungkin ini yang perlu YB Zul Kulim kena jawab????

TA’LIQ CERAI ISTERI

Ta’liq cerai isteri jika khianat parti menjadi isu yang dimainkan oleh UMNO/ BN. Semuanya telah terbocor, ekoran pertemuan tertutup (mungkin tidak sulit kot) antara beberapa pimpinan PAS dengan blogger-blogger UMNO.

Mungkin kita perlu lupakan masalah mainan parti murahan UMNO yang maha bodoh lagi maha bangsat itu. Yang penting kita nyatakan, dari segi hukum, apakah tindakan tersebut bersalah atau tidak?

Berpolitik dalam islam merupakan satu tuntutan. Tuntutan itu berpunca, ia bertujuan untuk melaksanakan satu amanah yang merupakan maslahah ’Ammah (baca : maslahah umum), demi menolak mudharat yang besar.

Tujuan berpolitik adalah, untuk melaksanakan islam atas muka bumi; melaksanakan keadilan dan menolak kezaliman. Perlaksanaan keadilan dan menolak kezaliman ini, merupakan tuntutan syarak yang bersifat umum; melibatkan rakyat secara menyeluruh.

Adapun ta’liq cerai isteri, ia bersifat individu. Lantaran, ia bersifat khusus. Justeru, apabila bertembung antara dua mudharat, iaitu mudharat kepada rakyat secara umum, dengan mudharat kepada isteri yang bersifat khusus, maka, hendaklah didahulukan menjaga mudharat yang lebih umum.

SAYANGKAN PARTI MELEBIHI ISTERI?

Tidak selayaknya ditimbulkan, apakah tindakan sebegitu meletakkan kesayangan parti melebihi Isteri. Yang patut ditimbulkan adalah, mengkhianati amanah rakyat perlu dijaga berbanding menyayangi isteri.

Amanah rakyat bersifat umum, sedangkan sayangkan isteri bersifat khusus. Amanah rakyat, melibatkan individu-individu yang ramai, sedangkan sayangkan isteri melibatkan individu tertentu.

Mana yang perlu didahulukan, antara keuntungan individu tertentu, dengan keuntungan individu yang ramai?

Bukankah, Nabi SAW pernah bersabda;

وَإِنَّ فَضْلَ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِ الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ عَلَى سَائِرِ الْكَوَاكِبِ

Maksudnya;
“Sesungguhnya kelebihan orang alim berbanding ahli ibadat seperti lebihnya bulan yang mengambang berbanding seluruh bintang” (Abu Daud : 3157)

Hadis ini, Nabi SAW menggambarkan wujudnya kelebihan orang alim berbanding orang abid. Ini kerana, orang alim mampu memberikan manfaat ilmunya kepada ramai manusia, walhal perkara ini tidak dapat dilakukan oleh ahli ibadat, yang mana ibadatnya yang dimanfaatkan, hanya untuk dirinya sendiri sahaja.

Dengan kata lain, hadis ini, Nabi SAW ingin menyatakan bahawa manfaat untuk orang ramai lebih didahulukan berbanding manfaat yang tidak boleh dimanfaatkan oleh orang lain.

Maka, keadaan yang sama juga dalam perkara yang melibatkan lafaz ta’liq cerai isteri demi menjaga amanah rakyat.

KASIH SAYANG DAN AMANAH RAKYAT

Apabila ini difahami, nyata betapa amanah rakyat perlu dijaga. Pengkhianatan terhadap rakyat, perlu dibuang jauh. Justeru, bagi mereka yang menyayangi isteri, maka jangan sekali-kali melakukan tindakan yang boleh mengkhianati amanah rakyat. Jika mereka melakukan juga pengkhianatan terhadap amanah rakyat, bermakna dia tidak menyayangi isterinya sendiri.

Justeru, apabila keadaan ini berlaku, sudah pasti isteri yang menyayangi suaminya akan sentiasa memberi peringatan kepada suaminya yang telah menjadi YB agar sentiasa menunaikan amanah rakyat, dan tidak mengkhianatinya.

Apabila keadaan ini wujud, sudah pasti terbukti wujudnya kasih sayang antara suami isteri; iaitu suami tidak mengkhianati amanah rakyat demi menyayangi isteri, dan isteri sentiasa memberi peringatan kepada suami agar tidak mengkhianati amanah rakyat, kerana isteri sayangkan suaminya.

Apabila keadaan ini berlaku, sudah pasti kasih sayang antara YB dan isterinya nyata wujud, disamping kedua-dunya mendapat pahala mempertahankan amanah rakyat dengan tidak mengkhianatinya.

Cumanya, mungkin isu ini akan dijadikan mainan musuh, lantaran itu, akan melahirkan satu persepsi buruk PAS tentang wanita. Justeru, pihak media PAS perlu bijak dan pandai bermain dengan mainan musuh, agar persepsi buruk PAS tentang wanita ini tidak terwujud sama sekali.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com




- Sri Indah (B), sg Buloh
9 November 2009 * 4:37 pagi




13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Syukur alhamdulillah kerana enta tolong jawabkan isu tersebut.Bagi org PAS perkara tersebut memang tidak menjadi masalah; tetapio bagi mereka yg baru nak berjinak-jinak dgn parti PAS tentu 'garu kepala' juga.Agaknya Penerangan sibuk sangat kot...

ali berkata...

mcm ni la us,tolong menolong ,kan bagus kalau mcm ni.murni je nampak

syairah berkata...

salam juang..

gonggong019 berkata...

salam,

boleh jelaskan dari segi dalil AlQuran, Hadith atau ijma ulama?
memang dibenar ke baiah talak 3 ni, ada ke baiah dgn mende lain?

wassalam
wan

joostspring berkata...

cukup2 la menyesatkan wahai si khawarij...puak mu ni sesat parok dah..pas ni parti politik jah..tapi puak2 mu buat pas ni serupo agama...

nik ajis mu tu alim ulamak jah..bknnye nabi..

maharajatoga berkata...

pd sy tentang talak 3 ni sy kurang stuju. spjg sy hidup blm pernah sy dgr kisah seumpama tu. tp sekirannya tindakan itu ada asas dan ada hujah tentu saja sy stuju..

pndgn peribaduku, biasanya bai’ah yg dilakukan akan diikuti dgn kesan yg besar..

[b]cthnya andai aku melanggar baiah ini akan jatuh balak yg besar pd diriku.

cth yg lain, andai aku melanggar baiah ini akan ku beri rumah ni pada org lain..[/b]

nampak kesan kpd baiah tu sbnrnya kesan yg tak baik pd si Tuan selagi ia tdk berbaiah utk melakukan dosa.

nampak mcm lebih kurang sama dlm kes ni..
skrinya aku melanggar baiah ni akan ku cerai isteriku..
isteri adalah org yg kita syg..maknanya begitu dia yakin dgn baiah sehingga isteri yg dia sygi dan cintai itu dan dia yakin bhwa tdk sesekali dia akan mencerai isteri dia menunjukkan betapa dia setia dgn kandungan baiah itu..

tp kalau dia berbaiah utk memukul isterinya tentulah yg ni jelas haram
[b]“baiah mengikut seorang muslim samda ia suka atau tidak dgn ikatan itu selagi ia tdk disuruh melakukan dosa. sekrinya sebaliknya maka tidak ada lagi janji setia itu.
-bukhari muslim.

begitu juga dlm soal talak taklik yg di lafazkan sesudah akad nikah.
[b] andai aku meninggalkan isteriku 4 bulan berturut2 tanpa mendapat nafkah zahir dan batin, ketika itu, terfasakhlah nikah ini”.[/b]

krn kecintaan dan kwajipan seorang suami pd isteri tentu perkara ni takkan si suami lakukan.
malah tindakan meninggalkan isteri merupakan tindakan zalim.

begitu juga tindakan lompat parti mana2 ahli PAS.
ia sama sprt meninggalkan satu jemaah dan gerakan Islam. (baca= PAS sbg gerakkan Islam).
tindakan lompat parti ini sndiri boleh menumbangkan kerajaan Islam.

masalah skrg bila view dari pihak umno mengatakan PAS sanggup berbuat apa saja demi cita2 politik.

mmg itu hujah pihak lawan. yg menjadi masalah bila view dr pihak umno hnya bc tindakan utk mencapai cita2 politik.

sedangkan gerakan PAS merupakan gerakan dan jemaah Islam.
sy yakin skrinya pihak umno mengakui PAS merupakan gerakan dan jemaah Islam maka mereka semua mengakui tindakan itu adalah wajar.

ini mmbuktikan bhwa kecintaan terhadap Allah dan rasul melebihi kecintaan terhadap isteri.

jadi selesai masalah.
masalah timbul bila PAS di bc sbg parti politik.
kalau kita bc PAS sbg gerakan dan jemaah Islam sy yakin isu ni tak berbangkit.

[b]“jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, keluargamu, harta kekayaan, perniagaan, dan tempat tinggal adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dari berjihad di jalan-Nya,
maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya.”[/b]

attaubah 24.

cuba kita imbas balik sejarah penghijaran muhajirin ke madinah. smpaikan golongan ansar pun cerai isteri2 mereka dan bagi kat golongan muhajirin..

kita sanggup ke? jauh panggang dr api..

maharajatoga berkata...

sy mmbuat keputusan menarik balik pandangan sy sblm ni berikutan sy jumpa satu pandangan yg lebih kuat.

pun begitu mohon ust wanji mengkaji kesahihan pandangan ini..

terima kasih..

______________________________

utk bacaan penuh sila ke sini

http://abuumair1.wordpress.com/2009/11/09/takliq-cerai-dalam-baiah/

secara ringkas,

Meneliti sejarah bai'ah sejak zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, kita akan dapati berbai'ah dengan menjadikan perceraian sebagai galang ganti tidak wujud pada zaman baginda, dan juga pada sahabat.

Orang pertama yang bertanggungjawab memasukkan elemen seperti perceraian dalam bai'ah ialah Hajjaj bin Yusuf al-Tsaqafi, ketika meminta rakyat berbai'ah kepada Khalifah Abdul Malik bin Marwan.

Selain perceraian, ada beberapa perkara lain lagi yang dimasukkan oleh Hajjaj dalam baiah kepada khalifah. Dengan maksud, jika ada kalangan rakyat yang tidak mengotakan baiah atau mencabulinya, maka akan terjadilah perkara-perkara yang dita'liqkan. Perkara-perkara tersebut ialah:
- menceraikan isteri
- bersedekah hartanya
- pergi menunaikan haji
- membebaskan hambanya

Sejak Hajjaj memperkenalkan sumpah baiah seperti ini, khalifah-khalifah seterusnya ada yang mengikuti jejaknya dan tidak kurang ada yang menambah berbagai-bagai perkara lagi dalam bai'ah selaian empat tersebut.

Apa yang pastinya, memasukkan perkara-perkara ini dalam bai'ah adalah satu tindakan melampau khalifah-khalifah terdahulu. dan ia tidak ada asasnya dalam agama Islam.

Ibn Taimiyyah menyebut:

"Sumpah dengan menggunakan perceraian adalah satu bidaah yang baharu. Aku tidak pernah mendapati perbuatan sumpah dengan perceraian pada zaman sahabat".

Katanya lagi, "Kemudian, bidaah ini semakin berleluasa dalam kalangan ummat dan tersebar dengan meluasnya".

Kalaulah bai'ah terhadap khalifah Negara Islam pun, ulama telah mempertikaikan tindakan Hajjaj bin Yusuf memasukkan elemen perceraian, maka kita fikirkanlah perbuatan memasukkan elemen perceraian dalam bai'ah yang lebih kecil. contohnya bai'ah terhadap satu-satu kumpulan atau jemaah.

http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=155&t=38783&sid=63ede841cc59a347f73cc150a2aab2ca

kecewa dengan keadaan pas skrg berkata...

Saya tetap tidak setuju dengan tindakan ini.

1. Tujuan taklik yang dilafazkan semasa nikah adalah untuk jaga kebajikan isteri.

2. Ada orang yang perjuangkan Islam tapi tidak atas landasan parti politik Pas. Keluar Pas lansung tidak membawa maksud mengkhianati Islam atau rakyat. Apabila tidak bersetuju dengan cara pas, seseorang itu bebas untuk perjuangkan Islam dengan cara yang dirasakan sesuai dan bertepatan dengan ajaran Islam dan Rasulullah.

Adakah pas menganggap semua teguran daripada mana-mana pihak sebagai mainan musuh? Memang ini yang saya lihat dan nampak. Sempit dan mundurlah pas begini.

Pas seharusnya matang dan bijak. Jika ada tuduhan perlu dijawab dengan hujah yang bijaksana dan akal. Bukan dengan tuduhan baru.

Tirulah masyarakat zaman othmaniyyah.

Jadi bijak.

Jadi bijak.

Jadi bijak.

kecewa dengan keadaan pas skrg berkata...

Setuju dengan pengomen di atas.

Bai'ah sepatutnya membawa kesan kepada diri yang melafazkan bai'ah sahaja, bukan kepada orang lain.

Tanpa Nama berkata...

terima kasih tolong jawabkan...ana sependapat gak ngan u.wanji
( pakindo karachi )

Tanpa Nama berkata...

ape komen ustz ngan blog ni?

http://mahaguru58.blogspot.com/2009/10/rahsia-kenapa-adun-dan-mp-pas-tak.html

Tanpa Nama berkata...

Kenapa pilih untuk lompat parti kalau terikat dengan baiah? Itu persoalannya. Ada 3 pilihan kepada wakil rakyat yang nak melompat parti,

1- kekal bersama PAS dan rumahtangga selamat
2- melompat parti sedangkan beliau sedar implikasinya talak tiga
3- letak jawatan sebagai wakil rakyat, lompat parti lain...

Jadi kenapa jadi isu, bukan baiah tuh yang menjadi masalah kepada isteri/wanita, tetapi si suami tuh yang mempertaruhkan rumahtangganya sedangkan kalau dia tidak bersetuju dengan parti masih ada jalan keluar iaitu letak jawatan, maka tidaklah rumahtangga musnah. Sekadar memberi pendapat

abu redha berkata...

jawapan yang dari soalan yang dikemukakan.. kenapa ta'liq waktu akad nikah dibenarkan

refer teksnya dari artkel

"Meninggalkan isteri dan tidak memberi nafkah sekian lama" lebih kurang begitu tujuannya..

Maka, Islam itu datang dengan keadilan, setelah isteri diperlakukan dengan ketidakadilan sebegitu, maka Islam mengangkat hak isteri, diingatkan supaya tidak diperlakukan sewenangnya..

Andai ingkar, natijahnya, isteri terpaksa dilepaskan demi menunaikan haknya. Begitulah Islam mengangkat martabat wanita, setelah dihinakan waktu Jahiliyah dulu..

Maaf, saya tak nampak kaitan antara baiah yang dibuat oleh PAS ini(andai benar dibuat) dengan ta'liq yang biasa masyarakat malaysia lakukan..

Apa kaitan lompat parti dengan hak isteri???

Saya tak membangkang andai ada hujah yang lain yang lebih kuat, bukan hujah akal yang tidak dapat diterima sebegini.

Kalau boleh kemukakan dalil Al Quran dan hadisnya, andai tiada, kemukan bagaimana qiasnya, andai tiada juga, tolong bagi hujah yang lebih releven kerana masyarkat sejarang adlaah masyarakat intelektual yang memerlukan hujah yang kuat bagi menerima sesuatu perkara..

Wallahuaa'lam