Sabtu, 14 November 2009

PENYELEWENGAN HARUS DIBENTERAS

Ramai yang meminta aku memberikan pandangan dalam isu pemecatan syaikh kickdefela dari salah satu syarikat kerajaan negeri Kelantan, yang di"COO" oleh IR Ariffahmi, menantu Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Secara umumnya, dalam isu ini, Aku amat respek dengan tindakan Tuan Guru yang membenarkan, malahan mengandungi maksud menjemput pihak berkuasa untuk melakukan siasatan terhadap menantunya. Sudah pasti, tindakan sebegini amat membanggakan kepada semua ahli PAS, merupakan manusia yang mendokong perjuangan islam yang amat menyerang sebarang penyelewengan.

Secara peribadi, aku tidak mengetahui lebih dalam tentang isu ini. Pun begitu, secara peribadi, aku mencadangkan agar di'selcat'kan kepada mereka yang berkenaan. Ini kerana, tindakan tersebut membuktikan keterlusan dalam pentadbiran.

Adapun dalam isu jemputan hussam musa terhadap umno untuk menjadi timbalan exco, ia sudah terbukti satu berita fitnah yang sengaja dilontarkan menerusi akhbar siasah pada keluaran lepas.

Dan jika dibaca balik siasah keluaran yang baru, pasti kita akan baca di muka surat depan, tentang kandungan sebenar dalam isu ini; yang telah dijelaskan sendiri oleh saudara husam musa.

Sekian

Wallahu Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- dari perjalanan ke kelate (bas)
14 November 2009 * 2:30 petang

3 ulasan:

WAN Ziarahsufi berkata...

sudi baca http://ziarahsufi81.blogspot.com/2009/11/reformasi-dalam-pas.html

Tanpa Nama berkata...

dia baru kena siasat sprm..belum terbukti salah pun lagi..so nape kita nak kata dia salah

kalau akhirnya dia tak salah kau sanggup jilat balik kahak kau tu

skrg masalah besar dan isu sebenar adalah apa kerja syeikh ni n kenapa dia hanya dikhusukan report kepada husam je

dato' berkata...

Adapun dalam isu jemputan hussam musa terhadap umno untuk menjadi timbalan exco, ia sudah terbukti satu berita fitnah yang sengaja dilontarkan menerusi akhbar siasah pada keluaran lepas.

Penjelasan Hussam tak dapat menafikan memang dia menjemput wakil umNO... bukan kalau depa masuk PAS...
boleh rujuk teks asal. tanpa penjelasan dan ulasan sesiapa,kita mampu mengetahui hakikat tawaran itu...