Selasa, 29 Disember 2009

NASIB BAIK AKU BUKAN ORANG BESAR


NASIB BAIK AKU BUKAN ORANG BESAR

Satu hari, seorang gembala kambing pergi di kawasan padang ragut. Kali ini, dia tawar hati untuk menempatkan kambingnya di padang ragut itu, kerana padang ragut itu dipenuhi dengan kambing kepunyaan seseorang yang tidak dikenali.

Pengembala kambing tersebut tidak berpuas hati, menyebabkan dia siasat kepunyaan siapakah kambing yang memenuhi padang ragut kepunyaan kerajaan pimpinan omar.

Dia amat terkejut, apabila dia dapati bahawa kambing-kambing itu kepunyaan Abdullah, salah seorang anak lelaki Omar. Mengetahui itu, menyebabkan pengembala itu terus melaporkan kepada Khalifah Omar bin Al-Khattab.

"aku tidak mengetahui bahawa Abdullah mengembala kambing" kata omar lembut kepada pengembala kambing tersebut.

Lalu, Omar pun memanggil Abdullah dan bertanya, "wahai anakku, Abdullah. Benarkah aku dimaklumi bahawa kamu ada mengembala kambing?"

"benar wahai bapaku"

"benarkah, kambing-kambing kamu itu ditempatkan di penempatan padang ragut kerajaan?" soal Omar lagi.

Sambil menundukkan kepala, Abdullah menjawab, "benar wahai bapaku"

Omar merenung muka Abdullah.

"wahai anakku, aku adalah khalifah. Tetapi dalam masa yang sama, aku adalah bapamu. Justeru, aku arahkan sebagai khalifah agar kamu menjual segala kambing-kambing kamu itu. Kamu wang modalnya, dan keuntungan jualan itu hendaklah disimpan ke dalam baitul mal" Omar memberi arahan tidak tertangguh kepada Abdullah.

***

Alangkah susahnya menjadi orang besar. Sebarang tindakan, memang tidak salah dari sudut syarak, tetapi jika ia salah dari sudut persepsi, ia tetap dikira sebagai sesuatu yang wajib dijaga.

Kadang-kadang aku berkhayal sendirian, betapa susahnya aku mengatakan "tidak" kepada anak-anakku, apabila diminta sesuatu. Jika memberanikan juga diri ini mengatakan "tidak", sudah pasti dari sudut hati kecil, terasa kasih dan sayang terhadap anak seakan-akan terganggu.

Aku membayangkan jika aku seorang yang mempunyai jawatan dalam kerajaan. Apabila aku telah memberi sesuatu jawatan kerajaan kepada anak-anak, lalu dia menyeleweng, apakah aku boleh menghentamnya sepertimana aku menghentam kawan-kawan, juga musuh-musuhku yang melakukan penyewengan.

Sungguh ia susah. Sebab itu, tidak dapat tidak, kita terpaksa akui dengan firman Allah dari surah Al-Imran ayat 14 yang menyatakan, "manusia itu dihiaskan dengan kehendak syahwat; perempuan, anak pinak... " Hingga akhir ayat

"Lebih baik jadi rakyat yang menentu hala tuju kerajaan, berbanding jadi pemimpin" itulah keputusan yang hati kecilku buat.

Sekian

Wallahu Alam


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- taman melewar
30 Disember 2009 * 12:04 pagi

3 ulasan:

Bani Hashim berkata...

Salam ust.. artikel ni banyak ust bagi bla tanggung utk org lain smish.

"Aku membayangkan jika aku seorang yang mempunyai jawatan dalam kerajaan. Apabila aku telah memberi sesuatu jawatan kerajaan kepada anak-anak, lalu dia menyeleweng, apakah aku boleh menghentamnya sepertimana aku menghentam kawan-kawan, juga musuh-musuhku yang melakukan penyelewengan".

Kalau muhasabah rasa mcm tak mampu nak hentam anak sendiri kan. tapi seronk dan puas hati hentam org lain atas alasan 'kerana kebenaran'

"Lebih baik jadi rakyat yang menentu hala tuju kerajaan, berbanding jadi pemimpin"

Sbb kalau jd rakyat, ust masih boleh meneruskan tabiat ust sekarang. tp kalau jd pemimpin ust pun tak sanggup kena caci maki @ seumpamanya mcm yg ust buat sekarang.

Pada artikel ni hakikatnya ust akui manusia ini tidak sempurna. tegurlah utk menampal ketidaksempurnaan tu.Tp jauh berbeza pendekatan yg 'ust' lakukan selamani.

wassalam

Tanpa Nama berkata...

Kepada Semua Pembaca & Pengomen..

Kaji & selidik dahulu baru berhujah..

Tanpa Nama berkata...

Salam Ust, sedih betul bagi mereka yg tidak memahami isi tersirat & tersurat dari karangan ni...