Isnin, 8 Februari 2010

BEDA WALA' DAN SIQAH?

BEDA WALA' DAN SIQAH?

Islam melarang isteri keluar rumah tanpa kebenaran suami; tetapi dalam masa yang sama, adalah satu larangan dalam Islam juga, sekiranya suami terlalu mengongkong Isteri sehingga tidak membenarkan langsung isteri keluar dari rumah.

Memahami ini, jelas kepada kita, Islam tidak sahaja memberikan hak kepada pihak suami sahaja, tetapi dalam masa yang sama, hak pihak isteri juga diberikan keadilan sama.

Seorang penjual mempunyai hak ke atas barang yang hendak dijual. Pun begitu, penjual itu tidak boleh meletakkan harga sewenang-wenangnya, kerana penjual mesti menjaga hak pembeli juga.

Serupa juga dengan pimpinan atasan. Islam meletakkan kewajipan orang bawahan memberi ketaatan kepada pemimpin. Pun begitu, pemimpin wajib juga menjaga hak orang bawahan.

Tidak menipu, tidak melakukan kezaliman, tidak mengkhianati, tidak menyeleweng, tidak berat sebelah dan sebagainya merupakan cara untuk pimpinan menjaga siqah.

Justeru, apabila Pimpinan atasan sudah menjaga siqah, barulah orang bawahan wajib memberi wala'. Tanpa siqah dari pihak atasan, maka tiada wala' terhadap pimpinan atasan. Bermakna, siqah itu datang dari pimpinan atasan. Wala' itu datang dari orang bawahan. Kedua-dua perkara wajib seiring dan sejalan.

Jika pimpinan atasan tidak menjaga siqah, lalu mewajibkan kepada orang bawahan memberi wala', ini bukan konsep wala' dalam islam, tetapi ini adalah 'wala' ala paderi di zaman Karl marx'.

Sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
24 safar 1431 – 9 febuari 2010 * 12:05 Tenghahari



14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Al-Ghazali..
"Orang-orang yang mengukuhkan ilmunya serta beramal.Mereka sering mengerjakan amal taat yang lahir seraya menjauhi segala maksiat.Hanya cacatnya mereka lalai menepis hati mereka agar dikikis daripadanya sifat-sifat tercela seperti takabbur,hasad,riyak,minta dimuliakan dan selalu berusaha untuk memasyurkan dirinya dalam masyarakat dan negeri"

Aku tenguk hang pun ada dan termasuk dalam kategori puak ini!!!Hang tak sedaq lagi!!!

Tanpa Nama berkata...

NAMPAKNYA GENG UG DAH GELABAH BILA ADA YANG KUPAS WALA' DAN THIQAH IKUT METHOD QURAN DAN SUNAH.

SELAMA NI. PAS MENGAMALKAN WALA' DAN THIQAH ALA PADERI.

pemuda shah alam berkata...

Kesian puak2 bahlol sampai skrg nak tegakkan benang yg basah... La ni wala dan thiqah pulak dah... Bila dan JK Disiplin buat keputusan terima je lah... ini melalak satu dunia kononnya tak bersalah... tup2 cerita pasal walak dan thiqah pulak... puak2 bahlol je yg tak walak dan thiqah dgn pimpinan skrg... La ni pulak, TGNA nak bincang pulak dgn umno, apa cerita??? takde pulak cerita TGNA nak bawa Pas ke dalam umno... KALAULAH TGHH cakap nak bincang dgn umno, melalak satu dunia puak2 bahlol ni akan menyerang TGHH... apa ceritani???

Tanpa Nama berkata...

iya al-bakistani...senjata pengindahan 'najis' @ senjata penegak benang yg basah seterusnya sudah dilemparkan...

berape banyak lg ko nak 'melempar'wahai bakistani?? teruskan bakistani...kami sedia menanti dengan air liur yg meleleh kerana kekaguman & dgn hati yang berdebar2...

bakistani !! zindeba !! (ckp hindustan skali)

Tanpa Nama berkata...

hahahaa. pillar team UG wala' dan thiqah...

ko pegi sentuh wala' dan thiqah mestilah team UG mula meracau.kah kah kah.

Tanpa Nama berkata...

woii pemuda shah alam !!! bukan ke geng2 pemuda shah alam syangkan si bakistani ni...?? hehehe...

jgn...para pemuda s.alam mesti thiqqah seterusnya wala' pd al-bakistani, kalu dak merajuk MP korang

Tanpa Nama berkata...

woi.. pemuda shah alam ada dua.

pemuda gabung UMNO vs pemuda pakatan rakyat

sapa tak nak gabung dengan UMNO itu pemuda tak wala' dan tak thiqah.

kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

ko jangan bai.

ko tak nampak ke puak2 UG dok kata kentut Ulama perpaduang wangi.

ummufateh berkata...

la haw la wala quwwata illah billah, teruknya bahasa dalam ruang ini. Ustaz kena muhasabah diri juga kenapa mereka begini

Tanpa Nama berkata...

ustaz wan ji,

apabila lihat komen di blog tuan. ada yang caci pimpinan, ada yang caci saudara. macam2 ada.

Rasanya, kenapa mereka caci?

kerana tulisan tuan.

jadi apa faedah kalau jemaah tuan berpecah. apa faedah jika ada orang bertambah benci

Bertuhan Allah, jangan bertuhan nafsu.

moga tulisan tuan berpahala, bukan menjadi punca dosa.

harap maaf...

wan

Tanpa Nama berkata...

kentut kire ok lg bai...

yg aku nampak skrg...dah ade 'org' nak kata najis yg selama ni diagung2kan sbg hina dina, busuk lg membusukkan...sudah bertukar mnjadi enak spt kek coklat... kalu lu tak percaya...terpulang.

dunia...dunia...

Tanpa Nama berkata...

salam semua..
kalau nak hujah biarlah dgn ilmu bukan emosi, ingat. apa yg kita semua sebut, tulis, buat semuanya akan dipertanggungjawabkan oleh Allah kelak. korang tak rasa bersalah ker, berhujjah cara mcm org jahil. saya puji ust wan ji. dia tulis ada fakta dan dalil. korang yg sanggah tu hanya dgn emosi. hujah lah kalau anda betul. Quran ajar kita begitu.

harap sesedara tidak lari dari kaedah dan adab2 dlm perselisihan pendapat.

Tanpa Nama berkata...

Ust, apa kriteria untuk tidak wala' ? Atau lebih tepat lagi siapa yang perlu istihar tidak wala'? Adakah tidak wala' itu di isthiar oleh seorang yg berauthoriti, atau tidak wala' itu di istiharkan ikut suka2 hati oleh seseorang individu?

Lagi satu, tentang pimpinan tidak menjaga thiqah - siapa yang perlu menyabitkan kesalahan tersebut?

Harap ustaz dapat memberi penjelasan. Takut2 nanti jika kita tersilap menghukum ...


Yang Ingin Tahu
Abu Fauwaz

Tanpa Nama berkata...

wahai Tanpa Nama 18:51, ade kala nya... menggunakn kaedah yg anda tidak setuju lebih sesuai digunakan kepada individu2 yg suka 'melempar' spt bakistani, rasanye lagi molek & tepat. Jahil @ tidak... itu pndangan masing2. itu hanyalah persepsi anda.