Ahad, 7 Februari 2010

TIDAK ADA MUZAKARAH TERTUTUP DENGAN UMNO !!


TIDAK ADA MUZAKARAH TERTUTUP DENGAN UMNO !!

Seminar Pemikiran islam yang dianjurkan oleh kerajaan negeri kelantan dalam isu pemakaian kalimah Allah SWT bagi non Muslim, adalah berpunca daripada berselisihan antara ilmuan-ilmuan di Malaysia tentang isu tersebut. Bagi melihat penjelasan yang jitu dan ilmu, diadakan seminar tersebut.

Dalam seminar itu, didapati pihak penalis yang dijemput membentangkan pandangan masing-masing. Waima ada yang berbeda pendapat dalam beberapa perkara, tetapi tidak dinafikan bahawa mereka bersatu pendapat dalam beberapa perkara yang lain. Yang pastinya, hadirin dapat menilai hujjah-hujjah dari para penalis yang telah membentangkan pandangan masing-masing.

Seminar ini, amat menggembirakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang merupakan menteri besar kelantan, juga Mursyidul Am PAS. ini kerana, ia merupakan majlis lontaran pandangan penalis masing-masing secara terbuka, yang sudah pasti hadirin akan dapat menilai hujjah dan pendapat siapakah yang paling kuat dalam menyatakan pendapatnya.

Cuba bayangkan, jika majlis seminar terbuka sebegini diadakan dengan UMNO? Sudah pasti, ia akan membuka satu lembaran sejarah yang besar kepada rakyat Malaysia dalam menilai kebenaran dakwah yang dikemukakan oleh PAS, dan betapa batilnya ajaran UMNO dalam memperkatakan tentang islam.

Ekoran itu, tidak hairan dalam kenyataan Media Tuan guru sejurus majlis tersebut bahawa Tuan guru nik Abdul Aziz berkata, "seminar mengenai kalimah Allah ini, saya datang ini hanya untuk (rasmi) penutupan Majlis. Walaubagaimanapun, saya sangat gembira jika majlis macam ini, dibuat antara PAS dengan UMNO"

Sekian

p/s : diharap agar tidak ada pimpinan PAS yang bertindak dalam bentuk yang tidak cerdik dengan termakan provokasi media UMNO dalam meragukan rakyat terhadap PAS.

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri indah (B), Sg Buloh
23 safar 1431 – 8 Febuari 2010 * 2:01 pagi

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum tuan blog,yg prtama skali ambo nk ucap tahniah la sbb blh duk smeja dgn tok guru,yg kduanya ambo nk mntok tulung sngat2 la klu ustaz ado kemampuan blh jupo lg nga tok guru,mntok supayo ustaz royak ke dio xsoh duk caro pasol nk muzakaroh,wacana,dan lain2 lg hok bersabit dgn umno biar la klu xdok lg pn...bukan apo,misal kato ado pmimpin PAS xkiro sapo pn klu buat tubik hubung kait pas=umno ramai sllu hok bawoh2 mcm ambo ni xsdap hati,tgok loni la gege riuh sllu doh kato tok guru nk muzakaroh nga umno.padahal tok guru xdok nok lagu tu....nyo kona leper ko pok2 umno jd tok guru nok muzakaroh,,x dey gapo2 turun balo slalu..senang kiro xsoh msuk dekat ddulu lg..ko gano?nok muzakaroh ko wacana ko gapo2 ko nt menang dulu PRU depan ni..kito duk atas dio xpo laa,ni kito duk tapok kaki dio sdap la dio tendang kito...ok la takat tu dulu..
.....pondok moden kandis...

Tanpa Nama berkata...

masalahnya budaya muzakarah dan debat terbuka ini hanya ada pada Tok Guru Nik Aziz dan bukannya PAS versi wala'

Tanpa Nama berkata...

hehehe...ini lah al bakistani, apabila sesuatu perkara tu tepat kena pada dahinya, die akan menggunakn segala apa yg ade pd dirinya utk menegakkan benang yag basah...najis yg selama ini dikatanya busuk, hina & tak layak untuk kita dekati akan dikatanya wangi, mulia & kita 'harus atas nama da'wah' dekati ia...

bakistani...oh bakistani...dikau sudah terkena...tahniah

Tanpa Nama berkata...

1.Gena hari ni dah cari ayat Al-Quran atau hadis untuk jual agama!!
2.Pi la motong dulu!!lepas tu!jadilah imam sembahyang Zohor!!tak payah minta duit untuk jadi imam no!!
3.Al baikistani!al fadzil!!Puak hangpa ni!kalau ada gelaran syok sendiri!seronoklah hangpa noo!!
4.Ouak kapiaq harbi seronok la joint dengan puak dangkai ilmu macam hangpa!senang kena cucuk idung!!!
5.Kata orang lain dangkal ilmu!!check diri sendiri la dulu!!
6.Imam Al-Ghazali hurai dengan panjang lebaq tentang puak macam hang!Terpedaya dengan diri sendiri!rasa ilmu tinggi!perasan ilmu tinggi!tapi jahil rupanya!

Hamba berkata...

Albakistani orang yang mengaji banyak ilmu tapi tak terbuka hijap kebenaran. Ketahuilah anda, pakatan Rakyat nabi di Madinah dengan puak yahudi,nasara dan musyrikin madinah adalah di meterai muqaddimahnya dengan nama Allah dan rasul,Ketahulah anda, nabi saw tidak pernah membenarkan sekutu baginda, (pakatan rakyat Madinah) bersama-sama nabi untuk ikut serta memerangi musyrikin Mekah sebangsa dengan nabi. Ustaz, ada banyak lagi, semoga Allah membuka hijab ilmu kepada ustaz.

sudirumusibarat berkata...

Slm

wahai tanpa nama (2010 Februari 7 18:35)

Tengok cermin la apakah Orang Yang Berkata tu lebih baik daripada Orang Yang Dikata .Kalau rasa banyak ilmu dan ikhlas jgn kata puak agama perasan dgn ilmu.Sumbangan anda tu apa?Pertikai semua yg orang buat kononnya tak betoi.

Dan kepada MSO ,
us 1j tlg siarkan sya punya komen dlm blog dia,dia tak siar.MSO ni dia siar pilih2,sapo yg puji dia masuklah dlm blog dia.Tahniah us 1J siar semua komen sama ada -@+

Salam MSO (kalau2 dia jengok blok 1J)

korus;
Apa tuan ingat hati perut TGNA sama dgn hati perut tuan yang tak dapat kambing istihar perang dgn si baju merah berpetak-petak?Tuan yg bijak tentu punya akal untuk membezakan antara kepentingan umum dgn kegilaan peribadi.Antara Mengenyang perut dgn pengenyangkan jiwa.Siapa yang berjuang untuk membangunkan susuk tubuh dan yang di dalam perut dan yang di bawah perut?Tuan sudah lama menulis,tentu arif!

Kata Tuan”Kalau sekejap buka, sekejap tutup inilah yang mengelirukan orang”.
Dah dapat penjelasan pun tak reti nak faham kenyataan TGNA. Jenis apakah Tuan MSO ni..
Malas nak ulas panjang-panjang cuma
saya nak petik sebahagian tulisan
Pendekar Laut
Sunday, February 7, 2010 5:15:00 PM GMT+08:00 dlm AT:
Tok guru ajk muzakarah hy utk 2 isu. 1. kenapa UMNO tknk terima perjuangan Islam. 2. Di manakah silapnya perjuangan Islam yg di bawa oleh PAS. Tu je. Tkde pn dok ckp psl nk UG. Media aje yg dok spin. Najib plak sengih2 dok sngka tok guru ckp psl UG. Ape py bengap ssh nk phm mksd tok guru tu.

Orang kat pusat nak putar belit biar gilah sbb memang jenis macam tu ,jangan pulak Tuan MSO orang sempadan belah sana jadi batu api @ golok sundal mata dua.
Maaf,bagi saya Tuan MSO nilah yang musimnya tak menentu!Sekejap angin barat sekejap angin tenggara!Sekejap puji melangit sekejap keji memenjan.

Terima kasih Pendekar Laut
Terima kasih 1J