Rabu, 10 Februari 2010

NEO-ISLAM LIBERAL

NEO-ISLAM LIBERAL

Dr Yusuf Al-Qaradhawi ada mengulas tentang beberapa aliran pemikiran muslim dalam memahami nas. Aliran pemikiran tersebut adalah, (1) Zahiri moden, (2) pertengahan, (3) liberal.

ZAHIRI MODEN

Golongan zahiri moden adalah golongan yang boleh disifatkan sebagai jumud dalam memahami nas. Pada mereka, sebarang nas tidak mempunyai maslahah. Ekoran itu, apabila kita perhatikan fatwa-fatwa mereka, kita akan merasa pelik.

Antara contoh fatwa mereka yang pelik adalah, mereka beranggapan air yang bercampur dengan air kencing adalah tidak najis, sekiranya air kencing itu masuk secara mengalir. Tetapi, air itu dikira najis, sekiranya masuk dengan dilakukan kencing secara terus.

Begitujuga, mereka menfatwakan bahawa anak gadis yang mengatakan “saya terima pinangan itu” apabila dipinang seseorang lelaki sebagai tidak menerima pinangan. Ini kerana, menurut mereka, dinyatakan dalam hadis bahawa diam anak gadis itu tanda bersetuju. Justeru, pada mereka, tidak diam, waima menyebut bersetuju sekali pun adalah tanda tidak bersetuju.

Antara lain fatwa mereka adalah, mereka beranggapan bahawa zakat tidak dikenakan bagi wang kertas, juga tidak berlaku riba pada wang kertas. Mereka menfatwa sedemikian kerana, mereka menyatakan wang yang diiktiraf dalam syarak adalah wang emas dan perak sahaja.

PERTENGAHAN

Golongan ini adalah golongan yang meletakkan pemikiran bahawa sesuatu nas itu mempunyai maslahah dan mafsadahnya tersendiri. Apabila Allah menghalalkan sesuatu perkara, sudah pasti perkara yang diharamkan oleh Allah itu mempunyai maslahah. Adapun jika Allah mengharamkan sesuatu perkara, maka sudah pasti ia terkandung mafsadah.

Firman Allah;

رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ

Maksudnya;
“Wahai tuhan kami, tidaklah kamu Ciptaan ini sia-sia. Maha suci kamu (Ya Allah)”

(Surah Al-Imran : 191)

LIBERAL

Golongan ini pula adalah golongan sanggup membatalkan sesuatu nas dengan alasan maslahah yang difikirkan oleh akal. Mereka tidak sedar, bahawa sesuatu suruhan tuhan sudah pasti mengandungi maslahah yang lebih besar, dan disebalik larangan tuhan, mesti mempunyai mudharat.

Pun begitu, golongan ini, apabila melihat sesuatu nas ilahi, kemudian didapati bercanggah dengan gambaran nas dari akal mereka sendiri, pasti mereka akan menolak nas, dan mengambil maslahah dari akal mereka sendiri.

NEO-LIBERAL

Bagi neo-liberal pula, mereka suka berhujjah atas nama uruf untuk menolak keizinan syarak. Sesuatu perkara itu telah dinyatakan secara jelas oleh Allah atas keharusannya, lalu datang golongan ini menolak keharusan tersebut atas alasan uruf.

Dalam islam, uruf digunakan ketika ketiadaan nas. Bermakna, ketika kewujudan nas, uruf tidak diguna pakai. Mana mungkin uruf ditolak disebabkan kewujudakan nas. Jika ini berlaku, sudah pasti method mereka berfikir adalah meletakkan syarak dibelakang akal mereka.

Sekian

p/s : untuk penjelasan ringkas tapi padat dalam penggunaan kalimah Allah bagi non Muslim, sila baca sebuah buku karangan Dato' Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PAS yang bertajuk "Allah : kalimah yang benar, tujuan yang salah".. Kalau tidak silap, buku itu terbitan Dewan Pemuda PAS Pusat.

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
26 Safar 1431-11 febuari 2010 * 12:10 tengahari.


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1.hairan juga!Mesir sanggup jadi talibarut Israel!!sanggup membunuh umat islam palestin secara tidak langsung!!!
2.dimana ulamak besaq Al-azhar Mesir!Depa buat apa!!!

sudirumusibarat berkata...

sbb itulah pentingnya Pemerintahan berlandaskan Islam (bukannya sekular)di Peringkat Negara/Pusat dgn sendirinya ulama akan diiktiraf bukan sekadar dipanggil membaca doa pada majlis-majlis tertentu sahaja@ berseminar kemudian hasilnya disimpan dirak-rak sampai penuh satu bangunan

Tanpa Nama berkata...

ha!ha!ha!
1.itu sebabnya umat islam di malaysia kena bersatu!!
2.Puak sekular menajadi pentadbir yang baik!!Umarak!mereka terdiri daripada orang yang otak cream!pandai dalam akademik!!
3.Puak agama!ulamak! juga memainkan peranan yang penting!!
4.Bersatulah wahai para umarak dan ulamak oii!!Jangan dok ego!masing-masing ada kelemahan dan kebaikan tersendiri!!
5.Bila lagi hangpa nak bersepadu bersatu!!
6.Puak majoriti umat islam dimalaysia!dah cemuihhh !muak dan jelak!dengan perangai puak ulamak dalam pas dan umarak dalam umno niii!!!
7.Hasilnya!!mat rempittt!!minum arak!!hisap rokok!MLM!judi dan lain-lain!!!
8.Akuilah hakikat!!puak agama tak akan jadi pentadbir yang baik oiii!!Mereka lebih kepada ulamak yang menjadi penasihat kepada puak umarak!!!sAMA-SAMA MENTADBIR NEGARA!
9.KECUALI!!akan lahir golongan pro yang bermajor madic/kejuruteraan dan berminor al-hafiz/ilmu-ilmu keislaman!!
10.Insya-Allah!tabung haji dah hantar studen medic/kejuteraan ke al-aZAHAR!!!AKAN LAHIR NANTI!!!!