Rabu, 10 Februari 2010

BIMBANG.. BIMBANG..

BIMBANG.. BIMBANG..

Dijangkakan, isu kalimah Allah susah selesai selepas kenyataan yang dikeluarkan oleh al-Imam Al-Wasati, Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Rupa-rupanya, masih ada yang masih bersuara, sehingga mengatakan Dr Yusuf Al-Qaradhawi tidak memahami uruf Malaysia.

“Problemnya Ustaz, yang dok bising-bising ni, puak-puak JAKIM” kata seorang pelajar dari Universiti tempatan dalam satu talian telefon.

“laaa. Apa masalahnya lagi.. takkan JAKIM ni rasa, depa lagi alim dari Dr Yusuf Al-Qaradhawi kot?” soalku.

“depa dok bagitau, fatwa qaradhawi itu tidak relevan di Malaysia” ujar pelajar yang berasal dari negeri kedah darul aman itu.

“aik.. takkan Al-Quran dan hadis di Malaysia tak sama dengan Al-Quran dan Hadis yang Qaradhawi baca kot?” aku kemukakan persoalan.

“tu yang susah nak jawab ustaz oiii”

“apa yang depa dok tak puas hati tu?”

”depa habaq, uruf Malaysia tidak mengizinkan penggunaan kalimah Allah di malaysia”

”sapa yang dok habaq lagu tu? Orang-orang je jahil kot habaq lagu tu ? »

«mana ada ustaz.. yang dok cakap ni, ustaz-ustaz dalam JAKIM.. tak habis-habis dengan bimbang.. pastu uruf”

”apahal ngan ustaz-ustaz JAKIM ni, depa ni nak jadi Bani Israel ke?”

”lagu mana tu ustaz?”

”syaikh... uruf ni berlaku, dalam perkara yang tidak ada nas.. apabila sudah ada nas, uruf mana boleh diguna pakai.. kalau uruf diguna pakai dikala wujud nas, itu namanya menafikan nas”

“emmm...”

“kalau ada nas, lalu nak pakai juga uruf sehingga menolak Nas, apa beda kita dengan Bani Israel?”

“macam mana tu ustaz.. bagi penjelasan sikit”

“Bani Israel dahulu, dorang tolak Nabi Muhammad SAW kerana Nabi Muhammad SAW ini orang arab. Uruf orang Bani Israel mengatakan, nabi akhir zaman mesti bangsa Bani Israel. Jadinya, tok guru-tok guru bani israel ubah kitab sebab tengok uruf bani israel yang mahu nabi akhir zaman bangsa Bani Israel.. kalau JAKIM dok beralasan uruf tidak benarkan non Muslim guna kalimah Allah, walhal Al-Quran dan Hadis dah jelas mengatakan boleh non Muslim guna kalimah Allah.. apa beda antara Bani Israel dengan JAKIM?” aku memberi penerangan agak emosi.

“emm.. ok gak jawapan ustaz tu.. tapi, macam mana pulak alasan bimbang dorang tu?”

Aku menarik nafas sedikit.

“macam ni la syaikh.. ana nak bagitau anta asas berfikir dalam kaedah Islam... setiap perkara yang Allah halalkan, mesti ada maslahah. Jika ada mudharat, mesti mudharat itu kecil. Bermakna, maslahahnya mesti besar.. Anta faham tak maksud ana?”

“emm.. faham ustaz”.

“Baik, kalau Allah haramkan sesuatu perkara pula, mesti ada mudharat yang besar. Kalau ada maslahah, mesti masalah itu kecil dan sedikit.. anta faham tak maksud ana?”

”yaa. Ya.. ana faham ustaz”.

Aku terus membacakan firman Allah dari surah Al-Baqarah, ayat 219 yang berbunyi;

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِنْ نَفْعِهِمَا

Maksudnya;
”Mereka bertanya kepada kamu (wahai Muhammad) berkenaan arak dan judi. Katakanlah, pada kedua-duanya adalah dosa besar dan ada manfaat bagi manusia. dan dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaat”

”ayat ini, Allah sebut arak itu ada manfaat.. bukan ana kata tau.. yang kata tu adalah Allah.. betul tak?”

”ye..ye.. betul Ustaz”.

”tapi apa yang kita tau... arak haram, waima ada manfaat sekalipun.. kenapa Allah haramkan arak juga? Jawabnya, kerana mudharatnya, iaitu dosa itu lebih besar berbanding dengan manfaatnya” ujarku memberi penerangan lanjut.

”ok.. ustaz.. ana faham ustaz...”

”ok.. samalah juga dalam isu keizinan menggunakan kalimah Allah bagi non Muslim”

”emm... macam mana tu ustaz?.. agak kurang jelas”

“Allah izinkan non Muslim guna kalimah Allah, mesti ada maslahah dan mesti ada mudharat. Tetapi, maslahahnya mesti lagi besar berbanding mudharat.. kalau ada mudharat, mesti mudharat tu kecil” aku memberi penjelasan.

”mudharat yang kecil itulah yang puak-puak JAKIM dok cakap bimbang.. bimbang.. bimbang tu.” sambungku lagi.

”pun begitu, jangan disebabkan bimbang kita yang tak berkesudahan, menyebabkan kita tidak melaksanakan keadilan terhadap orang bukan Islam..” ujarku lagi.

”emmm ...” kedengaran suaranya seperti orang sedang berfikir.

”macam ni la syaikh... anta nak beli kereta, tiba-tiba ada sorang kawan anta cakap kat anta, jangan syaikh.. bimbang nanti tayar kereta anta pancit atas bukit grik.. lalu, anta pun tak beli kereta.. agak-agak, tindakan anta tak beli kereta sebab bimbang tayar pancit atas bukit grik tu, cerdik ke bodoh?” soalku.

”emm... bodoh la jawapannya”

”haaa.. pandai pun...” balasku ringkas.

”samala juga, kita tak bagi non Muslim guna kalimah Allah dengan alasan bimbang kita itu... agak-agak anta nampak macam mana?” soalku

”takkan kerana bimbang tayar pancit atas bukit grik kita tak beli kereta kot.. bodohlah saya ustaz kalau ambil sikap macam tu” balas pelajar tersebut.

”nampaknya anta dah faham dah kot?” soalku

”terima kasih sebab bagi penjelasan.. dah clear dah ustaz”

”ok.. ”

Tidak lama kemudian, dia pun memberi salam penutup kepadaku. Dan perbualan kamu habis.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah (B), Sg Buloh
26 Safar 1431 – 11 Febuari 2010 * 2:47 pagi

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bibang!!sapa lebih alim!!
1.Dulu!bila dengar babi,arak,judi,zina!semua umat islam jijik!
2.Sekarang!bila dengar babi,arak,judi,zina!hampir semua anak muda tidak merasa jijik!malah ramai anak muda islam yang lebih mabuk dari orang kapiaq!
3.Sapa lebih alim!tok guru dulu!yang tiada sijil!yang tiada PHD! atau puak macam hang sekarang!sijil tinggi melangit!teori saja yang pandai!!cakap saja pandai!!!praktikal!!kosong!!
4.Hangpa tak bimbang kee!!
5.Sebab terjadi:
5.1.Tak iklas!dalam berdakwah!harap wang ringgit!!
5.2.Berpolitik saja yang lebih!!macam hang!!syok dengan persepsi sendiri!!turun berdakwah!!mana boleh!tiada ganjaran!!
5.3.Pakat juaiii agama untuk kepentingan diri dan jemaah tertentu!!
6.Rumusan!hangpa semua puak lulusan agama!Jahil!pakat-pakat jual agama!Jais atau puak macam hang juga!!Tiada "roh" sebagai pendakwah atau tpk guru!!Harap cakap pandai sahaja!!!
7.Bayangkanj jika tiada NGO islam seperti ABIM ,Tabligh,JIM,Islah dan laian-lain yang majoritinya dipelupori oleh golongan lulusan sekular!!hancur anak muda islam sekarang!!
8.nak harap puak sekolah pondok macam hang!puak lulusan agama!!!dalam berdakwah secara ikhlas dan percuma!!!kirim salam lah!!!ada saja ayat Al-Quran dan hadis digunakan untuk menghalalkan cara!!hangpa pakat-pakat jual lah agama nooo!!!
9.Hang tak teringin ka!naki jadi duta produk MLM!macam nik abduh!macam Bahyah!!

Tanpa Nama berkata...

enta ni sudah semakin condong ke arah pemikiran liberal... TG nik Aziz sendiri khuatir mudarat jika kalimah Allah dibenarkan utk digunakan oleh non muslim scr bebas... Jgn ingt hnya pandangan enta shj yg betul...

damai berkata...

mohon budi baik pihak tuan linkkanlah blog kecilku http://kritik-damai.blogspot.com
tq

Tanpa Nama berkata...

aku pun dah lama dok tenguk dia nii!!kearah puak muda/mudah!
1.dia belajaq di pakistan!
2.Sealiran dengan siAsri!!
3.Puak macam ni!rasa ngaji pandai lebih dari orang lain!Bab tasawwuf hancurrr!!
4.Lebih kurang burung tiong jee!!hapai ayat Al-Quran!petik hadis!"Roh" tiada!!
5.Suruh berubat atau jampi pelajar yang kena histeria ka!!mengelak !
6.Gitula ustaz akhir zaman!!!

Tanpa Nama berkata...

masih lebih baik dari kalian yg dok menuduh agamawan secara melulu. insaf lah wahai teman. setiap perkataan & tulisan anda akan dipersoal oleh Allah swt.

Tanpa Nama berkata...

1.agamawan yang macam mana!!
2.Sekarang ramai umat islam dah dapat bezakan!yang mana agamawan tulen!yang mana yang dok juai agama!!
3.Tak payah dok gempaq oranglah!Sedaqla sikit oii!!!!
4.Bacala buku bimbingan mukminin ,Al-Ghazali !Baca dab faham noo!Jangan dok perasan banyak ilmu sangat!!!

Tanpa Nama berkata...

ataillah sakandari habaq

belajar tasawwur tak belajar feqah zindiq

dino berkata...

Alhamdulillah. Perbualan telefon anta dapat memberi kefahaman kepada ana juga.
Komen panjang dari pelbagai pihak yang mencaci tu, Alhamdulillah juga, mereka mungkin berasa lebih alim dari anta sehingga sebut sbg menjual agama. Wallah huaklam

sudirumusibarat berkata...

Salam Ustaz 1j

Ni nak jentiq Tanpa Nama2010 Februari 10 13:57 serta bayang-bayangnya

Tuan ni Siapa dan apa amal2 Tuan;
1.Sekular -hang tolak kata hang
2.PuakAgama+ politik - hang tolak kata hang.
3.Puak NGO hang puji kata hang

Nak Tanya antara 3 puak ni hang duduk kat mana?
1&2 bagi hang tertolak awal-awal lagi
Kalau hang dok no.3 maknanya hang masuk bakul angkat sendiri.

Tidak dinafikan NGO berperanan namun setakat mana yang mampu dilaksanakan oleh NGO untuk merubah Kepincangan Dalam Kehidupan tanpa wujudnya Kuasa Politik. Pentingnya Kuasa Politik Islam ialah untuk merubah apa-apa yang dianggap cacat pada sistem pemerintah supaya menjadi lebih baik dan kelihatan baik

Jika di no.4(puak……….. ) hang jugak bukan orangnya sbb puak ni tak menuduh orang itu dan ini tak betul.
Atau hang di puak ke 5( NGANGO) si tuing TANPA NAMA ( konon apa ada pada nama) yang pandai membaca yang merasakan diri serba tahu dan serba betul serta serba baik amal dengan hanya membaca satu kitab/buku ( sebenarnya sekadar si tiung baru dikikis lidah dan baru pandai bercakap di dalam sangkar yang tidak merdeka akal dan rasa)

Jika imbalan/upah/gaji /hadiah/tukaran yang dikaitkan dengan keIKHLASan atau jual agama,tuan ternyata tidak berpijak di bumi nyata.Allah kurniakan rezki dengan pelbagai wadah dan cara serta sumber.Selagi ia halal kenapa nak dipertikaikan?

Jika tuan masih pertikaikan orang lain(terutama golongan agama/ustaz),seharusnya tuan sendiri (sbg contoh ikutan) tidak perlukan benda-benda untuk hidup.Hidup bukan untuk wang/benda-benda.Wang/benda-benda hanyalah satu kePERLUan untuk meneruskan hidup.Ia bukan MATLAMAT tempat TUJU.Ia bukan BERHALA yang DISEMBAH.
Jika hidup tuan TANPA NAMA sudah tidak perlukan/terlepas/BEBAS dari benda-benda pun tuan tak boleh/layak menuduh orang lain /puak agama dengan bermacam panggilan. Jika demikian keAKUan tuan masih menebal bersama KeANGKUHan dan KeSOMBONGan.Ingat itu!


Sesungguhnya setiap orang mempunyai peranan dan menanggung amanah/tanggungjawab masing-masing mengikut BAKAT/KEPAKARAN
Apakah TUAN merasa nilai amal TUAN lebih baik atau utama daripada orang lain?
Pertanyaan ini menuntut KEIKHLASAN jawapan TUAN TANPA NAMA!

.