Isnin, 8 Februari 2010

SIQAH?

SIQAH?

Siqah bermakna kepercayaan. Kepercayaan yang dimaksudkan adalah, seseorang itu adalah seorang yang adil, dan dilihat adil. Maksud adil adalah, mereka tidak melakukan dosa kecil, sama sekali tidak melakukan dosa besar.

Tindakan menipu dan melakukan kezaliman atas nama agama, merupakan penyelewengan yang boleh mencarikkan kesiqahan. Apabila kesiqahan sudah tercarik, sudah pasti wala' tidak akan terlahir sama sekali.

Seseorang ilmuan dalam bidang hadis, dia akan disebut sebagai lelaki yang siqah, apabila dia mempunyai 'adalah (tidak buat dosa kecil dan dosa besar) dan mempunyai kekuatan ingatan, juga mempunyai kefahaman yang jitu terhadap sesuatu hadis.

Adapun dalam pengajian usul fiqh pula, seseorang ulama usul yang siqah adalah, orang yang mempunyai kemahiran dalam ilmu mantiq. Atau dengan kata lain, seseorang yang mempunyai maklumat yang tinggi tentang fiqh, dan mempunyai hafalan Al-Quran dan As-Sunnah yang tinggi, dia tidak boleh dikatakan sebagai siqah dalam bidang usul fiqh, jika ia tidak mempunyai kemahiran dalam ilmu mantiq.

Dalam al-mustasfa, Imam Al-Ghazali ada menyebut;

لا ثقة لمن يعرف علم المنطق

Maksudnya;
"tiada siqah bagi mereka yang tidak mengetahui ilmu mantiq"

Kesiqahan inilah, menyebabkan wujud hormat menghormati dalam percanggahan ilmu antara imam mazhab empat, kerana percanggahan mereka dalam lingkungan kesiqahan.

Ijtihad hanya bersumber dari Al-Quran dan As-Sunnah. Imam As-Syafie tidak menafikan fatwa Imam Malik, begitu sebaliknya. Kerana, kedua-dua berpegang dengan al-Quran dan As-Sunnah. Begitujuga terhadap imam-imam mazhab yang lain.

Adapun yang berlaku kini adalah sebaliknya, iaitu wala' di paksa dilakukan, tetapi dalam masa yang sama kesiqahan dari pihak atasan tidak terjaga. Apabila keadaan ini berlaku, sudah pasti ia amat bercanggah dengan maksud siqah yang wujud dalam islam.

Keadaan ini, sama seperti seorang suami yang mewajibkan isterinya taat kepadanya, tetapi dalam masa yang sama suami tidak pernah memberikan hak terhadap isterinya. Apakah ini dari ajaran islam? walhal islam adalah agama yang mewajibkan isteri mentaati suami, tetapi bukan bermakna suami boleh melakukan sesuka hati terhadap isterinya.

Sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com




- Sri Indah (B), Sg Buloh
24 safar 1431 – 9 febuari 2010 * 1:21 pagi


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam ustz..tolong link kan blog ana kat sini...tq

Tanpa Nama berkata...

Al-Ghazali,

Golongan keempat:
Segolongan manusia lain yang sibuk menasihatkan orangramai dan mengingatkan mereka serta berbicara tentang sifat-sifat diri,berzuhud dan berikhlas,namun begitu diri sendiri dikelabungi oleh sifat ghurur atau terpedaya.Mereka menganggap apabila berbicara tentang sifat-sifat tersebuat,atau menganjurkan orangramai supaya bersifat tersebut,bahawa mereka sendiri telah menjadi sempurna dan telah pun mengamalkan sifat-sifat tersebut.Padahal yang sebenarnya mereka SAMASEKALI SUNYI DARI SIFAT-SIFAT ITU DISISI ALLAH,DISEBABKAN APA YANG MEREKA KERJAKAN ADALAH SEMATA-MATA KERANA MENGEJAR NAMA DAN KEDUDUKAN"
-hang dan idola hang dan beberapa lagi puak pas sekolah pondok!termasuk dalam golongan diatas!hang tak sedaq lagi!!!!

Tanpa Nama berkata...

kan aku dah kata sblm ni...si bakistani ni akan mengeluarkn sgala snjata yg ade pd dirinya apabila sesuatu perkara tu tepat melekat ke dahinya pulak... kentut yg sblm ni dikatakn busuk... jijik... hina dll perkra di nisbahkn sehngga tidak sanggup didengar... nmpknye skrg sudah berubah mnjd wangi... cantik... mulia dll prkara indah dinisbahkn sehingga najis pun dapat di 'tune' kan menjadi seperti kek coklat yg lazat lg mengiurkan... : )

senjata pertama...Thiqqah

mari kita nnt kan senjata seterusnya dr al-Bakistani. tak sabar dibuatnye

Tanpa Nama berkata...

salam 1G..

Kepada; 16:57 & 19:43

Korang ni cakap pandai... bg hujjah sikit..

Tanpa Nama berkata...

tak payah nak hujjah2, buat lenguh jari nak menaip...LU PK LA SENDIRI...