Ahad, 7 Februari 2010

MUZAKARAH?


MUZAKARAH?

Program seminar pemikiran islam anjuran kerajaan Negeri kelantan yang membincangkan isu kalimah Allah amat membanggakan. Ini kerana, inilah satu-satunya kerajaan yang memulakan perbincangan isu kalimah Allah secara terbuka, yang melibatkan pimpinan negeri; bermula dari peringkat kampong sehingga ke peringkat negeri.

Aku dijemput oleh kerajaan Negeri dalam menyatakan pandangan dalam isu ini. Sudah pasti, aku berpendapat pengunaan kalimah Allah kepada non Muslim ini dibenarkan. kelihatan Dr Mohd Nur Manuti sependapat denganku, tetapi agak kurang sehaluan oleh Dr Siddiq Fadhil dan Dr Johati Mat.

Ucapan penutup, disampaikan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Selesai majlis penutup, semua pembentang dan para jemputan; seperti paderi dan ketua agama budha Kelantan, dijemput bersama-sama di hidangan.

Sedang menyantap hidangan yang disediakan, banyak perkara yang dibincangkan kami bersama Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Apabila berbual denganku, tuan guru banyak bercakap hindi (urdu). Paderi yang berbangsa India itu tersenyum melihat perbualanku dengan Tuan Guru. Dr Mohd Nur Manuti juga kelihatan agak riang apabila melihat perbualanku bersama tuan guru, disamping beliau juga menyampuk berbualan kami dengan beberapa kalimah urdu, seperti kalimah "bohot nehi" dan sebagainya.

"ustaz buatlah buku dalam isu kalimah Allah ini" kata Tuan guru nik Abdul Aziz kepadaku dalam perbualan kami.

Aku hanya tersenyum mendengar cadangan tuan guru itu. Aku tidak dapat membalas cadangan tuan guru itu, hanya masa dan ketika sahaja yang akan menentukannya. Dr Mohd Nur Manuti kelihatan mengangguk-angguk dengan cadangan tuan guru.

"dia ni, anak pondok lubuk tapah" kata Pengerusi Tabung Amanah Tok Kenali sambil mengisyaratkan tangannya ke arahku.

Aku diam. Mataku hanya melihat kepada air the yang dihidangkan sahaja.

Tok Guru tersenyum sambil melihatku ketika Pengerusi Tabung Amanah tok Kenali mengatakan demikian.

KENYATAAN

Selesai makan, Tuan guru membuat kenyataan media di sofa yang disediakan di dewan putik. Banyak soalan-soalan yang dilontarkan kepada Tuan guru.

Pada peringkat awal, Tok Guru banyak menyebut tentang program yang diadakan. Tok guru menyatakan sukacita beliau dengan program tersebut. Tok guru mencadangkan agar majlis dialog seperti yang berlaku pada hari itu, dilakukan juga dengan UMNO; iaitu dialog dalam memastikan, antara PAS dan UMNO, siapakah yang sebenarnya melaksanakan islam.

Cumanya, setelah pulang ke Sungai Buloh, aku agak terkejut apabila melihat TV, didapati berita yang terpampang adalah tentang muzakarah.

"macam mana isu muzakarah pula yang keluar?" soal dalam bisikan hatiku.

"hari tu, mana ada tok guru sebut muzakarah, yang adanya adalah, ajak Dialog untuk memastikan antara PAS dan UMNO, siapakah yang sebenarnya melansanakan islam" sambung bisikan hatiku lagi.

Nampaknya, ternyata kenyataan tok guru itu telah diselewengkan oleh Media BN, demi melihat kekacauan dalaman PAS, disamping sengaja mahu mewujudkan tidak siqah rakyat terhadap kredibiliti tok Guru, yang kononnya tidak consisten berhubung muzakarah PAS dan UMNO.

Yang pastinya, media UMNO/BN memang bangsat. Jahat tidak terkata.

"kalau UMNO ini wujud sebelum zaman Nabi, ana rasa la, mungkin dalam Al-Quran, Allah tidak cerita pasal orang kafir, munafiq dan Fasiq sahaja, mungkin Allah ada cerita pasal UMNO juga kot" Aku teringat kata-kata kawanku satu ketika dahulu.

Sekian

Wallahu 'Alam


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Danau kota
7 febuari 2010 – 22 Safar 1431 * 5:49 petang

12 ulasan:

anti UG berkata...

selain dr puak umno yg putar belit kenyataan tgna,puak perpaduang dan UG tumpang seronok pelekehkan tgna dgn pelbagai sinisan kerana kononnya pres terlebih dahulu cetuskan idea ini bla bla..

sunggug jijik saya dgn puak ini

Tanpa Nama berkata...

Aku punyai pandangan yang lain pulak!
1.Puak umno tak pernah guna agama untuk kepentingan diri!
2.Depa tak pernah juai agama!
3.Ada puak depa!pernah kafirkan umat islam yang lain!
4.Puak macam hang dah ada dalam Al-Quran!Akhir zaman akan ada golongan yang guna agama dan al-Quran untuk kepentingan diri!!Termasuk hangla!!!Tak jumpa ayat yang bermaksud diatas!!atau hang buat-buat tak jumpa!!
5.hang tak sedaq lagi!!!!
6.Hang tak berani lagi nak ulas bab hukum merokok dan MLM!Hang buagla pangkai ustaz kat nama hang tu!!buat malu umat Islam jeee!!!!
7.Nasihat kat hang!disamping dalami ilmu agama untuk kesejahteraan diakhirat!hang belajaqla ilmu sekular seperti pomen!motongka!untuk sara anak bini nanti!Nanti hang tak la termasuk dalam golongan juai agama untuk hidup!
8.hang ajaq budak baca Al-Quran nanti tak la nak kira berapa ringgit sekepala!!buatla pahala sikittt!!!!!
9.Zaman dulu!tok guru!pagi buat bendang!,malam ajaq budak baca Al-Quran secara percuma!Tak macam puak hang la ni!!

Tanpa Nama berkata...

satu lagi nak habaq kat hang:
1.Ulama yang tulen diterima oleh semua umat islam didunia atau dimalaysia!
2.Bukan macam idola hang!diterima pakai oleh beberapa kerat puak pas jee!Ulamak apa gitu!!
3.Satu lagi!hang tak kesian ka tenguk idola hang!dipedajai gambaq dia dalam blog pro umno!mengalahkan gambaq binatang!
4.Kalau ulama yang tulen!Allah akan pelihara dari aib!!tambahan bila umur dan hampir senja!!!
5.Ada hang tenguk Tok Kenali atau tok wali atau tok guru sekolah pondok dulu diperlakukan sedemikian!!!

Tanpa Nama berkata...

akhir..
1.Tak dak tokoh lainka dalam Pas yang boleh bagitau tentang Islam ni!hang...kirim salamje!!!
2.Teringat kisah dulu!ada pelajaq yang paling bodo kat sekolah agama terkenal dikedah!!dah la bodo!jahat pulak!!Last sekali boleh jadi pengetua sekolah agama sebuah sekolah agama diutara kedah!!aku dah la tak respect kat puak lulusan agama ni!yang pertikai dia!puak agama yang ngaji sekali dengan dia!!depa pun hairan,perangai teruk!ngaji agama bodo!boleh jadi pengetua sekolah agama rakyatla pulak!!
3.macammana la nak didik pelajar nanti!macam ketamla nampaknya!!!!nasibla pelajaq sekolah agama!

Syeikh YB berkata...

keh keh keh!!! Tanpa nama dah puas hati?keh keh keh..orang lain baca dalam hati pakat kata "dangkal sungguh otak tanpa nama" keh keh...lepas perasaan kunun..keh keh

Tanpa Nama berkata...

umno memang syaitan. period.

Tanpa Nama berkata...

Salam,
Ust, itu la penting kita selidik dulu berita yang di keluarkan. Janga melatah jika kita terima yang tak pasti sumbernya. Nah ini dah berlaku pada ustaz, baru faham ye... Ana harap anta minta maaf dgn pemimpin2 yang ust kutuk dulu... harap bertaubat sebelum terlambat...selidik dulu bila terima berita dari puak2 munafiq

Amin, BTHO

sudirumusibarat berkata...

Salam Us 1J,
Kesian pulak Tanpa Nama
tak dilayan segala kehendaknya sampai berhari-hari melayang2 bagaikan layang2 putus talinya
sekejap sebut sekular sekejap marah puak agama!

Anak siapa sebenarnya.Semoga mimpinya tak kacau!Dan boleh tidur lena dgn mimpi yg indah2.

Setiap jejak ada tuannya
sayanglah kalau nama pun tiada(sama ada di langit @di bumi)

Tanpa Nama berkata...

ampun tunku
1.dangkai tak dangkai!pakat-pakat renungi diri sendirilah no!
2.yang jadi masalah sekarang,puak macam hang,dangkai ilmu!tapi dah rasa dalam ilmu!!Bahaya noo!!!
3.Kalau nak ikut dari segi ilmu!dangkai atau dalam ilmu!buang masa je!masuk dalam blog ni!tak sama taraf!malahan toh guru idola hangpun tak sama taraf kalau nak ikut dari segi nilaian taraf akedemik!!masters bahasa arab jee!!!Kalau taraf harun din!DR!respectla jugak!!
4.harini nak juai agama bab apa pulak!!Jangan lupa kena ada nas dan Al-Quran!!sebagai penarik!!Orang juai ikan!juai sekerap nak nak cari makan!hang!!!juai agamalah pulak!!!akhir zaman!!begitulah nampaknya!!!

Tanpa Nama berkata...

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=24791:pas-sedia-dialog-dengan-umno-isu-islam-rakyat&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=125

Tanpa Nama berkata...

kasihan tanpa nama.

dia kata "Kalau ulama yang tulen!Allah akan pelihara dari aib!!tambahan bila umur dan hampir senja!!!"

1. awwat imam malik dulu kena ghotan ateh kuda oleh khalifah masa tu. tak ghasa aib ka kat dia.
2. awwat imam ahmad kena bedai dalam penjara sebab kata koran tu bukan makhluk?.
3. awwat mufti izzudin kena pecat dek soltan sebab tak bagi soltan naikkan cokai rakyat.
4. depa2 ateh tu tak kena aibka sebab hukuman tu.
5. tak da ka puak yg sokong dan puak yg kontra masa tu.
6. heran sungguh noo. kalu hampa la .....dok zaman masa tu, ...dok belah mana ya, ...belah soltan kaaa... belah rakyat marhaen kaaa.... belah anak moghid imam/mufti... blogger tak dak plak masa tu. tak dak pakar graphik nak obah suwai gambaq mofti kaaa.... imam kaa... menteghi kaa...
7. awwatnya? olamak tullen tak dak ojian kaaa...... kalu tak dak ojian, aku pun nak jugak jadi ulamak. dok relak. pagi pi bendang, malam ajak ngaji. tak dak susah payah apa pun....... eh! tok kenali hidup senang tak dak dugaan nooo.

lola berkata...

x payah dok banding dengan ulamak, banding dengan Nabi Muhammad..

1.awwat Nabi kena lempaq dengan taik oleh penduduk kafir Mekah masa menjalankan dakwah?? Allah x syg nabi ka sampai biaq nabi kena lagu tu??
2.awwat Nabi kena lempaq dengan batu masa pi berdakwah sampai patah gigi, berdarah2 badan sampai darah yang mengalir tu penuh dalam capal yang nabi pakai?? Allah x syg kt nabi ka sampai biaq nabi kena lagu tu??
3.awwat Nabi kena pukoi dalam perang uhud sampai patah gigi geraham (sakit woo tcabut patah ggi graham) dan cedera?? Allah x syg kt nabi ka sampai biaq nabi jd lagu tu??

Apa lagi tanpa nama, JAWAB jgn x JAWAB..!!!!