Rabu, 24 Februari 2010

“SYABAS” PERLU DIBEBASKAN

“SYABAS” PERLU DIBEBASKAN

Tadi berjumpa dengan salah seorang Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor. Disebabkan lama tidak berjumpa, maka ‘sembang’ kami memakan masa yang agak lama juga.

“Kerajaan Negeri nak beli SYABAS, tapi ada problem sikit” ujarnya.

”problem?? Problem apa?” soalku kepelikkan.

”anta bukan tak tahu, isu air di selangor ni.. kerajaan Negeri nak bagi air percuma kepada rakyat, tetapi, masalahnya bila Syabas tu orang UMNO punya.. puak-puak UMNO ni yang dok buat problem” dia memberi penerangan ringkas, tapi agak padat juga.

”apa raaa.. tengok kelantan la syaikh.. Kelantan Water tu.. dulu tu, asal syarikat Britain, Tengku Razaleigh yang bawa datang. Masa tu, PAS gabung dengan semangat 46 atas nama APU, Angkatan perpaduan Ummah..” aku memberi pendapat.

”tahun 1990 dulu, iaitu mula-mula kita memerintah Kelantan dulu, masalah air kat sana terlalu kritikal. Jadinya, semangat 46 bersama dengan PAS atas nama APU.. Tengku bawa datangla syarikat air tu kat Kelantan.. urus masalah air.. cumanya, syarikat tu kenakan bayaran kepada rakyat kelantan tinggi sangat.. last-last sekali, kerajaan Negeri kelantan beli syarikat air tu” sambungku lagi panjang lebar.

Exco Pemuda PAS negeri Selangor itu hanya mendengar ceritaku dengan penuh minat. Mungkin ini maklumat pertama yang dia dapat, barangkali.

”Masa tu, tok guru potong gaji dia sebagai Menteri besar. Semua exco wajib potong gaji.. dengar khabar, sampai ketua kampung kat kelantan pun potong gaji. Sebab apa? Sebab nak simpan duit, untuk beli syarikat air tu la.. last sekali, Kerajaan Kelantan berjaya beli syarikat britain tu.. sejarah kedua terhambat Inggeris dari tanah melayu” ujarku lagi sedikit tersenyum.

“kalau nak tahu lebih lanjut pasal Syarikat Kelantan Water tu, kena tanya Husam, sebab yang ana diberitahu, dia yang urus benda tu sampai jadi hak milik kerajaan negeri kelantan” aku mengakhiri ulasanku yang panjang lebar itu.

“oh yer ke... barangkali, sebab itu kot Kerajaan Negeri Selangor ada bercita-cita nak beli syarikat Syabas ni.. mungkin dorang nak tiru kelantan kot” ujarnya lagi..

“eh.. yer ker.. dah tu, kenapa tak beli juga?” soalku lagi.

”nak buat macam mana, ada exco kita sendiri yang tak setuju..” ujarnya.

”apa??? Exco mana yang teruk sangat tu?”

”Dato’ hasan Ali la..”

”hasan Ali?.. alasan apa yang dia tak setuju?” aku agak terkejut.

”Cina syaikh.. takkan kita nak bagi cina urus kot.. Syabas sekarang ni orang melayu punya.. Dato’ Razali"

Mendengar jawapan tu, aku agak beremosi sikit.

Aku pelik apabila wujud juga alasan melayu penyebabkan kebajikan rakyat di bawah kerajaan pakatan rakyat di Selangor terbantut. Mungkin pemikiran kita masih tidak islam, menyebabkan pemikiran assobiyyah ini masih lagi berleluasa dalam sebilangan kepimpinan PAS pada hari ini.

Pun begitu, setelah pulang, aku berfikir tentang alasan yang dikemukakan itu dari sudut kacamata Islam. Aku cuba juga mencari dimanakah relevannya jawapan tersebut, tetapi tetap tidak berjumpa jawapan.

PENSWASTAAN ?

Jika dibaca dalam kitab-kitab fiqh, kita akan berjumpa satu bab, iaitu bab pemilikan dalam Islam. Para fuqaha’ menyatakan bahawa pemilikan itu terbahagi kepada kepada tiga, iaitu ; (1) Milkiyyah Ammah, (2) Milkiyyah Khassah, dan (3) Milkiyyah Daulah.

Milkiyyah Khassah adalah pemilikan individu atau gabungan beberapa orang individu, atau disebut sebagai syarikat (perkongsian). Milkiyyah bentuk ini, tidak dapat tidak mesti berpunca dari sumber yang tidak haram, seperti perniagaan dan sebagainya yang tidak terlibat dengan riba, rasuah, penyelewengan dan sebagainya,

Milkiyyah Daulah adalah pemilikan kerajaan yang hendaklah dibubuh dalam perbendaharaan Negara (baca : Baitul Mal). Antara sumber yang didapati untuk milkiyyah Daulah ini adalah seperti galian – sama ada emas, perak, gas atau minyak, zakat, kharaj, usyur, khumus, fai’ dan seterusnya.

Adapun milkiyyah ammah adalah pemilikan umum yang Allah wujudkan untuk dimiliki secara umum, tanpa dimiliki oleh sesiapa pun, waima dari pihak kerajaan. Tugas kerajaan, sekadar menguruskan sahaja.

Barang-barang milkiyyah ammah ini adalah, seperti hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda ;

الْمُسْلِمُونَ شُرَكَاءُ فِي ثَلَاثٍ فِي الْمَاءِ وَالْكَلَإِ وَالنَّارِ وَثَمَنُهُ حَرَامٌ

Maksudnya;
“Orang Islam itu berkongsi pada tiga perkara; (1) air, (2) rumput (sekarang : minyak, sebab rumput digunakan sebagai makanan kenderaan di zaman itu), (3) api. Harganya adalah haram
[1]"

Justeru, dari hadis Ibni Abbas ini, ulama membahaskan bahawa tiga perkara ini tidak boleh dimonopoli oleh golongan tertentu. Ia tidak boleh dijadikan sebagai bahan mata pencarian golongan tertentu, dan tidak boleh diswastakan secara pemilikan.

Firman Allah SWT ;

كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنْكُمْ

Maksudnya ;
"Supaya perbendaharaan negara itu tidak berlegar di antara orang-orang kaya di kalangan kamu"

(Surah Al-Hasyr : 7)

Pun begitu, perlu diperjelaskan bahawa jika kita membaca kitab-kitab fiqh dan siyasah dalam Islam, kita akan dapati ulama membahagikan penswastaan ini kepada dua, iaitu (1) Iqta’ Tamlik, dan (2) Iqta’ Al-Intifa’ (baca juga : Iqta’ Al-Irfaq). (sebilangan ulama lain tambah satu lagi, iaitu Iqta’ Istighlal)

Iqta’ tamlik adalah pemberian penswastaan pihak kerajaan kepada golongan tertentu dengan pemilikan terus. Dan satu lagi adalah Iqta’ al-intifa’ (baca juga : Iqta’ Irfaq), iaitu penswastaan sekadar memberi manfaat kepada orang yang dilantik oleh kerajaan untuk menguruskan sesuatu bahan yang perlu di urus, dan kerajaan mempunyai hak pada bila-bila masa sahaja boleh menarik balik pemberian untuk mengurus, dan boleh diberikan kepada orang lain.

Dalam perkara yang berkaitan dengan tiga perkara ; air, api dan rumput (sekarang : minyak, sebab rumput adalah makanan kenderaan di zaman dahulu), ia merupakan keperluan rakyat secara menyeluruh, dan sudah pasti ia merupakan milkiyyah ammah. Justeru, sebarang penswastaan terhadap tiga perkara ini, tidak boleh diberikan penswastaan secara pemilikan, tetapi hendaklah sekadar penswastaan secara pengurusan. Atau dengan kata lain, tidak dibenarkan diberi iqta’ tamlik, tetapi dibenarkan diberi iqta’ intifa’ atau irfaq.

ISUNYA SEKARANG ?

Jika kita perhatikan di kelantan, kerajaan negeri telah berjaya membeli syarikat Kelantan Water, justeru kini pengurusan syarikat air tersebut dibawah kawalan kerajaan Negeri. Syarikat tersebut hanya bertugas sebagai menguruskan air di kelantan, dan tidak mempunyai berkuasa menaik dan menurunkan harga air melainkan mendapat kelulusan dari pihak kerajaan negeri. Ini bermakna, penswastaan syarikat air di kelantan dibawah Iqta’ Irfaq atau intifa’ yang dibenarkan dalam Islam.

Keadaan ini berbeda di Selangor, iaitu SYABAS. Yang mana, dikhabarkan SYABAS adalah sebuah syarikat air, yang kerajaan Negeri Selangor hanya mempunyai saham lebih kurang 30 peratus sahaja. (tolong betulkan fakta ini, jika salah). Atau dengan kata lain, kuasa mutlak syarikat SYABAS ini, bukan terletak kepada kerajaan negeri, tetapi ia adalah hak milik Dato’ Razali. Ini bermakna, penswastaan Syarikat air di Selangor (SYABAS) dibawah iqta’ Tamlik yang tidak dibenarkan oleh Islam.

Firman Allah;

كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنْكُمْ

Maksudnya ;
"Supaya perbendaharaan negara itu tidak berlegar di antara orang-orang kaya di kalangan kamu"

(Surah Al-Hasyr : 7)

Apabila ini berlaku, sudah pasti penentuan kenaikan dan penurunan kadar harga air, boleh dimainkan harga oleh pihak syarikat, dan dalam keadaan tertentu, pihak kerajaan Negeri terpaksa akur dengan permainan syarikat air terbabit. Inilah yang terbukti sekarang, iaitu dikala kerajaan Negeri Selangor hendak memberi air percuma kepada rakyat, tetapi menghadapi masalah yang cukup besar. Ini semua bersebabkan, saham kerajaan Negeri dalam syarikat air hanya 30 peratus sahaja, yang sudah pasti ia tidak kukuh.

ORANG BUKAN ISLAM?

Mungkin orang akan timbulkan persoalan, syarikat yang mahu menggantikan SYABAS adalah syarikat orang bukan Islam. Justeru, perlu dibiarkan SYABAS kekal berkuasa, kerana ia dikelolakan oleh orang Islam aka melayu.?

Persoalan ini dijawab dengan beberapa jawapan, iaitu seperti berikut;

Pertama :

Menguruskan air, adalah satu perkara yang disebut dalam istilah Imam Al-Mawardi dalam kitab Al-Ahkam As-Sultaniyyah sebagai ”tanfiz” atau melaksanakan tugasan yang telah diamanah oleh kerajaan yang tidak melibatkan kepada kekuasaan dalam menggubal undang-undang negeri, maka itu dibenarkan kepada non muslim (zimmi) memegangnya.

Pun begitu, kebenaran itu tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. Ia bertujuan, agar tidak berlaku pengkhianatan terhadap sesebuah kerajaan.

Antara syarat-syarat itu adalah
[2];

1. hendaklah zimmi itu dikenali sebagai orang yang amanah.
2. dipercayai pada percakapannya.
3. tidak tamak
4. yang tiada permusuhan dengan orang islam
5. cerdik dan pandai
6. orang yang tidak mengikut hawa nafsu.

Keizinan ini dinyatakan secara jelas oleh Imam Al-Mawardi dalam kitabnya yang bertajuk ”Al-Ahkam As-Sultaniyyah” dengan katanya:

وَيَجُوزُ أَنْ يَكُونَ هَذَا الْوَزِيرُ مِنْ أَهْلِ الذِّمَّةِ وَإِنْ لَمْ يَجُزْ أَنْ يَكُونَ وَزِيرُ التَّفْوِيضِ مِنْهُمْ

Maksudnya;
”Dan harus bahawa kementerian (tanfiz) ini diberikan kepada Ahl Az-Zimmah, walaupun ianya tidak harus pada jawatan kementerian At-Tafwidh
[3] dikalangan mereka[4]

Keizinan ini adalah bersandarkan keizinan meminta bantuan dari non muslim, bahkan ianya juga merupakan salah satu cara memberi keadilan kepada orang bukan Islam dalam sesebuah negara Islam.

Firman Allah:

لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ * إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَى إِخْرَاجِكُمْ أَنْ تَوَلَّوْهُمْ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

Maksudnya;
” Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.* Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangimu karena agama dan mengusir kamu dari negerimu, dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”

(Surah Al-Mumtahanah : 8-9)

Justeru, tidak timbul isu berkenaan dengan orang bukan Islam menjadi pengelola terhadap syarikat air sebagai ganti terhadap SYABAS.

Kedua :

Apabila pengelolaan air berada dibawah kuasa kerajaan, sudah pasti kerajaan negeri boleh membuat tender terbuka bagi sesiapa yang mahu mengelolakan air di Selangor.

Apabila sudah wujud tender terbuka, sudah pasti akan ada pihak yang akan memberikan khidmatnya yang paling murah dan paling berkualiti. Justeru, dengan kaedah ini ia dapat memberi keuntungan yang tinggi kepada pihak kerajaan kerana dapat menjimatkan kos, disamping mendapat khidmat yang baik dan memuaskan.

Makanya, tidak timbul sama sekali bahawa orang bukan Islam menguasai atau tidak, bahkan jika wujud syarikat orang Islam yang bersedia memberi khidmatnya yang lebih berkualiti, maka itu merupakan keuntungan bagi orang Islam tersebut.

Sekian

Ulasan ini berdasarkan maklumat yang diberitahu.

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
11 Rabiul Awal 1431 – 25 Febuari 2010 * 4:50 pagi





[1] Ibnu Majah : 2463.
[2] Al-Aqalliyat Ghair Al-Musallamah Fi Mujtama’ Al-Islami : m.s 175.
[3]Wizarah al-Tafwidh: golongan yang memegang portfolio ini adalah orang yang diberikan kuasa oleh khalifah untuk mentadbir urusan-urusan negara mengikut pandangannya serta melaksanakan sesuatu perkara berpandukan kepada ijtihadnya
[4] Al-Ahkam As-Sultaniyyah : m.s 44.

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1.nasib baik la!hang meghempatt kat selangor!dapat mandi ai paip!!
2.hang tak kesian ka!kat adik beradik hang kat kelantan!dok mandi air paip keruh memanjangg!!
3.dikelantan dah tak dak telaga lagi ka!!

Tanpa Nama berkata...

Takkan dengar maklumat drp satu mulut aje dah bahas2 panjang2 sheikh. Kena lah siasat dulu nanti ada lagi org terfitnah!

Tanpa Nama berkata...

salam, bodoh bengong la anta ni. Nama je ustaz. Benda2 mcm ni apa faedahnya anta keluarkan, kalau nak sebut takyah lah sebut nama. Hal ini patut selesaikan secara dalaman. Bila isu mcm ni orang bn tau akan di sebarkan. Anta nak jatuhkan Hassan Ali ke nak jatuhkan PAS. Tak tau langsung bab kerahsiaan. Cuba anta arrange ke debat dengan Hassan Ali, jgn duduk tulis je dari jauh, tapi pengecut dari depan. Kadang2 pelik juga, tak faham apa matlamat anta menulis. Cuba anta explain apa sebab bila anta kena ISA balik dari Pakistan anta di lepaskan lebih awal dari kawan2 yang lain. Anta ni Agen SB ke atau Agen Mossad?

Banyak yang ana baca anta menentang ijtihad orang lain, yang mungkin mereka lihat dari sudut yang berbeza. Sikap anta tak melihatkan anta ustaz yg berilmu, yg lebih mirip pada Ustaz Umno yg cuba menggunakan hadis & quran untuk tegakkan puak yang anta sokong. Berimanlah pada Allah bukan beriman pada pakatan

Tanpa Nama berkata...

Mungkin Ust One G dah tahu. Masa nak ambil alih dari Kelantan Water dulu, ada dikalangan orang Pas yang mahu bagi kat Syarikat ahli UMNO Kota Bharu. Nasib baik Husam dan TGNA sangat berkeras mahukan PMBK ambil alih Kelantan Water. Itule yang menyebabkan geng-geng Pakistani sangat memusuhi Husam.

pemuda shah alam berkata...

Bila masa pulak ulamak pencacai khalid samad ni nak jadi jaguh pasal syabas ni???

ini mesti dapat majikan baru ni... dengar cerita dah jadi penasihat anwar??? ini jelas ko ulamak cari makan...

sinner berkata...

bro, islam ajar untuk menge'check' dulu satu2 fakta sbelum percaya n apatah lagi disebar2kan macam dah betul fakta tuh..nampak sgt ko mmg tunggu jer ade point hasan ali,trus balun..nmpk sgt ko xde benda lain slain membenci..islam ajar yg salah diperbtulkan bukan menyerang 247..

ntahla,org panggil ko ustaz, bro..tp yg islam ajar yg basic pon lepas2..oh ya,mesti ade hujah yg nice2 nyer ko amik dr pendapat ulama' bla bla utk betulkan diri ko.ok, watever,ko kan ustaz..mesti tahu ape yg dibuat..

selamat..

Tanpa Nama berkata...

padan muko ko...mcm hebat sgt...perasan ulama'le tu...jiwa penuh hasad dengki...kalu rase hebat ngat...cabarlah hassan ali berdebat...

Tanpa Nama berkata...

hallo bro
hasan ali perosak pas.
kalau pas kalah pru akan datang UG puncanya.

Tanpa Nama berkata...

i thing hasan ali veri jahat
pas veri bodoh dok pertahankan hasan ali.
hasan ali mestilah tak kena disiplin sebab dia orang UG.

Tanpa Nama berkata...

ustaz-ustaz dalam PAS ramai kata haram bila depa tak dapat untung. kalau depa dapat untung ada nas kata halal.

depa ada dalil nak lawan umno. nak gabung dengan umno pun depa ada dalil.

Tanpa Nama berkata...

mana dalil ulama PAS benarkan tindakan hasan Ali.

Tanpa Nama berkata...

oi puak2 UG bodoh.
hasan Ali tu firaun. Khalid Samad pun tak lepas. lepas tu pecat.
Khalid lawan hasan Ali pun kena pecat jawatan.
kalau bakistan lawan hasan ali mesti dia kena pecat keahlian PAS.

puak UG ni tak gabung dengan UMNO lagi. perangai dah macam UMNO.

Tanpa Nama berkata...

salam bro..lu agak2 sikit bila nak tulis ni..gua lama dah ni dok 'taram' sama lu... jgn sampai gua 'teyehh'' lu bro... nak tulih sesuatu tu biar la pikiaq betui2... gua ingat mau KETUK lu sikit la bro.... biaq berakai sikit.... tgk laaa kalau nampak lu tak berubah jugak.... wait n see laaaa... gua tgk komen2 di sini semuanya tak puas hati sama luuu..kalau yg sokong lu pun ni mesti sama geng dgn lu laaa.

Tanpa Nama berkata...

pendapat ulama muktabar di malaysia hanya ulama PAS.

jangan tolak pendapat ulama PAS nanti kapiaq

Tanpa Nama berkata...

kamon la bai nak teyeh bakistani
gua tenyeh dia hari-hari pun tak bising.
bodoh punya UG