Selasa, 23 Mac 2010

“DIA ADALAH SEJAHAT-JAHAT BANGSA” - NABI SAW

sekadar hiasan


“DIA ADALAH SEJAHAT-JAHAT BANGSA” - NABI SAW

Firman Allah;

إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَا أَنْزَلْنَا مِنَ الْبَيِّنَاتِ وَالْهُدَى مِنْ بَعْدِ مَا بَيَّنَّاهُ لِلنَّاسِ فِي الْكِتَابِ أُولَئِكَ يَلْعَنُهُمُ اللَّهُ وَيَلْعَنُهُمُ اللَّاعِنُونَ

Maksudnya;
“Sesungguhnya mereka yang menyembunyikan apa yang kami turunkan daripada bukti-bukti dan petunju selepas kami nyatakan kepada manusia dalam kitab, maka Allah memberi laknat terhadap mereka. juga, orang-orang yang melaknat akan melaknat mereka”

(Surah Al-Baqarah : 159)

Di zaman Rasulullah SAW, ada seorang lelaki bernama Uyaynah bin Hisn bin Huzaifah bin Badr Al-Fazari. Dia dikenali sebagai ”Al-Ahmaq Al-Muta’” atau dalam bahasa melayunya, ’orang bodoh yang mempunyai pengikut’.

Aisyah bercerita, bahawa suatu hari, Uyaynah telah datang ke rumah Nabi SAW. Sesampai di rumah Nabi SAW, dia meminta izin untuk masuk daripada Aisyah.

Aisyah memaklumkan kepada Baginda nabi SAW. Baginda tidak terus menjemput, sebaliknya menjenguknya terlebih dahulu menerusi tingkap. Ketika baginda SAW melihat Uyaynah, baginda SAW berkata;

بِئْسَ أَخُو الْعَشِيرَةِ وَبِئْسَ ابْنُ الْعَشِيرَةِ

Maksudnya;
“dia ini adalah Sejahat-jahat keturunan (dalam loghat kelantan : baso bako jahat)

Perkataan Nabi SAW itu didengari oleh Aisyah. Isteri Nabi SAW itu tidak berkata apa-apa, malahan mengambil sikap berdiam diri sahaja.

Lelaki itu dijemput naik atas rumah, lalu Nabi SAW berbual-bual dengan lelaki tersebut dengan begitu mesra sekali. Melihat keadaan itu, Aisyah agak kepelikkan.

Sesudah Uyaynah pulang, Aisyah bertanya kepada Nabi SAW, ”Wahai Rasulullah, ketika kamu melihat lelaki itu, kamu mengatakan ’dia adalah sejahat-jahat keturunan’, tiba-tiba ketika kamu berbual dengannya, kelihatan kamu melayannya dengan begitu mesra sekali”

Mendengar kata-kata Aisyah itu, baginda SAW terus berkata;

إِنَّ شَرَّ النَّاسِ مَنْ تَرَكَهُ النَّاسُ أَوْ وَدَعَهُ النَّاسُ اتِّقَاءَ فُحْشِهِ

Maksudnya;
”Sesungguhnya sejahat-jahat manusia adalah mereka yang manusia meninggalkanya kerana takut dengan kejahatannya
[1]

Dalam riwayat yang lain; riwayat Ibrahim An-Nakhaie berkata, bahawa Uyaynah bin Hisn datang berjumpa dengan nabi SAW. ketika itu, Aisyah ada bersama dengan baginda SAW.

Melihat Aisyah, Uyaynah bertanya, ”Siapakah perempuan ini?

”dia adalah Ummu Al-Mukminin” jawab Nabi SAW ringkas.

Lalu, Uyaynah berkata, ”apakah kamu mahu, jika aku berikan kepadamu perempuan yang lebih cantik daripada perempuan ini?”

Mendengar kata-kata Uyaynah itu, menyebabkan Aisyah marah.

”Siapakah lelaki ini wahai Rasulullah?” soal Aisyah.

Jawab nabi SAW;

هَذَا أَحْمَق

Maksudnya;
”dia ini adalah lelaki yang bodoh”
[2]

Dalam hadis ini, Imam Al-Qurtubi menyatakan;

“Pada hadis, (menjadi dalil) bahawa harus mengumpat terhadap orang yang menzahirkan amalan fasiq, kejahatan, kezaliman daripada sudut hukum, dan seruan kepada amalan bidaah yang boleh melahirkan keburukan kepada agama”

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah (B), Sg Buloh
8 Rabiul Akhir 1431 – 24 Mac 2010 * 2:42 pagi





[1] Al-Bukhari : 5572 dan 5594.
[2] Fath Al-Bari : 17/180

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sekadar hiasan??lol

Putaq Alam berkata...

" Sesudah Uyaynah pulang, Aisyah bertanya kepada Nabi SAW, ”Wahai Rasulullah, ketika kamu melihat lelaki itu, kamu mengatakan ’dia adalah sejahat-jahat keturunan’, tiba-tiba ketika kamu berbual dengannya, kelihatan kamu melayannya dengan begitu mesra sekali”

Cerita ini membolehkan kita duduk sesama walaupun dengan musuh kita. Apa hukum pulak Ustaz kalau kita menuduh orang fasik bila dia duduk berbual mesra walaupun dengan orang jahat? Apa pulak hujah jika kita menghukum orang yang berbuat baik mcm tu???

Be professional Ustaz. Dulu saya tengok UMNO suka brand PAS jahat dan jijik, tak kira apa keadaan. Tapi bila team Ust buat mcmtu dah mcm Umno dah... kalau mcm tu sama le PAS pembawaan Ustaz dan Umno