Selasa, 23 Mac 2010

UMNO GELABAH?

Tuan Guru Haji Abdul Hadi mencadangkan ubah rukun negara; daripada "percaya kepada tuhan" kepada "percaya kepada Allah". Cadangan itu dilontarkan ekoran penerimaan penganut agama lain tentang penggunaan kalimah Allah sebagai ganti kepada kalimah tuhan.

Namun, utusan Meroyan hari ini melaporkan;

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, penggunaan perkataan tuhan atau Allah telah dibincangkan oleh jawatankuasa yang merangka Rukun Negara dan ia tidak memerlukan sebarang pindaan lagi. (sila Klik).

Nampaknya, sudah kelihatan bahawa UMNO gelabah dengan cadangan Tuan Guru Presiden itu. Ini membuktikan bahawa, UMNO bukan parti yang perjuangkan Islam, sebaliknya sebarang isu agama yang dimainkan, benar-benar sekadar mainan isu demi mendapat publisiti murahan, demi mencapai keuntungan dalam politik semata-mata.

sekian

p/s : Bola sudah dicampak, maka tugas pemain pula untuk mengelecek bola untuk sumbat gol.

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
8 Rabiul Akhir 1431 - 24 Mac 2010 * 5:59 pagi



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

menunggu pemimpin PAS yg lain untuk menyambut bola yg disepak TGHH ini dan seterusnya mengelecek ke pintu gol lawan. Tetapi timbul juga kerisaun kat aku takut2 ada yg mengambil bola ini dan tersepak ke gol sendiri :-)