Maqasid kewajipan Zakat adalah mengambil harta orang kaya yang berlebihan, lalu diberikan kepada 8 asnaf, terutama kepada fakir miskin.
sabda Nabi SAW;
أَنَّ اللَّهَ افْتَرَضَ عَلَيْهِمْ صَدَقَةً فِي أَمْوَالِهِمْ تُؤْخَذُ مِنْ أَغْنِيَائِهِمْ وَتُرَدُّ عَلَى فُقَرَائِهِمْ
maksudnya;
"Sesungguhnya ALlah fardukan atas mereka sedekah pada harta mereka. (harta itu) diambil daripada orang-orang kaya mereka, dan diberikan kepada orang-orang miskin dari kalangan mereka" (Al-Bukhari : 1308)
Asnaf yang 8, wajib diberikan zakat. Adapun asnaf dari kalangan orang fakir dan miskin hendaklah didahulukan.
firman Allah;
إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللَّهِ وَابْنِ السَّبِيلِ فَرِيضَةً مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ
maksudnya;
"Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para mu'allaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan untuk mereka yuang sedang dalam perjalanan, sebagai suatu ketetapan yang diwajibkan Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana"
(Surah At-taubah : 60)
Adapun GST, mahu dilaksanakan untuk mengutip cukai dari rakyat secara melata; tidak kira mereka yang miskin, mahupun kaya. Rakyat yang kaya, tidak menjadi keberatan kepada mereka untuk menunaikan kewajipan cukai yang dikenakan, tetapi bagaimana pula keadaan si miskin?
Dari sini, sudah kelihatan kezaliman yang wujud dalam GST yang mahu dilaksanakan oleh kerajaan. Lebih parah lagi, apabila GST mahu dilaksanakan, tetapi dalam masa yang sama, cukai import Buggy (kereta golf) dihapuskan cukai serta-merta oleh Kerajaan.
Dengan kata lain, Kerajaan sebenarnya hendak menjaga rakyat, atau mahu memberikan keistimewaan hidup kepada golongan yang kaya?
sekian
baca sama:
GST dilaksana selepas rakyat benar-benar faham (utusan Meroyan : 23 Mac 2010)
Cukai Import Buggy Golf dimansuh (utusan meroyan : 8 Mac 2010)
sekian
Wallahu 'Alam
Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com

- Sri Indah (B), Sg Buloh
8 Rabiul Awal 1431 - 24 Mac 2010 * 6:51 pagi
1 ulasan:
Sdra Arul SUA PSM dalam satu seminar anjuran KASTAM baru-baru ini, membidas wakil kerajaan yang mengatakan sistem robinhood yg diperjuangkan oleh PSM... Sdra Arul katakan, bukan Sistem Robinhood, tapi Sistem Zakat!!! Terus senyap orang yg cuba memerangkap Arul
Catat Ulasan