KENAPA NAK GABUNG DENGAN UmnGok?
Betapa indahnya sebelum PRU ke-12 berlaku. Semua blogger-blogger mempunyai satu cita-cita, iaitu mahu mengalahkan UMNO dalam PRU. Ketika itu, aku masih ingat, pihak UMNO banyak mengemukakan keraguan terhadap PAS, terutama apabila PAS membenarkan ahli-ahlinya mengundi DAP dalam PRU.
Segala keraguan yang dikemukakan oleh UMNO ketika itu, aku cuba untuk merungkai. Lalu, blog ini digunakan untuk mengemukakan hujjah-hujjah agama, sekadar pembacaanku bagi mematahkan hujjah dari pihak UMNO.
“Ana sokong anta syaikh.. anta teruskan lagi lawan UMNO ni..” kata salah seorang pimpinan PAS diperingkat pusat ketika itu; dan kini menjadi Dewan Harian PAS Pusat. Namun, kini beliau membenciku kerana tindakanku yang menyerang UG, bahkan melobi banyak tempat untuk memburukkanku ekoran seranganku terhadap UG itu.
Kesungguhanku menjawab hujjah-hujjah UMNO itu, menyebabkan semua artikle-artikle itu aku simpan dan susun sehingga berjaya dibukukan. Makanya, sebuah buku telah diterbitkan bertajuk ”kerajaan Pakatan Rakyat dari kacamata Siyasah Syariiyyah”, dan ’dilancarkan’ pada muktamar PAS di Ipoh.
Namun, keadaan sekarang sudah berubah, iaitu setelah didapati wujud usaha mahu gabungkan antara PAS – UMNO atas alasan islam – melayu yang dilakukan oleh sebilangan pimpinan tertinggi PAS sendiri.
Dua hari selepas kejayaan PAS, PKR dan DAP merampas beberapa kerajaan dari tangan Barisan Nasional, aku ditelefon oleh seorang kepimpinan Muslimat PAS Selangor. Dimaklumkan, bahawa Dato’ PJ telah berjumpa dengan Khir Toyo secara senyap-senyap.
Aku terkejut dengan berita itu. lalu, aku terus menghantar SMS kepada Dato’ PJ, dan menyatakan tidak bersetuju dengan tindakannya itu, bahkan menyatakan pandanganbahawa tindakan Dato’ PJ itu tidak tepat, kerana akan melahirkan masalah kepada kawan-kawan dari PKR dan DAP sekiranya mereka tahu.
Dato’ PJ tidak membalas SMSku, tidak seperti sebelum-sebelum ini. aku juga terus menghantar sms lagi, dan menyatakan bahawa secara peribadi aku tidak berpuas hati dengan tindakan Dato’ PJ itu, dan berjanji akan menyerangnya jika dia bertindak yang boleh menggugat hubungan antara PAS, PKR dan DAP. Tidak diketahui, apakah Dato' PJ baca SmS itu atau tidak??
Tidak lama kemudian, aku mendapat jemputan untuk menyampaikan kuliah di salah sebuah hotel di Subang Jaya. Setelah selesai menyampaikan ceramah, seorang kawan yang aku kenal, kerana beliau memegang jawatan AJK PAS di salah satu cawangan di Subang, yang bekerja di hotel tersebut menyatakan kepadaku bahawa dia berkali-kali nampak bahawa Dato’ PJ selalu datang ke hotel tersebut untuk bertemu dengan Khir Toyo.
Sekali lagi aku terkejut dengan berita itu. padaku, kawan yang memberi maklumat itu ikhlas, dan seorang yang aku kenalinya. Padaku, riwayatnya adalah sahih dan boleh dipercayai, berdasarkan pengenalanku dengannya.
Segala maklumat ini, aku maklumkan kepada seorang pemimpin yang berjawatan dalam Dewan Ulama PAS. Bahkan, apabila Pak Bakaq Haq menulis dalam blognya bahawa wujud pertemuan sulit antara pimpinan tertinggi PAS dengan pimpinan tertinggi UMNO, aku tetap masih lagi bertanya kepada pemimpin yang berjawatan dalam Dewan Ulama itu demi mencari kepastian.
Jawapan yang sering aku dengar ketika itu adalah, semua tuduhan itu adalah ”Fitnah”.. ”Fitnah”.. dan ”Fitnah”. Bahkan, aku semakin yakin bahawa dakwaan Pak Bakaq haq itu adalah fitnah, apabila Ustaz Nasharuddin Mat Isa sendiri pernah mengugut untuk saman terhadap penulis Blog yang menuduh bahawa wujudnya pertemuan antara beliau dengan pimpinan tertinggi dalam UMNO secara sulit.
”padan muka Bakaq Haq” tidak pasal-pasal mulutku terungkap perkataan itu ketika membaca berita ugutan saman Nasharuddin Mat Isa.
Berita wujudnya pertemuan sulit itu tetap dibincangkan secara hangat di dalam dunia blog. Penafian dari pimpinan PAS tertinggi juga berlaku, terutama penafian itu datang dari Dato’ Mahfuz Omar sendiri, juga Saudara Hanifa Maidin.
Tiba-tiba mengejutkan, apabila Perdana Menteri ketika itu, iaitu Pak Lah Badawi sendiri mengeluarkan kenyataan bahawa sudah ada tiga kali pertemuan sulit berlaku. Ketika itu, aku tetap tidak percaya dengan dakwaan Pak Lah tersebut, kerana menganggap bahawa dakwaan itu secara psyWar terhadap PAS demi melahirkan kesangsian rakan-rakan dalam PR terhadap PAS. Namun, aku amat terkejut apabila Tuan Guru Haji Abdul Hadi sendiri selaku Presiden PAS mengakui bahawa sememangnya wujud pertemuan sulit, sepertimana yang didakwa oleh Pak Lah.
Sejak dari itu, segala kepercayaanku kepada pemimpin-pemimpin tertentu luput. Aku tidak sangka, aku telah ditipu oleh pemimpin yang aku hormati sejak sekian lama. Ternafi segala kepercayaanku kepada pimpinan-pimpinan PAS yang menafikan pertemuan sulit tersebut. Padaku, mereka telah berusaha hendak menipu ahli bawahan sepertiku.
Tidak lama kemudian, Saudara Hanifa Maidin dan Dato’ Mahfuz telah menulis dalam blog mereka, meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia, terutama ahli-ahli PAS terhadap penafian mereka sebelum ini. Bahkan, mereka mengakui bahawa mereka juga tidak mengetahui tentang pertemuan sulit terbabit.
Makanya, berlakulah kekecohan PAS tentang isu gabung PAS-UMNO. kemudiannya, lahirlah perbincangan yang disebut sebagia muzakarah, kemudian Muqabalah, seterusnya Kerajaan perpaduan (UG) sehingga banyak melahirkan kekacauan di kalangan ahli bawahan PAS, juga perlu diingatkan bahawa kekacauan ini berlaku juga dikalangan pimpinan tertinggi PAS.
Sejak dari itu, dapat dilihat tentang perubahan serangan yang dilakukan oleh para blogger yang dahulunya menulis menyerang UMNO, kepada serangan terhadap usaha gabung PAS - UMNO. keadaan itu berlanjutan sehingga hari ini.
KENAPA NAK GABUNG?
Sejurus kemenangan PR dalam PRU ke 12, aku dapat melihat bagaimana perubahan sikap rakyat Malaysia terhadap PAS, terutama dari mereka yang tidak beragama Islam. jika dahulu, agak mustahil PAS diterima oleh DAP, tetapi setelah perubahan politik 8 mac 2008 itu, kita dapat melihat bagaimana keterbukaan pimpinan DAP dalam beberapa isu Islam, sehingga Lim Guan Eng sendiri berkali-kali menyebut nama Umar bin Abdul Aziz.
Padaku, ini satu peluang yang cukup besar dan luas dalam menyerapkan kefahaman islam yang diperjuangkan oleh PAS kepada kepimpinan DAP. Bahkan, aku mula teringatkan kisah perjanjian Al-Hudaibiyyah yang dilakukan oleh Nabi SAW sehinggakan dalam jangka masa yang terlalu singkat, Nabi SAW berjaya mengislamkan rakyat makkah, ekoran penerimaan mereka terhadap dakwah Nabi SAW setelah berlaku dalam sejarah Fath Makkah (pembukaan Kota Makkah).
Sirah Nabi menerusi kisah Sulh Al-Hudaibiyyah ini, tersemat dalam pemikiranku ketika melihat PAS berhadapan dengan DAP dan PKR dalam usaha menjayakan perlaksaaan islam di Malaysia. Bermula dengan Kerajaan Pakatan Rakyat, kepada kerajaan Islam.
Padaku, jika PAS konsisten dalam Kerajaan Pakatan Rakyat, dan terus berdakwah dalam kerangka politik ini, dengan menganjurkan banyak wacana-wacana, seminar-seminar dan sebagainya bersama rakan-rakan dari PKR dan DAP, tidak mustahil dalam dua penggal PRU sahaja lagi, PAS akan berjaya melaksanakan islam di Malaysia. Itu yang aku khayalkan sejurus kejayaan mengugatkan UMNO dalam PRU ke 12 yang lalu.
Pun begitu, segala tanggapanku itu terkubur begitu sahaja, apabila diakui wujudnya hubungan sulit antara PAS – UMNO atas alasan melayu – Islam. aku membayangkan, apa perasaan DAP dan PKR terhadap PAS terhadap pertemuan sulit terbabit. Aku bimbang, tindakan ini bukan sekadar merosakan PAS, bahkan akan menampakkan gambaran buruk terhadap islam itu sendiri.
Secara peribadi, aku amat pelik dengan teori yang mahu menggabungkan PAS dengan UMNO. padaku, tindakan dan usaha ke arah pergabungan PAS dan UMNO, sememangnya nampak seperti menguntungkan, tetapi ia bakal melahirkan kemudharatan yang cukup berpanjangan kepada PAS, iaitu ketika berhadapan dalam PRU akan datang.
Mana mungkin setelah pergabungan, UMNO akan memberikan lebihan kerusi untuk dipertandingkan oleh PAS dalam PRU akan datang. Setidak-tidaknya pun, UMNO akan memberikan kerusi yang memungkin PAS kalah. Bermakna, PAS pasti akan kalah teruk dalam PRU akan datang, seterusnya tidak hairan PAS akan ditendang seperti Anjing kurap sepertimana dalam sejarah PAS tahun 1978 dahulu.
”Mengapa diwujudkan usaha pergabungan antara PAS dengan UMNO, bukankah lebih baik di ajak kepada semua ahli-ahli UMNO agar semuanya melibatkan diri dengan PAS. apabila ini berlaku, sudah pasti UMNO akan kehilangan ahli dan tidak hairan UMNO akan jadi parti yang paling teruk dan seterusnya tidak mustahil UMNO akan ditalkinkan” bisik hatiku.
SERANG UMNO DENGAN KEADILAN ISLAM
Padaku, jika kita berjaya kemukakan konsep keadilan Islam, pasti rakyat akan menerima PAS, tidak kira mereka itu beragama Islam, mahupun yang tidak beragama Islam.
Jika ini berjaya, tidak hairan ahli-ahli UMNO akan menyertai PAS. seterusnya, PAS akan mampu mencipta kekuatannya tersendiri dalam usaha hendak mendominasi dalam pemerintahan kerajaan di masa akan datang.
Di samping itu juga, jika PAS bersungguh-sungguh mewujudkan perdebatan dan wacana terbuka dengan UMNO, dalam menerangkan dasar PAS, lalu dibandingkan dengan dasar UMNO, aku berkeyakinan PAS akan berjaya mencipta sejarah kejayaannya tersendiri. Seperti, diadakan debat atau forum terbuka dalam isu perkembangan islam di Malaysia, buat bandingan sistem ekonomi Islam yang PAS mahu lakukan dengan sistem ekonomi yang dilakukan oleh UMNO sejak sekian lama, kaedah berpolitik Islam dengan politik UMNO dan sebagianya. Jika ini berjaya dilakukan, pasti PAS akan dilihat sebagai sebuah parti yang hebat, menyebabkan rakyat akan melihat kelayakkan PAS menjadi pemerintah di Malaysia untuk masa akan datang.
Tetapi, semua ini hampa, disebabkan wujudnya pertemuan sulit yang dilakukan oleh beberapa pimpinan tertinggi PAS sendiri. Yang pastinya, sudah ada kini sebilangan ahli-ahli PAS berkata, ”PAS dan UMNO, sama sahaja”
Alangkah ruginya PAS tidak dapat mengambil kesempatan dakwah ini.
Sekian

- Sri Indah (B), Sg Buloh
26 Rabiul Awal 1431 – 12 Mac 2010 * 4:31 petang
35 ulasan:
terima kaish ustaz kerana artikel ini.
malangnya ada ramai lagi pemimpin dan ahli pas yg tidak serik2 dan tidak mahu menerima realiti.
cuba ustaz ke trgkita lubuk dimana geng perpaduang di bantu cybertroopers umno beroperasi.merak berganding bahu memburukkan pemimpin yg terus cekal dan istiqamah mempertahankan pas supaya ke hadapan.
Secara kesimpulan pemimpin tertinggi PAS perlu menasihatkan pelopor-pelopor UG untuk melepaskan jawatan dari saf kepimpinan tertinggi untuk mewujudkan persepsi bahawa PAS boleh dipercayai oleh ahli-ahli PAS, Pakatan Rakyat dan lebih penting rakyat.
MP-MP PAS tidak melompat parti, itu satu kelebihan yang menjadi kepercayaan rakyat, jadi pemimpin yang terlibat secara langsung dengan perancangan UG, sila berundur dengan terhormat dari saf kepimpinan jika anda benar-benar ikhlas terhadap perjuangan Islam yang diperjuangkan PAS.
salam ust.
dakwah? cuba tanya pemimpin atasan terutama stopa ali, apa ada roh dakwah dalam jiwanya? apa erti dakwah dalam sanubarinya ? apa amanah rakyat dan umat islam yang dia pernah fikir? moga allah membalasi mereka setimpal dengan apa yang mereka lakukan - amin
Ana rasa lebih baik mendakwahkan orang Islam dahulu, kemudian barulah non-muslim. Lebih baik PAS bergabung dengan UMNO dan menjadi sebahagian daripada kerajaan, seterusnya mengIslamkan kerajaan. Semoga dengan cara itu, PAS dapat berbuat sesuatu untuk kebaikan negara dan umat Islam.
Adakah bila bertemu mata dengan pemimpin UMNO itu hanya semata-mata untuk bergabung? Tak bolehke mereka jumpa keana hal2 yang lain?
Asal jumpa saja.. haaa nak bergabung.
Masa Anwar jumpa Najib, apsal kamu semua tak kata mereka nak bergabung?
Satu lagi kena ingat, pertemuan sulit yg mula2 tu masa kita takdak apa2 hubungan dengan DAP. Hanya PKR. Takdak apa2 perjanjian untuk menubuhkan kerajaan bersama. Maka masa tu kita patut biarkan pilihan kita ni luas. Dan akhirnya pilih yg terbaik utk Islam.
Dan hadirnya Dr hasan masa tu ialah dengan tujuan mengkhayalkan pemimpin UMNo agar mereka tidak kacau usaha penubuhan kerajaan campuran PAS-PKR-DAP di Selangor. Kau paham tak strategi ni Ji? Takkan Dr Hasan nak cerita kat kau tengah2 dia buat strategi ni. Mampus la kalau pecah lubang kat UMno.
Akhir sekali, Khalid samad pun join jugak benda tu. Apa pasal Dr Hasan je yg kena?
kami yg menyokong dan cube mendukung dari bawah ni dah pening lalat dah..moga Allah tunjukkan mereka yg benar2 ikhlas bekerja menegakkan daulah islamiyah.
Ali zaidan, bungolnya hang ni, hujjah aku terhadap kebungolan hang ni ialah;
Hang kata tujuan Hasan Ali adalah untuk mengkhayalkan umno supaya tak kacau penubuhan kerajaan pkr-pas-dap, sedangkan disebabkan Hasan Ali tuh le penubuhan tuh jadi lambat, umngok sempat bawa lari dokumen2 penyelewengan mereka dari bangunan suk....
sebenarnya Hasan Ali nak jadi MB.
kalau nak bagi UMNO keliru. kenapa PKR tak tahu?
kenapa hasan Ali cari pasal dengan tan Sri Khalid dalam isu lembu?
kenapa hasan ali burukkan tan Sri Khalid kepada sultan?
- AJK Perhubungan Selangor
Katakan TIDAK pada puak MUNAFIK!!!!
kalau betul hasan ali tak nak gabung dengan UMNO. kenapa pecat Khalid Samad?
Pencatat, kamu ni tertinggal bas. Kalau tak dibuat benda tu, lagi banyak dokumen dan sabotaj akan Bn buat.
Kalau kamu tak setuju Dr Hasan jumpa Khir Toyo, kenapa kamu tak nak marah sekali Khalid samad. Dia pun ikut jumpa sekali!
ha.. jawab la..
Ali Zaidan adalah blogger upahan geng UG. Konpem. Ada 2,3 ekor lagi geng dia.
Depa ingat ahli PAS lain bodoh macam depa. Hujah guna pale lutut.
khalid samad pergi jumpa Khir Toyo bukan sembunyi2. hasan ali jumpa sembunyi2.
khalid samad jumpa khir toyo selepas bising Hasan Ali jumpa khir toyo sorok2.
mujur khalid samad pergi. baru tahu cerita sebenar disebalik perbincangan Hasan Ali dengan Khir Toyo.
rupa2nya Hasan Ali nak Jadi MB. Khir Toyo jadi TMB.
- AJK Perhubungan Selangor
ALi Zaidan blogger UG.
Dengar khabar hasan Ali sponsor puak2 blogger upahan UG ni.
punyala fail ali zaidan ni,kalau betul la dia ahli pas,habisla.hopefully dia upahan umno.
Nauzubillah. Cepat betul Ji luluskan komen fitnah aku.
Tanpa nama 06:45 yang korup ilmu pengetahuan tapi masih nak bercakap, Khalid bertemu dgn Khir Toyo secara senyap2. Khalid sendiri mengaku itu ialah taktik 'buying time'untuk ambik masa bentuk kerajaan PR pasal masa tu ada masalah dlm pembentukan kerajaan; pembahagian exco, jawatan Timb Menteri Besar. Siap dia cerita lagi Khir Toyo tuang air kat dia 3 kali.
Bila Tanpa Nama pakai hujah 'pale lutut' ni aku teringat kat Wan Ji yg pakai hujah 'pale lutut' kat TGHD. Cepat pulak 'Tanpa Nama' tu jawab, padahal ada comment moderation dan hanya owner boleh tengok.
hahahaha...
Salaam Semua;
Harap sahabat semua membuat penilaian dengan hati terbuka dan berlapang dada.
Kita lihat selepas parti-parti pembangkang iaitu PAS, DAP dan PKR memperolehi kerusi yang agak banyak dan mampu menafikan majority 2/3, maka semua parti berada dalam keadaan bingung dengan keputusan tersebut. Perlu diingat PAKATAN RAKYAT SECARA TAK RASMI hanya terbentuk selepas MB-MB yang berkaitan mengangkat sumpah.
Parti masing-masing cuba mencari cara terbaik membentuk kerajaan campuran. Pada masa tu semua parti bebas untuk membuat PERUNDING kerana masing-masing tidak terikat antara satu sama lain. Hatta DAP pun menyerang PAS dengan LKS mengumumkan secara terbuka tidak menyokong PAS untuk jadi MB Perak. Masih ingat lagi .
Jadi disini "berkemungkinan" pemimpin PAS merasakan untuk menyelamatkan keadaan maka perbincangan perlu dibuat dengan semua pihak termasuk UMNO, DAP dan PKR bagi memastikan politik dalam negara stabil akibat keputusan luar jangka ini.
Adakah salah untuk berjumpa UMNO atau lain-lain parti untuk membentuk kerajaan kerana barang perlu diingat tiada IKATAN RASMI antara semua parti tersebut dan keadaan masa tersebut amat meruncing dengan pecahnya undi Islam kepada 3 parti yang mewakili umat iaitu UMNO, PAS dan PKR (pemimpinnya utamanya Islam). Berasaskan kepada konsep asas Islam iaitu mengutamakan sahabat yang seagama melebihi kaum kafir pimpinan utama mencari jalan keluar yang sebaik mungkin. Walaupun kita semua benci UMNO, perlu diingat pemimpinnya masih mengucap 2 kali Syahadah melainkan Wan Ji boleh hukum sipolan bin sipolan kafir sebab dia UMNO. Semua kena faham masa tu tiada PAKATAN dan PAS da DAP bermusuh secara terang melainkan Wan Ji boleh mendatangkan bukti PAS dah kawan dengan DAP. Maka disni berlakulah tawar menawar antara satu parti dengan yang lain.
Itu aje isunya. Tak da masalah pun dan Pimpinan telah menentukan halatuju selepas itu. Adalah kurang cerdik untuk menyingkap kisah yang berlalu dengan harapan untuk menyegarkan kemarahan pada pimpinan. Muktamar 2009, telah mengesah majority, majority, majority (3X) masih percaya pada pimpinan sediada dan tidak termakan dengan isu yang cuba dimainkan oleh mereka yang kurang bersetuju dengan pendekatan yang dibuat oleh pimpinan. Hakikatnya mereka yang tak bersetuju ini semua tumbang dalam pemilihan kecuali kecuali beberapa pimpinan yang "baling batu, semubunyi tangan". Jadi bersabarlah pada mereka semua. Kalau tak puas hati boleh tanding tahun depan. Mungkin tahun depan dapat saf kepimpinan yang baru. Jadi semua mesti taat. tapi buat masa ini, kena taat pimpinan yang ada melainkan mereka telah melakukan PENDUSTAAN ATAS ARAHAN ALLAH DAN RASUL dan bukannya yang lain. Wallahu'alam.
Haqqul Mubin
Minta mahap la nak gabung dgn parti rasuah...entot entot lari...
buat masa ni, kalau gabung dgn umngok tu, memang jadi dongga la kita...
sekejam kejam parti masa kini adalah UMNO
Ali Zaidang berak tepi jalang pahtu tak ngaku.
Ali Zaidang ngaku Hasan Ali nak Jadi MB. Khir Toyo TMB.
hadi tipu ahli PAS masa pemilihang. sebelum menang presideng dia kata UG tutup. malam menang presideng dia buka balik UG. tutup hari ni. dua hari lepas tu buka balik.
kalau jumpe UMNGOK sulit-sulut tu betul kenapa tipu ahli PAS?
Ali Zaidang mmg bengong sebab xde org nak ziarah blog dia.
Kalo ko geng UG xde sape nak singgah dan komen blog ko. Terpaksa meracau kat blog org.haha..
KO tengok blog al-banjari. dulu kan main promote UG. pastu raring blog jatuh menjunam. skang dah tak bunyik pasal UG. yerla, kalo rating jatuh cane nak jual ubat pancut.
Dahla Ali Zaidang. Pergi main jauh2. Syoh, syoh..blog ni untuk yang open minded dan progresif.
Penjilat dan pengampu baik pi Tranungkite.haha..
Bhai...
Lu pun bengap tahap cipan...
Perjumpaan gelap yang luorang duk canang pagi petang siang malam tuh....siape yang hadir...??
lu pun orang kuat Khalid samad..tak kan lu pun tak tahu...apaadaa!
lepas tu duk citer semua orang....sebra citer memacam
kepala lutut lu laaa..
-boarshooter-
Ustaz.. ustaz... dah duduk jadi ahli dok diam je lee... biar pimpinan buat kerja . Di ibaratkan mcm dalam kapal selam.. pengemudi guna teropong untuk tengok di luar, bila pengemudi nampak ada kapal musuh, suruh launch torpedo. Mungkin si tukang sapu yang nampak dalam cermin kecil yang nampak cuma ada ikan & alam laut yang cantik akan berkata, bodoh punya pengemudi, bukankah cuma ada ikan & alam laut yang cantik di luar. Saya memberontak , pengemudi tak pandai memerintah. Ni la padahnya bila semua nak jadi pemimpin... , mungkin ahli bawahan tidak nampak apa yang berlaku di luar... berfikirlah dengan ilmu... jangan fikir guna lutut

UMNGOK sudah jadi parti Islang, sebak dok katee doh politik suku agame suku - hadi awang
jumpa UMNO sulit-sulit menyebabkan ahli pas berpecah. pimpinan rasa tak bersalah. pimpinan dok dalam retorik. realiti dah lain.
pimpinan masih dok dalam cermin. rakyat dah guna teropong untuk tengok jauh.
najib dah tgk gne teropong.yang PAS dok dlm kapal selam tu nk pndai2 tegur najib knp?ini la mslhnye klo smua nk mmimpin.serahkn je la pngurusan kapal selam kpd najib.ini mandai2 je nk tegur.biar pimpinan umno buat kerja.PAS dan rakyat msia kne serahkn pmpinan utk buat keje!!!
Salam ana sokong haqqul mubin...ini yang sebenarnya berlaku..... sehari selepas kemenangan pimpinan pas dari tim pres naib2 pres semua di arah untuk bertemu dengan pimpinan parti-parti lain termasuk UMNO.
Nak bincang apa lagi isu UG ni, dah selesai...ada masalah ker bila Ust Nasa pergi program kerajaan? Kita parti Islam terbuka jangan bengong ya Ust. Ana cadangkan ust cari pengaruh kemudian masuk bertanding dari cawangan sampai pusat kemudian boleh buat cadangan..
jangan la dok buat harubiru jadi munafiq asyik nak mengelirukan dan memburukkan suasana ....
Ustaz dah tolong menangkan perjuangan ini dengan tulisan2 ustaz sebelum PRU 12, teruskan usaha baik ustaz tu, biarlah pemimpin buat keputusan yang terbaik...
Ali zaidan, hang tanya aku napa tak kutuk Khalid samad? Sebab lepas jumpa sekali, Khalid dah jelas arah tuju muqabalah dan terus hentikan, tapi dr Hassan Ali tak berenti2 jumpa sbb tuh kantoi ngan kawan Wan Ji.
Al-Faqir, jgn hang pulak jadi Al-Haqir dgn tak reti2 makna "wa amruhum syuura bainahum". Ustaz Hadi lepas bawa dtg idea UG tuh utk dibincangmasak oleh ahli2 (serta nak diclarified oleh pkr dan dap) terus terbang ke UK, itu baru level utk dibincang idea, bukannya keputusan, terus aja puak2 wala bodoh + taqlid buta menggelepar suruh wala idea tu, tgh bincang dah suruh wala - bodoh ke apa.
Pencatat. Kau berapa kali nak buat fitnah? Kau ni pandai reka cerita. Apa bukti DR Hasan jumpa Khir Toyo senyap2 banyak kali?
Kalau takat hearsay, orang ini cakap, orang itu cakap, mmg bodoh betullah kau ni!
Bodoh, itu idea. Sebab itu kena bincang. Yg kita mintak kamu ni husnuzzon dan percaya kpd kepimpinan. Sangka baik. Jangan dalam hati tu hitam legam macam buntut kuali.
Yang wala' tu hal yg lain. Kalau tak setuju, maka tawaquf dalam politik. Itu yg Abang DS Azizan buat dulu masa Pas masuk BN.
Kau ni ahli Pas tahun berapa yg payah sgt nak faham ni?
nasha aziz tipu dah terbukti. ali zaidang nak nafikang jugeee. dok mewangikang kentut nasha yang busuk.
rakyat : busuknya kentut nasha, harung ding dengang Hasang Ali
Ali Zaidang : mana boleh. kentut Nasha, Harung DIng dengan Hasang Ali tu wangi. sapa kata kentut dorang busuk. dieee orang tak wala'. aku tau la sebak aku ciung dengang jilat punggung dorang.
Ali Zaidan memang "ahli Pas sejati"
Sangka baik dan percaya bukan bermakna terima pandangan membuta tuli dgn alasan "tok guru dah istikharah bermalam2" atau "tok guru alim takkan dia tersilap". Apatah lagi isu2 bersifat strategi dan siyasi yg melibatkan pemikiran kreatif, konstruktif dan kritis. UG adalah dlm fasa idea, ia berhak dibangkang dgn hujah juga sbgmana ia cuba ditegakkan dgn hujah, kenapa ramai mesti menyalak bhw idea itu mesti terus diterima dgn hujah wala dan husnuzzan? Agama datang dengan keluasan berfikir kenapa nak sempitkan dengan kejahilan taqlid. Tak cukupke dah taqlid semua perkara dlm ibadah, dlm siyasi dan strategi pon nak taqlid juga? Mentaliti dan attitude seperti inilah yg menjadi batu besar menghalang Pas menjadi gerakan islam yg progresif.
Kena tawaquf kalau tak setuju tu, adalah untuk fasa Idea telah bertukar menjadi Keputusan dan Arahan, bukannya pada level idea. Kalau tak faham2 juga Ali Zaidan, confirm budak2 bungol...
Pasal Dr Hasan Ali, aku takkan cakap lebih drp apa yg aku sebut ni, dia bekas majikan aku tahun 90an dulu, drp apa yg dia cakap sendiri dlm perbualan individual masa dtg sini (UK) tahun lepas aku memang yakin dia muqabalah dgn Khir Toyo (atau wakilnya) lebih drp sekali.
Ada ke aku kata kena terima idea UG? Kan aku kata, idea UG mesti diforumkan, dibincang dengan ilmiah. Dilihat pro dan kontra.
Bila aku kata 'sangka baik' dan 'percaya' bukan bermakna aku suruh kau terima isu UG tanpa tahu apa2. Tapi aku suruh kau jgn buruk sangka dgn kata UG ni kerajaan Pas-UMNO. Atau Pas nak masuk Umno. Atau Pas nk gabung dgn Umno. Itulah sangka buruk yg sbhgn puak2 kamu selalu buat.
Bodoh, mmg la tu maksud aku kena tawaquf. Bila keputusan mengenai apa2 dh dibuat, dan kita tetap tak setuju, maka kena tawaquf. Kau tu yg bungol.
Apa yg kau 'yakin' tak semestinya betul. Iblis pun yakin dia lg mulia dr Nabi Adam!!
kenape wojik sangka buruk kepadee UG?
Hadi dok bincang dengang PR dulu.
Hadi tipu DAP & PKR. cakap doh kabo. sebenornyee dok kabo lagi.
pendokong UG semue ade skandel pertemuang sulit dengan UMNO.
kalu hadi nak suruh debat ilmiyyah? bakpe sampa ahli PAS berpecah baru nak tarik. jahat lagi bila sebelung keputusang pemilihang, Hadi tarik balik UG. lepas keputusang Hadi buke balik UG. Hadi penipu besorrr. diee nak selamakkang Nasorudding mak Isee
Orang yang dok kate kentut busuk tu wangi diee lebih bodoh dari iblis.
orang bodo je sokong penipu. macang ali zaidang.
hadi penipu pertahang.
harun din penipu pertahang.
harun taib penipu pertahang.
nasharudding mak isee penipu pertahang.
ali zaidang ni trooperrr UG (UMNO + PAS = UG)
UMNO bayor gaji kat trooper UMNO.
Hasan Ali bayor gaji kat Trooper UG.
Hasan Ali bagi projek masee pertemuang dengan blogger-blogger termasuk Blogger UMNO.
Pakat gaduh habis puak2 jahil pasal UG ni, penjelasan yg di bagi xnak pakai... bodok, palui....
Catat Ulasan