Ahad, 7 Mac 2010

QUNUT DALAM SOLAT SUBUH

Beliau adalah ulama, ahli politik dan pemikir Islam yang mempunyai paradigma


QUNUT DALAM SOLAT SUBUH

Qunut Subuh adalah perkara yang diperselisihkan oleh ulama-ulama fiqh; ada dari kalangan mereka memandang ia sebagai sunnah, dan ada sebahagian yang lain tidak mengatakan sedemikian.

Jika dirujuk pada hadis, didapati nabi SAW ada melakukan amalan qunut pada solat subuh. Namun begitu, ketika nabi SAW membaca qunut subuh itu, baginda memohon dari Allah agar mendatangkan tekanan terhadap orang-orang musyrikin yang melakukan penindasan terhadap orang Islam; baginda berdoa agar memberikan bantuan terhadap golongan lemah dari kalangan orang islam. Qunut tersebut disebut oleh kebanyakkan fuqaha' sebagai Qunut Nazilah.

Dalam mazhab As-Syafie, qunut subuh adalah sunat, dan digalakan melakukannya dalam bentuk sentiasa. Namun, didapati dalam riwayat mengatakan bahawa Imam As-Syafie telah pergi ke Baghdad, dan di sana beliau tidak membaca qunut dalam solat subuh kerana memberi penghormatan dan meraikan pengikut-pengikut orang yang bermazhab hanafi. Ini menandakan, bahawa qunut subuh dalam mazhab As-Syafie, bukanlah sesuatu yang perkara yang ketat, bahkan ia merupakan gambaran betapa fleksiblenya fatwa As-Syafie tentang Qunut subuh.

Sekian

Baca sama:
القنوت في صلاة الفجر

Wallahu 'Alam


- Pantai Tujuh, Tumpat
22 Rabiul Awal 1431 - 8 Mac 2010 * 8:00 pagi

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TGNA tidak nafi tentang baiknya UG & setuju spt yg d katakan mufti perak so apa lagi sindir la TGNA spt mana ko menyindir TGHH hehehe

fs-86 berkata...

Salam.

Boleh ustaz huraikan tentang hukum murtad?

Saya ada kemushkilan.

Jika penganut Islam mengishtiharkan dirinya murtad, maka mengikut hukum yang orang ramai tahu ialah bunuh.

Lalu soalan saya, jika langkah ini diambil, pastinya akan menimbulkan kemarahan pihak bukan Islam. Lalu, mereka mungkin akan menggubal hukum mereka sendiri iaitu sesiapa yang masuk Islam akan dibunuh. Persoalannya, bagaimana usaha dakwah nak berkesan? Ini akan menimbulkan ketegangan agama.

Tidak ada cara lainkah untuk berhukum tentang murtad?

Tanpa Nama berkata...

Saya yakin PAS tidak akan terima Zulkifli - Tuan Ibrahim

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=25392:-saya-yakin-pas-tidak-akan-terima-zulkifli-noordin-tuan-ibrahim&catid=1:utama&Itemid=50

rakuban berkata...

UG ad baik ad buruknye.yg jelas buruk,adlh mnipu dan buat tndkn mmbelakangi pngundi.i2 yg jelas buruk