KENAPA WAKIL PAS PERGI?
Dalam satu hadis riwayat imam Muslimm, daripada Anas bin Malik berkata;
أَنَّ جَارًا لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَارِسِيًّا كَانَ طَيِّبَ الْمَرَقِ فَصَنَعَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ جَاءَ يَدْعُوهُ فَقَالَ وَهَذِهِ لِعَائِشَةَ فَقَالَ لَا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا فَعَادَ يَدْعُوهُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهَذِهِ قَالَ لَا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا ثُمَّ عَادَ يَدْعُوهُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهَذِهِ قَالَ نَعَمْ فِي الثَّالِثَةِ فَقَامَا يَتَدَافَعَانِ حَتَّى أَتَيَا مَنْزِلَهُ
Maksudnya;
"”Sesungguhnya Rasulullah SAW mempunyai seorang jiran berbangsa farsi. Dia mempunyai kepandaian memasak lauk berkuah. Dia telah memasak untuk dihidangkan bersama Rasulullah SAW. kemudian Dia menjemput Nabi. Nabi berkata : ”Apakah Aisyah dijemput sama?” Dia menjawab: ”tidak”. Nabi berkata : ”kalau begitu, aku pun tidak terima jemputan itu”. Dia pun pulang dan datang kembali menjemput. Nabi SAW berkata : ”apakah Aisyah dijemput sama?” dia berkata : ”tidak”. Nabi SAW berkata : ”kalau begitu, Aku tidak akan terima jemputan ini” Dia pulang dan datang kembali lagi menjemput. Nabi berkata : ”apakah Aisyah dijemput?” Dia menjawab : ”Ya” pada kali ketiga. Nabi dan Aisyah pun bangun, dan sama-sama ke rumahnya[1]"
Dalam utusan maloya pula, dilaporkan;
KUALA LUMPUR 9 Mac – Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa supaya persefahaman dan perpaduan politik yang ditunjukkan parti-parti yang mewakili umat Islam dalam memperjuangkan isu Natrah pada 1950 dijadikan contoh pada masa sekarang ini.
Timbalan Perdana Menteri berkata, perpaduan politik seperti itu adalah amat penting bagi mempertahankan kebenaran dan kesucian Islam daripada dipandang rendah oleh mana-mana pihak.
‘‘Dalam hal persefahaman politik, kisah Natrah membuktikan bahawa umat Islam daripada latar ideologi politik yang berbeza mampu untuk bersatu dalam mempertahankan kesucian Islam.
‘‘Tokoh-tokoh seperti Karim Ghani, Dr. Burhanuddin al-Helmy, Tun Sardon Jubir, Tunku Abdul Rahman Al-Haj dan Tun Hussein Onn telah mengetepikan perbezaan ideologi politik masing-masing demi membela kesucian Islam yang dipandang rendah oleh penjajah.
‘‘Perpaduan ini terakam dalam lipatan sejarah sebagai perpaduan yang amat bermakna kerana tiga parti politik yang berbeza ideologi dan pendekatan ketika itu iaitu UMNO, Hizbul Muslimin dan PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya) boleh bersatu demi mempertahankan kesucian Islam,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran buku bertajuk Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata yang ditulis oleh Karyawan Tamu Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Datin Seri Fatini Yaacob.
Turut hadir Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah; Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Ir. Dr. Zaini Ujang; Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dan Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad. (sila Klik)
PERSOALANNYA
Hadis yang dinukilkan ini, memperlihatkan betapa nabi SAW menghormati perasaan Aisyah ketika dijemput makan di rumah seorang yang berbangsa farsi.
Dalam utusan Malaysia pula, dilaporkan dua orang pimpinan PAS telah hadir dalam majlis pelancaran buku natrah.
Persoalannya adalah;
1- Kenapa PKR dan DAP yang berbangsa melayu – beragama islam tidak dijemput dalam majlis pelancaran buku tersebut?
2- Kenapa ada pimpinan PAS yang hadir dalam majlis ini, tanpa melihat kesan kehadiran mereka dalam majlis terbabit?
3- Kenapa pimpinan PAS yang hadir adalah pimpinan yang sedia diragui oleh ramai rakyat stand mereka terhadap PR?
Sekian
Wallahu 'Alam
Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com

13 ulasan:
Salam us,
Dah tak boleh tahan kalau tak jumpa rakan perpaduang. Mereka ni dah kemaruk sangat nak bersama.Dah tak boleh nak sorok-sorok lagi.
Perasaan nak jaga hati kawan dah tak da.Perasaan malu dan maruah diri dah dihijab oleh kemaruk perpaduang.Wal hal ia adalah sebahagian dari pekara yang kita imani.
Parti PAS hari ini diuji dengan penggerak-penggerak yang tidak ada akhlak setiakawan.Kemaruk perpaduang menghalalkan pengkhianatan antara rakan.Pasti seperti yang wahyukan, tidak akan ada keberkatan dalam amal atau tindakan
Hulu Kelang
Tak habis2 berprangsaka "ustaz" ni...
apa la demo ni, gi pun dok leh....geli kawee, heee heee
jawab shekh.. jawab .. kami nak tau apa tujuan shekh2 pi sna..??
jawab shekh.. jawab .. kami nak tau apa tujuan shekh2 pi sna..??
Sebelum jawab, aku nak tanya. Mana kau tau pemimpin PKR DAP tak dijemput sama?
Sebelum aku jawab, aku nak tanya. Sejak bila DAP atau PKR prihatin terhadap isu Natrah. Paling tidak sejak bila PKR DAP menentang murtad?
Hang tak pernah baca Suara Keadilan ke zaman Lina Joy dulu???
1.hang ni jenis apa!
2.Umat melayu dan islam nak bersatu pun hang tak bagi!!
3.ingat hang ni!manusia bertopeng syaitan ni!!
4.atau yahudi berbaju islam kot!
Nasharuddin Mat Isa... Nakhaei in the making....
Salam.
Dalam permasalah siyasah, mentaati perjanjian adalah yg paling penting untuk dijaga. Bahkan arahan daripada tuan Mursyidul Am juga jelas bahawa selepas daripada perbincangan luarbiasa tempoh hari, isu perpaduan dengan UMNO tidak harus ditimbulkan lagi.
Namun itulah masalahnya jika qiyadah yg ada saling tidak menghormati qiyadah yg lain. Suka-suka dia mengeluarkan kenyataan tanpa merujuk kepada kesepakatan bersama, sama ada dalam PAS (Muktamar Ipoh) sendiri atau dalam PR (Konvensyen Pakatan Rakyat). Jadi, antum yg brada di level qiyadah harus kembali mentarbiyah qiyadah di sana supaya kembali kepada kesepakatan asal iaitu menolak segala idea berkenaan kerajaan perpaduan atau seumpamanya.
Blogger PAS diminta bijak dalam mengambil ucapan pimpinan yang disiarkan oleh media. Media selalu mengambil ucapan-ucapan yang mereka rasakan boleh menaikan rating pembaca mereka, tetapi dalam masa yang sama tidak meletakan maksud sebenar pimpinan ditempat yang sepatutnya. Walaubagaimana pun, Blogger PAS dialu-alukan untuk memberikan pandangan, kritikan dan cadangan bagi membuka ruang perbincangan dan pencerahan dari pimpinan. Biasalah, tidak semua ahli dan rakan blogger boleh memahami ucapan pimpinan yang ada maksud tersurat dan tersirat.
Sebenarnya mungkin silap faham dalam laporan tersebut. PAS mengamalkan dasar terbuka dalam keahlian. Prinsip kita, sesiapa yang nak jadi ahli, kita memang mengalukan keahlian yang ramai dalam parti tapi bukan bermaksud kita menerima Zulkifli (Noordin).”
“Menerima Zulkifli Noordin dalam PAS bermaksud kita menyakiti hati rakan kita dalam Pakatan Rakyat. Dia dipecat atas masalah disiplin, jadi jika kita menerima (beliau) bermaksud kita menerima seseorang yang boleh merosakkan imej parti dan hubungan kita dalam Pakatan.”
WarkahDaily melihat penjelasan Dato` Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) ke atas laporan portal berita Mstar online semalam yang bertajuk ‘PAS sedia terima Zulkifli’ sebagai tindakan bijak dan tepat PAS sebagai parti yang terbuka dan berprinsip.
Pemimpin yang gila mikrofon atau blogger yang gila melatah?
Sebenarnya, bukan semua dari kalangan kita dapat memahami apa yang diucapkan pemimpin kita. Semuanya hanya mengambil maksud tersurat sahaja bukan tersirat. Apa yang lebih teruk lagi, bukan hanya tidak memahami apa maksud sebenar pemimpin, tetapi terus mengecam pemimpin berkenaan tanpa bertanya kepada tuan punya badan, apakah maksudnya.
Di sini dapatlah kita lihat, siapakah yang gopoh dan gelojoh dalam menganalisis sesuatu ucapan pemimpin. Kenapa kita hanya nampak buruk sahaja dan dibuta daripada kebaikan?
Kita kata pemimpin gopoh dan cepat melatah dengan pertanya media, gila mikrofon dan sebagainya, tetapi kita pula bagaimana? apakah kita termasuk dalam golongan orang yang gila melatah dengan isu dan berita sensasi tanpa usul periksa dari mana sumbernya, apakah ulasan berita itu tepat dengan apa yang diberitahu pemimpin itu.
Sekarang, dengan penerangan Dato` Tuan Ibrahim telah merubah persepsi buruk yang sengaja dicipta oleh manusia hanya pandai komen tanpa ada idea membina yang boleh dikongsikan bersama jika merasakan ideanya itu bernas dan hebat.
Kerja mereka hanya hentam sampai lumat tanpa menghadam sampai lumat kata-kata pemimpin. Bila menghentam, maka kita dijulang dengan keberanian menegur pemimpin kononnya. Bukan tidak boleh menegur pemimpin tetapi perlulah kepada bahasa yang beradab dan penuh dengan hikmah.
Bagi WarkahDaily, selepas ada sesuatu kemusykilan sebaran media massa, tambah lagi daripada media yang kita boikot, perlulah kita menunggu keterangan pemimpin kita dahulu apakah keabsahan berita itu baharulah mula mengomel jika berkeinginan. Jangan pula dapat berita kita terus hentam. Kata pemimpin gila mikrofon, habis kita gila melatah.
Penjernihan daripada pemimpin pasti akan tiba jika ada kerungsingan dari kalangan ahli bawahan. Jangan terus melatah tak tentu pasal kalau ya pun kita sayangkan parti dan jamaah. Kita sayangkan jamaah, pemimpin pula lebihlah lagi sayangkan jamaah.
Maka hari ini, perjenihan itu telah kunjung tiba.
Bagi Dato` Tuan Ibrahim, PAS hanya menunjukkan keterbukaan PAS kepada semua tidak kira siapa.
Memahami Fitnah (Cabaran) Dalam Dakwah & Jamaah
1. Golongan yang berbisik-bisik di belakang atau tidak melalui saluran jika tidak berpuas hati dan menimbulkan klik dalam jamaah
-Adalah diperhatikan bahawa perkumpulan-perkumpulan yang wujud di dalam jamaah akan menyebabkan keadaan kucar-kacir dan menyusahkan jamaah, sekali pun orang yang melakukannya tidak berniat demikian (mungkin niat kerana sayangkan jemaah). Tetapi, cara pengutaraan permasalahan semasa yang dihadapi atau pembentangan pendapat dan cadangan (atau kritikan) dengan cara demikian (tidak melalui saluran) sudah cukup untuk membawa kepada kesulitan dan ketidak patuhan." [Fi Zilal Al-Quran, 6/351]
2. Penimbul fitnah (perpecahan) dalam jamaah seringkali menggunakan alasan yang indah untuk menjustifikasi tindakan
-Sikap menjustifikasikan tindakan sumbang dengan alasan yang indah (cth : kerana sayangkan jamaah) ini adalah merupakan syiar golongan kafir yang menjangkiti penimbul fitnah dalam jamaah Islam.
"Kemudian ada pemimpin yang dituduh tidak memahami permainan politik. Qiaskan apa yang berlaku sekarang dengan apa yang telah berlaku dahulu. Al-Quran telah memberi amaran kepada kita daripada terlibat dengan tuduhan-tuduhan tersebut kerana ia merupakan syiar golongan kafir.
Bukankah inilah perkataan yang turut digunakan oleh setiap thagut yang melakukan kerosakan di atas muka bumi dan mendakwa yang yang mereka melakukan pembaikan? Bukankah ia merupakan perkataan batil yang hodoh dan digunakan bagi berhadapan dengan kebenaran yang indah? Bukankah ia juga perkataan yang digunakan oleh si penjahat bagi membangkitkan keraguan dan syak wasangka di sisi seorang yang beriman lagi tenang? Logik yang digunakan adalah sama. Ia berulang ketika bertembung di antara kebenaran dan kebatilan, iman dan kufur, kebaikan dan keburukan di sepanjang zaman dan setiap tempat. Kisah ini sentiasa berulang dari masa ke semasa" [Fi Zilal Al-Qur'an, 5/3078]
Aik!!! Hang bukanka satu geng dgn Aduka Yg Dah Tak Teruna???? Hang refer jugak no..cerita pasai Aisyah???
Hang sure tau punya member hang tu pasai apa kan anti-Aisyah?? Hang jenih tu jugak kan???
Hang toksah duk torak la Al-Pakistan woi... Aqidah atas hak.. cakap pun biar atas hak...tok sah duk konar..
Catat Ulasan