Khamis, 27 Mei 2010

DEBAT DR BURHANUDDIN AL-HELMI DENGAN MOKHTARUDDIN LASSO

Ahmad Boastamam ada bercerita, bahawa satu malam, iaitu selepas dari kongres PKMM, beliau bersama-sama dengan Dr Burhanuddin Al-Helmi dan Mokhtaruddin Lasso. Ketika itu, mereka sedang berada di pejabat harian ”suara rakyat”, lidah rasmi PKMM di Jalan Brewster.

Sedang bersembang, tiba-tiba Mokhtaruddin Losso yang terkenal dengan pemikiran komunis bertanya kepada Dr Burhanuddin Al-Helmi.

”Apakah benar tuhan itu ada, wahai Tuan Doktor?”

Ahmad Boastamam bercerita, ketika Mokhtaruddin Lasso bertanyakan soalan tersebut, kelihatan wajahnya dalam keadaan tersenyum.

Ahmad Boastamam tidak menyangka bahawa Mokhtaruddin akan bertanyakan soalan sebegitu kepada Dr Burhanuddin. Detik hati Ahmad Boastamam bahawa mungkin Mokhtaruddin ingin menguji keteguhan Dr Burhanuddin dalam beragama.

”Sudah pasti ada” jawab Dr Burhanuddin Al-Helmi ringkas.

”benarkan tuhan itu berkuasa?”

”Benar”

”kalau benar tuhan itu berkuasa, suruhlah tuhan membuat sepasang terompah kayu sekarang. Jika tuhan mampu membuatnya, saya akan percaya bahawa tuhan itu ada dan berkuasa” Mokhtaruddin memprovoke.

Provoke mokhtaruddin itu dijawab tenang oleh Dr Burhanuddin Al-Helmi.

”Masakan patut tuhan diminta membuat pekerjaan yang remeh seperti membuat terompah kayu itu.

”ini tidak bermakna tuhan tidak boleh membuat terompah kayu” sambung Dr Burhanuddin Al-Helmi lagi.

”Tuhan boleh. Kalau alam ini dapat dicipta-Nya, kenapa pula perkara mudah dan kecil seperti membuat terompah kayu itu tidak boleh?

”kalau seseorang yang pakar dalam ilmu, pasti misalnya boleh menjawab masalah-masalah yang tinggi dalam ilmu itu dengan mudahnya, mustahillah dua kali lima dia tidak tahu. Itu logik, bukan?” soal Dr Burhanuddin yang memberikan jawapan secara tidak langsung kepada Mokhtaruddin.

”demikianlah ibaratnya tuhan dengan membuat terompah kayu itu” sambung Dr Burhanuddin lagi.

”Kalau banyak orang, banyak manusia yang menjadi makhluk Tuhan, sudah boleh membuat terompah kayu belaka, kenapakah harus diperlukan juga tenaga tuhan untuk perkara yang remeh ini? Tidakkah itu sama saja seperti menyuruh seorang ayah mengesat hingus atau menghisap puting sedang bayi kecil pun sudah tahu belaka membuatnya”

Jawapan Dr Burhanuddin al-Helmi itu ternyata menyebabkan Mokhtaruddin Lasso terpegun.

[sila baca buku ”Dr Burhanuddin : putera setia melayu raya” karangan Ahmad Boastamam]

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau jawapan saya... nak lagi ditambah...

siapa kita nak suruh-suruh tuhan buat?? kita ni hamba... Dia tu tuan... mana buleh hamba duk suruh-suruh tuan dia yang buat... :P

Tanpa Nama berkata...

salam,
sosok dr burhanuddin al-helmy selalu memanggil saya untuk menghimbau sumbangan beliau. apakah tuan dapat meneruskan wacana seperti ini secara berterusan hasil pembacaan dan pemahaman tuan?