Sabtu, 29 Mei 2010

PAS perlu gerakan basmi serangan pemikiran


tulisan : Mohd Arif Juhani Ab Rahman

Fenomena politik baru di Malaysia ketika ini amat menilai kematangan PAS dalam menangani pelbagai isu baru yang pelbagai bentuk dan kompleks untuk dihuraikan.

Contohnya, perubahan agenda PAS daripada negara Islam kepada negara berkebajikan menjadi antara bola tanggung yang digunakan oleh musuh politik untuk menunjukkan betapa PAS begitu gila untuk berkuasa sehingga melupakan prinsip awal yang menjadi perjuangan mereka.

Terkini, pemilihan Zaid Ibrahim sebagai calon pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor sekali lagi menuntut kematangan PAS dalam menjawab pelbagai isu yang bukan bersifat remeh. Walaupun kalah dalam pilihan raya itu namun terdapat isu yang masih memerlukan perhatian untuk ditangani.

Seperti dijangka Zaid dipalitkan dengan krisis moral justeru amalan mengambil minuman beralkohol suatu ketika dahulu. Beliau sudah mengaku bahawa beliau sudah bertaubat dan tiada siapa yang wajar mempersoalkan lagi adakah benar dia sudah bertaubat atau hanya kerana agenda politik semata-mata justeru taubat seorang hamba hanya layak dinilai oleh Allah sahaja.

Namun persoalan yang lebih besar daripada krisis moral ini ialah isu aliran liberal yang dianut oleh Zaid dan pengakuan ini menjadi lebih jelas dalam buku beliau yang berjudul ‘Saya Pun Melayu’.

Zaid tidak sekadar hanya mengaku bahawa beliau seorang yang liberal bahkan beliau turut menyokong agar sekular menjadi amalan perlembagaan sesebuah negara moden justeru untuk memastikan hak minoriti terbela dan beliau turut mewajarkan tindakan saman terhadap kerajaaan negeri Kelantan berikutan isu hudud dan qisas yang cuba dijadikan hukuman dalam perundangan negeri Kelantan.

Maka, tidakkah kenyataan ini begitu bertentangan dengan prinsip Islam yang dibawa oleh PAS yang meyakini bahawa Islam sebagai sebuah sistem kehidupan yang syumul dan adil bahkan penolakan PAS terhadap Umno adalah berikutan parti itu mengamalkan politik sekular.

Tulisan ini bukanlah bertujuan untuk menutup mulut dan kebebasan menyuarakan pendapat namun penulis melihat bahawa hampir tidak kelihatan suara-suara dalam PAS yang secara jelas cuba membetulkan pemikiran Zaid yang tersasar begini secara terbuka.

Kita khuatir idea begini akan mempengaruhi sekian ramai pembaca dan apabila idea begini sudah mengukuh dalam minda rakyat Malaysia maka PAS melalui jalan yang berliku untuk menjernihkan kembali kekeliruan pemikiran yang berlegar di sekitar masyarakat.

Pendekatan Tahalluf Siyasi yang diamalkan oleh PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) pada ketika ini seharusnya tidak semata-mata mengenai kesungguhan dan komitmen PR dan PAS untuk menguasai kerajaan pusat seperti yang sudah dirangka tetapi lebih jauh lagi ialah PAS sendiri perlu menggunakan kesempatan yang wujud untuk menguasai dan mempengaruhi pemikiran rakan politik dalam PR.

Mereka perlu meyakini bahawa Islam sebagai sebuah bentuk pemerintahan yang memberikan keadilan yang hakiki, namun hal ini hampir tidak berlaku bahkan permuafakatan PR lebih banyak disasarkan untuk menghentam Umno-BN dengan secukupnya untuk melonggarkan kepercayaan rakyat terhadap pemerintahan mereka sejak sekian lama.

Tidaklah cukup untuk PAS sekadar bergembira apabila rakan-rakan bukan Islam menggunakan ayat Al-Quran dalam ceramah politik atau keinginan untuk mencontohi pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz dalam amalan bernegara bahkan PAS perlu mengembleng tenaga dakwah dalam rangka yang lebih jauh daripada yang telah dilakukan.

Tambahan pula dengan pelbagai isu sosial yang berlaku dalam kalangan belia yang menatijahkan peningkatan kadar pembuangan sekaligus pembunuhan bayi yang cukup melemaskan kita untuk memikirkan berkenaan hal ini.

Andai benar Islam semakin diterima oleh penyokong dan pimpinan PR dan menjadi dominan dalam PR maka komitmen untuk menegakkan syariat Allah melalui perundangan Islam seperti Hudud dan Qisas harus menjadi agenda bersama dalam PR mulai detik ini.

Demi mencapai agenda kemurniaan dalam negara melalui landasan Islam, PAS perlu segera mewujudkan sebuah gerakan yang mempunyai dua fungsi iaitu pertama untuk menjawab segala isu serangan pemikiran yang cuba disebarkan oleh musuh-musuh Islam yang bertopengkan agenda kemurniaan Islam.

Isu-isu seperti perundangan keluarga Islam, keperluan menerapkan amalan sekular dalam pemerintahan negara, hak kebebasan bersuara dan sebagainya menjadi antara agenda musuh-musuh Islam yang cuba melunturkan keyakinan terhadap Islam lalu menganut fahaman sekularisme, liberalisme dan pluralisme.

Kedua berfungsi untuk menawarkan keharmonian hidup beragama dengan kempen-kempen berterusan yang mengandungi idea-idea Islam sebagai sebuah agama sejagat yang amat menghormati dan mengiktiraf penganut agama lain di dunia.

sumber : Malaysiakini

p/s : tidak semua kandungan artikle ini penulis bersetuju, namun ia bagus dijadikan pencetus untuk kita berfikir tentang beberapa perkara penting yang wajib dilakukan; sama ada buat masa sekarang, ataupun di masa akan datang.

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

RUMUSAN:
1.Apa yang nik aziz dan hadi awang tuduh kat umno dulu!!semuanya jatuh tepat pada batang idung mereka sekarang!!
2.Malah lebih teruk lagi!kena main dan kena cucuk hidung dengan puak kapiaq harbi!!
3.Tanda Allah itu Maha Berkuasa!!Boleh menilai syaitan yang ada dalam diri pemimpin Pas sekarang!!

Tanpa Nama berkata...

1. Riuh rakan-rakan bukan Islam mahu memainkan peranan yang lebih besar dalam PAS. Jika dahulu ia antara perkara mustahil yang kita jangkakan, kini ia berubah samasekali. HUjah yang nyatakan PAS perlu berubah demi perubahan semasa, nyata dangkal! Sebenarnya PAS berubah demi survival politik hingga mengorbankan prinsip parti.

2. Diberi betis, hendakkan peha. Itu ungkapan yang layak diberi berkaitan tuntutan bukan islam yang mahu penyertaan lebih aktif dalam PAS. Bermula dengan Kelab, kini status keanggotaan bukan islam dinaikkan kepada Dewan Harian. Namun itu belum cukup, kini mereka mahukan status yang sama dengan ahli PAS yang lain!

3. Hak untuk mengundi dan memilih pemimpin dalam PAS. Pemimpin PAS kini dilihat semakin terperangkap dengan taktik yang mereka sendiri mulakan semata-mata mahu meraih undi bukan melayu/islam di Malaysia. Di masa hadapan, pemimpin golongan ulama' dari PAS pasti tidak mendapat sokongan dari golongan bukan islam ini.

4. Kepimpinan ulama' dalam PAS sedikit demi sedikit akan terhakis akibat pintu yang mereka sendiri buka, sedangkan pintu rundingan dengan sesama islam ditutup rapat! Ini jarum AnWAR yang dicucuk ke dalam PAS bagi membolehkan beliau menguasai PAS suatu hari nanti kerana diketahui golongan ulama' tidak pro AnWAR.

5. Apabila golongan Erdogan Islam Liberal bergabung dengan kelompok bukan islam dalam PAS, pasti ia mewujudkan 'kuasa beli' yang kuat bagi menjatuhkan pemimpin-pemimpin PAS yang dilihat ortodoks serta tidak 'moderate'. Selepas berjaya nanti, tidak mustahil bukan islam ini menuntut kerusi naib presiden pula nanti.

6. Saya percaya, sebahagian besar pimpinan PAS menyedari perkara ini dan mula mengeluarkan kenyataan agar kelompok bukan islam ini tidak terburu-buru menuntut itu dan ini. Ketahuilah, dibelakang kelompok bukan islam dalam PAS ialah AnWAR yang sentiasa menunggu peluang terbaik kerana dia belum menguasai PAS sepenuhnya......

hussin berkata...

Tanpa nama 18:33,

Sungguh hebat telahan ko. Kenapa nik aziz dan hadi awang je? Pas bukan milik mereka. Mereka tidak boleh catur pas sesuka hati mereka. Di antara mereka berdua pun ada perbezaan pegangan walaupun satu kapal. Seorang amat perit dengan perpaduan sedangkan yang seorang lagi begitu lunak dengan perpaduan. Perbezaan ini banyak menyedarkan rakyat pas walaupun pas kini diketahui umum sedang dicengkam oleh mereka yang lunak dengan perpaduan.

Ko begitu dangkal dengan keadaan yang menimpa ummah hari ini perbuatan siapa. Semasa puak ko berkuasa sudah lebih 5 dekad ada mereka peduli dengan nasib anak bangsa? Kenapa baru sekarang? Janganlah ko campur adukkan islam dengan melayu atau melayu dengan islam. Dia dua perkara yang berbeza. Islam tidak perkasa dengan melayu tetapi melayu akan perkasa dengan islam. Masa 5 dekad memperlihatkan bagaimana islam diperkasakan oleh melayu. Apabila kedudukan melayu mula goyah baru ko melalak memperlekehkan perjuang pas. konon ditunggang kafir harbi. Siapa tunggang umno dengan serba maknikam kerja menghalalkan yang haram? Bukankah itu kerja syaitan?

Usahlah bersedih. Mungkin sudah sampai ketika dan masa untuk Allah menggantikan melayu yang benci kepada islam dengan bangsa yang hendak melaksanakan islam. Janji Allah pasti datang. Syaitan begitu ramai terserlah di kalangan orang2 melayu. Dan jangan sekali2 mengada2kan yang tidak pernah ditinggalkan oleh rasulullah saw – islam-melayu/melayu-islam. Baginda tidak pernah gandingkan islam dengan mana2 bangsa hatta islam-arab/arab-islam!

Jadi, janganlah menggunakan hujah dangkal untuk perpaduan. Hanya perpaduan yang berdasarkan “Lailahaillallah Muhammadurasullah” sahaja yang boleh menyelamatkan bangsa ini. bukan atas dasar ‘islam-melayu/melayu-islam’ demi menyelamatkan umno!

Wallahu’alam.

hussin berkata...

Tanpa nama 19:17,
Ko begitu memusuhi anwar. Itu yang sebenarnya mesej yang ko cuba sampaikan. Ko juga cuba jadi wira kepada ‘kepimpinan ulama’ dalam pas. ko begitu hebat membuat telahan “dibelakang kelompok bukan islam dalam PAS ialah AnWAR” tanpa sebarang hujah untuk mempertahankan kenyataan ko. Ko Lahirkan kebimbangan dengan tertubuhnya dewan himpunan penyokong pas. ko begitu fobia dengan kehadiran mereka. Siapa ko? Hujah dewan himpunan penyokong pas hanyalah percubaan ko untuk mengelak diri ko dari dicop sebagai wakil perpaduan.

Jika diamati2 komen ko dari 1 – 6, itulah gambaran sebenar ko. Jadi ko memang sebulu dengan ulama yang tidak menyokong anwar. Ko memperjelaskan kenapa ulama dilihat bertungkus lumus menjalankan kempen menjelang muktamar ke 55 dulu. Ko tidak sedar bahawa bahawa jarum halus anti anwar ini ditanam oleh mosad umno yang berjaya menambat hati beberapa pemimpin pas sehingga mereka menjadi lunak dengan perpaduan. Siri pertemuan/perbincangan dengan mosad umno berlaku selepas pru12 demi ‘islam-melayu/melayu-islam’ “hingga mengorbankan prinsip parti” (pinjam kata2 ko). Jangan biarkan wala’ menyebabkan ko tidak mahu mendengar serta tidak mahu melihat. Ada telinga dengar, ada mata pandang. Jangan sia2kan rahmat Allah swt. Nabi saw tidak pernah menolak pandangan para sahabat rs semasa berperang dengan musuh. Sahabat ra terlebih dahulu akan bertanyakan nabi saw apakah sesuatu tindakan baginda itu mendapat wahyu, jika bukan, sahabat ra akan berikan pandangan dan nabi saw akan berbincang bagi mendapat pandangan para sahabat ra yang lain. Apakah pemimpin pas mendapat wahyu, sehingga tidak boleh diberi/menerima pandangan? Apa yang dilhat, dalam pas, wala’ sudah menjadi senjata kepimpinan untuk menolak teguran dan pandangan. Menerima pandangan mosad umno bulat2 tidak boleh dipersoalkan demi wala’?

Mereka2 yang dilantik ke jalan raja laut adalah dari kalangan yang boleh terima kelunakan perpaduan. Tidak berperanankah mosad umno dalam hal ini? ada telinga dengar, ada mata pandang2.

Wallahu’alam.

Tanpa Nama berkata...

Salam hussin ...

Petikan Artikel

"Tidaklah cukup untuk PAS sekadar bergembira apabila rakan-rakan bukan Islam menggunakan ayat Al-Quran dalam ceramah politik atau keinginan untuk mencontohi pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz dalam amalan bernegara bahkan PAS perlu mengembleng tenaga dakwah dalam rangka yang lebih jauh daripada yang telah dilakukan"

Pesan aku kepada engkau "hussin" jgn engkau tido .....musuh Islam memang mencari peluang dan kelemahan yg ada pd PAS ..

hussin berkata...

tanpa nama 19:05 (?),

usah gundah gulana dengan kelemahan pas. kelemahan pas bukan kelemahan islam. jangan ko campur aduk di antara keduanya. bukankah umno parti islam nombor wahid dunia? bagaimana pula dengan itu?

musuh islam berada di mana2. mereka tidak akan berhenti daripada menyerang islam. menghalalkan yang haram adalah contoh yang berada di depan mata bagaimana mereka telah lama berjaya menghakis aqidah umat islam.

usah gundah gulana dengan perancangan mereka. mereka merancang, Allah juga merancang dan Allahlah sebaik2 perancang. janganlah pesimistik dengan "bukan Islam menggunakan ayat Al-Quran dalam ceramah politik atau keinginan untuk mencontohi pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz dalam amalan bernegara". tidak siapa dapat menyelami hati manusia kecuali Allah. kita hanya mampu berusaha dan selebihnya kita serah kepada Allah. "jika Allah bersamamu, siapakah yang boleh memusnahkan kamu?" yakinlah.

"Lailahaillallah Muhammadurasulullah" tidak dapat dihapuskan dari muka bumi ini.

perpaduan yang berdasarkan selain ucapan tauhid di atas tidak akan ke mana. melayu pernah bersatu selepas peristiwa 13 mei. apa jadi dengan penyatuan itu. ia hanya sementara. apabila kekuatan umno pulih, pas ditendangnya. perpaduan yang diwar2kan kini juga adalah mirip kemelayuan. akan kuatlah perpaduan yang diharapkan jika dasar penyatuan tidak lari dari kalimah tauhid.

istilah "islam-melayu/melayu-islam" adalah istilah yang menghina penganut agama islam bukan melayu. lagi pun ia bukan dari ajaran nabi saw. kegemilangan islam di zaman baginda dan para sahabat menjangkaui batasan bangsa arab.

wallahu'alam.

Tanpa Nama berkata...

Salam Sume...

Bila Zaid dah kalah inilah pula komennya ...

"Terkini, pemilihan Zaid Ibrahim sebagai calon pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor sekali lagi menuntut kematangan PAS dalam menjawab pelbagai isu yang bukan bersifat remeh"

Cuba hari tu Zaid menang .... keluar la pula komen yg PAS memang matang pula ....

Tanpa Nama berkata...

"Apabila kedudukan melayu mula goyah baru ko melalak memperlekehkan perjuang pas. konon ditunggang kafir harbi. Siapa tunggang umno dengan serba maknikam kerja menghalalkan yang haram? Bukankah itu kerja syaitan?"-tuan hussien.
1.Apa kena mengena dengan umno!sapa yang umno!!
2.Tak payahlah hang bandingkan puak pas lani dengan perjuangan Nabi Muhammad!!buat malulah!!Perbandingan bodoh jee!!taraf tadika jee!!Nabi Muhammad dulu ada gelaran datuk!!datuk sri!!taraf dangkai jee!!!Nak bincang taraf Phd!buat buang masa jee!!
3.Hang tunjuk sat!bahawa pas tak ditunggang oleh puak kapiaq harbi!!Kalau hang lulusan agama!apa hukum lantik puak kapiaq jadi pemimpin!jadi wakilrakyat??

hussin berkata...

tanpa nama 06:17,

apa yang ko melalak ni? sejarah perjuangan nabi saw adalah rujukan serta ikutan terbaik untuk umat.

apa yang berlaku kepada pas hari ini adalah kerana tidak konsisten dalam tindakannya. kecelaruan ini wujud lantaran mentafsirkan sirah nabi saw sesuai dengan agenda musuh. sebagai contoh, "islam-melayu/melayu-islam". keadaan ini menyebabkan bahtera pas dilihat terumbang ambing seolah2 tiada destinasi yang dituju.

sebagai entiti gerakan islam dan parti politik, pas dilihat telah gagal mengkemudikan bahteranya. gerakan islam dan parti politik perlu beriringan bukan sat gerakan islam ke depan, sat parti politik ke depan dan vice versa.

dalam rakyat sudah mula menolak umno/bn, pas tiba2 bercakap pasal "islam-melayu/melayu-islam" yang disuap oleh mereka yang merasakan kedudukan mereka telah tergugat. perubahan rakyat bukan kerja pas atau pakatan rakyat tetapi berlaku di atas kehendak Allah swt. tindakan pas selepas pru 12 di dilihat sebagai kelemahan pas untuk merebut peluang yang terserlah. tindakan pas dilihat seolah2 menidakkan doa munajat meminta pertolongan Allah swt dalam berhadapan dengan umno/bn sesudah Allah memperkenankan dengan rakyat menolak umno/bn.

apa kena mengena dato seri dalam hujah ko? siapa kata dato seri tu hebat? islam tidak akan perkasa dengan dato seri, maaf cakap. jangan hina nabi saw dengan hujah ko. baginda tidak ada kena mengena dengan kelemahan yang menimpa pas. kepimpinan pas, lebih2 lagi kalangan ulama yang bermati2an mempertahankan 'kepimpinan ulama', 'presiden dan timbalan presiden mesti ulama',tentu lebih arif dalam hal ini.

macam aku sebut tadi, ketidakupayaan pemimpin mengendalikan bahtera pas menyebabkan pas dilihat seolah2 sudah "ditunggang kapiaq harbi" (favourite umno phrase). begitukah hukum ko terhadap keadilan islam? selagi mereka2 yang lunak "melayu" berada di jalan raja laut, selagi itulah akan sukar pelayaran bahtera pas.

mereka2 ini dilihat tidak memiliki keyakinan dalam perjuangan untuk merealisasikan pas sebagai parti dominan. mereka perlu bertenggek dengan umno. mereka amat bimbang umno kalah. mereka terima bulat2 hujah2 karut mosad umno. mereka jadikan mosad umno sebagai konsultan! mereka terima bulat2 amwar ejen amerika. kalau benar begitu, kenapa mereka segan/tidak mampu menonjolkan diri mereka lebih baik daripada anwar? mereka ada piem kredibiliti? ya, siapakah agaknya calon yang paling layak sebagai piem dalam pas?

almarhum ustaz fadzil noor sudah tentu, tetapi Allah telah menjemput almarhum terlebih awal. semoga Allah cucuri rahmat ke atas roh almarhum.

wallahu'alam.

Tanpa Nama berkata...

Salam,
Para pembela kumpulan UG sudah menyerang Ust Wan Ji tahap yang tertinggi dan kemuncak nya hingga dapat kita lihat perkataan perkataan mereka tidak lagi menggunakan akal sebalik nya nafsu yang menggila. Memang begitulah kalangan pengampu dan pembodek yang tidak ada pegangan pada apa apa sumber melainkan untuk wang dan sedikit kedudukan di dunia.

Mereka telah memperlihatkan indikasi indikasi kehilangan inisiatif yang memberikan petunjuk kehancuran atau kegagalan segala usaha mereka. Insyallah kerja kerja tanpa barakah itu tidak lama bertahan nya. Akhirnya pasti akur kepada kehendak azali. Berjuang dalam pas mestilah jujur dan ikhlas dan bukan ada agenda sendiri. Ustaz Wan Ji teruskan perjuangan Ustaz kerana kami sedar siapa yang benar atau siapa yang tersasar.

Pembela kumpulan UG berkata...

Salam Tanpa Nama 2010 Mei 31 20:37

Kami juga yakin perjuangan tuan akan menuju kehancuran kerana kafir tidak akan restu dgn Islam dan tidak akan redha selagi umat Islam tidak masuk dalam agama mereka ....

hussin berkata...

pembela kumpulan ug,

kita tidak perlu masuk ke dalam agama mereka... sudah cukup dengan kita mengamalkan cara mereka... sudah cukup dengan kita bersubahat dengan mereka yang mengamalkan cara mereka... apabila kita lunak untuk ug dengan pengamal cara mereka...

perghhhhhh