Sabtu, 12 Jun 2010

’BUDAYA POLITIK MEDIA’ DALAM PRU AKAN DATANG?


[1]

Secara peribadi, Aku melihat, kelahiran blogger-blogger pro-PR ini ada beberapa faktor, antaranya adalah;

Pertama, kerana kebencian mereka terhadap kerajaan UMNO/BN. Justeru, sebarang tindakan yang mereka lihat boleh mengalahkan UMNO/BN, pasti mereka akan menyerang. Golongan ini, sama ada mereka ini mempunyai parti, ataupun mereka tidak mempunyai parti.

Kedua, kerana faktor parti yang mereka dokong. Keberadaan mereka, kerana mahukan parti-parti yang mereka dokong itu menang dalam sebarang Pilihanraya.

Ketiga, kerana mereka amat membenci kezaliman dan kebobrokan. Tidak kira siapa sahaja yang melakukan kezaliman, pasti mereka akan menyerang. Sama ada pihak kerajaan BN, mahupun PR.

[2]

Secara peribadi, aku tidak mengetahui bahawa aku menjadi blogger dari kalangan yang mana. Seingat-ingat, aku mula berblog kerana kebencianku terlalu meluap-luap terhadap UMNO/BN dan pro-UMNO/BN.

Ketika itu, aku sering didoktrinkan bahawa JIM dan ABIM berusaha hendak mengUMNOkan PAS. Ekoran itu, seranganku terhadap fikrah JIM dan ABIM amat ketara. Aku juga sering menulis, mengkritik Dr Asri. Ia adalah kerana, beliau mempunyai hubungan rapat dengan Shahidan Kasim.

Namun begitu, keadaan dahulu sudah bertukar. Dilihat, siapa pula yang menyerang UMNO, dan siapa pula yang nampak berlembut dengan UMNO.

[3]

Aku membenci UMNO kerana faktor-faktor berikut, [a] UMNO mencandukan Islam demi kepentingan perut-perut pemimpin mereka, [b] UMNO menghalang perkembangan Islam, [c] UMNO merupakan punca non Muslim semakin jauh dengan Islam.

Kebencianku kepada UMNO bermula, apabila aku melihat bapaku yang ketika berada dalam UMNO, yang mana beliau sanggup menyebut, ”Kalau Islam memerintah, Malaysia akan mundur”. Aku berasa betapa susahnya untuk menukar fikrah sesat itu, yang akhirnya aku berjaya menukarnya dan kini bapaku sudah menjadi seorang yang berkeahlian PAS.

Mengenangkan segala kenangan silam ini, aku agak tidak dapat memaafkan UMNO. padaku, UMNO wajar dihapuskan terlebih dahulu, baru PAS berjaya laksanakan Islam di Malaysia.

Hujjahku adalah, kejayaan Nabi SAW membina kerajaan Islam adalah di madinah. Iaitu, dengan meninggalkan Makkah yang dipenuhi dengan semangat perkauman sempit. Kemudian, kemudian berjaya membina kerajaan Islam di Madinah yang cara berfikir mereka amat jauh berbeda dengan cara berfikir orang makkah.

Dengan perkataan lain, Nabi SAW meluputkan keberadaan rakyat Makkah yang perkauman dalam kawasan dakwah Nabi SAW terlebih dahulu, dengan memulakan usaha pembinaan kerajaan secara berkesan di Madinah. Kemudian, baru membina gelombang untuk menguasai Makkah.

Yang kalau hendak dibandingkan keadaan politik kini, usaha perkukuhkan PR sehingga berjaya memerintah Malaysia dengan menyerang habis-habisan agar UMNO jatuh. Setelah UMNO jatuh, baru berfikir bagaimana hendak melakukan dakwah terhadap UMNO.

[4]

Ternyata, usaha kearah itu semakin menjadi, waima tidak tertunai seratus peratus. Ia dapat dilihat selepas dari tsunami politik 2008 yang lalu.

PRU ke-12 memberi sejarah besar dalam senario politik kini. Asas kejayaannya, berjaya mengurangkan sokongan terhadap kerajaan, seterusnya sokongan itu diberikan kepada parti x-kerajaan; seperti PAS, PKR dan DAP.

Sokongan kepada PAS, PKR dan DAP, ada beberapa sebab. Antaranya adalah, [a] sememangnya memang mereka hendak mengundi PAS, PKR dan DAP,[b] undi protes terhadap kerajaan BN, dengan memberi undi kepada PAS, PKR dan DAP, dan [c] pengundi BN protes, dengan tidak keluar mengundi langung.

Keadaan ini berlaku dengan berbagai-bagai punca. Boleh dikatakan bahawa punca utamanya adalah, dengan kenaikan harga barang dan kelemahan kepimpinan Pak Lah Badawi yang melahirkan kritikan pedas dari bekas PM, Mahathir Muhammad.

Ketika itu, perkembangan media baru sedang meningkat. Blog-blog yang anti-BN berkembang seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Semuanya memfokuskan serangan terhadap BN, dengan berbagai-bagai cara dan gaya serangan.

Keputusannya ternyata memberangsangkan, iaitu dengan keputusan PRU ke-12, yang membariskan beberapa negeri dibawah pemerintahan BN berjaya dirampas. Ia melahirkan penubuhan kerajaan pakatan Rakyat.

[5]

Keberadaan blogger-blogger anti-BN membuatkan BN kecut. Makanya, isu blogger menjadi fokus penting dalam perbincangan BN dalam post morterm mereka.

Pemimpin BN – khususnya UMNO – mula merasakan keadaan mereka tergugat dengan kewujudan blogger. Maka, kedengaran usaha-usaha mewujudkan blogger pro-kerajaan – sehingga dibayar – bagi melawan balas terhadap serangan blogger-blogger anti-BN ini.

Nampaknya, BN mula berhati-hati selepas dari itu. ungkapan menyerang blogger yang dilakukan oleh pemimpin UMNO sebelum PRU ke 12, sudah mula dihentikan, malahan kelihatan pimpinan UMNO lebih berhati-hati dalam melakukan serangan terhadap blogger ini.

[6]

Kebimbanganku kini adalah, pada PAS. Dilihat perjalanan Muktamar pada kali ini sudah ada unsur mengetepikan blogger-blogger, termasuk kenyataan beberapa pimpinan tertinggi yang dilihat agak menyerang blogger.

Mungkin ada benarnya kenyataan pimpinan tersebut, tetapi cara serangan yang dikemukakan oleh para pemimpin itu memperlihatkan pimpinan PAS tertentu, tanpa disedari sedang memperbanyakkan serangan-serangan yang dilakukan terhadap PAS.

Apabila keadaan ini berlaku, ia mungkin akan menghasilkan natijah yang buruk kepada PAS, terutama dalam berhadapan dalam PRU akan datang.

[7]

Perlu diingat, kajian telah dilakukan. Ternyata, ramai pengkaji-pengkaji melihat bahawa budaya politik di masa akan datang akan berubah dalam bentuk yang cukup jauh dengan apa yang berlaku ini.

Mungkin sekarang kita memperkatakan tentang kekuatan parti sebagai sumber kekuatan untuk menang dalam PRU. Dengan maksud, seseorang calon itu boleh menang, disebabkan calon itu datang dari parti tertentu. Tetapi, di masa akan datang kemenangan itu bukan lagi kerana faktor sesebuah parti, tetapi faktor seseorang tokoh.

Apabila kita menelaah ini, tidak hairan kita melihat bahawa Najib Tun Razak kini, agak kurang melakukan kempen pembinaan imej baik terhadap UMNO, sebaliknya kempen Najib kini adalah untuk membina imej dirinya supaya diterima rakyat.

Dan yang paling ketara perlu diperhatikan adalah, PRU akan datang, kemungkinan budaya politik Malaysia adalah kejayaan mengelolakan media. Dengan maksud, ”sekiranya kamu disukai media, pasti kamu akan menang”.

Pastinya, Situasi malaysia kini sedang menuju ke arah itu, menyebabkan ada sebilangan menyatakan bahawa budaya politik di masa akan datang adalah ’budaya politik media’.

Mengupas isu ini, teringat kepada Dr Abu Hasan Hasbullah yang pernah menyebut, ”Abad ini adalah abad persepsi. Kini, persepsi adalah informasi. Orang yang tolak persepsi adalah primitif”.

Ini yang menjadi kebimbanganku terhadap PAS dalam PRU akan datang. Iaitu, setelah melihat beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh sebilangan pimpinan tertinggi PAS terhadap media baru ini.

Padaku, Al-Quran dilihat mukjizat di zaman Nabi kerana ia dikagumi dari unsur sasteranya yang menjangkaui syair, kerana syair di kala itu menjadi perkara yang diminati oleh rakyat arab. Unta Nabi Saleh dilihat sebagai mukjizat, kerana unta itu digunakan oleh rakyat ramai untuk menarik kincir air untuk kegunaan rakyat. Keadaan ini menyebabkan golongan kapitalis tergugat, kerana mereka adalah golongan yang mendominasi kincir air.

Dan kini, ‘mukjizat’ adalah kebijaksanaan dalam mengeluarkan sesuatu kenyataan media. Seseorang pemimpin politik yang ’terer’ keluar kenyataan politik, dan juga berjaya berinteraksi dengan media dalam bentuk yang baik, tidak hairan ia adalah golongan yang berjaya menggerunkan musuh.

secara peribadi aku menilai, karpal singh digeruni UMNO/BN, waima kemampuannya hanya sebelah tangan dan kepalanya sahaja. Tetapi, kita tidak digeruni UMNO/BN, waima semua anggota kita selamat.

Mengapa?

Jawapanku adalah, bijaksana dalam mengeluarkan kenyataan, dan cukup pandai berinteraksi dengan media.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah [b] Sg Buloh
13 Jun 2010 * 12:29 pagi

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kakakaka.. memang hang ni tali barut umno dah ni..

Tak pasal2 ko nk attack pas sebab benda mcm ni.. Blog ko ni dah jadi cam BABI.. sebab babi ni, Allah jadikan dlm tubuh dia boleh simpan mcm2 penyakit,tp dia tak mati.. orang lain yg mati...

Kena tukar la kot.. BAKISTANI jadi BABISTANI..

Taubatlah wei.. ko ni mcm tak ingat akhirat jah.. TAk selamat wei buat kerja bodoh mcm ni.. UMNO DAH BAYAR KO BERAPA NI? Ke KO KENA UGUT BAYAR PINJAMAN NI? hahahaha..

Tanpa Nama berkata...

mengutuk penulis takkan menafikan yang pemimpin pas tak reti menghargai sokongan orang!!

tambah dengan sikap bodoh memaki orang hanya kerana menegur kita, macam ibu bapak yang rela biar anak hisap dadah sampai sanggup marah sedara mara yang cuba nasihatkan anak dia...

asal orang tegur je, amnu bayar, tegur je amnu bayar...

jangan ingat pemimpin pas tak buat salah lah... hanya kerana pemimpin amnu lagi teruk je... maka pemimpin pas dilihat maksum oleh ahli-ahli tegar yang wala' babi buta...

pemimpin pas pun ramai dah mula mabuk kuasa lah. jangan wala' sampai buta tak nampak, dah jadi macam ahli amnu pulak. celikkan mata. berapa kali pemimpin ko sampai tempat ko bertanyakan masalah rakyat??? datang ceramah tak kira lah... itu datang sambil cari duit dana... yang sebagiannya masuk poket jugak.

kalau umar al-khattab mahu ditegur dengan pedang, takat pemimpin pas yang belum pun dijamin masuk syurga... apa sangat lah... takkan nak melenting kot!! ingat lah ada 73 jalan... yang sampai hanya satu!!

BUJANG SUSAH berkata...

Pas Umno sama jer dalam perkara mcm ni. Kalau blogger tegur mula la kata blogger x bagus.. kalau blogger puji, blogger la yg baik. kebanyakan darinya hanya fikirkan kepentingan politik sendiri. bukan berjuang kerana agama kerana Allah.

Blogger bukan mintak gaji. blogger pun x minta dipuji. Bagi saya sebagai blogger, yg wajib saya lakukan hanyalah berdakwah demi memperjuangkan agama Allah insyaAllah.

Biarlah siapapun nak kata apa2. saya x harapkan manusia pandang saya, saya hanya harapkan keredaan dari Allah.. insyaAllah.

Terpulanglah kepada penilaian mereka untuk mengatakan kita bagaimana. kerana itu bukan yg utama.

Wallahualam.

MI5 berkata...

Benar dan terbukti para opportunis di belakang beberapa kepimpinan PAS yang menyayangi Melayu melebehi Islam akan berusha keras memaki hamun dan melabel orang lain sebagai UMNO bagi melindungi identiti mereka. Tetapi kalau di amati kita akan sedar orang yang terlebeh lebih tindakan mereka itu memberikan indikasi siapa diri mereka itu sebenarnya. Indikasi indikasi ini adalah merupakan tanda dan petunjuk mereka adalah samada agen 2 muka yang mempunyai kepentingan sendiri melebehi dari kepentingan organisasi. Biarlah kan sahaja kalanga orang orang seperti ini kerana sifat mereka mereka ini akan cepat putus asa. Blogger yang berjuang atas nama keadilan dan kebenaran dapat teruskan usaha anda semua tanpa ambil peduli tentang tulisan mereka mereka ini.

Tanpa Nama berkata...

1.Dari hang sibuk melalak tentang politik ni!lebih baik hang bincang atau cari nas Al-Quran atau hadis mengenai MLM!itu lebih penting sekarang!
2.Tak dak lagi kajian yang mendalam dilakuakan untuk mengkaji hukum MLM!walaupun majlis fatwa kebangsaan telah mengatakan hukumnya HARUS,mengapa berjuta umat islam dimalaysia masih mengambil bahagian dalam sistem MLM ini!
3.Cuba hang renung sejenak mengenai keruuntuhan sosial remaja sekarangf!Adakah kegiatan MLM dikalangan umat islam dinegara ini mempunyai hubungan yang signifikan dengan masalah remaja islam sekarang!buang bayi!minum arak!berzina!
4.Punca rezeki yang harus kearah haram!menjadi darah dan daging!dan akhirnya membentuk remaja islam!
5.Hang buat bodooo jee!bila disoalkan tentang MLM ini!mungkin hang juga macam nik abduh!terlibat dengan MLM!sebab tu!hang buat pekak jee!hang ada saham dalam kohilalkot!!adakah logik!puak-puak pejuang Pas boleh terlibat dalam MLM!Kohilal!!!!!!makan duit haram!!!

Nizam berkata...

Tanpa nama yang kat atas sekali tu, tak tau nak cakap macam mana lagi. Cakap macam orang tak ada akal. Cuma ada otak macam lembu. Akal saja yang membezakan antara manusia dengan haiwan. Asal tak kena dengan selera akan dicop umno. Kuno betul cara berfikir puak-puak primitif ni. Kalau macam tu saya ni pun umno lah ye? Ikut suka anda semua nak fikir cara apa. Asal tak sama cara fikir kami ni semua umno. Bila dah tersungkur kerana kalah pilihanraya nanti jangan cari lagi orang-orang yang kamu tuduh umno macam kami. Jadilah kamu semua pembangkang sampai kiamat. Dah lah bodoh tak boleh diajar, lepas tu kurang ajar.

Pas kalah ke, menang ke, kami peduli apa kalau dah tak boleh nak terima teguran.

Luncai pun luncailah...

Tanpa Nama berkata...

Hahahha.. Ko ingat aku tak reti beza ke bab teguran ngan sampah?..

Weih.. umno2 sekalian.. Kalu nak tegur pasal PAS apa2 pun aku tak kesah pun.. Tapi cari lah topik yg boleh orang lain dpt manafaat..

Pastu cari la topik YANG RASIONAL UTK DITEGUR..

Aku tak nmpak apa RASIONALnya nak attack pas sebab pas media utk ke muktamar..

Itu sebab aku kata UMNO.. Sebab UMNO je gersang dalam cari ISU.. akhir sekali ISU BODOH2 gak jd pilihan.. LIWAT,LEMBU,.. alahai..

Klu aku kata korang UMNO, tak bermakna korang tu PENYOKONG UMNO wei... TAPI OTAK UMNO!.. hahahaha..

Klu dah namanya LUNCAI.. gagaga (SELAMAT BERSATU PADULAH WAHAI MANUSIA BERPENYAKIT!)

Anakkedah007 berkata...

LUNCAI pon LUNCAI laa...
tapi hangpa jangan ingat hangpa terra..
suatu hari haangpa boleh jatuh kedebok..baru ada akai..

relax bro... cacian dan makian tu besa la bagi blogger.. dulu BN dok kata kat kita yg penulis sampah laa.. suka sebaq berita palsu laa.. tapi skrg pihak yg kita dok pertahan nie la dok kata kita macam-macam...

redha dan pasrah jaa... janji kita tembak jika kita rasakan diri kita kata buat tu betoi...

biaq allah yg menghakiminya... manusia yg hipokrit lantak depa laa...

Tanpa Nama berkata...

Anakkedah007 berkata...

... janji kita tembak jika kita rasakan diri kita kata buat tu betoi...

-saudara, jangan hanya rasa apa yang kita buat betul, maka ia adalah betul. ada timbangan antara hukum, adat dan adab.

orang yang berilmu tak semestinya beradab.

orang yang beradat tak semestinya mengikut hukum.

Tanpa Nama berkata...

oi! apa nk jadi ngan hg pa ni ha? tk pasai2 nk berbalah sesama sendiri psl politik, tak malu ka! kalau nk tls tu jgn maki hamun org lain...

WakaWaka berkata...

Salam Semua

"Aku membenci UMNO kerana faktor-faktor berikut, [a] UMNO mencandukan Islam demi kepentingan perut-perut pemimpin mereka, [b] UMNO menghalang perkembangan Islam, [c] UMNO merupakan punca non Muslim semakin jauh dengan Islam"

Aku tak benci secara TOTAL dgn PAS tapi aku ingin buat beberapa teguran berikut:

- menggunakan Islam dan ayat2 Al Quran dalam situasi yg ada kepentingan dan keuntungan PAS (bila terkena batang hidung pemimpin, tiada ayat AlQuran pun yg jumpa)

- PAS tidak mengamalkan Fiqh Keutamaan dalam konteks dakwah

- Islam (malah syurga juga) itu seolah2 milik PAS sahaja dan Islam MESTI diperjuangkan dgn cara dan kehendak PAS

- PAS lebih melihat kekurangan dan kelemahan lawan (UMNO) dan tidak membuat muhasabah terhadap kelemahan dan kekurangan parti sendiri

- Perpecahan dalaman PAS (puak UG) menunjukkan PAS tidak mampu mengurus PARTI yang didakwanya ISLAM tetapi tidak mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. Kutuk mengutuk sesama ahli/simpati PAS amat ketara sehingga menjangkau adab2 Islam

- Keupayaan PAS untuk memerintah dan menegakkan ISLAM amat diragukan keupayaannya kerana pemimpin yang diagung-agungkan dan selalu dijadikan contoh teladan Tuan Guru Nik Aziz juga mempunyai kelemahan tersendiri. Sindrom "bisu" untuk menegur kelemahan pemimpin juga berlaku di dalam PAS

- Tidak ada kekuatan dalam pimpinan PAS selain pandai bercakap (contoh: Mat Sabu, Mahfuz, Nizar dll..) Kalau banding dengan Al Arqam dari segi pelaksanaan ekonomi Islam pun PAS telah jauh ketinggalan di belakang ... mana pimpinan PAS yg selalu mengkritik pengurusan ekonomi oleh kerajaan BN apabila KOHILAL yang sepatutnya menjadi Koperasi Islam contoh pun boleh lingkup ....

Banyak lagi ...

PAS perlu berubah demi ISLAM ...

PASti berkata...

"Mengenangkan segala kenangan silam ini, aku agak tidak dapat memaafkan UMNO. padaku, UMNO wajar dihapuskan terlebih dahulu, baru PAS berjaya laksanakan Islam di Malaysia"

Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w mengampunkan umat dan berlembut dgn musuhnya .... Inikah ajaran Nabi Muhammad s.a.w ???? Kalau baginda masih hidup, adakah beliau akan redha dan mengiktiraf cara PAS mempergunakan ISLAM ....

serirasahati berkata...

Serasa saya, kesatuan dan gerakkerja serta populariti Pas menunjukkan peningkatan tanpa kehadiran 'blogger ikhlas' yg mengaku utk memperbetulkan kepimpinan pas. dan Pas lebih diterima tanpa 'iklan' dari blogger2 yg mengggunakan slogan kekebasan menulis dan melahirkan pandangan bagi membongkar kelemahan Pas.

sebenarnya, pada saya...blogger tidak perlu risau jatuh bangun Pas dlm kancah politik negara, natijah bukanlah penilaian paling tepat kepada usaha jihad sesebuah harakah. selagi pas berada diorbit yg betul dlm perjuangannya bersama agama, Allah pasti bersama. Perjuangan islam tidak pernah tewas sekalipun tewas dlm sebuah pilihanraya.

saya mengalukan teguran yg boleh mempertingkatkan usaha pemantapan perjuangan Pas, tapi tulisan yg terlalu banyak melahirkan 'rasa tidak pusahati' tentang perjalanan organisasi Pas ini rasanya tidaklah bersifat membantu bahkan ia boleh 'membantut'.

jadi ada baiknya, blogger2 yg sebegini dibaikan

just my2cents :D