Jumaat, 11 Jun 2010

RAMAI PEKERJA HARAKAH SOKONG PENDEDAHAN LEPAS

[1]

Sebelum menunaikan solat jumaat tadi, seorang wartawan harakah telefon. Dia banyak bercakap tentang pendedahan seorang pekerja di Harakah, yang e-mailnya telah aku paparkan dalam blog lepas.

Cara wartawan itu bercakap, ternyata dia menyokong penuh segala pendedahan aku itu. aku tidak berkata apa-apa, kecuali hanya mampu berkata, ”Allah kata dalam Al-Quran, ’jangan campur kebenaran dengan kebatilan. Dan jangan kamu sembunyikan kebenaran dalam keadaan kamu tahu”

Kemudiannya pula, dalam pukul 4 petang, aku melayari internet. Didapati, ada satu e-mail dari seseorang yang mendakwa dirinya sebagai kakitangan pentadbiran harakah [Aku agak kurang faham sangat tentang apa yang dinamakan sebagai pentadbiran harakah ini].

[2]

Di sini, dipaparkan e-mailnya seperti berikut;

Assalamualaikum Ustaz.

Sengaja saya hantar e-mail ini untuk mengucap tahniah terhadap cadangan dan pendedahan ustaz tentang harakah dalam entry lepas sehingga pihak harakah telah mengadakan mesyuarat tergempar.

Untuk makluman ustaz, saya salah seorang kakitangan pentadbiran harakah. Apa yang Ustaz tulis memang betul. Tapi, kalau ditanya kepada geng Sharlinie, tentu mereka akan kata semua ini 100% salah.

Sebenarnya kami pun sudah lama nak mendedahkan isu 2 akaun harakah ini. Kami bukan takut pada Sharlinie seperti geng bilik berita bisik-bisikkan.

So, geng bilik berita tak perlulah depan cakap lain, belakang kata lain. Better u all semua fokus tingkatkan prestasi berita-berita Harakah. Sampai bila nak harapkan Tuan Haji Lutfi?

Tahukah ustaz, kami sudah lama ingin mendedahkan perkara ini tetapi tidak ada tempat untuk kami luahkan. Tapi, bila ustaz dedah dalam blog, saya terpanggil untuk mengucap tahniah

[3]

Sebelum ini, berbagai makian yang aku terima disebabkan aku publish e-mail seorang pekerja harakah, sehingga ada yang kata aku ini kafir dan murtad.

Agak-agaklah, berapa ramai lagi akan mengatakan aku kafir dan murtad disebabkan aku bagi tapak blog untuk sebilangan pekerja harakah hendak meluahkan ketidak-puas-hati mereka terhadap pengurusan harakah, terutama dengan publish e-mail ini.

1 ulasan:

ZULKIFLI berkata...

Salam, Ustaz,
Menegakkan kebenaran memang seperti hendak menegakkan benang yang basah. Payah dan banyak sungguh pancaroba. Pendedahan itu sebenarnya mengejutkan orang seperti saya yang selama ini menyangka Harakah (pengurusannya) mengikut lunas Islam. Saya sedih.