Selasa, 8 Jun 2010

TAHNIAH, BLOGGER DAPAT SEKADAR 'PAS PEMERHATI' SAHAJA

[1]

Dzulfikar Masyhur [wartawan harakahdaily] melaporkan;

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad pagi ini mencadangkan para blogger pro Pakatan Rakyat yang gagal mendapatkan pas media supaya memohon untuk mendapatkan pas pemerhati daripada ad-hoc Muktamar Tahunan PAS ke-56 di Kota Bharu.

Cadangan tersebut sebagai respons pada rungutan beberapa blogger pro PAS dan Pakatan Rakyat yang kononnya tidak dilayan oleh ad-hoc muktamar ketika memohon pas media sejak kelmarin.

“Opsyen yang ada, blogger-blogger kita ini boleh cuba pohon pas pemerhati,” ujar beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Bagi beliau, tidak ada sebab untuk ad-hoc menghalang mana-mana pihak membuat liputan tentang muktamar PAS.

Ini kerana, PAS menurut beliau sebenarnya mengamalkan dasar terbuka untuk mana-mana pihak untuk mengakses muktamar PAS.

“Setakat yang saya tahu, muktamar kita terbuka,” ujar beliau.

Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa tindakan ad-hoc muktamar enggan memberi pas media kepada para blogger mungkin disebabkan mereka kurang mengenali para blogger terbabit.

Bagaimanapun, beliau berjanji untuk merujuk semula isu terpencil tersebut daripada ad-hoc di Kota Bharu, petang ini.

Bagi beliau, tidak ada gunanya PAS menghalang para blogger dari membuat liputan tentang muktamar PAS sebagaimana Umno menghalang media alternatif dan media baru (blog) dari membuat liputan tentang pemilihan agung Umno parti itu sebelum ini.

“Yang menghalang media buat liputan tentang pemilihan hanya Umno saja, itu beza kita dengan mereka,” ujarnya lagi. (sila baca lagi)

[2]

Persoalannya;

pertama;
Masalah sebegini tidak pernah berlaku sebelum ini? Bahkan, sebelum ini, keterbukaan PAS dalam media amat mendapat pujian dari rakyat Malaysia. Namun, kes terpencil ini berlaku pada kali ini. kenapa takut sangat dengan blogger selepas tsunami politik 2008, walhal PKR dan DAP tidak takut pun? Orang yang takut ini, selalunya ada yang tak kena. Apa yang tak kena pada PAS sebenarnya sehingga takut sebegini?

kedua;
Ustaz Idris kata, menghalang media buat lipuran tentang pemilihan hanya UMNO saja.. Jadi, siapa pula pimpinan PAS berusaha hendak menghalang media buat liputan seperti UMNO ini?

Tahniah Ustaz Idris, kerana menyampaikan suara blogger-blogger yang sejak sekian lama membantu PAS... Di harap, jangan disebabkan tindakan PAS pada kali ini, menyebabkan ramai blogger-blogger yang dahulunya membantu PAS, tetapi menyerang PAS dalam PRU akan datang...

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah [b] Sg buloh
9 Jun 2010 * 12:18 Tengahari

19 ulasan:

PAPAGEMUK berkata...

apa kena dgn ko ni ostad????
lu ni nak pecah belahkan pas ke? semua org lu label tak betol, lu sorang saja yg betol?

mana wala' lu?
lu ingat wala' tu membabibutatuli kaa?

lu ni dah kena obat adukataruna kaa? semua orang lu nak rembat! celaka lah lu dgn pas reform lu.

lu takda ayat2 progresif. semua artikel lu bersifat destruktif.

nak kritik pon pada2 laa ostad. sampai benda kecil pon lu nak bingaikan semua orang. lu mau hasut org lawan pimpinan kaaa?

hussin berkata...

take care of the small ones and big big ones will take of themselves. kecik perkarakah "blogger dapat pas pemerhati"? di mana dasar terbuka yang diwar2kan?

"buka, tutup, buka - tutup, buka - tutup"?.

jika benar bagai dilapor, pas masih tidak mengiktiraf bloggers. pas tidak mengiktiraf sumbangan bloggers kepada perjuangannya. pas dilihat amat khuatir dengan "fitnah yang benar".

wallahu'alam.

anti UMNO berkata...

bajet hebat la bdk blogger nih.. sblm ni pn bnyk yg copy paste brita malaysiakini je.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum..

BBS banyak yg karat, jemaah banyak yg tak datang sbb jauh (alasan), diorg pggl tempat tu jin ada ke patut (xda org dtg bila subuh).. peringatan pada muslimah je ke? bagi la sekali kaum adam, pesan kat ajk. tlg suburkan atas bukit tu supaya beduyun-duyun jemaah dtg mcm BBSB, itu pun belum cukup lg.

Org BBSB kerja BBS

orang waras berkata...

Ala ustz,bnde kcik bgni pn ko nk besarkan..dngr kata dh join tamrin bribu kali, siap tamrinkan orng lg.xkan xreti lg kut bnde ni..bnde kecik ko bsar2kan, nk hncurkan PAS ke? pmimpin UmcO ko hentam, pmmpin PAS pn ko hentam.. nnti bla UMNO yg mnang, ko pn jd gila..

Ibnu Rashid berkata...

betul...sikit ug sikit ug... buang la wei... bro...naik muak dah. pimpinan bg penerangan x nak dga.. main boh di blog ja..apa nie bro ostad?

Tanpa Nama berkata...

alahaaii.. pada aku, perkara ni biasa, majlis2 besar memang akan ada perkara yang terlepas pandang.. lagipun blogger2 ni tergolong sebagai media baru, ini antara salah satu faktor perkara ni berlaku...

tak perlu kecoh, lepas ni buat la "bedah siasat"..

(anak mersing)

Tanpa Nama berkata...

gitu rupanya penganut pas.bila ada yang mengkritik,terus dikatakan tak wala dan join umno.

pemimpin pas dan geng pas lain semua pakat dijamin masuk syurga kot.maksum tak penah buat salah.tu pasal tak boleh dikritik..

kalau sesapa mahu dianggap tak pernah buat salah,maka kritik lah umno dan jangan kritik pas.kelak anda akan dicap hero oleh liPAS.sebarang kesalahan pn termasuk penyelewengan,sila diamkan.kalau tak akan dituduh tak wala dan memecahkan pas.

Islam tu digunakan untuk hiasan kosmetik saja.kalau ada yang kritik,maka mula diungkit pasal wala dan baiah.jadi kalau ada yang buat salah pun,tak boleh kritik.kena diam saja.kalau tak,dituduh memacam.

bertaubatlah...sekurangnya,blogger albakistani ni,tegur dengan lembut gak lagi siap berlapik.

agaknya,kalau orang dalam pas buat salah,malaikat tak pernah catat kot.maklumla,parti maksum confirm masuk syurga......dipimpin oleh mahafiraun kat kelantan yang tak reti letak jawatan.dulu tuduh mahathir macam firaun pasal takmau letak jawatan.sekarang tuduhan berbalik kepada diri sendiri.

PAPAGEMUK berkata...

lu nak dapat jawapan, lu pegi la jumpa ustaz deris ahmad tu. dia ustaz, lu pon ostad. pro la sikit. lu main hentam kromo pe jadahnya. kate ngaji universiti. tp bangang. maaf laa wa kasar sikit. dgn org ada ilmu, tp membingaikan orang lain mmg wa berbulu.

Tanpa Nama berkata...

kalau tanya terus nanti nasib hang macam khalid samad.. kena pecat..

macam berita surah khabar semalam la.. budak 24 tahun kena rogol dengan abang ipar. dia bgtau kat kakak dia. tiba-tiba dia pula kena pukul dengan lesung batu.

PAS pun macam tu jugak woi. takkan itu pun hampa tak perasai woi.

benci UG From Kedah

FZY berkata...

salam.

baca link ni. jgn asyik dendam dan serkap jarang je..

http://usahmadawang.blogspot.com/2009/06/isu-kerajaan-perpaduanunity-government.html

http://usahmadawang.blogspot.com/2009/06/isu-kerajaan-perpaduanunity-government_19.html

http://usahmadawang.blogspot.com/2009/06/kerajaan-perpaduan-sudah-mati_24.html

tambahan:

http://www.youtube.com/watch?v=OAOICs_FUQQ

http://presiden.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=231:banyakkan-menerang-bukan-menyerang-abdul-hadi&catid=1:berita&Itemid=106

http://presiden.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=224:blogger-jangan-syok-sebar-fitnah-presiden-pas&catid=1:berita&Itemid=106

Cukup x? kalau x maknanya iman Bakistani rosak.

Wallahu'alam.

hussin berkata...

"dipimpin oleh mahafiraun kat kelantan yang tak reti letak jawatan.dulu tuduh mahathir macam firaun pasal takmau letak jawatan.sekarang tuduhan berbalik kepada diri sendiri"

pro ug

mf khairi berkata...

perjuangan yg kita bw bukan sekadar perjuangan untuk menukar kerjaan atau nama pemimpin, tetapi perjuangan menukar akhlak pemimpin. ana sokong enta wanji. - baisp

Tanpa Nama berkata...

salam

blogger PR ( yg prasan hebat ) dh kemaruk nak nama ... dulu bjuang bukan kerana nama skang dh rasa hebat nak d layan dan dbelai pulak... dulu tau pulak nak cr brite walau dlm keadaan yg payah... mengada2 sampai nak merajuk... sepatutnya bukan media kjaan je d jemput klu bole media dr israel pon jemput skali lagi bagus biar dia buat fitnah byk2 lepas tu jwb blik dgn bukti...

bukankah pas selama ni pon ( pd gua ler ) PAS berjaya & nampak kuat sebab byk mjwb fitnah yg d taburkn dgn bukti ...

greenboxs hehehe...

Tanpa Nama berkata...

Khalifah Umar Abdul Aziz larang anak beranak dan sedara-mara pegang jawatan dalam pentadbiran kerajaan.

pengarang buku Antara Dua Umar pula bagi jawatan kat anak menantu,keluarga dan kerabat.bila kena kritik baru terkocoh kocoh letak jawatan.siap anak perempuan pun sibuk kononnya betul sentiasa.pegi haji 65K padahal ramai lagi orang miskin kat kelantan tak dapat bantuan.

cakap tak serupa bikin lepas tu sibuk doakan bala kat orang lain.padahal kerja tak reti buat.

Tanpa Nama berkata...

blog pemecah belah ahli jemaah...
ingat bro, jika PAS berpecah belah slps ni dsbbkn mslh dalaman, anda akan dpt 'saham'nya sekali...

igt skit apa yg 'abg2' senior penah bg nasihat kt enta...

FZY berkata...

hussin berkata...

"dipimpin oleh mahafiraun kat kelantan yang tak reti letak jawatan.dulu tuduh mahathir macam firaun pasal takmau letak jawatan.sekarang tuduhan berbalik kepada diri sendiri"

pro ug

********

saudara Hussin rupanya UMNO karat? Benci dgn Tok Guru ke? Abdullah bin Ubai kalau menyamar pun kita boleh tahu.

Wallahu'alam.

TinKosong berkata...

FZY,

hussin tu bukan benci tapi dia meluat dgn cara nik aziz yg suka menyalahkan orang lain tapi bila bab diri sendiri,apa yg boleh nik aziz jawab?...."ambo tok tau"

betulke pe yg tok guru pondok geting kata yg nik aziz tu tak abis belajau?..kalau betulla,patutla camtu perangai nik aziz skarang,macam sesumpah..

kalau betulke tak betulke,jgn pulak ko serang tok guru pondok geting tu,siann dia,sebab korang ni jenis suka demo ganas..

Tanpa Nama berkata...

Hekeleh... Bajet power la Ossnatak ni... Macam la ko ni TELUS sangat.. ko ingat aku tak tahu,komen2 orang kat blog ko ni pun ko pilih2 kan? toksah tipu la...

Aku dah 2 kali komen kat blog ko sblm ni, ko tak lulus pun.. hahaha.. Bajet HERO ha?

Ossnatak Luntut.. insaf la wei, ko takkan famous dengn buat kerja bodoh camni.. hahahaha.. aku kesian ngan ko nih..

Desperate... hahahahaha...(ko nak masuk paper senang jah wei, buat cam saipul hahahah)