[1]
“Di barat, aku melihat Islam tanpa penganut”, lebih kurang begitu ungkapan Said Nursi, seorang ulama, malahan tokoh pemikir Islam yang terkenal yang berasal dari Negara Turki.
Ungkapa Said Nursi itu, mungkin berlaku pada zamannya, tetapi ia tidak boleh ditolak di zaman kini, kerana hakikatnya memang berlaku.
Diberitakan dari sahabat-sahabat yang pernah mendapat pendidikan di barat, mereka menyatakan bahawa banyak perkara yang diamalkan di barat, sememangnya wujud dalam ajaran islam. cumanya, amalan tersebut tidak dilebelkan dengan nama Islam sahaja.
Namun, apabila sampai di tanah arab pula, waima Islam, Nabi Muhammad dan Al-Quran itu berbahasa arab sekalipun, tetapi amalan Islam amat sedikit diamalkan. Jika wujud pun, hanya islam dari sudut peribadatan, tetapi tidak dari sudut yang lain.
[2]
Eropah pernah berhadapan dengan zaman kegelapan. Namun, kegelapan itu berjaya dihapuskan dengan pemikiran pencerahan yang dilontarkan oleh tokoh-tokoh berani pada zaman itu.
Asal pemikiran pencerahan adalah keberanian dalam menyatakan pandangan, waima dilihat berbeda dari golongan gereja. Waima mendapat lebel Kafir, melawan paderi dan sebagainya, tetapi usaha pencerahan tetap dilakukan, yang menyebabkan golongan gereja ini akhirnya menyembah bumi.
Ramai pengkaji berpendapat, idea pencerahan itu bukan bermula dari Amanual Kant, William Harvey, Spanoza dan sebagainya, tetapi ia adalah pengaruh dari kesan budaya keilmuan di Baitul Hikmah, Baghdad yang ditubuhkan oleh Khalifah Harun Ar-Rashid.
Selepas kejatuhan golongan gereja, ketika itu bermula zaman cerah yang menyebabkan eropah semakin pesat dengan dunia keilmuan dan kemajuan. Akhirnya, banyak pengamalan Islam wujud di barat, tetapi sedih pencerahan yang mereka lakukan itu, tidak diserapkan unsur tauhid dan aqidah.
Jadinya, unsur ketelusan, akauntabiliti, integriti dan transperant mereka, benar-benar menyerupai Islam, tetapi zina, minum arak dan sebagainya berleluasa dalam masyarakat, menyebabkan meraka jatuh dari sudut itu.
[3]
Mendengar cerita teman-teman yang pernah menuntut di barat, terasa dalam hati untuk melihat sendiri. tetapi, apabila berbual, mereka yang pernah menuntut di sana sendiri bagitahu, “tak payah pergi sana kalau nak tengok, di Malaysia pun sudah ada seperti itu”
Sukar untuk memahami maksudnya itu. Namun, apabila ditanya, mereka menjawab, ”Anta tengok DAP yang tidak islam sudah la syaikh.. mereka semua tu bukannya Islam pun, tapi Ketelusan, akauntabiliti, transperant, open minded, boleh dikritik dan sebagainya wujud dalam parti mereka… tetapi, pada parti yang ramai orang islam ni, baik UMNO ke namanya, PAS ke namanya, PKR ke namanya, ada ke macam tu?”
Apabila kawan itu berkata sedemikian, agak berkerut juga dahiku. Tapi, jawapan kawanku itu menyebabkan aku teringat balik ungkapan Said Nursi yang menyebut, “di barat, aku melihat Islam tanpa penganut”
Sekian
Wallahu ‘Alam
Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com

- Sri Indah [b] Sg Buloh
7 Jun 2010 * 2:49 Pagi
1 ulasan:
"Sukar untuk memahami maksudnya itu. Namun, apabila ditanya, mereka menjawab, ”Anta tengok DAP yang tidak islam sudah la syaikh.. mereka semua tu bukannya Islam pun, tapi Ketelusan, akauntabiliti, transperant, open minded, boleh dikritik dan sebagainya wujud dalam parti mereka… tetapi, pada parti yang ramai orang islam ni, baik UMNO ke namanya, PAS ke namanya, PKR ke namanya, ada ke macam tu?”"
1.Meroyan lagi hang ni!!
2.Bodoooo tak boleh diajaq lagii!!!
3.Tak tau permainan kapiaq harbi!bukan saja akai tak dak!jadi talibarut puak kapiaq harbi lagi!!
4.Sah!sah dari keturunan pak kaduk!!
Catat Ulasan