Khamis, 10 Jun 2010

HINDARKAN PAS DARI ’ULAMA TAKFIRI’ SEPERTI ‘AHBASH’

Dr Wahbah Az-Zuhaili berkata, ”Ahbash adalah golongan yang sesat lagi menyesatkan, wajib menjauhkan diri dari mereka. mereka adalah jemaah fitnah, mereka berfatwa mengikut hawa nafsu”

[1]

Dalam beberapa tahun yang lepas, Malaysia digegarkan dengan kehadiran satu puak yang disebut sebagai Ahbasy. Puak Ahbasyh ini adalah satu puak yang merujuk kepada pengikut kepada seorang alim dari negeri Habsyah; daripada satu kawasan yang bernama Harar.

Orang alim yang dimaksudkan itu bernama Abdullah bin Muhammad As-Syaibi Al-‘Anbari. Beliau mula mengembangkan fahaman beliau di Lubnan. Dan ramai pengikut ajaran ini, sehingga terdapat juga anak-anak muridnya di Malaysia.

Mereka mendakwa bahawa mereka berakidah dengan mengikut ‘Turuq’ Abu Hasan Al-‘Asyari, fiqh mereka merujuk kepada mazhab Syafie, dan amalan tarikat mereka merujuk kepada tarikat Ar-Rifaiyyah.

Berkenaan dengan pegangan akidah, fiqh dan tasawwuf mereka, tidaklah menjadi perdebatan. Tetapi, yang timbul masalahnya adalah, apabila mereka adalah golongan yang mudah mengkafirkan beberapa tokoh ulama, seperti mengkafirkan Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qayyim dan juga Muhammad bin Abdul wahab.

Tidak ketinggalan yang dikafirkan beliau adalah Dr Yusuf Al-Qaradhawi, sehingga Dr Yusuf Al-Qaradhawi terpaksa menjawab tuduhan melampau beliau itu menerusi kitab “fatawa Muasarah ”

[2]

Pemikiran ala-Ahbasy ini, merupakan pemikiran yang diasaskan kepada sikap ”melampaui batas”. Walhal, dalam islam, sikap ”melampau batas” ini tidak diterima, malahan ditolak.

Firman Allah;

وَلَا تَعْتَدُوا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ

Maksudnya;
“Jangan kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas”

(Surah Al-Baqarah : 190)

Begitujuga hadis, bahawa Nabi SAW bersabda;

هَلَكَ الْمُتَنَطِّعُونَ , هَلَكَ الْمُتَنَطِّعُونَ , هَلَكَ الْمُتَنَطِّعُونَ

Maksudnya;
“binasalah golongan yang melampaui batas, binasalah golongan yang melampaui batas, binasalah golongan yang melampaui batas ”

Pemikiran sebegini tidak sepatutnya wujud dalam budaya rakyat Malaysia. tidak kira mereka itu adalah golongan bawahan, mahupun mereka bergelar ulama sekalipun. Ini kerana, pemikiran yang berasaskan kepada melampaui batas ini sebenarnya merujuk kepada kehendak hawa Nafsu, dendam dan emosi, bukan pemikiran yang berasaskan kepada hujjah dari Al-Quran dan As-Sunnah.

Dalam Islam, kebenaran hanya merujuk kepada al-Quran dan As-Sunnah. Tanpa merujuk kepada dua sumber ini – sama ada berbentuk zahir nas, mahupun khafiy nas – semuanya merupakan hujjah yang wajar ditolak, bahkan tidak diterima langsung dalam Islam, lebih-lebih lagi berhukum itu berasaskan kepada hawa nafsu, dendam dan emosi.

[3]

Tidak dinafikan keilmuan dan ke’ulama’an As-Syaikh Abdullah itu, tetapi ke’ulama’an seseorang ulama itu bukan lesen untuk dia mengkafirkan mereka yang tidak sealiran dengannya. Terutama, mengkafirkan itu berlaku dalam perkara yang disebut sebagai khilafiyyah.

Dalam hadis, Nabi SAW ada bersabda;


وَمَنْ قَذَفَ مُؤْمِنًا بِكُفْرٍ فَهُوَ كَقَتْلِهِ
Maksudnya;
“Barangsiapa yang menuduh kepada orang mukmin dengan kufur, maka dia seperti membunuhnya ”

Juga hadis, bahawa Nabi SAW bersabda;

إِذَا كَفَّرَ الرَّجُلُ أَخَاهُ فَقَدْ بَاءَ بِهَا أَحَدُهُمَا
Maksudnya;
“Apabila seorang lelaki telah mengkafirkan saudaranya, maka akan kembali (kekufuran) itu kepada salah seorang daripada kedua-duanya ”

Kembali kekufuran kepada pentakfir itu, tidak sekadar berlaku kepada mereka yang jahil. Bahkan ia boleh terkena kepada mereka yang alim juga. Iaitu, apabila mengkafirkan itu dilakukan kepada yang tidak sepatutnya.

Justeru, berhati-hatilah kita dari budaya ahbash ini. Bahkan, ia tidak relevan sama sekali wujud dalam PAS, kerana PAS bukanlah parti yang ditugaskan untuk mengkafirkan orang yang tidak sepatutnya, tetapi tugas PAS adalah untuk memberi model keadilan Islam kepada rakyat; tidak kira terhadap Muslim, mahupun terhadap Non Muslim.

Di dapati, sedikit sebanyak pemikiran ala ahbash ini wujud dalam PAS, maka itu wajib dihindari. Bahkan, jika wujud golongan yang membawa pemikiran ala ahbash ini, golongan itu patut dilakukan sebarang tindakan agar ia tidak berleluasa. Ini kerana, keberadaan mereka itu mencacatkan sesebuah gerakan Islam, kerana cara mereka terkeluar dari ciri-ciri gerakan Islam yang bentuknya dirujuk dari Al-Quran dan As-sunnah.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah [b] Sg Buloh
11 Jun 2010 * 1:13 Pagi

7 ulasan:

Ibnu Ali berkata...

Assalamualaikum,

Bagaimana pula tulisan ustaz yang ini? http://g-82.blogspot.com/2010/06/umno-melayu-harbi.html

Lihat sahaja komen mereka yang terkesan dengan artikel ini.

Tepuk kepala tanya kopiah.

Tanpa Nama berkata...

1.Mana ada ulamak dikalangan pemimpin parti politik!
2.Mana ada pemimpin parti politik yang benar-benar bersih!jujur dan amanah!
3.Tenguk dalam kes penggunaan isu kalimah Allah!Isu gabungan antara Pas dan Dap!Tidak ada seorangpun pemimpin pas yang boleh digelar ulamak!
4.Harun din saja boleh diterima!
5.Tenguk kenyataan nik aziz yang terbaru tentang gabungan pas dengan pkr dan dap!tak sedaq diri!sapa yang kontrol sapa!sapa yang dakwah sapa!pas dakwah dap!
6.YANG PASTI!DAP YANG CUCUK IDUNG PAS!ITU JEEE!!CERMIN DIRI DULU SEBELUM BUAT KENYATAAN!!

Tanpa Nama berkata...

hang tak pi muktamar ke ? duk sg buloh jer ? tembak dari jauh !

Tanpa Nama berkata...

jangan sekadar ahbash saja,tetapi wahabi juga termasuk la syiah.

apa kaitan diarakkan gambar khomeini ketika perarakan menentang israel lepas.tv3 ada terfokus kepada sepanduk oleh seseorang yang memegang gambar khomeini.

macam mana nak dapat bantuan dari Allah sedangkan dalam masa yang sama gerakan dipenuhi dengan orang yang mencerca para sahabat,membidaahkan amalan orang lain disamping menuduh ulama dahulu sesat?

tu pasal agaknya pas jadi macam ayam berak kapur.sekejap kata A sekejap kata B.

orang waras berkata...

blah la geng2 PAS reform. "hanyut bersama luncai di luar parti yang berkeliaran dengan labu-labunya". UMNO korng tolak, PAS pn korng benci.. pergilah berjuang brsama Parti Katak Melompat..

Tanpa Nama berkata...

lihat kpd N3 yg lepas2 N3 ni x serupa bikin...

anti ug berkata...

Geng UG sudah bertambah celaru....baguih ustaz dan teruskan.