Ahad, 6 Jun 2010

UMNO - MELAYU HARBI

Dalam sebuah kerajaan Islam, orang bukan Islam itu ada dua istilah yang diberi, [1] Zimmi, dan [2] harbi.

Dua istilah ini wujud, apabila wujud jizyah. Adapun di Malaysia, unsur jizyah ini tidak wujud, justeru, istilah zimmi dan harbi tidak pernah timbul di Malaysia.

Namun, dari sudut bahasa arab, Harbi bermakna 'perang'. Apabila ada golongan yang menyerang Islam, maka golongan itu disebut sebagai 'Harbi'. Sama ada, serang itu menggunakan senjata, mata pena atau bentuk ceramah. Apabila menyebut 'serang Islam', pasti ia berusaha agar Islam tidak berkembang, bahkan berusaha untuk mengurangkan pengaruh Islam di mata-mata rakyat.

Budaya politik Malaysia selepas 8 Mac 2008 amat unik sekali. Dilihat DAP sudah mula menyokong banyak dasar-dasar Islam, sedangkan yang mempertikaikan dasar-dasar Islam itu adalah UMNO. Keberadaan ulama-ulama terompah kayu dan ulama-ulama kepala lutut dari UMNO, banyak menyokong usaha halalkan yang haram, haramkan yang halal yang dilakukan oleh UMNO.

Perkembangan DAP menyokong banyak dasar-dasar Islam yang diperjuangkan oleh PAS, menjadi gerun oleh UMNO. Makanya, dilakukan berbagai-bagai serangan terhadap DAP dan juga PAS. Adapun terhadap PKR, cukup sekadar mereka menyerang peribadi Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan berbagai-bagai dakwaan moral.

Antara serangan yang dilakukan oleh UMNO terhadap DAP dan PAS adalah, melebelkan bahawa PAS berkawan dengan Kafir Harbi [DAP], walaupun DAP sudah semakin hari semakin menerima Islam.

Yang pastinya, kerana pangkat, takhta dan kekufuran, UMNO sanggup melakukan serangan bagi menjauhkan DAP dan PAS, kerana penerimaan DAP terhadap Islam amat memberi bahaya kepada UMNO, dengan sokongan rakyat bangsa cina dan india terhadap PAS.

Dengan serangan UMNO terhadap Islam ini, membuktikan bahawa di malaysia UMNO adalah MELAYU HARBI di Malaysia yang wajib dihapuskan atas muka bumi Allah ini.

"Hancurkan melayu harbi adalah kewajipan"

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com

- Sri Indah [b] sg Buloh
7 Jun 2010 * 1:35 Petang

4 ulasan:

ISA berkata...

Bro,

Berdasarkan perangai puak2 umnoapco ini, gua tak panggil diorang sebagai "Harbi" lagi...

Diorang selayaknya di panggil puak2 "Kafir" saja... memang wajib diperangi... (sebab menolak hukum Allah)

Tanpa Nama berkata...

"Antara serangan yang dilakukan oleh UMNO terhadap DAP dan PAS adalah, melebelkan bahawa PAS berkawan dengan Kafir Harbi [DAP], walaupun DAP sudah semakin hari semakin menerima Islam."

1.Sapa yang manipukasi sapa oii!!islam ni!!
2.Apa bukti Dap dah semakin terima islam!hang tunjuk sat!hang mesti kata dap tentang judi haram!!
3.Kalpal dan minta maafka!"langkah mayat dia dulu sebelum laksanakan undang-undang islam!!"
4.Puak Pas dah beranika!keluarkan kenyataan tentang undang-undang Islam!!ada kat kerongkong jee la!tak sampai kemulut!!

Tanpa Nama berkata...

melayu harbi? melayu harbi aku tak pernah dengar, tapi kafir harbi aku tau..

banyak gak kitab2 yang aku buka, takdelak mention pasal melayu harbi nih..

penulis ni bukan orang melayu ke? kalo macam tu, sila berurusan dgn JPN untuk menukar status kaum/keturunan anda dalam IC..

terima kasih..

(anak mersing)

ExPAS berkata...

PAS dah sesat menyimpang jauh ni...