Rabu, 9 Jun 2010

PENGURUSAN HARAKAH ZALIM !!

"Cikgu Pa adalah orang yang lebih banyak mengetahui tentang keadaan di harakah" Ujar salah seorang pekerja di Harakah

Cadangan usul, agar laporan kewangan harakah dibentangkan dalam muktamar yang aku tulis dalam artikle semalam mendapat respon dari beberapa orang pekerja di harakah. Membaca respon itu, ternyata, ia menggambarkan betapa peritnya bekerja di bawah sebuah akhbar parti Islam itu.

Kalau Tantawi berucap di Muktamar PAS pada hari ini, mengatakan "perlunya kemurnian perjuangan, dan memaknakan kemenangan", sepatutnya perkara ini perlu diambil perhatian oleh ketua Pemuda PAS itu.

Secara Fitrahnya, Islam menang bermula dari kekuatan dalaman sesebuah parti, baru berjaya menguasai dan mengalahkan Musuh. Ustaz Yahya Osman pernah berkata, "Laksanakan Islam dalam jemaah kamu, sebelum kamu melaksanakan Islam dalam negara kamu". Dengan perkataan lain, jika dalaman PAS pun wujud kezaliman, sampai kiamat pun PAS tidak akan menang.

Dari e-mail-e-mail yang aku dapat, banyak maklumat yang telah diberikan kepadaku. Ada sebilangan mendakwa, wujud double Akaun [akaun yang diaudit dan akauan yang tidak diaudit] melibatkan 'orang besar', juga ada nama dalam politik. Insya Allah, perkara itu akan didedah dalam artikle mendatang, dan kali ini, didedahkan satu keluhan salah seorang dari mereka seperti berikut [tanpa edit];

***

Salam Ustaz Wan Ji,

Ana salah seorang anak murid ustaz di sebuah surau yang ustaz sering hadir menyampaikan kuliah.

Ana juga salah seorang ahli jemaah dalam parti namun tidaklah memegang sebarang jawatan (hanya ahli biasa).

Ana juga adalah kakitangan Harakah yang telah lebih 6 tahun berkhidmat dan merasai pelbagai perit maung (daripada bawah - wartawan; sehingga atas - editor).

Untuk makluman ustaz, amat bagus dan baik serta wajar usul yang ustaz kemukakan dalam blog ustaz. Mencadangkan agar laporan kewangan Harakah dibentangkan dalam muktamar sememangnya ditunggu-tunggu oleh semua, lebih-lebih lagi kami yang berhempas pulas siang dan malam untuk memastikan ahli dan pendokong PAS mengikuti dengan dekat segala perkembangan parti.

Namun, saya pasti dan rakan-rakan seperjuangan saya di sini (Harakah) juga yakin 200 peratus bahawa usul dan cadangan Ustaz hanya akan dialu-alukan dan kemudiannya hilang ditelan zaman.

Sebenarnya Ustaz, terlalu banyak yang sedang berlaku di Harakah. Bukan ingin memfitnah, jauh sekali untuk menjatuhkan nama syarikat, tetapi terlalu sayang dengan Harakah dan parti. Kami di sini sentiasa tertekan ustaz.

Usahlah bercakap pasal gaji yang menciput. Benar kata ustaz tentang RM1,600.00. Tetapi tahukah ada juga wartawan (wartawan baru) kalau masuk kerja nilai yang ustaz sebut itu tidak tepat malah jauh lagi rendah.

Perjuangan untuk mendapat 'basic pay' telah lama berlaku namun, semua disapu di bawah permaidani Harakah. Tahukah ustaz, betapa kini jika bertugas di luar kawasan pihak pengurusan amat berkira?

Misalnya, dalam muktamar kali ini, cuba bilang berapakah keseluruhan tenaga daripada Harakah cetak (bukan Harakahdaily) di benarkan untuk di bawa ke Kelantan?

Tahukah Ustaz, permohonan wartawan daripada Perlis, Kedah untuk mengikuti bertugas (baca: mengalami pengalaman dan memajukan diri) ditolak mentah-mentah oleh pengurusan. Dan senario (senarai wartawan dicantas untuk bertugas di muktamar) seringkali ditolak oleh pengurusan atas alasan sudah ada wartawan negeri, tidak perlu dan membazir.

Beginikah mentaliti pengurusan? Inginkan kualiti pemberitaan, tetapi keperluan dalam prasarana untuk bertugas (menempatkan wartawan di muktamar) seringkali di'reject'.

Ini belum pula keperluan untuk bertugas di luar seperti wartawan di KL perlu ke Klang (cover dan buat liputan majlis PAS), bayaran tol tidak akan dikira! Rasional pengurusan, mileage RM0.50 sudah lumayan! Pelik, pertama kali kami mendengar istilah rasionalisasi sedemikian. Agaknya, pengurusan akan beranggapan, kalau dibayar tol, wartawan akan jadi jutawan segera! Hebat!

Itu hanyalah contoh-contoh 'ciput' wahai ustaz, masih banyak yang boleh diceritakan. Namun, yang pasti, budaya 'kuku besi' di bawah pengurusan kini mula dirasai.

KES 1: Pernah seorang kakitangan teknikal (layout) menyampaikan keluhan kepada Tuan Guru Presiden, Ustaz Hadi tentang daifnya peralatan komputer di Harakah dalam satu majlis ramah mesra Harakah dengan pimpinan. Apa yang berlaku? Seorang AJK PAS Pusat, yang menduduki ALP Harakah merenung tajam kepada staf tersebut dan selepas perjumpaan tersebut, beliau berkata, "nanti kau!"

KES 11: Seorang staf perempuan di pemasaran mengkritik pimpinan Harakah dalaml satu seminar Harakah beberapa tahun lalu, akibatnya; staf tersebut sedar-sedar dah berhenti. Apabila rakan-rakank bertanya," dia dah berhenti!" Betulkah dia berhenti atau berlaku sebaliknya?

KES III: Seorang staf kanan didapati bersalah kerana menyiarkan tulisan seorang penulis yang kontroversi (ramai yang tahu kot, agak popular beberapa tahun lalu) dan telah dihukum. Sebagai hukuman, beliau menjadi Ketua Unit Baru dengan dikekalkan gaji dan kemudahan lama. Setelah gagal unit baru yang diketuainya, beliau diberi pula Unit lain. Juga gagal lagi dan kini mengetuai Unit akhbar PAS secara online. Untuk makluman, sebelum ini beberapa projek beliau seperti "Satu Keluarga Satu Harakah" telah gagal. Projek berita Harakah secara online sehingga membuat bilik kalis bunyi dan belian kamera beribu ringgit juga gagal. Projek TV PAS dengan dana berjuta ringgit juga bungkus dan diserapkan kakitangannya ke unit online akhbar Harakah. Dan sebelum ini, pernah didakwa di mahkamah akibat menerbit artikel yang didakwa memfitnah semasa Harakah di bawah Dato' Hishamuddin Yahya. Begitu banyak yang berlaku, staf ini masih disimpan? Masih di beri keistimewaan dan berleluasa? Unsur KRONISME?

Kasihan kami yang marhaen di sini ustaz. Kalau sebelum ini, pernah kami mengadu kepada Mantan Ketua Pemuda, namun suara beliau hanya 1 berbanding taiko-taiko dan veteran pemimpin yang berada dalam ALP. Apa yang mampu kami lalkukan Ustaz?

Eloklah apa yang ustaz cadangkan itu. Dedahkan biar telus. Namun, awas taiko-taiko dalam Harakah buka calang ustaz. Banyak muslihatnya.

Harap tulisan ini dapat perhatian ustaz. Kalau baik, dapat disiarkan mana-mana blog yang sering dibaca oleh ahli parti. Paling kurang, suara marhaen kami didengari walau secara bergaung!

Wassalam.

p.s: kalau disoal siasat siapa penghantar nota luahan ini, hamba mohon dirahsiakan kerana bimbang dengan nasib anak-anak dan isteri-isteri!

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bagus juga dibentangkan dalam muktamar. Tapi setahu aku Pengarah Urusan Harakah adalah Dato' KJ. Sebenarnya Dato' KJ lah yang bertanggungjawab dalam semua urusan operasi Harakah. Cikgu Pa hanya pengerusi. Semua cek ditandatangani oleh Dato' Kj. Itulah Ust, belajarlah ilmu pengurusan sikit. Baru kita tahu siapa yang bertanggungjawab dalam urusan sesebuah organisasi. Jangan sebarang tembak. Kan dah tertembak kawan sendiri. Kan Dato' KJ tu ustaz punya idola !!! Setahu aku Dato' Kj punyalah lembab. Masa jadi SU tunggang langgang jadinya parti. Sampai baiah talak tiga pun angkara beliau. Betul tak Ustaz ???

Tanpa Nama berkata...

Salam Ust 1g

Saya sokong ust.

Tak kiralah Pengarah Urusan atau Pengerusi @ ALP yg penting usul-bahas dan......


Kohilal pun sama sbb dah banyak orang dari luar bercakap(dari dalam segan-segan sekit).Kita kena telus dan tulus baru nampak BERSIH lagi dapat MEMBERSIHKAN

(sudirumusibarat)

cintasyahid berkata...

Tanpa Nama 20.03 di atas menulis penuh dengan perkara yang tidak betul ke atas Datuk KJ.

Sebenarnya semua urusan Harakah di ouver-ruled oleh Mustapa Ali selaku Pengerusi sehinggakan Datuk KJ tidak dapat berbuat apa-apa.

Begitulah apbila Mustapa Ali dilantik menjadi Setiausaha Agong PAS menggantikan Datuk KJ.

Mustapa menggunakan kuasanya untuk mengubah Perlembagaan sesuka hati seperti mengubah struktur Majlis Syura Ulamak tanpa sebarang konsultansi dengan mana-mana pemimpin atau mena-mana resolusi.

Beliau memperalatkan "cadangan" (bukan resolusi) dari perwakilan pada muktamar tahun 2007 yang meminta Majlis Syura Ulamak diperkasakan. Sedangkan perlembagaan PAS jelas menyatakan pindaan kepada mana-mana fasal dalam perlembagaan bperlu berdasarkan resolusi muktamar.

Tujuan Mustapa berbuat demikian? Mencantas golongan yg anti-UG dan meramaikan mereka yang pro-UG berada di dalam Majlis Syura.

Tanpa Nama berkata...

Seorang anak kepada YB PAS nak masuk ke perasmian Pemuda dan Muslimah PAS. Memang beliau adalah blogger kerana beliau yang update blog YB tersebut.

Bila nak masuk dan minta PASS Media, depa kate BLOGGER TU APER?

Yang lagi sorang. Blogger memang tak boleh masuk sebab yang boleh masuk mereka yang ada Tag Media daripada KDN sahaja.

Nizam berkata...

Patutlah berita dalam harakah sekarang tak ada kualiti. Dah lama saya tak beli harakah. Saya cuma baca kalau saya balik kampung sebab ayah saya masih membaca harakah. Saya anggap harakah dan utusan tak banyak beza. Serupa macam pas dan umno tak banyak beza. Dua-dua walak pada pemimpin walau bodoh tak pandai mentadbir.

Desa Bukit Indah berkata...

assalamualaikum..

itulah manusia.

Dah Tak Baca Harakah berkata...

Apa lagi yang nak pecah ni..... Kalau UMNO Terengganu dengan bumbung stadium runtuh, masjid runtuh dan berbagai runtuh...Kepimpinan PAS dari Terengganu dah nak meruntuhkan apa yang PAS telah bina sejak lebih 50 tahun dahulu ia itu kepercayaan, keikhlasan dan kejujuran pimpinan..... Tanda tanda nak lingkop PAS ni lah nampak gaya nya. SPRM memang dok tunggu peluang ini... bagus dan siasat semua pengkhianatan tersebut agar PAS indah seperti sebelum nya.

FZY berkata...

Salam.

Bakistani sekarang dah ada kerja baru... Beliau adalah seorang penyiasat. x tahu persendirian atau berbayar.

Moga berjaya.., tapi yg lazimnya hanyalah tohmahan dan maklumat yg separuh masak.

Ikut suka saudara la. Dah tahap pemikiran saudara mccm tu, nk buat mcmana?

Akhlak pun teruk adab x ada.., ooh lupa la.., adab bukan wajib, tapi sunat(Bakistani ajar).

wallahu'alam.

Tanpa Nama berkata...

mcm akhbar komunis je ceritanya....

tinjau berkata...

yang pasti alp harakah jaga kepentingan sesama sendiri...

Tanpa Nama berkata...

buat cinta syahid... awak ada bukti ? buktikanla,jangan sembarangan je,TGNA sebagai muryid,takkan xperasan kot?sedangkan TGNA adalah org yg plg tegas dgn disiplin Parti...jangan la buat Fitnah..sama juga dgn Wan Ji,entah sape yg hantar email,sekadar nak reg. email palsu,aku boleh buat,dulu hanga ingat x blog hang kena hack??? mudah je org nak dapatkan password utk rosakkan atau buat fitnah kat sape2,lagi2 org yg terdekat,jangan la cepat menghukum,hang tahu tulis je,xpandai amal,sama mcm golongan ahbash,gopoh dlm menghukum...

TinKosong berkata...

TGNA tu sape?pak turut anwar ngan kit siang tu ke?tok guru baru TGNA tu lee kuan yew kan:)

Tanpa Nama berkata...

Bende2 macam ni berlaku jugak ke dalam Pas, Aku ingatkan dlm UMNO je

Kalau gitu 2 x 5 jeeeee.

Patutunya Pas lebh bersih dari hujng kaki ke hujung rambut niii tidak...

Macam tuu lah kita hanya manusia bukan plastik. Kalau yg buruk2 tu bukan hanya UMNO.

Istighfarle banyak2 jangan nak tuduh UMNO jeee yga kronisma, korap tapi hakikatnya ramai pemimpin Pas dan Pakatan Rakyat juga banyak berbuat gitu.


Alih2 nak bagi bukan Islam jadi calon dlm PRU13. Betoi ke otak aji adi niii.

Tapu katenya mesti ada akhlak dan moral tinggi.... Kalau bukan Islam arakm judi dan babi tuuuu termasuk betina biase jeee....

Nantile kita tengok wakil rakyat Pas dari kalangan bukan Islam plak perintah Malaysia nanti.

Tanpa Nama berkata...

bagus le. blajar songlap dari puak kominis dlu sebelum dpt konker kerajaan pusat

Wartawan Harakah Perlis berkata...

Salam,
Ustaz 1G.. Ana Bashir Ishak, Watawan Harakah Perlis... Bila masa plak ana minta nak bertugas di muktamar sehingga ditolak mentah-mentah? Sapa dok rekacipta cerita ni? Walaupun sekarang ana tengah bertugas di muktamar, tapi atas permintaan editor harakah sebab ana sendiri hadir di KB sbg perwakilan dpp padang besar ke muktamar pemuda.. then sambung bertugas utk harakah membantu kengkawan...

Tanpa Nama berkata...

ana sudah e-mailkan komen dari saudara Bashir Ishak kepada pekerja harakah yang menghantar e-mail; membuat komen terhadap pengurusan harakah....

ana minta dia tolong komen balik terhadap komentar saudara..

ana menunggu balas darinya, dan ana sekiranya dia balas, ana akan paparkan dalam ruangan komen ini.. insya Allah.

sekian

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

astagfirullahalazim....banyak yang tak betul dari betul tentang perkara ini....

kalau dah rasa media lain lebih bagus berenti keja jadi wartawan harakah dan pergi jek keja di tempat lain tu dari buat tuduhan dan fitnah seperti ini

camni dpt sebanyak mana pun gaji mmg lah tak berkat gaji tu kalau kerja asik menfitnah dan mengadu domba melaga2kan org.

dosa lagi yang dapat...tambahan kalau tak sempat mintak maaf