Selasa, 31 Ogos 2010

SALAHKAH ORANG BUKAN ISLAM BAGI 'TAZKIRAH' [2]

[1]

Dalam Al-Quran, dinyatakan bentuk orang bukan Islam ini, iaitu, seperti difirman Allah SWT dari surah Al-mumtahanah, ayat ke 8;

لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

Maksudnya;
"Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil"

Dalam ayat ini, Allah SWT tidak melarang sesuatu kebaikan dan keadilan yang hendak dilakukan terhadap orang bukan islam yang tidak memerangi agama Islam dan umatnya. Golongan ini, diistilah dalam fiqh sebagai "Kafir Zimmi"

Ada satu lagi, adalah orang bukan Islam yang melawan islam. mereka melawan islam dengan beberapa factor, antara adalah;

Pertama, kerana kejahilan mereka terhadap islam. kedua, kerana kebencian mereka terhadap Islam, waima telah diterangkan kepada mereka bentuk-bentuk islam dari bentuk yang betul.

Ada pula, factor kebencian orang bukan islam terhadap Islam adalah disebabkan orang islam yang menerangkan islam kepada mereka tidak pandai memberi penerangan yang berkesan, malahan cara penerangan yang dilakukan melahirkan bertambah kebencian mereka terhadap islam. dan ada pula, mereka membenci islam itu, disebabkan provokasi dari pihak musuh islam, sama ada dari orang bukan islam, ataupun dari pihak orang yang bertopengkan islam.

Tidak dinafikan juga, wujud orang bukan islam yang membenci islam berpunca dari sikap dan tindakan yang dilakukan oleh orang islam sendiri. Islam digambarkan seperti agama kaum tertentu [macam UMNO sedang lakukan], atau tindakan orang islam tertentu seperti memperlihatkan seperti islam agama yang mendiskriminasi manusia yang tidak beragama islam [seperti UMNO sedang lakukan], walhal islam tidak sebegitu.

Apabila keadaan ini berlaku, kesalahan itu tidak boleh diletakan kepada orang bukan islam yang membenci islam, tetapi kesalahan itu hendaklah diletakkan kepada orang islam yang tidak pandai, atau bertindak dan bersikap sehingga melahirkan pandangan Islam dalam bentuk yang cukup buruk.

Adapun orang bukan islam yang sudah diterangkan konsep keadilan islam yang sebenar. Penerangan yang dilakukan pula, penuh seribu satu kebijaksanaan, tetapi tetap juga mahu memusuhi islam, dan berusaha menyerang islam, maka mereka ini adalah golongan tidak islam yang digelar sebagai "Harbi".

Dalam bahasa arab, "Harb" diterjemah sebagai perang. Dengan maksud, kalimah "harbi" memberi maksud menyerang. Orang bukan islam yang memusuhi Islam disebut sebagai "Kafir Harbi". Bagaimana pula kalau wujud orang islam yang menyerang Islam, seperti UMNO? Mungkin istilah yang paling tepat adalah, melayu Harbi?

[2]

Secara gambaran umumnya, kita dapati bahawa orang bukan islam itu terbahagi kepada dua, iaitu menyerang islam [zimmi] dan tidak menyerang islam [harbi].

Bagi orang bukan islam yang tidak menyerang islam [zimmi], tidak dilarang kepada mereka masuk ke masjid kecuali masjid Al-haram.

Larangan mereka masuk ke dalam masjid haram adalah firman Allah SWT;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ فَلَا يَقْرَبُوا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ بَعْدَ عَامِهِمْ هَذَا وَإِنْ خِفْتُمْ عَيْلَةً فَسَوْفَ يُغْنِيكُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ إِنْ شَاءَ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ حَكِيمٌ

Maksudnya;
"Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis, maka janganlah mereka mendekati Masjidilharam sesudah tahun ini. Dan jika kamu khawatir menjadi miskin, maka Allah nanti akan memberimu kekayaan kepadamu dari karuniaNya, jika Dia menghendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."

[Surah At-taubah : 28]

Adapun mereka hendak masuk ke dalam masjid selain masjidil haram, maka itu dibenarkan berdasarkan banyak hadis-hadis. Antaranya adalah hadis Sumamah bin Usal yang telah diikat dalam masjid, yang ketika itu dia belum lagi beragama Islam. [Al-Bukhari : 442]

Adapun orang bukan Islam yang menyerang islam [harbi], adalah dilarang sama sekali kepada mereka masuk ke dalam masjid. Sama ada masjid itu adalah masjidil haram, ataupun masjid selain masjidil haram. Dalil larangan ini, dirujuk kepada larangan umum dari firman Allah dari surah At-taubah, ayat 28 di atas. Pendapat inilah yang didokong oleh Imam malik, Umar bin Abdul Aziz dan lainnya. [ada pihak menggunakan larangan umum ini, diletakkan kepada tempat yang khusus. Ini merupakan satu kesalahan dalam menukilkan pendapat ulama mazhab, kerana setiap mazhab itu ada disiplin istinbat mereka tersendiri].

[3]

Tazkirah diterjemah sebagai 'memberi peringatan'. Memberi peringatan ini, sama ada dalam perkara agama, ataupun dalam perkara yang tidak berkait dengan agama.

Orang bukan islam yang mahu memberi pesanan kebaikan, dari segi logic pun ia terpaksa diterima, waima ia berkait dengan perkara agama [seperti orang kafir sindir orang Islam yang tak solat, supaya menunaikan solat]

Umar bin Al-Khattab pernah berkata;

يا أيها الناس! تمسكوا بديوان شعركم في جاهليتكم؛ فإن فيه تفسير كتابكم

Maksudnya;
"Wahai manusia, berpeganglah dengan diwan syair-syair kamu semasa jahiliyyah kamu, maka sesungguhnya padanya dalam [membantu] menafsirkan kitab kamu" [Al-Muwafaqat : 1/58]

Begitujuga, selepas selesai peperangan badar, nabi SAW diberi cadangan oleh Umar agar membunuh semua tawanan perang, tetapi dicadangkan oleh Abu Bakar As-Siddiq agar tawanan yang pandai dan cerdik, bahawa mengajar kepada anak-anak islam, lalu pandangan Abu bakar itu diterima oleh nabi Saw.

Dari ini, membuktikan kepada kita bahawa, tidak salah mendengar pesanan baik yang disampaikan oleh orang bukan islam, selagi mana segala pesanan itu sememangnya betul dan tidak bercanggah dengan kehendak syarak.

Adapun pesanan yang buruk, dan sememangnya bercanggah dengan kehendak syarak, maka itu adalah terlarang, waima ia dari orang islam sendiri. seperti contoh, pesanan supaya melakukan perkauman sempit [sehingga boleh melahirkan diskriminasi yang diharamkan oleh Islam] yang disampaikan oleh seseorang mufti. Ini kerana, perkauman yang membawa diskriminasi adalah haram, sedangkan kaedah fiqh ada menyebut;

ما أدى الى حرام فهو حرام

Maksudnya;
"Perkara yang membawa kepada haram, maka ia juga adalah haram" [Al-Halal wa Al-haram Fi Al-islam : 31]

Sekian

Wallahu 'Alam

Al-bakistani


- Sri Indah [b] sg buloh
1 September 2010 * 2:48 pagi

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jemput la lim kit siang bagi tazkirah kat mahafiraun kelantan plak.

elok la tu,dedua mahafiraun takmau letak jawatan dalam parti

Tanpa Nama berkata...

1.Hang ni bukan main lagi pertahankan puak kapiaq harbi noo!!lagi banyak hang tulis tentang puak kapiaq harbi ni lagi banyak menunjukkan kelemahan hang!!dah kata dulu ramai orang dah berpendidikan tinggi!dah belajaq tentang agama!!cuma tak ambil jurusan agama jee!!budak-budak otak cream mana ambiq jurusan agama!!budak macam hang jee yang ambik jurusan agama!!hang pi survey kat sekolah agama persekutuan labu tenguk!!berapa % jee budak sekolah agama tu yang jadi ustaz!!yang lain ambik jurusan pro!walaupun mereka ambil jurusan pro.seperti perubatan!jurutera ,sains dan teknologi!!kelulusan mereka dalam subjek agama tinggilah!!oleh itu hang takpayahlah keluarkan nas Al-Quran dan hadis untuk pertahankan "tuan" kapiaq harbi hang tu!!nampak benar lucu dan jahilnya pemikiran hang ni!!nampaq sangat pemikiran puak kelas tiga hang ni!!
2.sebab tu dok tunggu budak-budak cream yang dapat straght A dalam peperiksaan!ambil jurusan agama!!kot-kot tak nampak jahil macam hang ni!!
3.Mengapa ya budak-budak otak cream baik disekolah agama!mrsm!asrama penuh!tak ambil jurusan agama!!tinggai puak kelas tiga jee yang ambil jurusan agama!!maka lahirlah ustaz yang jahil macam hang nii!!!
4.Dan dok tunggu pelajar-pelajar tajaan baitulmal !otak cream!belajar di al-Azhar!jurusan kedoktoran!jurutera!jadi imam umat islam dimalaysia nanti!!siang jadi doktor!cari rezeki dunia!malam jadi imam sembahyang!cari rezeki akhirat!!!walaupun mungkin mereka penentang umno!tapi mereka bukan jadi boneka dap!kapiaq harbi!!macam hang!!
5.Ish!ish!ish!tak sakitka hidung!!ditarik oleh puak kapiaq harbi niii!!!

Tanpa Nama berkata...

Askm, kalau boleh mohon ustaz ulas mengenai rapper cina NAMAWEE.. dahulu jelas dia kutuk orang melayu dalam lagu negaraku..tapi MCA dah mohon maaf bagi pihak dia.

Sekarang dia guna ayat lucah lagi dan menyuruh pengetua hisap kemaluan dia..

Saya lihat ada dari kalangan Pakatan seolah-olah ada menyokong NAMAWEE.. saya harap jangan diperbodohkan menyokong orang seperti NAMAWEE... ini akan menyebabkan UMNO mengambil kesempatan membantai PAKATAN RAKYAT.

wallahualam