[Klik gambar untuk besarkan]
[1]
Propaganda adalah bahasa latin. Berasal dari kalimah propagare yang bererti mengembangkan atau memekarkan. Antara tujuan utama Propaganda adalah untuk melahirkan kepercayaan manusia terhadap sesuatu pembawaan, sama ada untuk mencipta gambaran buruk musuh, atau mencipta gambaran baik di pihak kita. Target groupnya adalah, penyokong yang memberi kemenangan [nisbah kepada politik kepartian]
Dalam propaganda, ia mempunyai dua mazhab. pertama, Mazhab Rasional. Kedua, mazhab Emosional. Gambar adalah satu satu cara untuk menimbulkan persepsi dari aliran mazhab emosional.
Dalam 'ilmu persepsi', yang merupakan ilmu terpenting dalam propaganda. perbincangan gambar ini dibawah perdebatan "cerapan gambar". Cerapan gambar ini, merupakan salah satu cara untuk membangunkan persepsi [ia bukan perkara induk, ia sebagai pembantu sahaja] terhadap sesuatu kempen.
kejayaan sesuatu cerapan gambar adalah, ia tidak mempunyai double perspektif. Jika wujud double Perspektif, ia adalah 'cerapan gambar' [atau propaganda] yang gagal.
[2]
Sekali lihat pada gambar di atas, ia melahirkan dua tiga malahan empat tafsiran. Iaitu, pertama, Pemuda PAS pusat minta derma, untuk menjayakan agenda selamatkan malaysia. kedua, malaysia bakal menjadi miskin jika UMNO terus memerintah, dan pemuda PAS membuktikan bahawa PAS berjaya memberikan alternatif penyelamat. tafsiran kedua ini terlahir setelah difikir secara mendalam.
sebenarnya, banyak tafsiran yang boleh dikemukakan, tetapi cukup dua tafsiran sahaja dikemukakan dalam tulisan ini. Apabila didapati banyak tafsiran atau pandangan pertama pada gambar tidak menjuruskan kepada fokus yang dikehendaki, ia menunjukkan 'cerapan gambar' ini sudah gagal. ia boleh disifatkan sebagai 'double perspektif'.
sekian
Wallahu 'Alam
Al-Bakistani
- Sri Indah [b] Sg buloh
1 september 2010 * 5:08 petang
4 ulasan:
komen ko tu bagus tp nmpak sgt yg ko tu selalu nak cr pasal dgn pemuda pas..la siama ust din..pe la ko ni..kot yer pon tggula muktamar, tandingla ketua pemuda cr jantan..ke ko ni.....?
memang doh...dia ni la hok pandai sekali dalam PAS di Malaysia ni...setara TG Dr Harun Din pun dia kata kepala lutut....maknanya semua orang yang berada di bawah Dr Harun din lebih teruk dari kepala lutut la...lepas TGNA terus dia...hebat dia ni
Sesiapa yang tahu siapa itu Dato Dr Haron Din atau mana mana kepimpinan utama , pemuda dan muslimat dlam PAS secara ikhlas pasti tahu duduk perkara sebenar. SIAPA YANG PATUT DI HORMATI DAN SIAPA PULA SETAKAT MENJAGA MARUAH MEREKA SAHAJA. Bak kata perpatah Melayu Siang pandang pandang dan malam dengarkan yang benar
1.Sejak isu penggunaan kalimah Allah oleh puak kristian pakiam!!boleh nilai ulama pas yang jujur,pegang pada islam yang sebenarnya!!mana yang hanya "berpolitik"!
2.Hang!bakistani!!burung tiong jeeeee!!!atau "komputer" jee!!simpan beribu ayat Al-Quran dan hadis!
Catat Ulasan