Jumaat, 3 September 2010

PENERANGAN DINAR DAN DIRHAM KELANTAN : KENAPA DILIHAT TOK GURU DAN HUSAM SAHAJA?



[1]

Dinar dan Dirham yang dikemukakan oleh kelantan adalah perkara yang amat penting. Ia bukan sekadar melibatkan imej Islam di Malaysia, malahan di Dunia. Di kala Dunia sedang dispekulasikan tentang matawang, tiba-tiba kerajaan negeri kelantan sedang melakukan satu keberanian dengan mengemukakan dinar dan dirham syariah.

Dinar dan dirham yang dikemukakan oleh Kelantan bukan sebagai matawang sebagai ganti kepada Ringgit Malaysia, tetapi ia sebagai kegunaan alternatif dalam urusan jual beli. Berjual beli di Kelantan, boleh menggunakan dinar dan dirham, dan jika tidak mahu, tidak ada salahnya menggunakan wang ringgit Malaysia seperti biasa diamalkan.

Sesuatu barang yang berharga RM15, lalu digunakan 1 dirham [perak] yang berharga RM 13, maka ketika urusniasa berlaku, peniaga boleh memberi baki dengan RM2 dari matawang ringgit Malaysia. ia tidak menjadi sebarang masalah. Keadaannya sama [contoh] seperti kita seorang pembeli membeli seekor ayam yang berharga RM13, lalu pembeli itu membayar menggunakan seekor itik dengan harga RM15, lalu dibayar baki oleh penjual kepada pembeli sebanyak RM2.

[2]

Wang kertas hanya sekadar kertas, tetapi tidak mempunyai nilai. Nilai sesuatu wang kertas terletak pada 'cakap-cakap' bank negara [aka dunia] sahaja. Kalau bank dunia kata ada nilai, maka ia bernilai. jika bank dunia kata tidak ada nilai, maka ia pun tidak ada nilai.

keadaan ini berbeda dengan Dinar dan Dirham. tanpa pengiktirafan dari pihak bank pun, dirham dan dirham tetap mempunyai nilai. Ini kerana, nilai yang wujud pada dinar dan dirham, wujud pada ain dinar dan dirham itu, tidak sepertimana wang kertas. jika ada pihak bank menafikan kewujudan nilai yang wujud pada dinar dan dirham, sebagai manusia yang sihat pemikiran, tidak ada salahnya kita mengatakan bank tersebut sebagai 'gila' tahap gaban.

[3]

Seseorang yang koyak duit kertas, lalu diberikan kepada kita. pasti kita akan menolak, dan tidak mahu menerimanya. Alasannya, duit itu sudah tidak bernilai lagi. keadaan ini berbeda dengan dinar dan dirham. walau di potong dua, ia tetap mempunyai nilai. kalau satu dirham yang mempunyai nilai RM13, lalu dikerat atau dipotong dua, nilainya tetap wujud, iaitu RM 6.50.

Justeru, inilah kelebihan Dinar dan Dirham berbanding mata wang kertas. Kelantan sudah memulakan usaha ini. ia bukan sebagai matawang ganti kepada Ringgit Malaysia, tetapi ia sebagai kegunaan tambahan dalam urusan jual beli.

[4]

usaha ini sudah berhasil di kelantan, tetapi sedihnya kenapa Dato' Paduka Husam Musa sahaja yang nampak serius memberi penerangan tentang Dinar dan Dirham ini kepada rakyat kelantan dan rakyat di luar kelantan, disamping Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nikmat sebagai menteri besar Kelantan juga bercakap perkara ini. kemana perginya exco-exco atau YB-YB yang lain? Dinar dan Dirham adalah isu kekuatan umat Islam, bukan sekadar isu kelantan atau isu politik kepartian.



Mungkin faktor kurang membaca dan mengkaji, penyebab ia tidak diseriuskan oleh exco-exco dan YB-YB yang lain? Ingatlah, Dinar dan dirham adalah perkara penting dalam menentukan kekuatan umat Islam. Jika tidak serius dengan Dinar dan Dirham, samalah seperti tidak serius dengan kekuatan umat Islam.

sekian

Al-bakistani


- Sri Indah [b] Sg buloh
4 september 2010 * 2:36 petang


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1.Semua perkara didunia ni!!mesti dilakukan dengan IKHLAS!!
2.Sembahyang!puasa!dan lain-lain mesti dilakukan dengan IKHLAS!!
3.Kalau tidak IKHLAS!!ada niat tertentu!!untuk kepentingan "kerusi"!!buat buang masa jee!!
4.Ala macam hukum HUDUD tu!!dah nampak diperjuangkan kerana KEIKHLASAN atau "kerusi"!!
5.Sebabtu lah Allah dah tunjukkan didunia lagi,"belang" sesetengah puak ni!!dulu kata mesti "dilaksanakan"!!sekarang kata tak perlu tergopoh-gopoh untuk laksanakanya!!
6.Pakat-pakat juai agamala nooo!!untuk dapat sekupang dua!!!!

Ibnu Abas berkata...

Tanpa Nama yang bodoh dan penakut, siapa kau nak menilai NIAT?

Yang jelas niat kau kat sini buat kacau dan pertikai kerja orang. Kerajaan BN kau buat apa selain meneruskan mencetak WANG HARAM? Langsung tak berusaha untuk keluar daripada sistem KUFUR.. Redha dengan KUFUR = KUFUR

en. Han berkata...

Assalamualaikum...
Saya disini menyokong Ibnu Abas berkata,dan ingin menambah..

Hanya Allah yang mampu menilai NIAT seseorang. Tiada satu pun makhluk-Nya yang mampu membaca hati orang.Oleh itu,eloklah serahkan soal NIAT yg saudra pertikai itu kepada Allah.
Seterusnya,kita sbagai hamba Allah,perlulah kita mengikuti peraturan dan suruhan Allah.Antaranya, hukum HUDUD tersebut.Dan dalam segi ekonomi,walaupun saya ni masih lagi tidak arif dalam sektor ekonomi ini,namun saya yakin,selagi mana SISTEM EKONOMI ISLAM yang sebenar tidak dilaksanakan,tidak akan wujud kesempurnaan dalam ekonomi dunia.Oleh itu,yakinlah bahawa usaha ini(perkenal dinar dan dirham)mampu mengubah sistem ekonomi yang ada sekarang...