Isnin, 9 Ogos 2010

TIADA UNSUR SABOTAJ DALAM URUSAN KONVOKESYEN KUIS - WAKIL KUIS

Sebelum ini, aku ada menulis satu artikle yang bertajuk "KUIS DISABOTAJ?". Kandungan artikle itu, hasil dari makluman yang disampaikan oleh salah seorang ibu bapa pelajar yang dijemput hadir ke konvokesyen KUIS, tetapi tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan Konvo.

Dimaklumkan bahawa semua ibu bapa yang hadir adalah dijemput dengan surat jemputan yang diterima mereka. Namun, setelah hadir, ada sebilangan mereka tidak dapat masuk kerana dihalang dengan alasan kerusi tidak cukup.

Bapa yang berasal dari negeri disebelah utara itu ada menyatakan, "buat malu islam la macam ni. sepatutnya, kalau dah jemput 2 orang, pihak KUIS kena sediakan jumlah kerusi bagi cukup la. Kalau tak cukup, buat apa buat jemputan sebanyak itu? nama je kolej islam, tapi kenapa pengurusan macam ni. memalukan islam je macam ni".

Diakhir perbualan menerusi telefon itu, bapa kepada pelajar yang tidak dapat masuk ke dalam dewan itu berkata, "apakah wujud sabotaj terhadap kerajaan Pakatan Selangor oleh dalaman KUIS yang masih "berotak UMNO?" (sila Klik)

Namun begitu, artikle itu sampai kepada pengetahuan pihak KUIS, menyebabkan ada seorang mendakwa bahawa dia wakil dari pihak Jawatankuasa Protokol KUIS bernama Mohd Husni bin Mohd Said menghantar e mail, bagi menafikan dakwaan bapa terbabit. Kandungan Emailnya adalah seperti berikut;

Salam...

Saya mewakili Jawatankuasa Protokol KUIS. Saya tidak memerlukan rekayasa gurindam politik seperti tuduhan ini dan kami kakitangan KUIS yang terlibat dengan Majlis Istiadat Konvokesyen KUIS, tidak mahu memasukkan otak politik seperti yang dituduh oleh penulis.

Keadaan yang berlaku adalah akibat kelambatan pihak ibu bapa terlibat untuk hadir dan masuk ke dalam Dewan ketika berlangsungnya upacara konvokesyen.Perlu difahami semua ini adaalah Majlis Istiadat Konvokesyen dan bukan majlis kenduri kahwin, dan perlu mengikut panduan dan protokol tertentu. Jadi, selepas perarakan masuk Pengerusi dan Rektor KUIS, tiada lagi tetamu yang akan dibenarkan masuk ke dalam dewan.

Kami lebih berminat untuk memastikan majlis berlangsung dalam keadaan yang baik daripada men 'SABOTAJ' pihak tertentu, kerana,'kami tidak cukup masa' untuk memikirkan skrip sabotaj yang sesuai...

Kehadiran Dato' Khusrin adalah kerana beliau merupakan Ahli Lembaga Pengarah KUIS dan menggantikan Dato Setia Pengerusi MAIS.Mengikut perlembagaan KUIS, beliau adalah orang yang sepatutnya dan perlu hadir atas kapasiti beliau. Majlis yang sama juga dihadiri oleh YB. Ronnie Liu dan YB Dr.Halimah Ali.

MOHD HUSNI BIN MOHD SAID
Center of Life-Long Learning (KUISCELL)
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Bandar Sri Putra, Bangi.

Mobile No. :019-6959600
Tel No. : 03-89254251
Fax No. : 03-89266654
Web : www.kuis.edu.my

sekian

p/s : menunggu respon dari pihak ibu bapa yang tidakd berpuas hati pula.

wallahu Alam



13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak memerlukan "rekayasa gurindam politik".

Yg di bawah ni bukan rekayasa kot..
Keadaan yang berlaku adalah akibat kelambatan pihak ibu bapa terlibat untuk hadir dan masuk ke dalam Dewan ketika berlangsungnya upacara konvokesyen.Perlu difahami semua ini adaalah Majlis Istiadat Konvokesyen dan bukan majlis kenduri kahwin, dan perlu mengikut panduan dan protokol tertentu. Jadi, selepas perarakan masuk Pengerusi dan Rektor KUIS, tiada lagi tetamu yang akan dibenarkan masuk ke dalam dewan.

Alahai, mak bapak jugak yg salah. Org lain semua salah. Kami yg "tidak cukup masa untuk memikirkan skrip sabotaj" tak salah.

Hello! Kami tak salah! Ini "bukan majlis kenduri kahwin"!

Tanpa Nama berkata...

1.dah sah!hangni tukang fitnah!!
2.segala kejahatan ada pada hang!tukang pecahbelahkan sesama islam!tukang fitnah!!
3.nama je islam!!perangai dah jadi macam puak dap!!

selenggara terowong berkata...

3.nama je islam!!perangai dah jadi macam puak dap! = 2010 Ogos 9 05:25

Tanpa Nama berkata...

Hello..bukan dap tapi mca maaa....Semua dap teruk, mca semua baik..kepala hotak ang! Benggong

weet berkata...

kalo dah marah.. semuenye kate btol.. after VIP naik.. mereka semue dpt masuk.. dah bnyak kali diingatkan kepada student2 KUIS.. sila bg tau ibubapa anda.. sila pastikan dtg awal dan menghormati majlis istiadat. noktah.

pencatat berkata...

aku baru je hujung bulan jun lepas hadiri majlis konvo wife aku di salah sebuah prestige univ kat UK yg dibuat dlm dewan juga... aku bawa anak dan lambat lebih setengah jam, org2 kapiaq kat sini gunakan common sense dan budi bicara utk benarkan aku masuk... apa cerita ajk majlis kolej univ yg baru setara itu bukan main kedengkang dgn makcikpakcik org2 tua? macam bagus je dpt guna perkataan rekayasa konon, poddah... memalukan nama Islam aja, mentaliti level kolej uni kedengkang

wanje berkata...

Awat ke bodoh sgt..itu kat UK la mangkuk, bukan di Malaysia!

Aku tak tau motif wanji posting isu ini. Ke, dia teringin nak mengajar di kuis sebab ada puak2 PKR dlm tu!!

Dia tak tau ke, KUIS itu bersarang orang2 PKR? Bukan UMNO! Sampai Rektor pun mereka dah sacked!

Aku rasa wanji ni jenis org suka adu domba! Patutlah surau2 di Selangor tak jemput dia lagi bg tazkirah.

Tanpa Nama berkata...

asm. kolej kangkung...mcm profesor kangkung jugak...pakai jer nama Islam...konvo atau tak konvo ker tak penting...yg penting graduan tu jadi manusia atau apa? sendiri mau ingat...

Tanpa Nama berkata...

1.Laaaa!!ingatkan pi oversea sambung ngaji!!pi teman bini rupanya!!ngasuh anak!!
2.Terbalik pulak dunia ni!!bini jadi ketua keluarga!!laki ngasuh anak!!!
3.Minta dijauhkan Allah la!!perkara sebegini!!!!

Fed up jugak dgn bodoh sombong ni.. berkata...

Bila orang tunjukkan bukti yg kafir tu pun reti bahasa dan budi pekerti baru rasa terhina diri dan mulalah nak hina orang lain teman bini lah, hang tau ka.. orang yang teman bini ni dah lama selesai PhD nya.

nil berkata...

salam.... fitnah macam biasa jer tiap-tiap ari. akhir zaman. semua sudut, ruang dan peluang kalu boleh nak dipolitikkan... yang malangnya org melayu terus tertinggal. insaflah org2 yang mendakwa pendokong & penyokong Islam tapi tindakan tak melambangkan org ISlam....kalu ramai org umno kat kolej tu kenapa ADUN PAS boleh menang di kawasan tu????

pencatat berkata...

ramainya geng umnongokputra drp parti sekembar bongok kat website ust wanji ni kah kah kah... mesti geng mengaji malas mcm sepol ni... apapun sila teruskan usaha membaca tulisan2 ust wanji...

Tanpa Nama berkata...

1.Laaa ada Phd!!tapi pemikiran !!alahai macam budak-budak!!
2.Kalau dewan dah penuh sesak!!nak masuk macam mana!!nak guna budi bicara macam mana!nak sumbat dimana lagi!!
3.Apa punya mentaliti ni!!