Isnin, 22 November 2010

AHMADINEJAD DAH BUAT, MANA SUNNI PULA?

TEHERAN – Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad akan melelong kereta Peugeot 504 yang dimilikinya pada 1977 untuk tujuan kebajikan, lapor sebuah stesen televisyen semalam.

Wang hasil lelongan kereta itu akan diserahkan kepada projek perumahan Mehr untuk penduduk yang berpendapatan rendah.

“Kereta itu akan dijual dalam satu lelongan antarabangsa,” kata Menteri Kebajikan dan Keselamatan Sosial, Sadeq Mahsouli dalam laman web televisyen tersebut.

Selepas beliau dipilih menjadi Presiden Iran pada 2005, antara aset yang diisytiharkannya ialah rumah di kawasan kelas pertengahan berusia 40 tahun di timur Teheran dan kereta Peugeot berwarna putih.

Pada Februari lalu, Menteri Perumahan, Ali Nikzad menyatakan, kira-kira satu juta penduduk Iran layak untuk mendapatkan rumah kos murah itu.

KOMENTAR

pertama:

Dunia Islam sering bergolak pertembungan Sunni - Syiah. Sejak dahulu, ia tidak pernah habis-habis. Peliknya, Syiah yang didakwa sesat, malahan dikafirkan telah berjaya memerintah. Tetapi Sunni yang didakwa benar dan tepat, belum terbukti kejayaan memerintah.

Taliban di Afghanistani, sebuah gerakan Sunni yang terbukti berjaya mengalahkan musuh, tetapi ia tidak berjaya dilihat sebagai baik. Ia bukan tidak berjaya dilihat baik oleh rakyat luar, tetapi rakyat dalaman Afghanistan pun membenci taliban.

Iran yang merupakan negara Syiah, walau diburukkan media jahat barat, tetapi ia amat disayangi dan didokongi oleh rakyatnya. mengapa ia berlaku dalam kerajaan Syiah, tetapi tidak dapat dilihat begitu dalam kerajaan Sunni?

mungkin ini muhasabah yang perlu dilakukan oleh setiap pejuang yang bermazhab Sunni, dalam membuktikan kebenaran ajaran sunni.

kedua:

dari berita yang dinukilkan di atas, dilihat ahmadinejad yang bermazhab syiah, membuktikan kezuhudan dan kesungguhan membuktikan dirinya mementingkan rakyat berbanding dirinya dalam pemerintahan. tetapi, keadaan ini tidak wujud lagi dalam kerajaan Sunni, sama ada di Malaysia, atau di mana-mana.

Melihat kesediaan Ahmadinejad mempamerkan pemerintahan yang bersedia susah demi rakyat, tidak hairan rakyatnya terlalu mendokong kerajaan pimpinannya. Jika Ahmadinejad bersedia menderma untuk rakyat dengan sebuah kereta, sudah pasti rakyat bersedia menderma untuk kerajaan lebih dari harga sebuah kereta.

Keadaan ini sukar dilihat berlaku dalam negara yang pemerintahnya mendakwa Sunni. Peliknya, apabila wujud pemimpin aliran sunni tertentu melakukan tindakan yang mempamerkan kemewahan, pasti nama muawiyyah dijadikan sandaran.

Mengapa nama sahabat hebat itu dirosakkan dengan kemewahan yang kita lakukan? jika kamu mahu mewah, tidak perlu disandarkan kepada sahabat nabi tertentu bagi menghalalkan tindakan kamu. ini kerana, tindakan sahabat tidak seperti tindakan yang kamu lakukan.

Jika ini dilakukan juga oleh sebilangan pemimpin aliran sunni, tidak hairan sahabat hebat itu sering diburukkan; sehingga kebenciaan terhadap sahabat itu tidak terlihat langsung kebaikkannya yang terlalu banyak.

Sebenarnya, bukan sahabat itu yang buruk, tetapi yang buruknya adalah pemimpin-pemimpin Sunni yang bertindak buruk, tetapi perbuatan buruk itu dihalalkan dengan disandarkan kepada sahabat yang hebat.

inilah kecelaruan yang menimpa pemimpin aliran sunni di dunia ini.

sekian


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Wahabi Deobandi kat Kelantan???? Tengah berangan nak ke Putrajaya dgn SiMata Satu & SiSepet Roket......

Dream on.........

Tanpa Nama berkata...

mewah tera mana muawiyyah tu , usman pun hidup sederhana , tatkala jadi khalifah sampai bercalar badab tidur atas mengkuang keras di masjid dan bila diberi rezeki dia jadi syabas yang sedekah semua air bukan syabas yang sebat air keringat orang lain , dia beli tanah sendiri untuk kubur dia sbb dia mampu buat pa ambik tanah waqaf , yg sahabat lain mmg lansung tak mampu , rumah2 isteri nabi hanya ada air nak minum je , usman mampu skit tapi tak da sampai sebulan gaji etengah juta , muawiyah pun tak mewah mane , hanya stakat jgn musuh Islam pandang lekeh , kerajaan umayyah umumnya lebih bagus dari abasiyah dan ekonomi terpelihara baik ....
tapi lani pemimpin syiah yang ikut cara sunni , pemimpin sunni ikut apa ya? kemudian kata kami sunni , yang tu syiah depa sesat , hah?

Hidup Islam ,shah alam, hancur umnoco berkata...

alahai bang mat sabu kita pun ada banyak biji kereta,hehehehe.
Memang selute habih kat mad nijad ni.
Kepimpinan melalui tauladan.
pemimpin macam ni kalau Iran di serang rakyat nya akan mempertahankan habis2.
pemimpin kita tak kira lah Pas ke, apatah lah lagi umno berlumba2 buar harta untuk anak2 dan bini2 kalo dah memerentah.
sebab tu lah negara kita mudah di jajah bila di serang musuh,kualiti rakyat nak pertahan negara terlalu rendah,semangat juang tak ada kerana sakit hati melihat pemimpin2 yang mengayakan keluarga bila berkuasa.

Tanpa Nama berkata...

ya betul kata hidup Islam shah alam , sedekah dan lelong kereta tu abang mat sabu oii , sabu ente dipandang pemimpin marhaen , new pak sako ...
ente sabu kena show kat kitaorang mcm ahmadinejad atau lebih lagi baru jadi ikutan