Khamis, 30 Ogos 2012

[WACANA RANG UNDANG-UNDANG HUDUD KELANTAN 4] HUKUMAN REJAM


PERBAHASAN DUA : HUKUMAN REJAM

Dalam kluasa 11 (1) Rang Undang-Undang Hudud Kelantan menyatakan;
“jika pesalah yang melakukan zina itu mohsan, maka pesalah itu hendaklah dihukum dengan hukum rejam, iaitu dilontar dengan batu yang sederhana besarnya sehingga mati”

Klausa ini seiras-iras dengan apa yang termaktub dalam kitab Qanun Jinayah Syar’iyah, Karangan Bekas Mufti Sabah. Dalam kitab itu menyatakan dalam klausa 17 (1):
“Seseorang yang melakukan zina muhsan, sama ada lelaki atau perempuan wajib dikenakan ke atas mereka hukuman had (rejam), iaitu dibaling dengan batu yang sederhana besarnya hingga mati” (hlmn, 27-28)

Kelihatan seperti klausa ini “ciplak” dari buku Qanun jenayah syar’iyyah, Cuma diubah beberapa kalimah sahaja untuk dilihat seperti tidak terciplak.

Fokus dalam perbincangan ini, hukum rejam diletak dibawah hudud. Namun mungkin kupasan ini memberi pandangan bahawa ia tidak selayaknya diletak dibawah hudud, tetapi dibawah ta’zir. Malahan, ia wajar tidak dilaksanakan langsung di era ini, kerana setiap perlaksanaan ta’zir, pastikan tidak mendatangkan kemudharatan yang lebih besar, iaitu seperti imej Islam dilihat buruk, islam dilihat sebagai agama tiada kemanusiaan dan sebagainya.

NAS TENTANG REJAM

Jika kita perhatikan kepada nas-nas yang cerita tentang rejam, ia tidak ada satu pun termaktub dalam al-Quran. Nas-nas tentang rejam, semuanya termaktub dalam hadis. Antara nas-nas tersebut adalah seperti berikut;

Pertama :

Nabi SAW menyatakan supaya kita perlu ambil dari apa yang diajar oleh Nabi SAW, iaitu dikenakan hukuman sebat seratus rotan bagi orang yang belum berkahwin, sedangkan rejam bagi mereka yang sudah berkahwin. (sahih muslim, hadis no : 3199, Ibn majah, hadis no : 2540, musnad ahmad, hadis no : 15345)

خُذُوا عَنِّي خُذُوا عَنِّي قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لَهُنَّ سَبِيلًا الْبِكْرُ بِالْبِكْرِ جَلْدُ مِائَةٍ وَنَفْيُ سَنَةٍ وَالثَّيِّبُ بِالثَّيِّبِ جَلْدُ مِائَةٍ وَالرَّجْمُ

Kedua :

Dalam hadis dari Musawir bin Abdillah bahawa dia bertanya Abu Barzah, apakah Rasulullah SAW pernah merejam. Dia menjawab Rasulullah SAW merejam seorang lelaki bernama Maiz bin Malik. (musnad ahmad, hadis no : 18960)


عَنْ مُسَاوِرِ بْنِ عُبَيْدٍ قَالَ أَتَيْتُ أَبَا بَرْزَةَ فَقُلْتُ هَلْ رَجَمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ نَعَمْ رَجُلًا مِنَّا يُقَالُ لَهُ مَاعِزُ بْنُ مَالِكٍ


Ketiga :

Umar bin al-Khattab juga pernah berkata tentang hukuman rejam kepada penzina yang berkahwin. Ia bukan sekadar dilakukan oleh Rasulullah SAW, malahan dilakukan oleh Umar sendiri. (Sunan Ibn Majah, hadis no : 2543, musnad ahmad, hadis no : 20261)

الشَّيْخُ وَالشَّيْخَةُ إِذَا زَنَيَا فَارْجُمُوهُمَا الْبَتَّةَ رَجَمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرَجَمْنَا بَعْدَهُ

Keempat :

Seorang lelaki bernama al-Syaibani bertanya kepada Abdullah bin Abi Awfa tentang pernahkah Rasulullah SAW merejam. Dia menjawab bahawa Nabi SAW pernah merejam. Lalu al-Syaibani bertanya lagi, apakah sebelum atau selepas turunnya surah al-Nur yang menceritakan hukuman zina adalah sebat seratus rotan. Lalu, Abdullah itu menjawab bahawa dia tidak tahu. (al-Bukhari, hadis no : 6335, muslim, hadis no : 3214)

عَنْ الشَّيْبَانِيِّ سَأَلْتُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ أَبِي أَوْفَى هَلْ رَجَمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ نَعَمْ قُلْتُ قَبْلَ سُورَةِ النُّورِ أَمْ بَعْدُ قَالَ لَا أَدْرِي

Kalau dalam riwayat ahmad pula, dinyatakan bahawa Rasulullah SAW merejam lelaki yahudi dan perempuan yahudi yang berzina. (musnad ahmad, hadis no : 18338)

الشَّيْبَانِيُّ أَخْبَرَنِي قَالَ قُلْتُ لِابْنِ أَبِي أَوْفَى رَجَمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ نَعَمْ يَهُودِيًّا وَيَهُودِيَّةً قَالَ قُلْتُ بَعْدَ نُزُولِ النُّورِ أَوْ قَبْلَهَا قَالَ لَا أَدْرِي

KUPASAN

Jika kita lihat dalam al-Quran, tidak terdapat satu pun ayat yang menyatakan hukuman bunuh kepada penzina. Hukuman tersebut sekadar sebat seratus rotan sepertimana dalam surah al-Nur, ayat 2:

الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا مِئَةَ جَلْدَةٍ

Namun begitu, yang wujud dalam al-Quran adalah penjagaan nyawa manusia. Dalam al-Quran, bunuh hanya disebut dalam dua kesalahan sahaja, iaitu muharabah dan qisas. Namun, apabila kita merujuk pula kepada hadis-hadis, didapati bahawa terdapat pengamalan rejam bagi penzina yang mohsan.  

Perlu kita sedari, Sesungguhnya hukuman bunuh merupakan hukuman yang cukup berat. Penilaiannya berat itu boleh diterima akal dan fitrah manusia. Makanya, dalam perkara yang begitu penting, masakan tidak termaktub dalam al-Quran yang bersifat mutawatir, tetapi sekadar riwayat yang bersifat ahad?

Ekoran itu, Imam Abu Zuhrah ada mengupas bahawa hukum rejam kepada orang mati bukan hukuman hudud, tetapi merupakan pensyariatan kaum terdahulu (syar' man Qablana) yang dimansukhkan dengan ayat sebat seratus rotan berdasarkan ayat 2 dari surah al-Nur[1].

Alasan menunjukkan bahawa ia adalah amalan kaum terdahulu adalah merujuk kepada beberapa hujah berikut:

1- Sifat syariat untuk yahudi itu sendiri bersifat keras, seperti bertaubat dengan cara bunuh diri. Sepertimana firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 54, “
Dan (ingatlah), ketika Musa berkata kepada kaumnya: "Hai kaumku, sesungguhnya kamu telah menganiaya dirimu sendiri karena kamu telah menjadikan anak lembu (sembahanmu), maka bertaubatlah kepada Tuhan yang menjadikan kamu dan bunuhlah dirimu. Hal itu adalah lebih baik bagimu pada sisi Tuhan yang menjadikan kamu; maka Allah akan menerima taubatmu. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang”

وَإِذْ قَالَ مُوسَى لِقَوْمِهِ يَا قَوْمِ إِنَّكُمْ ظَلَمْتُمْ أَنْفُسَكُمْ بِاتِّخَاذِكُمُ الْعِجْلَ فَتُوبُوا إِلَى بَارِئِكُمْ فَاقْتُلُوا أَنْفُسَكُمْ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ عِنْدَ بَارِئِكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْ إِنَّهُ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ

2- Hadis kisah Abdullah bin Salam yang telah membangkang keputusan yang dibuat oleh ilmuan yahudi yang tidak melakukan hukuman rejam terhadap dua orang yahudi; lelaki dan perempuan yang berzina. Lalu, dalam kejadian tersebut, ilmuan yahudi itu diminta hadir kepada Nabi SAW untuk membawa kitab rujukan mereka supaya dibaca dihadapan Nabi SAW. Apabila dibaca, didapati hukuman yang termaktub dalam taurat tentang kesalahan zina adalah rejam sehingga mati. (al-Bukhari, hadis no : 3363, Muslim, hadis no : 3211, Sunan Abu Daud, hadis no : 3142, Ibn Majah, hadis no : 2548, Musnad ahmad, hadis no : 17794)

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ الْيَهُودَ جَاءُوا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرُوا لَهُ أَنَّ رَجُلًا مِنْهُمْ وَامْرَأَةً زَنَيَا فَقَالَ لَهُمْ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا تَجِدُونَ فِي التَّوْرَاةِ فِي شَأْنِ الرَّجْمِ فَقَالُوا نَفْضَحُهُمْ وَيُجْلَدُونَ فَقَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ سَلَامٍ كَذَبْتُمْ إِنَّ فِيهَا الرَّجْمَ فَأَتَوْا بِالتَّوْرَاةِ فَنَشَرُوهَا فَوَضَعَ أَحَدُهُمْ يَدَهُ عَلَى آيَةِ الرَّجْمِ فَقَرَأَ مَا قَبْلَهَا وَمَا بَعْدَهَا فَقَالَ لَهُ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ سَلَامٍ ارْفَعْ يَدَكَ فَرَفَعَ يَدَهُ فَإِذَا فِيهَا آيَةُ الرَّجْمِ فَقَالُوا صَدَقَ يَا مُحَمَّدُ فِيهَا آيَةُ الرَّجْمِ فَأَمَرَ بِهِمَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرُجِمَا قَالَ عَبْدُ اللَّهِ فَرَأَيْتُ الرَّجُلَ يَجْنَأُ عَلَى الْمَرْأَةِ يَقِيهَا الْحِجَارَةَ

Melihat kepada perkara ini, kita akan dapati bahawa mengikut syariat terdahulu, khususnya taurat, hukuman bagi penzina dengan rejam merupakan syariat yang diamalkan dalam syariat yahudi. Makanya, tidak ditolak kemungkinan bahawa beberapa hadis yang menyatakan bahawa berlaku rejam kepada penzina yang dilakukan oleh Rasulullah SAW itu sebenarnya merujuk kepada keadaan di awal Islam.

Lalu, ia dimansukhkan dengan firman Allah dari surah al-Nur, ayat ke-2 yang menyatakan bahawa hukuman penzina adalah dengan sebat seratus rotan sahaja. Ia lebih dilihat amat sesuai dengan syariat nabi Muhammad SAW yang bersifat hanifiyyah dan toleransi atau samhah. (Musnad Ahmad, hadis no : 21260)

بُعِثْتُ بِالْحَنِيفِيَّةِ السَّمْحَةِ

Ia dikuatkan lagi, dengan hadis al-Syaibani yang bertanya kepada Abdullah bin Abi Awfa yang mengakui bahawa Rasulullah SAW pernah melakukan rejam kepada penzina. Tetapi, bila ditanya oleh al-Syaibani, apakah tindakan itu dilakukan sebelum penurunan surah al-Nur ataupun selepas. Dijawab oleh Abdullah bin Abi Awfa dengan jawapan, “aku tidak tahu” (al-Bukhari, hadis no : 6335, muslim, hadis no : 3214)

عَنْ الشَّيْبَانِيِّ سَأَلْتُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ أَبِي أَوْفَى هَلْ رَجَمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ نَعَمْ قُلْتُ قَبْلَ سُورَةِ النُّورِ أَمْ بَعْدُ قَالَ لَا أَدْرِي

Ini dilihat pada hadis riwayat al-bukhari, yang tidak dinyatakan siapa yang direjam oleh Rasulullah SAW tersebut. Tetapi, jika dilihat pada matan hadis dalam riwayat imam Ahmad pula, dinyatakan dan disebut bahawa orang yang direjam oleh Rasulullah SAW itu adalah yahudi yang berzina. (musnad ahmad, hadis no : 18338)

الشَّيْبَانِيُّ أَخْبَرَنِي قَالَ قُلْتُ لِابْنِ أَبِي أَوْفَى رَجَمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ نَعَمْ يَهُودِيًّا وَيَهُودِيَّةً قَالَ قُلْتُ بَعْدَ نُزُولِ النُّورِ أَوْ قَبْلَهَا قَالَ لَا أَدْرِي


AMALAN SAHABAT PULA?

Jika kita melihat kepada amalan para sahabat pula, kita akan dapati ada satu hadis menyatakan bahawa hukuman rejam ini dilakukan oleh Umar bin al-Khattab. (Sunan Ibn Majah, hadis no : 2543, musnad ahmad, hadis no : 20261)

الشَّيْخُ وَالشَّيْخَةُ إِذَا زَنَيَا فَارْجُمُوهُمَا الْبَتَّةَ رَجَمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرَجَمْنَا بَعْدَهُ

Sesuatu athar atau pengalaman sahabat, ia tidak boleh dibuang terus, sebaliknya perlu dita'wilkan maksudnya apabila didapati menyanggahi dengan umum al-Quran. Memandangkan Nabi SAW dan para sahabat seperti Umar  dan Ali adalah pemimpin kerajaan, hendaklah tindakan mereka mengamalkan hukuman ini dinilai sebagai takzir, bukan hudud. Makanya, tindakan mereka itu tertakluk dibawah maksud pengurusan pemerintah berdasarkan kepada kemaslahatan rakyat.

تصرف الإمام على الرعية منوط بالمصلحة

KESIMPULAN

Mendakwa bahawa hukuman rejam ini dibawah hudud agak ganjil jika dilihat dari susunan peri-penting mengikut susunan dalam hal maqasid. Ini kerana, mengikut susunan, menjaga nyawa itu lebih didahulukan berbanding menjaga maruah. (al-Amidi, al-Ihkam fi Usul al-Ahkam, jld 3, hlmn 158)

Berzina adalah perkara yang berkaitan dengan penjagaan bagi maruah, sedangkan rejam itu sendiri melibatkan kepada penjagaan nyawa. Jika didakwa dalam syariat muhammad bahawa ada hukum rejam, maka ia seperti menyalahi dengan susunan ini.

Tidak dinafikan, hukum rejam sememangnya wujud dalam nas hadis atas nama takzir, makanya terpulang kepada pihak pemerintah melaksanakan hukuman tersebut.
Namun begitu, sesuatu perlaksanaan pastikan tidak menafikan maqasid ammah. Antaranya, tidak mendatangkan mafsadah lagi besar dan jangka panjang, seperti imej islam yang bakal dilihat seperti ganas dan seumpamanya.

Bersambung (smile, peace…. :D )

Wallahu ‘Alam

PERBAHASAN TIGA : HUKUMAN MURTAD

mahukan enakmen undang-undang hudud kelantan, sila klik di sini




[1] Komentar Qaradawi tentang perbincangan beliau dengan Imam Abu Zuhrah;
ما حكاه الشيخ القرضاوي في مذكراته عند حديثه عن مؤتمر ندوة التشريع الإسلامي المنعقدة في مدينة البيضاء في ليبيا عام (1972).

 قال تحت عنوان ( أبو زهرة يفجر قنبلة): وفي هذه الندوة فجر الشيخ أبو زهرة قنبلة فقهية، هيجت عليه أعضاء المؤتمر، حينما فاجأهم برأيه الجديد. وقصة ذلك: أن الشيخ رحمه الله وقف في المؤتمر، وقال: إني كتمت رأيًا فقهيًّا في نفسي من عشرين سنة، وكنت قد بحت به للدكتور عبد العزيز عامر، واستشهد به قائلا: أليس كذلك يا دكتور عبد العزيز?

 قال: بلى. وآن لي أن أبوح بما كتمته، قبل أن ألقى الله تعالى، ويسألني: لماذا كتمت ما لديك من علم، ولم تبينه للناس? هذا الرأي يتعلق بقضية "الرجم" للمحصن في حد الزنى، فرأى أن الرجم كان شريعة يهودية، أقرها الرسول في أول الأمر، ثم نسخت بحد الجلد في سورة النور. قال الشيخ: ولي على ذلك أدلة ثلاثة: الأول: أن الله تعالى قال: "فإذا أُحصِنَّ فإن أتين بفاحشة فعليهن نصف ما على المحصنات من العذاب" [النساء: 25]، والرجم عقوبة لا تتنصف، فثبت أن العذاب في الآية هو المذكور في سورة النور: "وليشهد عذابهما طائفة من المؤمنين" [النور: 2].

والثاني: ما رواه البخاري في جامعه الصحيح عن عبد الله بن أوفى أنه سئل عن الرجم.. هل كان بعد سورة النور أم قبلها? فقال: لا أدري. فمن المحتمل جدًّا أن تكون عقوبة الرجم قبل نزول آية النور التي نسختها. الثالث: أن الحديث الذي اعتمدوا عليه، وقالوا: إنه كان قرآنًا ثم نسخت تلاوته وبقي حكمه أمر لا يقره العقل، لماذا تنسخ التلاوة والحكم باق? وما قيل: إنه كان في صحيفته فجاءت الداجن وأكلتها لا يقبله منطق. وما إن انتهى الشيخ من كلامه حتى ثار عليه أغلب الحضور، وقام من قام منهم، ورد عليه بما هو مذكور في كتب الفقه حول هذه الأدلة. ولكن الشيخ ثبت على رأيه. وقد لقيته بعد انفضاض الجلسة، وقلت له: يا مولانا، عندي رأي قريب من رأيك، ولكنه أدنى إلى القبول منه. قال: وما هو? قلت: جاء في الحديث الصحيح: "البكر بالبكر: جلد مائة وتغريب عام، والثيب بالثيب: جلد مائة، ورجم بالحجارة". قال: وماذا تأخذ من هذا الحديث? قلت: تعلم فضيلتك أن الحنفية قالوا في الشطر الأول من الحديث: الحد هو الجلد، أما التغريب أو النفي، فهو سياسة وتعزير، موكول إلى رأي الإمام، ولكنه ليس لازمًا في كل حال. وعلى هذا فثبت ما جاءت به الروايات من الرجم في العهد النبوي،  فقد رجم يهوديين، ورجم ماعزا، ورجم الغامدية، وبعث أحد أصحابه في قضية امرأة العسيف، وقال له: اغدُ يا أنيس إلى امرأة هذا، فإن اعترفت فارجمها. وكذلك ما روي أن عمر رجم من بعده، وأن عليا رجم كذلك.

 ولكن الشيخ لم يوافق على رأيي هذا، وقال لي: يا يوسف، هل معقول أن محمد بن عبد الله الرحمة المهداة يرمي الناس بالحجارة حتى الموت? هذه شريعة يهودية، وهي أليق بقساوة اليهود. وكان رأي الشيخ الزرقا مع الجمهور، ولكنه يخالف الجمهور في تعريف "المحصن" فعندهم: أن المحصن من حصل له الزواج، وإن فارقته زوجه بطلاق أو وفاة، وبات في واقع الحال لا زوجة له، وعند الزرقا: المحصن: من له زوجة بالفعل. وهذا رأي الشيخ رشيد رضا ذكره في تفسير المنار. توقفت طويلا عند قول الشيخ أبي زهرة عن رأيه: أنه كتمه في نفسه عشرين عاما، لماذا كتمه، ولم يعلنه في درس أو محاضرة أو كتاب أو مقالة? لقد فعل ذلك خشية هياج العامة عليه، وتوجيه سهام التشهير والتجريح إليه، كما حدث له في هذه الندوة. وقلت في نفسي: كم من آراء واجتهادات جديدة وجريئة تبقى حبيسة في صدور أصحابها، حتى تموت معهم، ولم يسمع بها أحد، ولم ينقلها أحد عنهم!! ولذلك حين تحدثت عن معالم وضوابط الاجتهاد المعاصر، جعلت منها: أن نفسح صدورنا للمخطئ في اجتهاده، فبهذا يحيا الاجتهاد ويزدهر، والمجتهد بشر غير معصوم، فمن حقه -بل الواجب عليه- أن يجتهد ويتحرى ويستفرغ وسعه، ولا يلزمه أن يكون الصواب معه دائمًا، وما دامت صدورنا تضيق بالرأي المخالف للجمهور، فلن ينمو الاجتهاد، ولن يؤتي ثمراته. على أن ما يحسبه بعض الناس خطأ قد يكن هو الصواب بعينه، وخصوصًا إذا تغير المكان والزمان. ويبدو أن هذه الحملة الهائجة المائجة التي واجهها الشيخ أبو زهرة جعلته يصمت عن إبداء رأيه؛ فلم يسجله مكتوبًا بعد ذلك. وربما لأن الشيخ الكبير لم يعمر بعد ذلك طويلا؛ فقد وافته المنية بعد أشهر، عليه رحمه الله ورضوانه. وقد رأيت الشيخ نسب هذا الرأي في كتابه "العقوبة" إلى الخوارج، واستدل لهم بما ذكره في ندوة ليبيا، وأعتقد أن ذلك كان أسبق من الندوة.

Tiada ulasan: