Kalau kucing ini boleh berbaik-baik dengan itik, kenapa Umat Islam tidak boleh berbaik-baik dengan non Muslim?
AKU TAK NAK ISLAM DIPREJUDISKAN
Islam diprejudiskan. Itulah hakikat yang sedang berlaku. Apabila ada sebilangan non muslim mengeluarkan kenyataan yang seakan-akan dia sedang prejudis dengan Islam, lalu dihentam sedemikian rupa. Makanya, semakin kekallah dia dengan keprejudisannya terhadap Islam, disamping kawan-kawannya yang seagama dengannya, turut sama meletakkan prejudis mereka terhadap Islam.
“jangan prejudis dengan Islam” satu kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang tokoh dari kalangan islam. kenyataan itu bagus, tetapi perlu ada tindakan untuk menghilangkan prejudis dengan Islam.
Sekarang ini, perkara yang paling penting kita persoalkan, bukanlah “si dia itu prejudis dengan islam”, tetapi kita kena tanya, “mengapa dia prejudis dengan Islam?”
Pernahkah kita fikir, Islam diprejudis disebabkan tindak tanduk orang islam itu sendiri. orang Islam berpolitik Islam, politik ala Taliban. Bermain politik kebangsaan/perkauman, politik ala UMNO. Kalau keadaan ini berlaku, sampai bila-bila pun prejudis terhadap islam tidak akan dapat dihapuskan.
Kalau yang membuat onar itu adalah UMNO, amat senang hendak dijawab. Kita akan memberi jawapan, “ada orang masuk islam, tetapi dia tidak ikut Islam – itulah UMNO”
Orang non Muslim mengangguk bersetuju, kerana onar itu datang dari orang UMNO.
Malangnya, ala onar itu dilakukan oleh orang islam, bermazhab PAS. bila ditanya, agak susah hendak dijawab. Habis-habis jawapan kita pun adalah, “dia tu, mangkuk hayun UMNO”.
Kalau ikut keadaan sebenar, dia bukan barua UMNO pun, tetapi disebabkan keikhlasannya tidak didokong dengan kebijaksanaan, menyebabkan dia bertindak yang boleh melahirkan prejudis terhadap Islam, sepertimana tindakan UMNO.
Kalau Allah SWT boleh melarang nabi SAW supaya jangan maki sembahan selain Allah kerana bimbang dibalas makian itu kepada Allah sendiri dalam keadaan mereka jahil dan bermusuh dengan islam (surah Al-An’Am ayat 108), ini menandakan bahawa Allah suruh kita bijak dalam mengurus keadaan, agar tidak lahir prejudis terhadap Islam itu sendiri.
justeru, kebijaksanaan amat penting dalam mengurus keadaan, agar Islam tidak diprejudiskan. Sesuatu tindakan, perlu dilihat kesan yang akan menimpa, apakah melahirkan keburukan ataupun kebaikan kepada Islam.
sekian
p/s : isunya sekarang, bukan DAP, PKR atau PAS, tetapi apakah sesuatu tindakan sebilangan pimpinan PAS boleh melahirkan prejudis terhadap Islam atau tidak? Padaku, aku lebih sayangkan Islam berbanding parti PAS. PAS ditubuhkan oleh manusia. Adapun islam, ia datang dari Allah, bukan dari manusia.
Wallahu ‘Alam
Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com

- Sri indah (B), Sg Buloh
27 september 2009 * 2:25 petang
3 ulasan:
Seronok jika Pak Khalid Samad : Kucing
Dan dr Hasan ali: itik
Wan ziarahsufi
yang aku dok bimbang ni...hasan ali tu jadi musang berbulu itik.... bimbang hoi.. bimbang...hangpa tak bimbang ka??
matbaling
saya suka tajuk blog ini.,.tapi ..nik aziz dah benarkan dap hina islam...takkah hina islam di hadapan org yg bukan islam....................
selepas itu pula...membenarkan penggunaan kalimah allah oleh yg bukan islam.......
renung-renungkan la..
HAMBA ALLAH
Catat Ulasan