Ahad, 20 September 2009

JADIKAN ANAK MUDA SEBAHAGIAN DARI PEMUDA PAS


JADIKAN ANAK MUDA SEBAHAGIAN DARI PEMUDA PAS

Secara peribadi, aku menyokong tindakan pemuda PAS yang membantah tindakan kerajaan Barisan Nasional yang membenarkan kehadiran penyanyi dari barat yang akan mengadakan konsert yang dijadualkan pada bulan depan. Ditambah lagi, Tantawi menyebut tidak ada demonstrasi yang mahu diadakan. Ini juga aku sokong.

Cumanya, perlu difikirkan juga bahawa anak muda ini adalah eset yang besar bagi Pemuda PAS. Makanya, semata-mata membantah kehadiran penyanyi, disamping tidak mengadakan demonstrasi dan sebagainya, tidak memadai untuk kita menyelamatkan anak-anak muda tersebut dari terlibat dengan gejala buruk.

Konsep mencadangkan bentuk hiburan dengan bentuk penganjuran adalah perlu. sekadar mencadangkan bentuk hiburan dengan bermodalkan "air liur" tidak memadai, malah tidak dapat menghilangkan persepsi anak muda terhadap PAS yang dimomokkan dengan anti-hiburan.

Mengapa pemuda PAS pusat tidak manfaatkan kerajaan-kerajaan yang dimenangi oleh PAS atau Pakatan Rakyat untuk memberikan alternative hiburan kepada anak-anak muda ini, agar persepsi buruk terhadap PAS tentang hiburan dapat dihakiskan sama sekali.

Sebelum ini, kita dapat melihat team GAMIS telah mengadakan konsert antara dunia di stadium shah Alam yang memberikan seribu satu kesan positif kepada dunia hiburan yang berteraskan kepada islam. Waimma GAMIS pimpinan Zulkhairi sering dipandang dengan pandangan sinis oleh 'pengkagum-pengkagum' Pemuda PAS pusat, tetapi kemampuan berfikir mereka ternyata lebih kehadapan berbanding pemuda PAS pusat dari sudut memberikan alternative kepada anak-anak muda terhadap kerelevanan islam dalam pemerintahan.

GAMIS bukan sebuah badan politik, malah sekadar badan kecil yang tidak pernah menaruh seribu satu pengharapan keuntungan politik, tetapi kehadiran mereka ternyata berjaya memberikan mesej jelas disebalik kemampuan islam dalam memberikan alternative dari sudut hiburan.

Pemuda PAS pusat sememangnya wajib belajar dari GAMIS ketika berhadapan dengan anak-anak muda di Malaysia. Ini kerana, mereka telah berjaya membuktikan bahawa Malaysia bukan Negara yang sesuai untuk dilaksanakan pemerintahan berasaskan fikrah Taliban.

Perlu diingat, persepsi pemuda PAS sebagai kelompok anti-hiburan masih lagi kekal, waimma sudah berkali-kali tantawi menyebut bahawa PAS bukan anti-hiburan. Justeru, penafian terhadap tuduhan itu tidak boleh lagi dilakukan dengan bermodalkan 'air liur', tetapi sudah sampai masanya Pemuda PAS pusat membuktikannya dengan bentul tindakan dan penganjuran.

Justeru, kalau GAMIS berjaya menganjurkan konsert berteras Islam di Selangor, tidak ada salahnya Pemuda PAS pusat menganjurkan program yang sama di Selangor, atau di negeri-negeri pimpinan Pakatan rakyat yang lain. Alangkah cantiknya, kalau ia berjaya dilaksanakan di Pulau Pinang, agar terbuka minda sedikit pemikiran jumud yang sedang didokong oleh sebilangan ustaz-ustaz dari dewan pemuda PAS di sana.

Sekian
(patik mohon sembah derhaka)

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com




- Jerteh, Terengganu
21 september 2009 * 2:28 petang

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SHEIKH! ANA MASIH MENANTI PERANAN PEMUDA PAS DAN PAS KHUSUSNYA SECARA MENYELURUH DALAM ISU HIBURAN, TUNJUKKAN PAS ADALAH PRO-HIBURAN YANG BENAR DENGAN TANGAN DAN KAKI BUKAN AIR LIUR, ANAK MUDA RAMAI MASIH TERPINGA-PINGA DENGAN FAHAMAN INI, BERIKAN MEREKA PENYELESAIAN!

achik lin berkata...

Assalamualaikum Ustaz.
Anak muda yang tolong GAMIS hari tu pun ada juga pejuang PAS.

Al-Bakistani berkata...

budak-budak GAMIS pun budak-budak yang berkeahlian PAS. tetapi, program itu adalah anjuran mereka, bukan anjuran pemuda PAS.

program anjuran mereka, tidak berjaya menghilangkan persepsi PAS anti-hiburan seperti yang dimomokkan oleh UMNO - laknatullah alaihim ajmain.

pemuda PAS kena anjurkan program tersebut, supaya persepsi buruk ini berjaya dihakis..

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

betui tu... kalau nak kira orang PAS buat. pastu nak habaq tu anjuran PAS juga.. tu dah lebeh..

takkan hangpa nak kata program surau kat kampung aku tu, hangpa nak kata program PAS jugak kot.

PAS satu sen pun tak bagi kat surau tu.... pastu PAS nak kata program dia juga. ini sudah lebeh la beb...

yang aku pelik sangat tu. ada pula orang dok kata pejuang PAS. oi.. hangpa ingat pejuang PAS boleh pahala ka?? orang jadi pejuang islam. bukan pejuang PAS.

buat apa jadi pejuang PAS. kalau jadi pejuang PAS. tak ada beza dengan UMNgOk..

pejuang Islam woi. bukan pejuang PAS woi...

matbaling

Tanpa Nama berkata...

satu lagi lupa...

wahai orang-orang PAS. hangpa buat program baik mesti PAS ngaku depa punya program. tapi kalau hangpa buat program tak baik. sampai kiamat PAS tak ngaku hangpa anak buah depa...

hahahaha samdol punya pikiq

matbaling

orangpas berkata...

Tak kan semua kerja nak suruh orang Pas buat. Dah tu ustaz buat apa? GAMIS dah buat. Pemuda PAS boleh tumpu benda lain.Lagipun, kami orang pas juga yang tolong menjayakan program tu. Apa daa ustaz? Kecek sajo. Tapi tak pernah buat.