Jumaat, 25 September 2009

KENAPA HATIKU BEGITU SAYU??


KENAPA HATIKU BEGITU SAYU??

Semalam menulis tentang Ustaz Fadzil Noor. Kerinduan tidak dapat lagi disembunyikan lagi. Rindukannya sebagai pemimpin, walhal hati kecilku tidak dapat menipu; mengatakan dia seperti bapa, malah datukku sendiri.

Tidak semena-mena, hatiku terlalu rindukan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Mengapa?? Tidak aku tahu?

Baru-baru ini, berhari raya di Jerteh, yang bersempadan antara Kelantan dan terengganu. Memang bercadang hendak solat hari Raya bersama Tuan Guru seperti tahun-tahun yang lalu, tetapi tidak diketahui, kenapa hati ini terhalang untuk ke Pulau melaka. Mungkin kerana, tidak pernah solat hari raya bersama keluarga mertua??!

Kewangan sudah banyak habis kerana raya. Kalau tidak kerana ongkos, sudah pasti aku akan bertolak ke Kelantan. Tidak dapat mendengar suara, melihat wajah Tuan Guru Nik Abdul Aziz pun sudah meredakan hatiku.

Entah kenapa.. aku terlalu rindukan Tuan Guru Nik Abdul Aziz... kenapa hatiku terlalu sayu?? Kenapa??.... kenapa???

Aku berharap, jangan ada sesuatu kejadian yang tidak diingini berlaku.

”YA Allah, tolong sejahterakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz!! Please!!”

Sekian

Wallahu ’Alam


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
26 september 2009 * 9:19 pagi





2 ulasan:

Pemburu Syahid berkata...

Salam Ustaz....

Perasaan kita sama. Sukar untuk diceritakan. Hanya Allah swt sahaja yang tahu bagaimana perasaan kita terhadap ulama.

Ana ameenkan doa Ustaz.

pencari PDA(pahala di akhirat) berkata...

Emm,..memang sedih...ya Allah, panjangkanlah umur beliau...usah biarkan kami terkontang kanting tanpa bimbingan dari beliau ya Rahman..