Sabtu, 26 September 2009

KHUATIR PEMUDA PAS DIBENCI RAKYAT !!


KHUATIR PEMUDA PAS DIBENCI RAKYAT !!

Ketua Dewan pemuda PAS Pusat bersuara dalam isu selcat (sila klik).Tidak diketahui, benar atau tidak berita itu datang dari mulut beliau. Jika dikatakan memang benar datang dari mulut beliau, mungkin ada orang marah. Nanti mereka akan mengatakan mengapa merujuk kepada surat khabar BN, walhal, kalau kenyataan itu diputar belitkan, mengapa tidak disaman sahaja akhbar tersebut? ataupun penafian terhadap kenyataan tersebut dalam blog beliau.

Pun begitu, jika benar kenyataan itu datang dari mulut beliau, padaku, ia adalah satu perkara yang memberi malang kepada Dewan Pemuda PAS, kerana dengan kenyataan ini, menampakkan Dewan Pemuda PAS bukan lagi mewakili rakyat, tetapi mewakili pegawai daerah yang sedang menyembunyikan penyelewengan BN.

Bagaimana dia boleh mengatakan bimbang kerajaan Pakatan Rakyat boleh jatuh dengan isu selcat dengan mengkiaskan dengan kejatuhan barisan nasional pimpinan Khir Toyo yang telah memberi penyapu kepada salah seorang pegawai kerajaan terdahulu?

Benarkah kaedah kias yang digunakan itu?

Cuba kita siasat dan bedah balik, apakah punca kejatuhan kerajaan negeri selangor ke tangan pakatan rakyat?

Bukankah kejatuhan barisan Nasional adalah, apabila rakyat sudah meluat dengan kezaliman dan kebobrokan yang diamalkan oleh Barisan Nasional, disamping banyak penyelewengan yang telah dilakukan?

Ketika itu, pendedahan terhadap penyelewengan BN, hanya dilakukan oleh ahli-ahli politik, bukan dari pihak pegawai daerah. Dalam keadaan sedemikian pun, kerajaan barisan nasional boleh jatuh ke tangan pakatan Rakyat. Makanya, jika pendedahan itu dilakukan oleh pegawai kerajaan sendiri, sudah pasti, bertambah yakin lagi rakyat terhadap penyelewengan yang dilakukan oleh Barisan Nasional, seterusnya menambah kuat lagi sokongan rakyat terhadap Pakatan rakyat. Bukankah begitu??

Adapun dalam kes hadiah penyapu yang Khir Toyo berikan kepada pegawai kerajaan, ia dilakukan dalam keadaan rakyat ketika itu memang sudah sedia membenci BN. Justeru, pemberian penyapu itu menambahkuatkan lagi kebencian rakyat terhadap BN.

Kaedah berfikir untuk memahami isu ini amat senang iaitu, ”hadis doif tidak boleh dijadikan hujjah, tetapi jika mengkuatkan hujjah yang sedia ada; yang sedia sahih, barulah hadis Doif itu boleh dikepilkan sama. Tetapi, untuk dijadikan hujjah, itu ditolak sama sekali”.

Serupalah dalam kes ”kes beri penyapu Khir Toyo”. Ia mengkuatkan sahaja kebencian rakyat untuk menjatuhkan BN, tetapi jika semata-mata berhujjah dengan ”kes beri penyapu Khir Toyo” menyebabkan Barisan nasional boleh jatuh, itu adalah hujjah yang terlalu dangkal.

Justeru, dari ulasan ringkas ini, memperlihatkan kiasan yang dilakukan oleh ketua pemuda PAS – hakikatnya ciplak kenyataan Khairuddin Osman, Setiausaha Perhubungan PAS negeri - adalah kias yang tidak tepat.

Diharapkan, kenyataan ini tidak menyebabkan rakyat meluat dengan pemuda PAS, seterusnya menjatuhkan PAS dalam Pilihanraya akan datang.

Sekian

p/s : perlu diingat, PAS berjuang untuk menegakkan Islam dalam sistem demorasi, bukan dalam sistem khalifah. Justeru, suara rakyat perlu diambil kira. Makanya, keraguan rakyat terhadap kita, jangan sekali-kali dicipta.

Wallahu ’Alam


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
26 september 2009 * 5:53 petang






13 ulasan:

zain ahmad berkata...

alahai...
kalau kenyataan tu betul,mmg saya hilang respek kat Pemuda PAS....

Pemuda PAS dah lupa ke pasal KETELUSAN yg dijanjikan dlm manifesto BA pd PRU 2008?

hussin berkata...

bukan apa, cuma confirmation, pas dah kena wabak H1N2. apa yang saya dok bimbang makin menjadi2... bila lagi pas?

man berkata...

"Apa yang ditegur oleh Datuk Hasan ada kewajarannya,"...

memang ada wajarnya teguran Hasan Ali tu. Memang teguran diperlukan untuk mantapkan PR Selangor yang masih baru.

Persoalannya, cara. Mengapa terus pilih media? Mengapa tidak bincang dalam mesyuarat kerajaan negeri?

Atau sebenarnya Hasan Ali pernah bawa bincang di peringkat kerajaan negeri, tapi tidak dilayan? Maka Hasan Ali memilih untuk pergi ke media? Jika (ulang: jika!) ini keadaannya, kegagalan Hasan Ali menjelaskannya adalah masalahnya.

Tanpa Nama berkata...

skg ni aku tengok ustaz wan ji dah jadi macam bangang pulak..konon ulasan ikut kepala otak dia ni betul aje tapi tak reti nak pikir dari sudut lain menulis ikut sedap je..kau ni ustaz orang baru dalam politik tapi gaye kritik macamla dah berpuluh tahun dalam bidang ni...sudahla g belajar ilmu politik dulu baru buat ulasan..kalau tak sampai bile bilela tahap penulisan kau ni tak berkembang dok tahap tu je..setakat ni aku tengok kaula ustaz paling bengong patutla abang mat taruk kau dulu..ulamak ke ulaq dalam semak kau ni?

Al-Bakistani berkata...

pembetulan fakta, abang mat pulun ana dalam media, tetapi semasa berdepan, abang mat tak boleh jawab hujjah ana. dia marah dengan soalan-soalan provokasi ana yang dia tak leh nak jawab..

sila rujuk orang yang hadir pada masa itu, antaranya adalah ustaz Hafiz, Abang Ali Mayan dan sebagainya...

tanya abang mat sendiri pun tak per...

sekian

Al-Bakistani

man berkata...

takat tu je hujah Tanpa Nama? Mengecewakan! Emosional! Harap bukan pimpinan PAS la... Buat malu je...

hussin berkata...

tanpanama 2009 September 26 07:22,

ko kata "patutla abang mat taruk kau dulu..ulamak ke ulaq dalam semak kau ni?", berdasarkan cerita yang ko dengar dari mulut ke mulut dan cerita yang ko mahu dengar. jgn jaja fitnah. ko gi verify dulu dengan orang2 yang ust sebut tu, pastu datang balik sini!

bab politik, aku rasa, rasa je ni, ko tak suka terima sesuatu yang ditulis bukan dari sudut yang ko suka yang ko mahu terima. ko kena baca semua, pastu ko buat analisa sendiri berdasarkan faktor2 yang ko baca, dan bandingkan dengan perkembangan semasa.

ramai marah kat hassan ali kerana "cara" tindakan dia tu. ko suka tak kalau ayah ko pi dok cerita kat kedai kopi pasai kelemahan ko? ada akai pikiaq, jangan dok syoh sendiri, suka dengan apa yang ko suka. kalau ko suka makan ns ayam, ko makan je lah, jangan dok serabut dengan orang yang nak makan steak.

Tanpa Nama berkata...

mengapa tiada ulasan semasa hassan ali mempertikaikan isu arak, apakah isu arak ni perkara remeh bagi ustaz, apakah arak ini tidak besar kesannya kepada masyarakat apakah selcat ni memberi keuntungan jangkapanjang kepada PR atau hanya kesan jangkapendek, mendedahkan segala kepincangan yg dibuat oleh UMNO telah menjadi satu agenda penting dalam pentadbiran negeri selangor, masalah ekonomi dan sosial mcmana, rakyat makin melarat, dihimpit krisis kenaikan minyak pengkritik hanya mengkritik isu selcat sedang ada banyak lagi tanggungjawab yg perlu di segerakan, Apakah kita terus menerus hidup dalam menunjuk nunjuk apa salah UMNO masa lampau tapi PR sendiri tidak menunjukan pemerintahan yg adil, saksama dan berhemah. Jangkamasa memerintah semakin pendek tapi masalah ekonomi, masalah sosial tidak pernah di titik beratkan, rakyat makin sengsara pemimpin Pr sesama sendiri mengkritik sesama sendiri agenda membela rakyat telah di belakangkan, Mana janji manis pr semasa PRU jangan kata telah banyak dilakukan. Jangan menang dalam alam cyber tapi kalah dialam realiti.

Pak Oncu berkata...

dalam semua parti PR dah di tanam manusia manusia munafiq untuk menjatuh kan PAS DAP n PKR,, mereka mereka mendapat HABUAN YANG AQMAT LUMAYAN dari gomen persekutuan.......

Al-Bakistani berkata...

pertama:

mungkin anta baru mengikuti blog ana.. ana dah tulis plan tindakan yang sepatutnya PAS selangor lakukan tentang isu arak ini, sejak mula-mula PR ambil selangor lagi.

malah, diawal kemenangan PR di Selangor, ana sendiri hantar sms kepada Dato' hasan Ali, mencadangkan agar suburkan dialog dengan non Muslim untuk bincang banyak isu-isu mereka untuk disesuaikan dengan Islam.. tapi sedih, sms dari nombor itu hanya dibalas sebelum beliau menjadi exco, tetapi selepas menjadi exco, hanya satu sms ana sahaja dibalas.

semasa kes arak hari tu, ana ada juga tulis pandangan ana menerusi blog ini..

kedua:

ana memang budak-budak lagi dalam dunia politik. tetapi, kadang-kadang nak tergelak pun ada. semasa pemilihan dalam muktamar baru-baru ini, ada salah seorang calon Naib Presiden Telefon ana, minta ana bagi pandangan, apakah dia boleh bertanding atau tidak...

lawak betul bila ada orang sebesar itu, sehingga dicalonkan Naib presiden pun boleh tanya pandangan peribadi ana yang budak-budak ni untuk dia bertanding jawatan tersebut...

sekian

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

terima kasih kerana bagi respon terhadap ulasan saya, soal ustaz hantar sms mengenai cadangan kepada hassan ali dan hanya berjawab sekali sebelum dia dilantik menjadi exco dan selepas menjadi exco satu je sms ustaz di balas, ustaz sepatutnya menggunakan cara lain seperti adakan temujanji dgn hassan ali, saya kira ustaz mempunyai axcess kepada ustaz hassan jika ustaz tidak mempunyai axcess saya rasa ustaz tidak mempunyai no hp hassan ali, selepas menjadi exco karenah birokrasi akan bermula. banyak hal yg akan terlepas pandang, dengan kesibukan yg melampau, pengurusan waktu apa penting, exco perlu kan penerangan dari pegawai kerajaan yg telah lama berkhidmat, ustaz juga sedia maklum bahawa semua pegawai kerajaan adalah lantikan UMNO, pegawai yg bukan pro umno tidak akan menjawat hiraki tertinggi dalam pengurusan. Di selangor pentadbiran adalah dikawal selia oleh PTD dari SPA, pertukaran PTD ini memerlukan persetujuan dari SPA sebelum dapat ditukarkan kebahagian lain, Disini pegawai yg pro umno akan memainkan peranan mereka, mereka akan memperbudakan Exco yg baru dilantik, memberi maklumat yg salah semasa taklimat, exco terpaksa bekerja 4 kali ganda dari org lama yg telah tahu selok belok pentadbiran, Kalau ada yg terlepas pandang dari exco yg baru, apakah mereka ini barua umno? atau kita yg tidak tahu etika dalam pentadbiran, mengkritik senang tapi bila kita berada dalam situasi yg sama baru le kita faham apa yg org itu rasai, budaya umno dlm pentadbiran telah lama wujud dan berakar umbi dan amat susah untuk kita mengorek mengalli membuang budaya ini. Salah silap maaf ustaz, sekadar berkongsi pandangan.

Al-Bakistani berkata...

dalam sebarang kritikan ana, ana hanya menilai dari beberapa sudut, antaranya;

pertama;

apakah tindakan pimpinan itu, melahirkan kerugian pada sokongan rakyat atau tidak?

kedua;

apakah ia akan melahirkan prejudis terhadap islam atau tidak?

sekian

Wallahu 'Alam


Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

bagi aku ustaz wan ji agak bangga dengan ilmu agama dia,mungkin ilmu agama dia tinggi tapi ilmu politik amatlah cetek tapi berlagak seolah olah master dalam politiking@syok sendiri..pesan aku janganlah jadi ejen individu lain untuk manghantam individu lain yang tidak sehaluann dengan kemahuan anda..dan janganlah taksub pada seseorang individu sampai tak nampak akan kesalahannya...