Selasa, 22 September 2009

PAS JANGAN JADI SEPERTI NEGARA YU


PAS JANGAN JADI SEPERTI NEGARA YU

Negara Jin merancang untuk menguasai dua buah Negara; Negara Yu dan Negara Guo. Dalam perancangan tersebut, diletakkan Negara Guo sebagai sasaran utama.

Pun begitu, sasaran utama untuk menguasai Negara Guo agak terkendala sedikit, kerana Tentera Negara Jin perlu melewati Negara Yu. Tanpa melewati Negara Yu, usaha hendak mendapat Negara Gua tidak akan berjaya.

Raja Negara Jin berbincang bersama-sama penasihat strategi perang. Setelah berhari-hari memerah pemikiran, menyebabkan mereka mendapat satu keputusan, iaitu hendaklah negara Jin berpura-pura berbaik dengan negara Yu, sehingga dapat bertapak dalam Negara Yu.

Dengan keputusan tersebut, Raja Jin telah menghantar menteri luar Negaranya berjumpa dengan Raja Yu. Kehadiran menteri Luar Negara Jin itu disertai dengan berbagai-bagai harta yang mewah-mewah untuk diberikan kepada Raja Yu.

“apakah gerangan kalian hadir ke Negara beta?” Raja Yu bertanya.

”ini adalah harta sebagai hadiah dari raja kami kepada tuanku. Kami ingin mengadakan hubungan diplomasi dengan negara tuanku” Menteri Luar negara Jin menjawab.

Di sebalik raut wajah Raja Yu kelihatan kegembiraan apabila diberikan harta-harta yang mewah ini. Dengan segala kebijaksanaan, Menteri Luar negara Jin berkata, ”Wahai Tuanku, negara kami sedang merancang untuk menguasai Negara Guo yang berada disebelah negara Tuanku. Kami menghadapi masalah tanpa mendapat dokongan tuanku. Kami memerlukan negara tuanku sebagai tempat untuk tentera kami bertapak dalam misi menyerang negara Guo”

Raja Yu mengerutkan dahinya. Tidak sempat dia membalas, Menteri Luar negara Jin berkata lagi, ”Tuanku tidak perlu bimbang. Apabila kita berjaya menguasai negara Guo, sudah pasti Tuanku akan mendapat habuan yang besar. Malah, sebahagian dari negara Guo akan menjadi milik tuanku juga”

Raja Yu diam sejenak. Wajahnya tergambar seperti sedang berfikir.

”mungkin beta perlu berbincang terlebih dahulu dengan para penasihat beta” Raja Yu bersuara.

”silakan wahai tuanku. Tetapi, tuanku jangan sekali-kali melepaskan peluang ini” menteri itu bersuara memberi ingatan.

Dalam mesyuarat antara Raja Yu dan para penasihatnya, didapati majoriti penasihatnya menghalang dari memberikan tapak kepada Negara Jin untuk menyerang Negara Gou. Ini kerana, hubungan antara negara Yu dan Negara Gou sudah sedia baik sejak sekian lama, disamping dibimbangi Negara Jin akan menjadikan negara Yu pula sebagai sasaran selepas kejayaan mereka menguasai negara Guo.

”beta tidak peduli. Beta tidak beranggapan seperti yang kalian sangka. Beta yakin dengan janji mereka bahawa negara yu akan diberikan sebahagian dari negara Guo apabila berjaya ditakluki oleh Negara Jin nanti” Kata Raja Yu berang dihadapan para penasihatnya.

Raja Yu berkata sedemikian, kerana sudah tidak melihat lagi kesan buruk yang akan menimpa beliau dan negara beliau. Tetapi disebabakn tamak telah menguasai dirinya telah menyebabkannya tetap mahu memberikan tapak kepada tentera negara Jin untuk menyerang negara Guo.

Penasihat Raja Yu tidak mampu berkata apa-apa, malah terpaksa akur dengan keputusan Raja Yu yang mahu membenarkan kepada negara Jin untuk bertapak dalam negara Yu dalam misi menyerang negara Guo.

Ternyata, setelah Raja Yu memberikan tapak kepada negara Jin dalam misi menyerang negara Guo, menyebabkan negara Guo telah berjaya dikuasai oleh oleh negara Jin. Setelah berjaya menguasai negara Guo, maka banyaklah pangkalan tentera dan kekuatan negara Yu diketahui oleh tentera negara Jin, seterusnya mereka merancang sekali lagi untuk mendapatkan negara Yu pula.

Makanya, apa yang dibimbangi oleh para penasihat raja Yu terbukti benar. Menyebabkan, negara Yu pula ditawan oleh Negara Jin. Malah, Raja Yu sendiri telah ditangkap dan ditawan, bahkan segala harta-harta yang diberikan dahulu dirampas.

JANGAN MUDAH TERPEDAYA

Kejayaan PAS, PKR dan DAP menjatuhkan UMNO/BN dalam pilihanraya ke 12 tidak dapat dinafikan lagi. Lantaran itu, kita dapat melihat UMNO/BN kini berada dalam keadaan yang terlalu teruk.

Mereka terpaksa mencari ’tenaga baru’ dalam usaha hendak menaikkan pengaruh mereka di mata-mata rakyat. Tetapi, semua tindakan mereka tidak menghasilkan keuntungan, malah kerugian semata-mata.

Di semua pilihanraya kecil, UMNO/BN pasti mengalami kekalahan. Tidak kira, kerusi yang dipertandingkan itu, mereka berhadapan dengan PAS, PKR ataupun DAP.

Tidak ada cara lain yang paling baik bagi UMNO/BN kini, melainkan mereka terpaksa mencari ’kambing hitam’ dalam menguatkan balik pengaruh mereka. Tidak lain dan tidak bukan, PAS yang disinonimkan dengan politik orang melayu perlu dijadikan kawan.

Tawaran ’Islam dan melayu’ menjadi modal penting, sepertimana tawaran separuh negara Guo yang ditawarkan oleh Menteri Luar negara Jin kepada Raja Yu dalam usaha mengajak PAS bersama dengan UMNO. Pada mereka, PAS yang memperjuangkan Islam, disamping ahlinya majoriti berbangsa melayu tidak akan menolak tawaran lumayan ini.

Jika mereka berjaya mempengaruhi PAS untuk bersama dengan UMNO, sudah pasti Pakatan Rakyat akan menjadi lemah dan rapuh. Justeru, menjatuhkan PR sudah pasti akan kelihatan, disamping UMNO pasti akan berjaya membina kekuatan parti mereka balik.

Inilah strategi yang pernah digunakan dalam sejarah peperangan china terdahulu. Dibimbangi, sejarah china ini menimpa Malaysia dengan menjadikan PAS sebagai kambing hitamnya.

Justeru, sebarang tindakan dari sebilangan pimpinan PAS yang cenderung kepada UMNO, atau dilihat seperti Pro-UMNO, wajib diserang habis-habisan, supaya sejarah kejatuhan negara Guo dan Negara Yu tidak akan berulang lagi dalam negara kita.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com




- Sri Indah (B), Sg Buloh
23 september 2009 * 2:01 pagi

1 ulasan:

hussin berkata...

serangan terhadap mereka tidak akan merbuahkan apa2 hasil. apakah ajk pas pusat setaraf penasihat raja yu? akur, semata2 akur? wala' semata2 wala'? bola berada di kaki kalian, kalau benar perjuangan kalian demi islam, bertindaklah. janganlah membuang masa beri pandangan, kerana pandangan tak kemana. kalau hanya setakat mampu bagi pandangan/teguran tak payah duduk di kerusi ajk, kami di luar ni pun boleh bagi pandangan. naib presiden (mahfuz) punya pandangan habis gitu je laa. ni ke standard ajk pas pusat? susah ke nak usul muktamar khas? tak ada ke anak jantan di kalangan ajk pas pusat? setyaraf penasihat raja yu, gamaknya...