Selasa, 29 September 2009

PAS PERLU ADA TAFSIRAN WALA’ SECARA BERTULIS


PAS PERLU ADA TAFSIRAN WALA’ SECARA BERTULIS

Wala’ dijadikan mainan. Golongan yang tidak sehaluan, dituduh sebagai orang yang tidak wala’. Apakah benar cara tuduhan tersebut?

Jika meniliti dalam Al-Quran, Wala’ yang mutlak hanya terhadap Allah dan Rasul sahaja. Adapun selain itu, wala’ bersifat muqayyad, atau bersifat ketergantungan.

Firman Allah;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا

Maksudnya;
“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah; taatlah kamu kepada Rasul, juga terhadap pemimpin dari kalangan kamu. Sekiranya kamu bertelagah pada sesuatu perkara, kembalilah kepada Allah dan Rasul. Itupun, jika kamu beriman dengan Allah dan Hari akhirat. demikian itulah lebih utama dan lebih baik akibatnya”

(Surah An-Nisa’ : 59)

TEGUR DAN KRITIK PEMIMPIN

Ada sebilangan pemimpin melakukan sesuatu tindakan yang dilihat tidak tepat, lalu dikritik oleh sebilangan ahli. Apakah tindakan ahli tersebut sudah dikira sebagai tidak wala’?

Jika itu sudah dikira sebagai tidak wala’, bagaimana pula kritikan seorang muslimat terhadap Omar dalam satu majlis terbuka? Bagaimana kritikan terbuka yang dilakukan oleh Ubbadah bin As-Somit terhadap Muawiyyah yang menjadi gabenor lantikan Omar? BagaimanA seorang anak muda menghunuskan pedang kepada Omar dikala Omar menyuruh mereka “dengar dan taat”. Perbuatan anak muda itu, tidak dimarahi oleh Omar, malah diucapkan syukur kepada Allah terhadap keberanian anak muda tersebut. Apakah tindakan anak muda itu tidak wala’?

Jika mempertikaikan sesuatu kenyataan seseorang pemimpin sudah dikira sebagai tidak wala’, bagaimana mula tindakan Syuraih Al-Qadi yang mempertikai kenyataan Ali yang menuduh seorang lelaki yahudi yang mencuri baju besinya?

APA TAFSIRAN WALA’ SEBENAR?

Jika tafsiran wala’ itu bermaksud mengikut sahaja perintah seseorang pemimpin, bukankah itu sudah disebut sebagai “taqlid buta” yang diharamkan oleh islam?

Bagaimana pula hadis yang menceritakan kisah seorang pemuda Ansar yang dilantik menjadi ketua perang, lalu menyuruh tentera-tenteranya terjun dalam api, tetapi tidak dilakukan oleh tentera tersebut. Kemudian, apabila diberitahu kepada Nabi SAW, Nabi SAW membenarkan tindakan tentera yang ‘tidak wala’’ kepada pemuda ansar yang dilantik menjadi ketua Perang?

Bagaimana pula tindakan Dato’ Hasan Ali yang banyak bertindak dan melakukan kenyataan yang bercanggah dengan keputusan yang disepakati oleh PAS bersama-sama dengan kawan-kawan dalam pakatan rakyat? Apakah itu tidak disebut sebagai melanggar wala’ kepada parti, atau bagaimana?

Justeru, dalam PAS sendiri, istilah wala’ ini masih lagi kabur dan samar; mengundang berbagai-bagai tafsiran dan definisi yang kadang-kala ia bukan lagi merujuk kepada maksud wala’ yang dikehendaki Al-Quran dan As-sunnah, tetapi merujuk kepada sentimen atau kepuakan di dalam PAS.

Justeru, dicadangkan kepada PAS agar diadakan satu tafsiran secara seragam dan bertulis terhadap maksud tafsiran ‘Wala’’, agar tidak menjadi keraguan lagi kepada semua ahli parti di masa akan datang.

Sekian

Wallahu ‘Alam


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com




- Sri Indah (B), Sg Buloh
29 september 2009 * 5:49 petang


11 ulasan:

Dr. Abdul Wahab Arbain berkata...

Salam Al-Bakistani,
Jazakallahu khairan kathiran. Ana link posting ana ke sini.

Tanpa Nama berkata...

bagusla..jangan lupe plak postingkan sekali bab kerahsiaan dalam jemaah pulak lepas ni tau..lagi satu bab adab adab berorganisasi khusus dalam gerakan islam..sebelum terlupe ade lagi satu adab adab ahli terhadap pimpinan gerakan islam..

jangan lupe @buat buat lupe tau..salam..

Ibnu Ali berkata...

Assalamualaikum,

Enta yang tak lalui tarbiah dalam PAS. Sebab tu banyak benda enta pertikai!

Tak duduk dalam tanzim macam ni lah gayanya.

Dah paham rukun bai'ah semua. Kita berbai'ah. Bila dah berbai'ah maksudnya dah faham rukun bai'ah dan usul 20.

Dah faham semua tu, apa nak pertikaikan lagi?

PondokDungunTerengganu berkata...

Bende ni cakap pasa istilah-istilah teknike jemaah Islam. PAS bukang jemaah Islam. PAS pati pilihanraye. Dok pahang-pahang lagi ke ?

Bile nok hilang mabuk ni ?

Al-Bakistani berkata...

pertama:

jangan lupa juga;

1- asal tujuan penubuhan gerakan Islam.
2- tindakan pimpinan melemahkan pergerakan gerakan islam, malah melahirkan prejudis terhadap islam.
2- tindakan yang menyebabkan terkeluar dari maksud penubuhan gerakan islam; terkeluar dari syarat-syarat gerakan islam.
3- adab pimpinan gerakan islam terhadap ahli pun tidak boleh diabaikan.
4- Dll.

kedua;

usul 20 versi sapa yang anta baca?? Dr Qaradhawi atau 'Ali Abdul Halim Mahmud, atau Fathi yakan?

ketiga-tiga ulasan ulama' tersebut tidak sama; mempunnyai tafsiran masing-masing, terutama dalam bab Baiah....

ana dah semak silibus usrah PAS dahulu. dan ana juga antara orang yang menyemak salah sebuah buku usrah PAS.

justeru, PAS pakai yang mana satu???


sekian

Al-Bakistani

Al-Bakistani berkata...

kepada ibnu ali yang mendakwa sudah khatam usul 20, cuba anta bahas usul ke-5, usul ke-8 dan usul ke-18, usul ke-19 dari 20 usul itu.

mungkin anta akan nampak, perbedaan antara yang disebut oleh Imam hasan Al-banna dengan apa yang terjadi dalam PAS kini...

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani

Ibnu Ali berkata...

Enta antara orang yang menyemak buku usrah PAS. Tapi enta pun pening bagaimana jemaah ni bergerak.

Pastu tengok apa yang Khalid Samad pujaan enta tu dah buat. Ade ke patut apa yang dia mesyuaratkan dibawa semula ke khalayak.

Kita kena jujur dan ikhlas. Tapi taklah jadi bodoh kalau semua rahsia jemaah nak hebah kepada umum.

Fikirlah sendiri.

Al-Bakistani berkata...

pertama;

strategi lebel sudah semakin menjadi. tak pasal-pasal orang menelpelkan ana dari Khalid. itu perkara biasa, kerana kaedah melebel ini merupakan strategi yang dilakukan oleh Iblis untuk memperdaya adam dan hawa memakan buah khuldi yang terlarang.

terpulang kepada antum yang menempel. tetapi, pada ana, Islam ditegakkan atas dasar hujjah, bukan sentimen bodoh.

Khalid berhujjah, ana menerima hujjahnya, dan ana juga pernah menolak hujjahnya. tidak seperti sebilangan ustaz dalam PAS (tidak perlu disebut nama), ana pernah berhujjah, dia tidak dapat menjawab, dia senyap, tetapi diumpatkan ana sebagai budak JIM.. sorry, JIM bukan pilihan hati ana. ana tidak pernah masuk JIM, malah tidak pernah kenal JIM, melainkan dari mulut Ustaz Mat Zain, ketua Dewan Ulama PAS Selangor.

kedua:

Saidina Ali berkata;

"lihatlah benda yang dikata, bukan siapa yang berkata"

profesional bukan alasan katanya tidak benar. malah, ulama bukan bermakna semua ucapannya adalah benar.

Khalid berhujjah, dan ternyata hujjahnya tidak bercanggah dengan syariah, malah relevan, tidak ada sebab kita menolak hujjah tersebut.

orang yang bercanggah dengan hujjah beliau, tidak kemukakan hujjah balas, sebalinya melakukan tuduhan dan memberi lebel-lebel tertentu.

justeru, apakah wajar diterima cara begitu?? apakah itu cara Nabi??

ketiga;

pendedahan khalid tidak menyebabkan ana mesti bersetuju dengan beliau. justeru, bagaimana pendedahan khalid dalam blog beliau, tentang hujjah beliau itu dikaitkan dengan ana??

atau anda berhujjah dengan sentimen, atau prejudis jahat anda terhadap ana??

ingat, prejudis bukan cara untuk mencari kebenaran, tetapi itu adalah cara syaitan memperdaya hamba Allah.

keempat:

sudah pasti ana pening dengan gerakan jemaah yang bernama PAS, kerana apa yang diajar tidak sama seperti yang diamalkan. lain yang diusrahkan, yang ada dalam buku tarbiyyah, dalam silibus tarbiyyah, lain pula yang diamalkan.

PAS didakwa perjuangkan islam. perjuangan melayu tidak dijadikan perkara utama. tetapi peliknya, ada pimpinan PAS yang masih bercakap soal melayu. cuba chek dalam blog Iskandar Samad.

kalau anda berada di Malaysia, sudah pasti anda akan dapat merasakan bagaimana HAsan ali mempertahankan melayu di Selangor, sehngga melahirkan kekacauan dalam Pakatan rakyat.

apakah ini tidak bercanggah dengan apa yang diucapkan dan didasarkan??

Wala' yang dibicarakan demi untuk mempertahankan pemimpin PAS tertentu, bukan untuk melaksanakan tugas Islam.

justeru itu, tidak hairan Husam musa pernah dimaki menerusi blog anti-husam, tetapi orang yang mempertahankannya adalah kawan-kawannya sahaja. Adapun orang lain, masakan hendak mempertahankannya, malahan ditambah lagi tuduhan tersebut, seperti tuduhan Dr Harun Din dalam muktamar baru-baru ini.

memang harun din nafikan, tetapi ternyata Harun din menipu, sebab klip rakaman itu ada ditangan Lutfi.

ianya sudah tersebar dikalangan pimpinan PAS tertentu, malahan ana sendiri pernah mendengar bahawa Harun Din sebut dalam klip rakaman itu bahawa kononnya husam terlibat dengan rasuah. ternyata, orang yang setara ulama itu menipu.

sejak dari itu, ana tidak lagi respek kepada tokoh yang bernama Dr Harun Din.

persoalan ana, apakah ini ajaran Islam yang diperjuangkan oleh PAS?

keempat;

persoalan ana lagi, apakah anda telah memahami usul-usul daripada 20 usul imam hasan albanna yang ana kemukakan?? mungkin anda berada di nun mesir, tidak pernah melihat sepak terajang politik Malaysia dalam realiti sebenar

sekian

Wallahu 'Alam

AlBakistani

saif al mansur berkata...

ana setia melihat kekurangan yang perlu ditegur (hujjah) atas dasar kebenaran dan bukan bermain dengan sentimen. Teruskan bakistani, InsyaAllah ramai di kalangan kami yang tidak seperti saudara dalam menyuarakan hak, bagi melenyapkan keraguan. Semoga dengan ruangan nasihat-menasihati ini, menjadikan kita lebih matang (bukan menjadi keanak-anakkan). Ingatlah, nasihat (hujjah kebenaran) adalah ajaran dari nabi, kalau kita cintakan nabi, maka seharusnya kita juga cintakan nasihat..

saif al mansur berkata...

ana setia melihat kekurangan yang perlu ditegur (hujjah) atas dasar kebenaran dan bukan bermain dengan sentimen. Teruskan bakistani, InsyaAllah ramai di kalangan kami yang tidak seperti saudara dalam menyuarakan hak, bagi melenyapkan keraguan. Semoga dengan ruangan nasihat-menasihati ini, menjadikan kita lebih matang (bukan menjadi keanak-anakkan). Ingatlah, nasihat (hujjah kebenaran) adalah ajaran dari nabi, kalau kita cintakan nabi, maka seharusnya kita juga cintakan nasihat..

Tanpa Nama berkata...

Assalamua'laikum Warohmatullahi Wabarokatuh.

Afwan ustadz, ana dah lama tak masuk ke blog ustadz ni. Ana dapat merasakan bahawa gerakan-gerakan Islam di Malaysia ni dah makin celaru, bagaiman terdapat sesetengah daripada individu yg melabelkan diri mereka 'pejuang Islam' menyatakan afiliasi mereka kepada 'gerakan' tertentu tidak beramal dgn apa yg mereka katakan.

Afwan ustadz, ini berdasarkan penelitian dan sedikit kajian ana, ana melihat ada segolongan manusia yang menyusup masuk dalam PAS untuk meraih sokongan. Mereka ini kalau dilihat dalam susun galur PAS Pusat atau PAS Selangor makin kuat dan mencengkam. BAhkan mereka mula mendapat sokongan meluas daripada public kerana kebijakan mereka memanfaat isu-isu yg dibangkitkan. Ana khuatir mereka ini yang akan membinasakan PAS nanti. Kerana ana mendapat khabar bakal ada satu lagi parti politik Islam akan berdiri, maka mereka ini untuk mendapat sokongan yg mudah dan meluas akan mempergunakan PAS untuk menarik sokongan. Maka ustadz, ana mohon kepada antum supaya memerhatikan gerak ini. Jgn kerana kelalaian kita maka gerakan ISlam akan melemah.

Juga cadangan solusi ana ustadz, kembali hidupkan usrah. Dgn kata lain usrah yg muntijah, usrah yg benar2 menjadi medan utk para naqib/murobi gerakan Islam menilai ahli2 usrah/mutarobi berdasarkan penilaian2 yg sepatutnya untuk melayakkan seseorang itu berintima' bahkan memimpin dalam gerakan Islam.

Afwan sekiranya ada yg salah. Sekadar berkongsi analisis ana. Mungkin ana salah dalam analisis, tai ustadz, tidak rugi sekiranya memperbaharui gerakan PAS dgn kembali memberikan ruh baru dalam usrah mengikut apa yg telah pendahulu dakwah gariskan.

Asif Jiddan
Amaat