Khamis, 24 September 2009

SELCET : CADANGAN SIASATAN TERTUTUP?


SELCET : CADANGAN SIASATAN TERTUTUP?

Roslan SMS dan Iskandar Samad telah membela Dato’ Hasan Ali. Ternyata, cara pembelaan mereka agak tidak mengemukakan hujjah yang menarik; malah kemukakan hujjah yang tidak mempunyai kerasionalan.

Hari ini, sahabatku Saudara Khairuddin Osman yang merupakan Setiausaha Perhubungan PAS negeri yang baru dilantik dalam dua, tiga bulan lepas telah mengeluarkan kenyataan menyokong dan membela kenyataan Dato’ Hasan Ali.

Ternyata, hujjah beliau boleh diterima, kerana mengandungi kerasionalannya tersendiri. Beliau menyatakan, jawatankuasa DUN negeri itu wajar belajar daripada insiden anugerah penyapu kepada pemimpin pihak berkuasa tempatan (PBT) oleh menteri besar waktu itu Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang dianggap memalukan. (sila klik)

Jika difikir sekali imbas, mungkin kita akan terima hujjah yang dikemukakan. Tetapi, dua dan tiga kali imbas, aku terfikir sesuatu yang tidak kena disebalik kenyataan tersebut.

Isu sekarang adalah, pendedahan yang dilakukan dalam siasatan Selcat membuktikan banyak penyelewengan wang rakyat- dana kerajaan yang telah diluluskan oleh para pegawai daerah yang melibatkan para YB-YB BN terdahulu, malah mungkin YB-YB PR sekarang.

Apabila disebut dana kerajaan – wang rakyat, sudah pasti ia adalah wang bayaran cukai yang dilakukan oleh rakyat yang tinggal di negeri Selangor.

Kalau ditanya kepadaku, cukai pintu, cukai tanah, cukai itu, cukai ini yang aku bayar kepada pihak kerajaan negeri, sudah pasti aku ingin mengetahui ke mana perginya. Apakah benar-benar sampai ke tangan rakyat, ataupun hanya sampai kepada individu-individu tertentu? Aku berkeyakinan, apa yang aku mahu ini, tidak sekadar wujud pada diri aku sendiri, malah wujud pada diri setiap rakyat Selangor.

Justeru, apabila dilakukan siasatan ini secara tertutup, bukankah ini akan mengundang satu penyembunyian rahsia kepada rakyat terhadap penyelewengan yang telah dilakukan; yang melibatkan wang rakyat negeri Selangor.

Apabila ini berlaku, dimanakah kebebasan yang diperjuangkan oleh PAS dan Pakatan Rakyat sebelum ini? Dengan siasatan tertutup ini, bukankah ia menutup banyak ruang kebebasan, bukan sekadar menutup kebebasan bersuara, tetapi menutup kebebasan untuk mengetahui penyelewengan wang rakyat yang telah dilakukan oleh para YB-YB yang tidak amanah?

Jika keadaan ini berlaku, bukankah ia akan mengundang kemarahan rakyat, seterusnya akan menolak kita dalam pilihanraya akan datang?

Bukankah kita sendiri pernah mengakui bahawa suara rakyat adalah suara keramat. Suara rakyat adalah suara yang menentukan kemenangan sesuatu parti dalam kerajaan. inilah hakikat demokrasi.

Memang islam meletakan keyakinan, bahawa Allah SWT yang menentukan kemenangan, tetapi dalam masa yang sama, adalah satu perkara yang bercanggah dengan Islam, malah sesat (aqidah Jabariyyah), apabila kita menafikan terus faktor usaha ikhtiyar manusia dalam berusaha untuk mencapai kemenangan.

Apa yang pasti, siasatan selcat itu bukanlah mengandungi unsur penghinaan sepertimana ”hadiah penyapu” yang dilakukan oleh Khir Toyo semasa menjadi kerajaan dahulu. Tetapi, selcat bertujuan untuk membuktikan penyelewengan yang telah dilakukan oleh para YB-YB BN terdahulu, yang melibatkan juga pihak yang meluluskan dana kerajaan, iaitu para pegawai daerah.

Cumanya, ada sebilangan pegawai daerah yang terasa seperti dihina. Sebenarnya, mereka bukan rasa dihina, tetapi mereka sebenarnya terkantoi dan tersepit, kerana terpaksa mendedahkan juga penyelewengan yang dilakukan oleh para YB BN terdahulu, yang sudah pasti melibatkan mereka secara tidak langsung.

Tidak timbul isu, dengan sebab siasatan secara terbuka ini, akan menyebabkan rakyat menolak pemerintahan PR, kerana siasatan secara terbuka ini, banyak disokong oleh rakyat, malah menggembirakan mereka kerana mereka tahu ke mana perginya wang mereka dihabiskan selama ini.

Justeru, cadangan diadakan siasatan selcat secara tertutup merupakan satu perkara yang boleh membawa musibah, kerana ia akan dipertikaikan oleh rakyat yang mengundi pakatan Rakyat dengan dakwaan, sudah tiada lagi ketelusan dalam kerajaan, waimma diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Yang peliknya, kenapa dipertahankan sangat agar tidak diketahui rakyat tentang penyelewengan yang telah dilakukan oleh para YB-YB BN terdahulu? Bukankah, sudah lama kita mahu mengetahui lebih lanjut, bagaimana penyelewengan yang dilakukan oleh YB-YB BN dikala mereka memerintah dahulu?

Sekian

p/s : PATIK MOHON SEMBAH DERHAKA

Wallahu ‘Alam


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
24 september 2009 * 5:30 petang

4 ulasan:

hussin berkata...

sape lagi nak bela hassan ali? ada lagi? sebelum bagi pandangan pikir masak2 dulu, biar konsisten dgn islam yang diperjuangkan. jgb sokong membawa rebah.

Ahmadkmz berkata...

berkuasa x 100% lagi..

ibarat menarik rambut di dlm tepung, rambut jgn putus, tepung x berselerak.

Ahmadkmz berkata...

berkuasa x 100% lagi..

ibarat menarik rambut di dlm tepung, rambut jgn putus, tepung x berselerak.

Ahmadkmz berkata...

berkuasa x 100% lagi..

ibarat menarik rambut di dlm tepung, rambut jgn putus, tepung x berselerak.