Sabtu, 14 November 2009

APA SUDAH JADI DENGAN SIASAH?

@
Tahukah kita tentang akhbar siasah yang berada di bawah kelolaan Mohd Sayuti Omar?

Bukankah akhbar ini, adalah akhbar banyak mengeluarkan berita-berita yang melahirkan kekeliruan di kalangan ahli PAS tentang keberadaan PAS dalam Pakatan Rakyat, terutama dalam isu Kerajaan Perpaduan?

Apa yang seharusnya diketahui, berdasarkan maklumat dari staf akhbar siasah, bahawa akbar siasah akan ditutup pada akhir bulan 12 ini.

Dimaklumkan, siasah sudah defesit selama 7 bulan. Juga, jualannya tidak lebih dari 20% sahaja. Yang lebih memalukan lagi, akhbar siasah kini sudah berada dalam keadaan yang teruk, sehingga tidak mampu membayar hutang kepada harakah.

Dimaklumkan juga, bahawa MSO sebagai ketua editor telah tidak hadir dalam mesyuarat editorial sebanyak 2 kali dateline.

Apabila di tanya, apa kerja yang akan dibuat oleh MSO selepas ini? Ramai staf hanya memberi jawapan dengan lontaran senyuman sahaja.

Kini, MSO terpaksa menjaulkan dirinya menerusi dunia facebook. Dikhabarkan juga, beliau bersama sang kelembai hendak mengadakan kursus blogger.

Apa perlunya kursus blogger itu?

Yang pastinya, rakyat media sudah menolak blogger pas berwajah umno.

Sekian

Wallahu Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Kuala Lumpur
15 disember 2009 * 12:25 pagi

6 ulasan:

camarputih berkata...

slm..sebenarnya saya teringin sangat nak baca komen dan ulasan ustaz berkaitan TGNA tak jadi pegi haji..ramai blogger2 dah tunjuk hint bahawa hussam dalang dan petualang akan segala yg berlaku,sehingga blog manjong mari mengishtiharkan 'perang letak jawatan' kpd hussam..ishhh..ust xkan xtaw kot..komen ckit..

Istiqomah berkata...

Teringat komen Ust Nik Abduh (UNA) satu ketika dulu tentang adanya kisah ulama 'mee celup' dikeliling TGNA.
Yang menariknya ada cerita bahawa UNA telah mengherdik bapanya tentang UG.

Sekarang cerita-cerita fitnah yang diada-adakan dahulu satu-satu keluar untuk diperlihat kepada ramai. Dari kisah UG, Erdogan dan sekarang dah ada Quraish.

Kalau nak bergaduh atau bertegang leher dalam jemaah berpada-padalah. Tambahan isunya masih lagi dalam perbezaan pendapat bukan pengkhianatan yang diadakan-adakan.


Kesian pada orang yang menjadi mangsa terlibat secara tidak disedari didalam kumpulan pemfitnah walaupun niat asalnya tidak sama dengan pemfitnah.

Macam cerita Syamsiah Fakih...terlibat dengan komunis bukan kerana nakkan komunis.

Hj Man Risda berkata...

SIASAH keluaran bila pulak ni?

aweali berkata...

saya pun mmg tertunggu2 ulasan ustaz ttg pembatalan haji TGNA, apa cerita disebalik pembatalan tersebut.Biasanya ulasan ustaz ttg sesuatu isu agak "power"..... spt ulasan ustaz ttg BAKAL sidang media cikgu Pa.Biasanya ulasan ustaz mendahului berita. Dlm telahan ustaz...ustaz mengatakan cikpu Pa akan lakukan serangan media terhadap Khalid Samad...walaupun sidang media hanya akan diadakan pada pagi esoknya. Namun ttg isi dan apa yg akan diperkatakan pd sidang media tersebut telahpun dibocorkan oleh blogger, dan hasilnya dari sidang media tersebut kemungkinan besar serangan cikgu pa terhadap khalid samad tak berlakupun. Jadi disini provokasi, telahan negetif dan fitnah telahpun tersebar sblm sidang media bermula lg. Rasanya prkara begini tidak elok utk perkembangan dan perpaduan parti.
Satu lagi apa yg saya perhatikan, ustaz mmg amat tidak bersetuju ttg UG dan begitu bersungguh2 menghentam Hassan Ali dan Ust Nasha dlm isu UG ini. Namun bila Husam Musa mencadangkan kerjasama dgn UMNO dgn melantik Adun dari UMNO sbg timbalan exco tapi isu ini tidak beriya2 diulas oleh ustaz, jadi saya nampak ada semacam sesuatu yg tak kena disini.
Sekian dulu.

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) berkata...

Kita tunggu siapa dalang di sebalik kekalutan PAS selama ini. Apa yang berlaku di kelantan adalah permulaan...anjing yang tersepit akan mendedahkan segalanya jika tuannya taidak membela.... jangan pulak kata.... ini satu lagi fitnah... tunggulah keadaan akan terbalik...
Apapun PAS akan tetap terpelihara dengan dua ulama... bukan ulaq dalam semak.... PAS akan tetap hijau... bukan hijau biru....

Kulaan 1 berkata...

Allah dah tunjukkan kepada mereka yg selama ini tidak ikhlas di dalam PAS... tak perlu di cari tapi dengan sendirinya Allah buktikan dalang yg selama ini telah memporak perandakan PAS. mereka ini ada tujuan jahat untuk menghancurkan Pas demi memenuhi cita2 sendiri...