Selasa, 10 November 2009

KENYATAAN MEDIA KETUA PEMUDA PAS SHAH ALAM

KENYATAAN MEDIA
KETUA DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM
BERHUBUNG PERLETAKAN JAWATAN

10 November 2009 / 22 ZulQaedah 1430H



1. Saya merujuk kepada dua laporan media semalam;

1.1. TheStar: Youth Chief Ahmad Sayuti Quits Posts In PAS
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/11/9/nation/5069585&sec=nation

1.2. AgendaDaily: Ketua Pemuda PAS Shah Alam Letak Jawatan
http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_cf6ac75e-7f000010-111c3670-2b6cde67

2. Pertamanya ingin saya tegaskan pihak Barisan Nasional sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan apa jua tindakan demi merosakkan kestabilan Pakatan Rakyat (PR), khususnya di Selangor. Perkara ini amat dirasai dengan kesungguhan UMNO khususnya menimbulkan pelbagai masalah terutamanya di Parlimen Shah Alam yang menjadi ibu negeri Selangor.

3. UMNO cuba menggangu-gugat pentadbiran parti dan kerajaan dengan pelbagai usaha bermula dengan isu hiburan, pengekatan penjualan arak yang diluluskan secara bersama oleh barisan Ahli Majlis MBSA, isu perarakan kepala lembu, isu penghinaan dan ancaman terhadap wakil rakyat, permit khutbah dan lain-lain.

4. Selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Shah Alam (DPPSA), saya memandang semua perkara yang dilakukan ini adalah untuk merosakkan kepercayaan rakyat terhadap Pakatan Rakyat, seterusnya menunjukkam sikap sebenar mereka yang masih berada dalam penafian (state of denial) terhadap kebencian rakyat yang bertambah terhadap Barisan Nisoanal pada masa ini.

5. Laporan media yang saya rujuk hari ini menunjukkan satu lagi memanipulasi berita yang dikuasai oleh Barisan Nasional yang jelas cuba memberikan gambaran palsu terhadap apa yang berlaku, antaranya;

5.1. Perlepasan semua jawatan saya di peringkat Pemuda PAS Pusat dan Pemuda PAS Selangor adalah disebabkan tekanan yang diterima berhubung rakaman ucapan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dato’ Dr Hasan Ali yang sedang dikaji oleh Jawatankuasa Tatatertib PAS Pusat.

Saya ingin tegaskan kenyataan tersebut adalah fitnah dan berniat buruk. Ingin saya nyatakan hingga kini tiada apa pertanyaan atau sebarang tekanan diterima berhubung rakaman. Saya yakin Jawatankuasa Tatatertib PAS Pusat masih dalam siasatan berkenaan rakaman tersebut, dan akan menghubungi saya jika memerlukan maklumat lanjut berkenaan rakaman yang dimaksudkan, dan saya akan memberi kerjasama papa jawatankuasa itu.

5.2. Kekesalan terhadap tindakan melakukan rakaman dan penggunaan media untuk melaporkannya.

Ingin saya nyatakan rakaman dan serahan bahan tersebut kepada pimpinan PAS dibuat dengan penuh tanggungjawab dan beramanah untuk melihat PAS lebih berjaya di dalam gabungan Pakatan Rakyat, khususnya di Selangor, tanpa sesekali timbul isu kesal. Saya tegaskan tidak langsung wujudnya elemen penyebaran maklumat tersebut kepada mana-mana media, melainkan ianya hanyalah untuk perhatian pimpinan tertinggi PAS Pusat sahaja.

6. Sebagai Ketua DPPSA, saya menyokong penuh keputusan Mesyuarat Khas PAS Pusat pada 28 Oktober 2009 lalu untuk menyerahkan isu berkaitan PAS Selangor dan tindakan Pesuruhjayanya kepada keputusan yang akan dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib PAS Pusat. Saya berharap siasatan dilakukan dengan segera dan terperinci terhadap semua bahan bukti yang telah dikemukakan oleh mana-mana pihak kepada Jawatankuasa Tatatertib, dan tindakan tegas hendaklah dikenakan kepada mana-mana individu yang terlibat di dalam menimbulkan polemik tersebut.

7. Saya ingin menegaskan perletakan jawatan saya di peringkat negeri dan pusat sebagai (1)Pengarah Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Selangor, (2)Ketua Lajnah Politik Pemuda PAS Selangor, (3)Timbalan Pengarah Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Pusat, (4)Timbalan Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Selangor dan (5)Setiauasaha Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS Pusat langsung tiada kena mengena dengan apa jua krisis dalaman parti yang sedang ditangani sekarang.

8. Seperti ketegasan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hasan, keperluan utama perletakan jawatan saya hanyalah kerana tawaran pengajian di luar negara yang diterima oleh isteri saya dan saya turut mengambil keputusan untuk turut mendapatkan tawaran pengajian di negara yang sama selama menemani beliau.

9. Jawatan saya sebagai Ketua Pemuda DPPSA pula akan dipangku oleh Timbalan saya selama ketiadaan saya di dalam negara.

10. Saya berharap kenyataan ini akan memberikan gambaran sebenar terhadap DPPSA dan PAS Kawasan Shah Alam (PKSA) yang menggesa setiap Ahli Parti mendukung penuh keputusan Muktamar PAS baru-baru ini untuk berusaha memperkukuhkan parti dan kedudukannya di dalam Pakatan Rakyat dan menghindarkan segala bentuk polemik yang boleh merosakkan pencapaian tersebut.

11. Saya juga menggesa agar pihak media bersikap amanah dan beretika di dalam melaporkan apa jua berita, tanpa terperangkap di dalam permainan politik Barisan Nasional.


Sekian. Terima Kasih.

MEMPERSADA PERJUANGAN


Yang Menjalankan Amanah,


Ahmad Sayuti Bin Bashiron
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

10 November 2009 / 22 ZulQaedah 1430H

s.k.
p/s : Dalam 2 minggu ini, Saudara Sayuti sering dikunjungi oleh ramai rakan-rakan media, juga rakan-rakan dari PKR, DAP, tidak ketinggalan juga puak-puak UMNO, untuk minta rakaman. Tetapi Saudara Sayuti jawab, "Tak Boleh, ana kena tunggu keputusan parti". Puak-puak UMNO yang tidak dapat rakaman tersebut, marah, lalu menfitnah, kononnya rakaman itu telah tersebar. Walhal, Hasan Ali sendiri mengadakan roadshow seluruh selangor, terutama di Kota Raja, mendakwa Saudara Sayuti membocorkan rahsia parti. nampaknya, Hasan Ali Sudah kepanasan...

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

apahal budak gagap ni nak kena buat kenyataan akhbar???
siapa paksa???
tak usah nak cakap bohong la....ramai org tahu awak dah kena bambu dgn Pemuda PAS Negeri sampai terkebil-kebil biji mata.
Nama pun pertemuan tertutup...bila buat rakaman secara rahsia, itu namanya khianat!

Ambil rakaman dgn penuh amanah??? Amanah siapa???? Amanah Pakatan Rakyat???
Baguslah....kita sudah berwala' kpd Pakatan Rakyat bukan PAS.

Tanpa Nama berkata...

jangan lah menghagatkan keadaan..

cool lah... kita ada baadn displin..

bijaklah menulis...

Huzaifah Ahmad Yamani berkata...

Salam Bakistani, sebuah ulasan yang baik. Umumnya, tulisan sdr hampir sama senada dengan tulisan Sdr hanipa maidin. Beliau mengulas betapa Ust Fadzil Noor dahulu bijak menguruskan sesuatu sehingga menguntungkan Islam dan PAS Khususnya. Bagi saya, inilah yang tiada kini...segelintir pemimpina PAS tiada hemah dan kebijakan dalam bersiasah, ditegur mereka marah. Soalnya, bagaimana hendak menegur mereka. Dahulu blog membantu kemenangan PR. Kini blog membantu menegur PAS...kenapa mereka tidak berterima kasih? Kita berharap lebih ramai Nik Aziz akan lahir dalam PAS dan PR demi kemenangan keadilan dan kebajikan di Malaysia!

joostspring berkata...

aku nak tanya stu jah..

katakan stu hr nik aziz dpt hidayah dan rase perpaduan antara pas dgn umno tu perlu dan nik aziz sendri yg sokong agenda tu...

agaknya gp tindakan dan reaksi kau??????

Syeikh YB berkata...

Nama pun pertemuan tertutup...bila buat rakaman secara rahsia, itu namanya khianat!

buat pertemuan tertutup memburuk nama mursyidul am bukan khianat?

Tanpa Nama berkata...

kalau tak tau lebih baik diam !!! Rakaman tu dibuat dengan pengetahuan Hassan Ali. Sayuti letak alat perakam di hadapan Hassan Ali berucap. Beliau langsung tidak melarang rakaman dibuat.

FZY berkata...

baguslah tu. dedahkan lg. buka lg apa2 aib yg ada. mudah sikit kerja UMNO. berhenti serang UMNO,sekarang kita serang sesama sendiri. ini satu langkah yg bagus.

hal keluarga selesaikan luar rumah. bagus.. bagus.. satu tindakan yg bijak.

Tanpa Nama berkata...

kalau hassan ali tak buat salah apasal nak marah plak. maknanya ucapan beliau jelas menghasut pemuda PAS agar tidak menyokong kerajaan PR di Selangor.