Ahad, 8 November 2009

MEMPOPULARKAN KEBENARAN


MEMPOPULARKAN KEBENARAN

Tidak semua yang popular itu benar, bahkan wujud juga yang popular tapi tidak benar. tetapi, yang paling penting adalah, bagaimana hendak mempopularkan orang yang bawa kebenaran?

Mungkin itu dianggap penting, tetapi yang lebih penting adalah, bagaimana hendak mempopularkan kebenaran yang dibawa oleh pembawa kebenaran?

Ada sebilangan manusia, mereka mahu mempopularkan ketidak-benaran mereka. Tidak dinafikan juga, ada manusia yang lain membawa bendera kebenaran, tetapi mereka tidak mahu mempopularkan kebenaran mereka itu.

Antara dua jenis manusia ini, manakah yang lebih baik? Sudah pasti kita akan menjawab, manusia yang kedua; golongan yang benar, tetapi tidak mempopularkan kebenaran yang dibawanya.

Sedihnya lagi, apabila golongan pertama; iaitu golongan yang mempopularkan ketidak-benaran mereka, lebih bersungguh-sungguh berbanding golongan yang kedua; iaitu golongan yang benar tetapi tidak mempopularkan kebenaran mereka. apabila keadaan ini berlaku, sudah pasti ketidak-benaran akan terpopular. Jika ia berlaku, dibimbangi bala akan menjadi popular dalam masyarakat.

Justeru itu, adalah terlebih baik untuk mempopularkan kebenaran yang dibawa. Ini kerana, kebenaran yang tidak dipopularkan merupakan tegahan tuhan. Bukankah dalam islam, wujud unsur amar ma’ruf dan nahi mungkar?

Tidak ada guna menjadi golongan yang benar, jika tidak berusaha hendak mempopularkan kebenaran tersebut. Tanpa mempopularkan kebenaran, apa gunanya kebenaran itu wujud.

Dalam mempopularkan kebenaran, langkah yang baik adalah berusaha. Tanpa usaha, kebenaran tidak akan popular. Orang yang benar, tetapi tidak mempopularkan kebenarannya, adalah orang yang malas dan tidak serius dalam melihat kebenaran. Jika ini berlaku, sudah pasti orang yang tidak serius itu disebut sebagai orang tidak benar juga. Ini kerana, orang yang benar, pasti dia mahu kebenaran terpopular.

Kebijaksanaan juga amat penting dalam usaha melihat kebenaran itu menjadi popular. Jika bodoh, kadangkala kebenaran boleh dilihat seperti tidak-benar. Inilah hakikat berinteraksi dengan manusia; yang merupakan makhluk yang mempunyai emosi dan perasaan dalam menilai sesuatu perkara yang mahu dipopularkan.

Justeru, popular dan benar adalah dua perkara yang saling kuat mengkuatkan. Tanpa salah satu, orang yang berada dalam kebenaran pun, dibimbangi dilihat seperti tidak benar.

Yang paling penting bagi kita adalah, kebenaran mesti dilaksanakan. Perlaksanaan kebenaran tidak akan berjaya dilaksanakan, tanpa kebenaran itu dipopularkan. Kebenaran tidak akan berjaya dipopularkan, tanpa kebijaksanaan. Justeru, kebijaksanaan dalam mempopularkan kebenaran amat perlu. Makanya, orang yang bijak mempopularkan kebenaran hendaklah dikedepankan berbanding orang yang benar, tetapi tidak bijak mempopularkan kebenaran tersebut.

Jika orang yang benar, tidak bijak mempopularkan kebenaran ini dikedepankan juga, sampai bila-bila pun kebenaran tidak akan menjadi popular. Justeru, buat apa duduk dalam team yang berjuang untuk mempopularkan kebenaran, jika kebenaran tidak berjaya dipopularkan?

Sekian


p/s : aku lebih bimbang, apabila kebenaran sudah sampai ketahap yang sudah popular, lalu ditidak-popularkan dengan sebab ketidak-bijaksanaan orang yang membawa kebenaran.


Wallahu ’Alam


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com






- Sri Indah (B), Sg Buloh
9 November 2009 * 2:10 petang

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam,
ustaz wanji,nak tanya la sikit,saya ni tak tahu sangat tentang JIM dan ISMA,katanya ada ahli dalam PAS,bahkan jadi pimpinan lagi.harapan saya agar u.wanji dapat jelaskan sikit.
terima kasih..
( saing pakistan dulu... )

PEKAN GUEST HOUSE berkata...

salam..ust wanji,btul ana sokong dgn posting ni..kita xmahu kebangkitan Islam menjadi lmbat gara2 pmbwa kbnran tidak bijak mengurus kebenaran,kita akan ckup terkilan bilamana saham kebenaran jtuh dikala mencapai thap tertinggi hanya kerana pengurus kbnrn itu lmbab dan kurang bjksana..sia2 usaha kita selama ini..