BUKU SIS : SATU LAGI MAINAN UMNO
Isu kalimah Allah telah menjadikan gabungan parti-parti dalam Pakatan Rakyat menjadi kecamuk. Pihak NGO Islam yang selama ini bersama dengan Pakatan Rakyat, dilihat semakin hari semakin kendur. Bahkan, dimaklumkan juga bahawa melayu di luar bandar agak ”gostan” kebelakang sedikit dikala PAS menyatakan keputusan kebenaran penggunaan kalimah ”Allah” bagi non Muslim.
Mainan UMNO dalam isu ini, sedikit sebanyak memberi keuntungan kepada UMNO dalam menarik undi melayu. pun begitu, mereka lupa bahawa dunia sedang melihat betapa tidak layaknya UMNO memerintah dalam negara dengan sentimen bodoh yang dimainkan ini. ini terbukti, dengan ramainya para pelabur luar negara meninggalkan Malaysia, rentetan isu ini dimainkan sehingga berlaku pembakaran gereja.
Jika kita melihat dari sudut beberapa fakta, terbukti bahawa isu kalimah Allah ini benar-benar mainan UMNO dalam mencari publisiti politik murahan mereka.
Ini kerana, penggunaan Kalimah Allah kepada kristian dalam negara, hakikatnya telah dibenarkan oleh kerajaan pada tahun 1989, iaitu setelah CFM (Cristian Federation Of Malaysia) mengadakan satu seminar ”world Religions and Human Rights” pada 30 september 1989 di Kuala Lumpur[1].
Ekoran itulah, kerajaan telah meletakkan gazet P.U. (A) 62 bertarikh 16 Februari 2009. Gazet itu menyatakan (1) Percetakan, penerbitan, pengedaran dan pemilikan apa-apa dokumen dan penerbitan yang berhubungan dengan agama Kristian yang mengandungi perkataan “Allah”, “Kaabah”, “Baitullah” dan “solat” adalah dilarang melainkan jika di kulit muka depan ditulis perkataan “UNTUK AGAMA KRISTIAN”. (sila Klik)
Pun begitu, sengaja isu ini dimainkan oleh UMNO dengan tujuan untuk menarik undi melayu kepada mereka, disamping melemahkan semangat pengundi-pengundi melayu daripada memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya akan datang.
BUKU SIS
Pada hari ini pula, Malaysiakini melaporkan bahawa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menarik balik pengharaman buku 'Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism' yang dikuatkuasakan lebih setahun setengah yang lalu.
Buku berkenaan diedit oleh pakar sosiologi dari Institut Pengajian Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia, Professor Norani Othman dan diterbitkan untuk NGO, Sisters in Islam (SIS). (sila Klik)
Keputusan sebegini, sudah pasti akan menjadi perhatian oleh orang-orang melayu di Malaysia, terutama dari kalangan NGO-NGO melayu, dan sebilangan pimpinan-pimpinan politik yang mempunyai jiwa melayu yang menebal, berbanding mempunyai jiwa Islam melebihi melayu, atau mereka yang melihat Islam dari sudut melayu, bukan Islam dilihat dari sudut Nabi Muhammad SAW.
Isu kalimah Allah pun dilihat belum selesai lagi, nampaknya UMNO hendak bermain lagi dengan isu SIS pula. Apa yang penting, jangan sampai kita terpedaya dengan mainan jahat UMNO.
”UMNO : ia laknat lagi layak dilaknat”
Sekian
Wallahu ’Alam
Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com

- Sri Indah (B), Sg Buloh
25 Januari 2010 * 5:15 petang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan